Selasa, 12 Ogos 2014

CERITA TERUS MENARIK....SAPE TERPERANGKAP....SAPE KALAH ....SAPE MENANG DAN SAPE TERTIPU...SAPE JADI TALIBARUT....SAPE KEJAR LABA...SAPE PERANCANG UTAMA....DAN PEROSAK PAKATAN

Noh nafi pakat dengan Khalid, PAS

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau tidak pernah bertemu dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau pimpinan PAS berkenaan krisis menteri besar Selangor.

Ini termasuk dakwaan Umno bakal mendapat kerusi exco dan bergabung dengan pimpinan PAS di bawah Khalid.

"Never, never, never! Saya sebagai pengerusi perhubungan Umno tak pernah sekali berjumpa Khalid atau PAS untuk berbincang.

"Hal (jawatan) exco itu kita tak tahu. Itu dah terlalu jauh. Kita sedar Umno ni kumpulan minoriti (dalam dewan). Ada 12 ADUN saja," kata Noh (kiri) ketika ditemui selepas mesyuarat Umno Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai khabar angin ADUN Umno Selangor dan PAS akan berpakat memberi sokongan majoriti ahli dewan negeri kepada Khalid.

Timbalan Pengerusi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata BN menyokong Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, tanpa syarat dan ikhlas.

'Ikut arahan bos'

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

Apabila ditanya pendapat peribadi beliau mengenai pemecatan Khalid, Noh berkata beliau hanya mengikut arahan pucuk pimpinan.

"Kira ikut arahan bos. Sah atau tidak (pemecatan) arahan itu hal parti (PKR).

"Itu masalah PKR, mereka bergaduh pecat memecat itu urusan mereka.

"Khalid masih menteri besar sah melainkan dia letak jawatan atau undi tak percaya," kata beliau.

Noh berkata beliau masih belum bertemu dengan pucuk pimpinan tertinggi Umno tetapi bersedia berbuat demikian jika dipanggil.

Surat Terbuka Untuk Semua Ahli PAS


Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,
Kita semua menyedari sebab utama penyertaan kita dengan PAS kerana PAS adalah jemaah Islam yang berusaha untuk mengumpulkan ummah untuk menegakkan tuntutan Islam dan syariat Allah. PAS bergerak di landasan yang bersumberkan rujukan asas Islam iaitu Al-Quraan, Hadis, Ijma dan Qias. PAS berpolitik yang didasari dengan prinsip-prinsip Syara’ dan kaedah-kaedah fekah. PAS sentiasa mengingatkan kita dengan firman Allah :
”Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An Nisaa : 59)
Kalam suci ini memberi panduan kepada jemaah Islam dan pendokong-pendokongnya untuk merentasi jalan perjuangan yang panjang dan mencabar ini. Segala kekhilafan dan perbezaan pandangan mampu diurus dan disatukan dengan kesediaan seluruh pemimpin dan ahli PAS untuk kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang diperkukuhkan dalam PAS. Majlis Syura Ulama merupakan satu badan yang berperanan untuk merealisasikan ajaran Al-quraan untuk seluruh pendokong Jemaah Islam. Setiap pemimpin dan ahli PAS mesti menjadikan panduan al-Quraan dalam memperteguhkan Jemaah dan menyatukan pendirian mereka.
Firman Allah :
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).(An Nisaa : 83)
Apakah sikap segelintir pemimpin dan ahli-ahli PAS yang mula mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh majlis Syura Ulama mula melupai panduan Al-Quraan ? Majlis Syura Ulama tidak pernah melanggari bidang tugasnya, khususnya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,
Majlis Syura Ulama berhak untuk menyatakan keputusan dalam persoalan ini kerana ia tidak boleh dipisahkan daripada beberapa prinsip asas dalam politik Islam.
Pertama : Adakah Hukum Islam membolehkan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan wanita ?
Kedua : Adakah hukum Islam membenarkan kita melucutkan jawatan seseorang pemimpin tanpa apa-apa sebab atau apakah sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’ untuk melucutkan jawatan seseorang yang telah dibaihkan untuk memerintah dan memimpin sebuah kerajaan ?
Menteri Besar Selangor bukan Menteri Besar untuk ahli-ahli PKR sahaja tapi ia adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri dan rakyat Selangor. PAS tidak boleh berpolitik dengan menafikan ajaran Rasulullah, walaupun ajaran ini dilupai dan tidak diendahkan oleh orang lain. Rasulullah bersabda :
Tidak sesekali akan berjaya sesuatu kaum yang melantik pemimpin mereka daripada kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ahmad dari Abu Bakrah).
Apakah jawatan Menteri Besar setaraf dengan wizarah tafwidh atau wizarah tanfiz ? Dalam merealisasikan Rahmat Untuk Semua, PAS mahu menyelamatkan rakyat dan wanita Islam agar jangan melupai dan menceroboh ajaran Nabi untuk kebahagiaan akhirat kerana kepentingan jawatan dan politik semata-mata di dunia.
Sahabatuku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,
Kita tidak boleh melupai pengajaran para ulama. Imam Muslim telah menyebut satu tajuk dalam kitab Imarah/Kepimpinan iaitu bab wajib memenuhi baih/taat setia pada khalifah yang pertama dan seterusnya. Imam Muslim meriwayat beberapa hadis yang sepatutnya menjadi panduan dalam isu pertukaran Menteri Besar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
“Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka”. (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)
Kenapa Rasulullah membimbing kita dalam melantik pemimpin untuk mentadbir dan mengurus rakyat dengan panduan ini ? Kenapa pemimpin tidak boleh dilucutkan jawatannya dengan sewenang-wenangnya, setelah berbaih untuk negeri dan rakyat ? Jawatan Menteri Besar bukan milik kekal tapi pertukarannya mesti dibuat berasaskan undang-undang dan panduan Islam. Jawatan Menteri Besar tidak layak untuk seseorang yang jahat, zalim dan salahlaku tapi kejahatan, penyelewengan dan salahlakunya mesti dibukti dan disabitkan kesalahannya.
Kita membela Dato Seri Anuar Ibrahim yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan alasan yang tidak dibuktikan dan dizalimi tanpa perbicaraan yang adil. PAS boleh membiarkan DS Anuar Ibrahim dipecat dan dipenjara oleh pemimpin BN yang lebih mengenali DS Anuar Ibrahim dan melibatkan isu dalaman BN tapi PAS tetap menyakini segala alasan itu bohong dan pemecatan itu zalim dengan sebab tiada pembuktian yang kukuh dan adil. PAS terus membela dan mengajak rakyat membela Timbalan Perdana Menteri yang dizalimi dan ditukar tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Sewajarnya, kita jangan menzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim dengan memecat jawatannya melainkan dengan pembuktian yang kukuh dan adil. Kita tidak boleh berkompromi dengan kezaliman sebagaimana kita juga tidak boleh mempertahankan salahlaku dan penyelewengan yang terbukti dan sabit yang dilakukan oleh seseorang pemimpin.
Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,
PAS tidak boleh memisahkan perjuangan dan pergerakkannya daripada sifat WALA’. Firman Allah dalam surah al-Maidah :
¨Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan Allah itulah yang tetap menang.¨(Surah al-Maidah ayat 55 dan 56)
Sesiapa yang wala’ kepada Allah, rasul dan orang-orang beriman, maka jemaah mereka akan akan mengalahkan musuh Islam. Kerana dalam hizbullah, ketiga-tiga wala’ ini adalah teras kepada kemenangan dan Allah membantu hizbullah kerana wala’ ini dan jika tiada wala’, maka jemaah itu bukanlah jemaah Islam. Syarat wala’ mestilah benar iaitu beraqidahkan dengan syariat Allah dan bukannya kepada ideologi-ideologi yang menyesatkan seperti sosialisme, komunisme dan sebagainya.
Dalam kita berjemaah, kita mesti ada pemimpin, pengikut dan manhaj kita. Jangankan dalam organisasi yang besar, bahkan ketika kita bermusafir tiga orang atau lebih, kita mesti melantik pemimpin salah seorang daripada tiga orang itu. Begitu juga contoh ketika solat. Setiap pergerakan imam, kita mesti mengikutinya satu persatu. Pengikut dibenarkan memberi pendapat mereka tetapi mesti patuh dengan pimpinan jika pendapatnya ditolak dan keputusan pimpinan itu tidak bercanggah dengan hukum qate’I, sehinggakan jika sekiranya ada khilaf sekalipun, kita masih perlu mengikut pimpinan kerana ijtihadnya walaupun salah, akan mendapat satu pahala.
Tidak timbul persoalan yang mengatakan wala’ itu seperti memaksumkan pemimpin, malah wala’ itu sebenarnya datang dari orang yang maksum iaitulah rasulullah saw. Bagindalah yang menyuruh pengikut sesebuah jemaah Islam mentaati ketua, walaupun pemimpin itu hanyalah seorang hamba abdi. Taatilah dia dalam perkara ma’ruf, samada kamu suka ataupun benci. Contoh yang baik berkaitan wala’ ini jelas ditunjukkan oleh dua tokoh besar Islam iaitu Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Umar apabila dalam satu peperangan yang diketuai oleh Amru bin al-Ash, Amru melarang tenteranya menyalakan api ketika dalam kesejukan malam. Tetapi kedua mereka menurut arahan itu, dan hanya mengadu ketika bertemu rasulullah. Apabila ditanya oleh rasulullah kepada Amru tentang hal itu, maka dia menjawab, itu adalah strategi peperangan bagi mengelak musuh dapat melihat mereka kerana cahaya api itu. Atau kita ingin mengikuti jejak langkah bani Israel yang menolak Talut sebagai pemimpin yang Allah telah pilih untuk mereka semata-mata kerana dia miskin?
Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,
Adakah masuk akal jika ada perkataan yang dikeluarkan oleh ahli iaitu dia hanya mahu memberikan ketaatan lebih kepada parti berbanding kepada Presiden sedangkan Presiden tidak melakukan dosa yang qate’i? Apakah maknanya jemaah jika Presiden tidak mahu dihormati dan ditaati? Bukankah jemaah dibentuk dengan adanya pemimpin dan pengikut? Terkadang ada rahsia yang tidak boleh diketahui oleh orang lain, hanya pemimpin sahaja yang mengetahuinya. Jika kita sebagai pengikut tidak menghormati ketuanya sendiri, adakah kita mengharapkan ahli jemaah lain menghormatinya? Jangan kita salah membezakan antara kewajipan dan keharusan. Ketahuilah, tahaluf itu tidak wajib dan bukan wala’. Ianya adalah alat. Jika ia menguntungkan, kita teruskan.
Dalam jemaah juga, kita wajib menjaga rahsia. Kisah Hatib ibnu Balta’ah yang membocorkan rahsia tentera Islam yang mahu menyerang Mekah setelah musyrikin Mekah mengkhianati perjanjian dengan orang Islam dan dia hampir dipancung oleh Saidina Umar, sepatutnya menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada kita kerana Hatib diselamatkan hanya kerana dia seorang yang berjuang didalam Perang Badar. Jika tidak, pastinya dia dihukum sebagai pengkhianat. Begitu juga jika ahli jemaah berkhianat membocorkan rahsia jemaah kepada pihak yang tidak sepatutnya, maka dia wajar dibuang dari jemaah. Kita mengambil contoh dari sirah nabawi kerana golongan sahabat adalah generasi terbaik yang telah disahkan oleh Allah melalui firmanNya dalam al-Quran. Sahabatlah sumber terbaik dalam kita mencari contoh bagi menjadikan kita sebagai pengikut yang taat disamping mengangkat pemimpin yang baik dan seterusnya menjulang jemaah kita sebagai yang terbaik di sisi Allah.
Oleh itu sahabatku pemimpin dan ahli-ahli PAS, sayugialah kita kembali kepada makna sebenar wala’ yang telah dibuktikan oleh golongan sahabat dan kita menghapuskan fitnah yang sedang berlegar dalam jemaah kita.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT/Adun Bukit Payong
15 Syawal 1435 bersamaan 11 Ogos 2014

Isnin, 11 Ogos 2014


Exco tak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan. Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.  Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri. "‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang untuk bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.
 
Mustafa Ali Sah Pertemuan. Hadi Enggan Jumpa Pemberita. Anwar Hilang
Posted on Monday, August 11 @ 21:55:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang Isnin.

Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.

Anwar juga tidak memberikan sebarang komen dan menghilangkan diri.



Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

"Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.

"Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

"Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Undi tidak percaya terhadap Khalid tidak perlu melalui sidang DUN - Hanipa Maidin

Undi tidak percaya terhadap Khalid tidak perlu melalui sidang DUN - Hanipa Maidin
Undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid tidak perlu melalui sidang Dun
KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.

"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid

"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.

"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, PKR dan DAP dalam satu kenyataan bersama hari ini mendesak Abdul Khalid membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mendapat sokongan seperti yang nyatakan kepada pihak istana adalah benar dengan memanggil sidang DUN.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu mendesak supaya satu sidang DUN dipanggil untuk dibuat undi tidak percaya.

"YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari Adun PAS dan UMNO," kata kenyataan tersebut.

Abdul Khalid dalam sidang medianya hari ini menjelaskan beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai menteri besar.

Beliau juga menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

"Untuk berlaku adil saya akan berjumpa dengan semua exco. Kalau dia (exco) rasa bukan lagi 'team' menteri besar jadi saya rasa adalah lebih baik mereka tidak meneruskan khidmat mereka," katanya.

Abdul Khalid yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa dan mendakwa mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.

"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya lagi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/undi-tidak-percaya-terhadap-khalid-tidak-perlu-melalui-sidang-dun-hanipa-maidin-41685?cp

Isnin, 11 Ogos 2014


'I can lead Selangor without PKR and DAP' 

 

 


Rose Purple added a new photo.
2 hrs ·
LikeLike · ·
Fuhh...lagi terbakar pkr ngan dap...
SEKARANG SAPE KENA MAIN/KENA TIPU....SAPE YANG BAGI BERTAPAK TSKI PARTI BEBAS DAN 12 DUN UMNO YANG LAIN....ADA OTAK FIKIR....JANGAN BERGABUNG DIPUSAT LAIN....BERGABUNG DINEGERI LAIN....KALAU MACAMNI.....MACAM ELOK JOIN SEKALI.....


WALLAHU'ALAM

11 Ogos 2014


BN jual lebih tiga ribu ekar tanah negeri ketika mentadbir Pulau Pinang


BN jual lebih tiga ribu ekar tanah negeri ketika mentadbir Pulau Pinang




GEORGE TOWN, 10 OGOS: Kerajaan Pulau Pinang menyangkal tuduhan bahawa mereka bergantung semata-mata pada penjualan tanah negeri untuk menjana pendapatan.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali, malah BN sebenarnya yang telah menjual 35 kali lebih banyak tanah daripada Pakatan Rakyat (PR) semasa mentadbir negeri.

“BN telah menjual 35 kali ganda tanah, sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan pulangan RM1.0586 bilion berbanding PR menerusi tender terbuka yang kompetitif iaitu hanya 106.1 ekar untuk pulangan tinggi sebanyak RM1.1102 bilion.

“Walaupun BN menjual lebih banyak tanah, PR mendapat lebih banyak wang kerana jualan tanah telah dijalankan melalui tender terbuka, kerana itulah kami mendapat mandat besar dalam sejarah Pulau Pinang dengan 68 peratus undi popular pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas Adun Bagan Jermal itu lagi, hasil jualan tanah tersebut telah diperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk tabung Skim Perumahan Mampu Milik Awam (PAHS) bagi membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik di 5 daerah di Pulau Pinang.

“RM500 juta dana PAHS merupakan yang terbesar daripada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. Kami juga bersedia untuk menambah peruntukan jika perlu,” ujarnya.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jualan tanah BN semasa mentadbir sebanyak 3,661 ekar itu merangkumi 980 ekar di Tanjong Tokong (RM42.7 juta), 325 ekar di Jelutong Expressway (RM325 juta), 750 ekar di Batu Kawan untuk Abad Naluri (RM106 juta) dan 1606 ekar di Butterworth kepada Rayston Consortium Sdn Bhd (RM584.9 juta) dari awal 90an sehingga 2008. -Roketkini.com


Anwar Ibrahim Berada di Terengganu Dalam Cubaan Pujuk Presiden PAS??
Posted on Monday, August 11 @ 19:29:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Dato Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kuala Terengganu untuk berjumpa Dato Hj Hadi Awang. Anwar tiba menaiki Firefly dan disambut oleh YB Azam Ismail Adun Bandar  bersama beberapa ahli dan pemimpin PKR Negeri mengikut sumber yang dipercayai.

Mengikut sumber Anwar bergerak menaiki kenderaan proton Perve metalic WYK 319. Bersama Anwar SU PKR Saifuddin Nasution.

Pihak kami mendapat maklumat tiada sebarang pertemuan setakat ini.

Sumber PAS yang rapat dengan Rusila, Marang dihubungi tidak mengetahui tentang pertemuan ini. 

Baru-baru ini ada saya membuat suatu status bertajuk setakat ini tiada lagi pemimpin pembangkang yang mampu menyatukan ketiga-tiga parti terbesar pembangkang, PAS/PKR/DAP menjadi Pakatan Rakyat .. ada yang inbox dan copy paste status saya, berang kerana sebagai ahli PAS tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu secara terbuka kerana ini memberi political milage ( politik batuan ) kepada DSAI .. saya cabar dia agar namakan pemimpin pembangkang yang mampu menyatukan PAS/PKR/DAP selain DSAI ketika ini ... sampai kesudah senyap membisu .. kalaupun kita ada darah taksub tetapi fakta jangan kita humban sebaliknya kena telan walaupun pahit dan pedih .. marah sangat dengan DSAI janganlah menggunakan bahasa kesat yang pernah diucapkan oleh macai-macai UMNO.
LikeLike · ·
Krisis Selangor: Anwar jumpa Abdul Hadi di Terengganu
Anwar jumpa Abdul Hadi di Terengganu
Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.
KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.
Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustapa Ali, ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.
"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.
Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti berikutan keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.
Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
“Menurut Artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota EXCO akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
- BERNAMA
New "One-Man Government" Formed in Selangor Today, 11 August 2014.
Well Done, SELANGOR...
You created history. No need to have political parties to go for elections for the right to form government.
SUCH A FARCE!!!!
Mesyuarat Majlis Dewan Diraja S’gor: Khalid puashati
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa puas hati beliau dengan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang baru selesai sebentar tadi.
Ditahan pemberita ketika keretannya keluar dari Istana Alam Shah, Klang, beliau berkata dirinya masih mampu tersenyum terhadap keputusan mesyuarat itu.
Menurutnya lagi, semua persoalan akan dijawab pada sidang media jam 2 petang ini di bangunan Setiausaja Kerajaan Negeri di Shah Alam.
Artikel dr Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam sinar hari ini:
"PAS paling layak jadi MB Selangor"
Dr segi moral dan akhlak,sudah tentu org PAS mempunyai lebih kredit.Calon PAS sudah terkenal dgn akhlak mulia dan lebih memenuhi ciri2 kepimpinan Islam.Kurang kontroversi,keluarga terjaga.Prinsip perjuangan jelas.Latar belakang baik.PAS boleh survive berbekalkan air liur dan semangat ahlinya.Sehingga kini PAS jarang goyah,walau apa jua taufan yg melanda.
Umno selalu berjaya kenakan DSAI sejak zaman Mahathir...
Politik DSAI tak berjaya mematahkan Umno...
Umno tak pernah berjaya kenakan TGNA...
Setiap Umno nak kenakan TGNA maka lain jadinya...Umno terperangkap!
Siapa paling licik?
Aku ikut TGNA...!
Tetap mendokong Pas...!
Allahuakbar!!!
Ada mendapat info sebelum ini bahawa sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor .. 3 exco dari PKR yang sedia ada akan digugurkan dan diganti dengan 3 ADUN PKR yang lain ... Esok TSKI akan panggil kesemua exco untuk bertanya secara bersemuka adakah mereka mau terus berkhidmat sebagai Exco dengan memberikan kepercayaan kepada beliau sebagai MB Selangor .. jika ditanya saya, lebih baik nyatakan ingin terus menjadi exco dibawah TSKI sebab dengan MB baru sudah pasti sekadar menjadi ADUN biasa ... disini nanti berlaku dilema sebab surat akuan bersumpah sudah ditanda tangani .. Tunggu sahaja keesokan hari perkembangan menarik ini. .. exco atau ADUN biasa.
LikeLike · ·
DYMM Tuanku Sultan Perkenan Menteri Besar Sedia Ada Terus Menjalankan Tugas
pada 11hb Ogos 2014 pukul 3.18 ptg
Saya telah manghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.
Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.
Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.
Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
11 OGOS 2014
LikeLike · ·
Cukup2 la tu...berbaik semula..redha dgan perkenan sultan..build up balik utk masa depan pakatan rakyat...
Ingat asal dari mana kita datang...ingat balik matlamat asal penubuhan pakatan...matlamat kita nak ambil putra jaya...yakinlah kejayaan itu pasti...kita tak berjaya pru13...insyaAllah pru14 Allah akan beri kemenangan kpd kita..
percaya lah...usaha tangga kejayaan..usaha lah lagi...
Tp kalu degil sangat...nak jgak jd menteri besar...lantak korang laa..
LikeLike · ·
dlm politik xde musuh kekal xde kawan kekal, hari ni musuh ketat esok lusa member kamceng, dlm politik smua serba mungkin
LikeLike · ·


SIFIR/KAEDAH/FARMULA MUDAH....

JIKA DAP DAN PKR TIADA DALAM EXCO KERANA LETAK JAWATAN.....
TINGGAL LAH EXCO DARI PAS...SELEBIHNYA MUNGKIN DITAMPUNG OLEH BN/UMNO
MAKA JADI KERAJAAN MB BEBAS....PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO/BN

2.JIKA PAS...PKR...DAP SEMUA LETAK JAWATAN....MAKA TINGGAL LAH MB BEBAS DENGAN UMNO...AGAK2 JADI KERAJAAN BEBAS ATAU UMNO/BN

3.JADI JIKA PAS TETAP MAHU KEKAL DENGAM MB TSKI...BERERTI IA DAH SEBULU DENGAN UMNO....

4.SEBENAR MEREKA MAHU KACAU BILAU PAKATAN....MEREKA DAH BERJAYA...SAPE MENJADI PELAKON UTAMA DAN PERANCANGNYA.DAPATKAN PERAK CARA LAIN....DAPATKAN SELANGOR CARA LAIN....TAK BOLEH IKUT CARA DAPATKAN PERAK

5.KESUDAHAN SEMUA TERTIPU....YANG BERJAYA BERSORAK GEMBIRA....

6.AGAMA KENA BELAJAR...ILMU POLITIK PUN KENA BELAJAR



WALLAHU'ALAM

Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?
http://greenboc.blogspot.com/2014/08/isu-khalid-pas-bersama-umno-atau.html
LikeLike · · · 27

JIKA KAEDAH MACAM DIATAS.....JADI PAS SEOLAH2 MERESTUI UMNO....BERGERAK DAN MEMERINTAH DENGAN UMNO....DAN SEKALIGUS TAK JADI PENGIKUT SETIA PAKATAN....ATAU JADI GAGASAN PAKATAN TAPI TAK IKUT ADAB.....ATAU INGKAR PERJANJIAN DALAM GABUNGAN PAKATAN...ATAU BERSIFAT MEMENTINGKAN DIRI UNTUK KEDUDUKAN SERTA KUASA....DENGAN INI PAS SENDIRI TELAH MENGUJUDKAN FITNAH DALAM PERJUANGAN ISLAM KERANA MELANGGAR PERSETUJUAN DAN PERJANJIAN


WALLAHU'ALAM

DUN Selangor tergantung

jika PAS, Khalid, Umno bergabung, kata Rais Yatim
Bekas menteri Kabinet Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) tidak menolak keadaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tergantung berlaku sekiranya PAS dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bergabung dengan Umno. Perkiraan Rais itu mengambil kira situasi apabila PAS bersama Khalid menyertai Umno sekali gus menjadikan mereka memiliki 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), sementara PKR dan DAP juga memiliki 28 Adun. Bagaimanapun, beliau yang juga pakar Perlembagaan berkata, situasi tersebut tidak memberikan masa depan yang baik kepada rakyat Selangor, khususnya untuk menangani isu berbangkit seperti air, perumahan dan lain-lain. "Kalau diteruskan kedudukan Khalid, senario ini tidak akan memberi masa depan yang diharapkan rakyat Selangor. Isu air sekarang memerlukan kerajaan negeri yang tangkas dan efisien sekali gus memerlukan majoriti kuat. "Kalau 28-28, bagaimana hendak mendepani isu air, perumahan dan Bajet yang harus dibentangkan hujung tahun ini. Kita tidak nampak kerajaan negeri di bawah Khalid boleh meluluskan rang undang-undang kewangan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini. Rais berkata, walaupun terdapat beberapa Adun yang melompat menyertai gabungan PAS dan Barisan Nasional (BN), ia masih tidak mencukupi kerana tidak memiliki majoriti dua pertiga. "Katakan juga ada seorang dua `lari' kepada gabungan PAS-BN, menjadikan 30 Adun pula. "Namun ini masih belum kukuh sebab kalau hendak pinda Perlembagaan perlukan majoriti dua pertiga, kecuali jika pinda undang-undang yang hanya memerlukan majoriti biasa," katanya. Rais berkata, Sultan memiliki kuasa untuk memilih menteri besar di negerinya sendiri. "Di bawah Perkara 53 Raja boleh melantik seseorang menteri besar dalam kalangan Adun, asalkan mengikut pendapat baginda orang berkenaan beroleh sokongan majoriti anggota DUN. "Dalam pada itu, jika dipetisyen untuk undi tidak percaya terhadap Khalid oleh sebilangan Adun, setiausaha Dewan perlu menetapkan usul memanggil sidang yang perlu didengari. "Jika undi tidak percaya diusulkan dan jumlahnya melepasi 28 undi menyebabkan Khalid kalah, maka Tuanku boleh mengambil perkara ini mengikut kuasa DUN untuk membubarkannya. "Sebaliknya juga Tuanku boleh menolaknya atas alasan teknikal," katanya. Khalid ketika ini ditolak partinya dan baru dipecat PKR pada Sabtu. PKR terpaksa mengambil langkah tersebut selepas usaha mereka mendesak Khalid berundur gagal. DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi. Khalid juga bertegas masih menteri besar yang sah di Selangor dan menunggu keputusan Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat bersama Majlis Diraja negeri hari ini.

Tiada ulasan: