Rabu, 6 Ogos 2014

KADANG2 SYOK SENDIRI BEST JUGA TAPI KADANG2 RASA HAIRANKAN DIRI/UJUB PULAK

Tuesday, 5 August 2014


2 FOTO ... DEMO BOIKOT RESTORAN McDONALD'S YANG PALING MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT SETAKAT INI.


Semenjak dilancarkan secara sukarela melalui laman sosial agar rakyat Malaysia yang sokong perjuangan rakyat Palestine yang kini diserang teruk oleh rejim zionis Laknatullah Israel agar boikot Restoran Mcdonald's inilah kali pertama demo ajak boikot begitu mendapat sambutan luar biasa sekali.

Beribu penduduk tempatan keluar berhimpun secara aman disalah sebuah Restoran McD di Dungun, Terengganu hari ini.

Sambutan begitu hebat sehingga berlaku kesesakan lalu lintas di bandar Dungun.

Apakah sambutan demo ini akan diterhemahkan dalam bentuk boikot????? ... Sama-sama kita tunggu .. hanya masa dan waktu akan menentukannya.

Tuesday, 5 August 2014


PEMUDA UMNO NEGERI PAHANG RETAK TUNGGU PECAH BERDERAI EKORAN SURAT GANTUNG KEAHLIAN DIKELUARKAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA KEPADA KETUA PEMUDA UMNO MARAN DAN INDERA MAHKOTA TERSEBAR DI ALAM MAYA!!!


Ibu Pejabat UMNO Malaysia pada 22hb Julai 2014 melalui Setiausaha Agungnya telah menghantar surat kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Pahang Sdr Saiful Anuar Mokhtar dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota Sdr Muhammad Faiz Hashim memaklumkan bahawa keahlian mereka berdua sebagai ahli UMNO digantung serta merta sehingga kes mereka dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Ekoran dari tindakan Setiusaha Agung UMNO Malaysia ini telah menyebabkan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang bergolak kencang dan suara akar umbi mulai berang terutamanya diperingkat Maran dan Indera Mahkota.

Kata-kata bantahan secara terbuka sudah pun kedengaran ..

Serang Pakatan Rakyat kononnya bermasalah akhirnya Pemuda UMNO Pahang yang kecoh sampai nak roboh.4:25PM - 5 Aug 2014

MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor


MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpakasa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor.

Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno.

"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.

"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.

Seorang MP DAP pada akhir bulan lalu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu, kata Tony Pua.

Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus.

Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.

Dalam perkembangan lain, Khalid Samad menjelaskan beliau masih menunggu maklum balas dari pihak istana berhubung permohonannya untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya belum terima jawapan rasmi dari istana.

"Dan saya menunggu dengan harapan akhirnya ia (permohonan menghadap) diterima dan Tuanku berkenan untuk menerima saya menghadap," katanya.

Khalid sebelum ini memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya tentang gesaan mengurangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi menjaga nama baik Tuanku daripada kritikan orang ramai.

Kenyataan tersebut dilaporkan menyinggung perasaan Sultan Selangor memandangkan Mais adalah satu daripada institusi negeri yang dinaungi baginda.


JANGAN CAKAP GINI...KALAU KITA BAGUS SANGAT DAH LAMA MENANG...TAK BERGABUNG PUN MENANG....SAPE YANG SYOK DIRI....AGAK2LAH....

DAP ‘Syok Sendiri’, PKR Tiada Jentera – Khairuddin At-Takiri

Author: 3 August 2014 9:40 am7 commentsViews: 1293

kat
Kenyataan kononnya PAS akan lenyap di Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan ekoran krisis dalam kalangan pakatan pembangkang berhubung kedudukan pucuk pimpinan negeri Selangor gagal diselesaikan merupakan kenyataan ‘syok sendiri.’
Sambil menempelak kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah terus memperlihatkan PAS tetap akan tetap kuat dan bangkit dengan jenteranya yang semakin meluas di semua peringkat.
Katanya, rakyat menilai setiap orang bertanding berdasarkan parti, peribadi, bakti mereka dan persoalan PAS akan lenyap merupakan suatu yang amat mustahil.
“PAS tak mungkin lenyap dan sentiasa boleh bertahan.
“Kita ada jentera di mana-mana sahaja. Yang tak ada jentera ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). DAP hanya ada jentera di peringkat elit sedangkan rangkaian PAS di peringkat akar umbi, di semua tempat.
“Itu terpulang kepada Tony Pua untuk memberi amaran namun istilahnya adalah ‘syok sendiri’,” katanya semalam, lapor Utusan Malaysia.
Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor dilaporkan mendakwa pakatan pembangkang berisiko kalah, manakala PAS pula mungkin lenyap kerana kehilangan banyak sokongan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Amaran itu dibuat berikutan tindakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada minggu lalu yang menyokong Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar yang boleh menimbulkan perpecahan ketara pakatan pembangkang.
Khairudin At-takiri berkata, sekiranya pakatan pembangkang tewas, PKR seharus dipersalahkan sebagai punca dan bukannya PAS kerana mencetuskan konflik ini.
“PAS hanya berpegang kepada pendirian asal, kita bersetuju dengan Menteri Besar Selangor sedia ada, tetapi yang timbulkan masalah adalah PKR.
“Kalau jatuh sekali pun, sebabnya adalah kerana PKR. PAS hanya mempertahankan Abdul Khalid supaya rakyat boleh melihat pakatan pembangkang sebagai sebuah parti yang telus dan memang berkhidmat untuk rakyat kerana setakat hari ini tak ada satu hujah yang kuat untuk menurunkan dia,” ujarnya.

 
6:00PM - 5 Aug 2014

MCA intai peluang dalam p'raya baru S'gor


MCA menuntut agar DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya baru diadakan susulan tuduhan yang timbul berhubung integriti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Apabila pilihan raya baru diadakan, kami berharap BN akan dapat merampas semula kuasa di Selangor, kata setiausaha perhubung MCA Selangor Ng Chok Sin.

Katanya, parti itu yang tewas di 14 kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum lalu berharap untuk meraih semula kerusi tersebut.

"Dari sudut pandangan kami, sekurang-kurangnya kita dapat memenangi semula beberapa kerusi, itu harap kami,” katanya.

Katanya, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution dan parti tersebut sepatutnya mendedahkan segala bukti berhubung dakwaan berhubung isu integriti melibatkan Khalid.

Beliau turut menggesa PKR membuat laporan polis dan juga pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum 10 Ogos.

"Jika tidak, MCA akan membuat laporan ke atas dua agensi penguatkuasa ini,” katanya dalam satu sidang media.

Katanya PKR dan Saifuddin “perlu membuat permohonan maaf” kerana “menyembunyikan” isu integriti melibatkan Khalid.

Tambahnya, PKR tidak sepatutnya menunggu enam tahun sehingga timbul konflik tersebut sebelum isu tersebut ditimbulkan.

Ditanya sekiranya PAS dan Umno bekerjasama untuk mengekalkan Khalid sebagai MB, Ng berkata perkara itu hanya satu “spekulasi”.

Beliau ditanya demikian bagi mengulas kenyataan pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang berkata parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS untuk membolehkan Khalid kekal sebagai menteri besar.

Krisis tersebut bertambah buruk hari ini selepas PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Khalid, kerana enggan mengikut arahan supaya meletak jawatan.



Militer Israel

10 Kerugian Zionis Israel dalam Perang Gaza


Israel mulai menarik mundur pasukannya dari Jalur Gaza, Senin (4/8/2014) malam. Mengapa negara Zionis itu terkesan ingin segera menghentikan perang yang dimulainya sendiri? Rupanya Zionis Israel mengalami kerugian besar karena telah menyerang Gaza. Berikut 10 kerugian Zionis Israel yang kemudian membuatnya berkeinginan melakukan gencatan senjata:

1. Ratusan tentara tewas

Tentara israel tewasDalam 28 hari serangan ke Gaza, lebih dari 130 tentara zionis tewas. Mayoritas tewas setelah Zionis melancarkan serangan darat di Gaza. Sebelumnya, saat serangan udara, Hamas hanya bisa membalas rudal pesawat tempur dengan roket. Tetapi begitu angkatan darat Israel diterjunkan menyerang Gaza, mereka menjadi bulan-bulanan Hamas.
Secara tiba-tiba pejuang Hamas muncul dari belakang mereka melalui terowongan, lalu melancarkan serangan mematikan. Di lain waktu pejuang Hamas menjebak pasukan Zionis berikut tank dan kendaraan tempur lainnya ke ladang ranjau yang telah dipersiapkan sebelumnya.

2. Seribu tentara terluka

Selain banyak tentara yang tewas, lebih banyak lagi tentara Zionis yang menderita luka-luka. Diperkirakan, angkanya mencapai seribu orang. Baik luka berat maupun luka sedang. Banyaknya tentara yang tewas dan terluka ini membuat Zionis Israel memperhitungkan kembali untuk meneruskan serangan. Langkah yang paling aman bagi negara Yahudi itu adalah melakukan gencatan senjata.

3. Mental prajurit zionis rontok

Tentara Israel stressMelihat medan perang yang di luar dugaan, penuh kejutan, dan berujung pada banyaknya tentara yang tewas dan terluka, secara umum mental prajurit Zionis rontok di depan mujahidin Gaza. Banyak prajurit yang mengalami depresi, bahkan ada yang sampai menembak kepala sendiri dan kemudian tewas sewaktu dilarikan di rumah sakit. Ada pula yang membangkang dari instruksi sehingga militer menonaktifkan satu bataylon. Untungnya, 5 Agustus 2014 disepakati sebagai hari gencatan senjata selama 72 jam dan akan dilanjutkan jika pertemua di Kairo antara Hamas dan Israel menghasilkan kesepakatan perdamaian.

4. Puluhan tank dan kendaraan tempur hancur

Tank Zionis meledak - alqassamdotpsKemampuan Hamas tak dapat lagi diremehkan. Terbukti, puluhan tank dan kendaraan tempur zionis hancur di Gaza. Sebagian karena diroket, sebagian lagi meledak di ranjau buatan Hamas.

5. Roket Hamas menjangkau jantung Israel

Roket Hamas tak bisa lagi disebut sederhana. Dalam empat pekan terakhir, Zionis dikejutkan dengan kemampuan roket balasan Hamas yang bisa menjangkau Chadera, kota pantai di utara Tel Aviv yang berjarak 117 Km dari Gaza. Roket Hamas juga mampu menjangkau Yerusalem dan Haifa. Bahkan roket terjauh mampu menjangkau jarak 160 Km.

6. Kota-kota Israel jadi ‘kota hantu’

Akibat serangan roket balasan Hamas, sejumlah kota di Israel berubah menjadi ‘kota hantu.’ Meskipun seluruh penduduk Israel adalah kombatan, nyatanya mereka ketakutan dan memilih hengkang meninggalkan kotanya. Sebagian pergi ke daerah lain, sebagian besar lainnya pergi ke luar negeri.

7. Ekonomi terpuruk

Perginya penduduk Israel meninggalkan rumahnya otomatis membuat perekonomian Israel terpuruk. Perdagangan lumpuh, aktifitas bisnis berhenti, perusahaan-perusahaan juga tidak bisa beroperasi.

8. Industri pariwisata rontok

Pariwisata merupakan salah satu sumber devisa Israel. Namun selama 28 hari terakhir, karena faktor keamanan, hampir tidak ada wisatawan asing yang berani terbang ke Israel. Terlebih setelah Hamas berhasil mendaratkan roketnya di bandara internasional Ben Gurion.

9. Persenjataan dan amunisi terkuras

Mengapa zionis Israel terkesan sangat menginginkan perang yang dimulainya segera diakhiri dengan gencatan senjata? Salah satunya, karena persenjataan dan amunisi negara Yahudi itu terkuras. Iron Dome yang menjadi perisai utama menghadapi roket Hamas, ternyata hanya efektif menghentikan satu dari tujuh roket yang ditembakkan Hamas. Sangat jauh dari klaim sebelumnya yang menyebutkan Iron Dome mampu menangkal 90 persen roket yang datang ke wilayah Israel.

10. Citra militer Israel terjun bebas

Pampers armyBuntut dari berbagai kegagalan Zionis dalam serangan darat ke Gaza membuat citra militer negara Yahudi itu terjun bebas. Jika sebelumnya militer Israel dikesankan sebagai pasukan yang digdaya dan menjadi salah satu mesin perang terbaik di dunia, nyatanya tidak mampu menundukkan Hamas yang jumlah pasukannya tidak seberapa. Padahal, serangan telah berlangsung 28 hari.
Parahnya lagi, dunia kini juga tahu bahwa militer Zionis ternyata penakut, hingga harus memakai pampers agar tetap bisa berlindung di dalam tank dan kendaraan lapis baja. (Ibnu K/beritapopuler.com)
Penyelesaian terbaik untuk krisis MB Selangor

SUARA LANTANG: Ramai orang yang mencari perbezaan yang terbaik. Tetapi dari perspektif perlembagaan ia adalah agak mudah: yang terbaik adalah sesuatu yang paling demokratik.
Yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Memandangkan Perlembagaan kita bertujuan untuk melaksanakan cita-cita demokrasi yang agak semula jadi.
Jika kita mengambil contoh "Langkah Kajang" telah mengakibatkan krisis Menteri Besar Selangor telah berlarutan selama kira-kira enam bulan sehingga sekarang. Walaupun PKR telah mencalonkan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim.
Perkara itu nampaknya masih tidak selesai, terutamanya selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mempertahankan Khalid minggu lalu.
Dan perkara itu menjadi lebih rumit apabila Dr Zuhdi Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif untuk pusat penyelidikan Pas, menjangkakan meninggalkan parti Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan Umno-BN. Ini adalah dengan tujuan untuk membentuk kerajaan negeri akan datang.
Ia adalah benar  bahawa Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali telah menjarakkan partinya daripada apa yang dipanggil Zuhdi sebagai analisis senario.
Namun pada hakikatnya, bahawa parti itu telah berkata perkara yang sama berulang kali. Dan ini termasuk Abdul Hadi sendiri.Ini menunjukkan imej ketidaksepakatan dalam kepimpinan Pakatan pada MB seterusnya bagi negeri terkaya di negara ini.
Dan dalam PKR sendiri walaupun keputusan sebulat suara dicapai pada mesyuarat biro politik nama lain telah menjadi buah mulut untuk kerusi panas itu: Dr Idris Ahmad, pakar sakit puan yang kini merupakan ADUN untuk Ijok.
Tidak seperti sistem presiden di mana kerajaan dipilih secara langsung oleh pengundi dalam sistem kita kerajaan dilantik oleh ketua negara. Bahawa walau apa pun hasrat pengundi masih tinggi.
Oleh itu keperluan di pihak ketua negara untuk melantik seseorang yang mendapat sokongan majoriti di dalam pilihan raya. Ini menggariskan prinsip bahawa walaupun kuasa untuk melantik kerajaan adalah mengikut budi bicara di pihak ketua negara ia perlu dilaksanakan dengan cara ia mencerminkan kehendak majoriti.
Ini adalah sebab mengapa Perlembagaan kita - seperti dalam demokrasi Westminster yang lain - yang menetapkan peraturan majoriti dalam proses pelantikan.
Walaupun Idris mungkin lebih diterima ke istana kerana dia puak Bugis dan dia berasal dari Selangor - tidak seperti Wan Azizah yang berasal dari Kedah dan bukan daripada puak itu - apa yang diambil kira dari sudut pandangan Perlembagaan adalah di mana sokongan majoriti ahli parlimen Pakatan di Dewan Undangan Selangor sebenarnya terletak.
Masih tidak jelas jika Wan Azizah mendapat sokongan daripada majoriti ahli parlimen Pakatan. Sehingga kini dia kelihatan mempunyai majoriti PKR dan DAP tetapi ini mungkin tidak cukup untuk membentuk majoriti mudah di dalam 56-anggota dewan.
Dan ditambah dengan kemunculan Idris dan ditambah pula dengan langkah Pas tidak menentu ia lebih berkemungkinan bahawa kita akan melihat “parlimen tergantung" atau seri dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Apa pun meletakkan satu usul tidak percaya di dalam dewan untuk menyingkirkan Khalid nampaknya tidak menjadi pilihan. Selain daripada keadaan yang tidak menentu di dalam dewan itu juga tidak biasa dalam kebanyakan sistem: parti-parti politik lebih suka pergerakan yang tertutup.
Walau bagaimanapun pilihan yang terakhir tidak berguna apabila Khalid telah berikrar untuk menjalankan, langkah terbarunya yang menandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan yang diterajui Umno.
Ia adalah salah satu keputusan yang dibuat olehnya yang telah menimbulkan kemarahan pihak atasan Pakatan.
Apa yang kita lihat sekarang di Selangor adalah keadaan di mana tidak ada seorang  pun majoriti yang jelas dan ini boleh membawa kepada masalah yang serius.
Ini termasuk keadaan yang genting seperti kegagalan di pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan bajet yang diluluskan atau bil yang telah ditolak oleh dewan.
Ia juga boleh membawa kepada masalah kesahihan; iaitu kuasa kerajaan negeri untuk menasihati Sultan. Oleh itu ia kini menjadi tanggungjawab Sultan untuk membuat langkah untuk menamatkan ketidaktentuan ini.
Sebagai raja berperlembagaan beliau perlu mempunyai sebuah kerajaan untuk menasihati beliau. Ini, dalam istilah biasa, bermakna negara mesti mempunyai kerajaan untuk menjalankan urusannya.
Dan ia hanya boleh dilakukan oleh ahli-ahli politik yang dipilih boleh dipertanggungjawabkan untuk dewan: istana dan perkhidmatan awam tidak boleh memerintah negeri ini jika yang tidak popular dipilih.
Jika terdapat majoriti yang jelas di dalam dewan maka dia boleh melantik mereka untuk memerintah negeri ini.
Tetapi pilihan ini kini tidak kelihatan berhasil dan oleh itu ia adalah untuk beliau sekarang adalah untuk membubarkan dewan. Ini akan membolehkan pilihan raya negeri di mana rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu.
Untuk Perlembagaan berkenaan istana mempunyai dua pilihan: untuk mendesak kepada Khalid untuk membuat permintaan untuk pembubaran atau, jika Khalid enggan berbuat demikian, membubarkan dewan itu sendiri.
Dr Abdul Aziz Bari merupakan bekas profesor undang-undang UIAM yang kini mengajar di Fakulti Sains Sosial, Unisel. Beliau juga merupakan felo kanan di IDEAS, sebuah badan pemikir bebas.


Kejadian Aneh di Langit Isreal



Mungkin burung ababil buat latihan nak menghancur penduduk Isreal!!
 
 

Tiada ulasan: