Selasa, 12 Ogos 2014

AMBIK KAU....NI KESAN MASING2 EGO....TAK SEPAKAT....DAN TERMAKAN BUDI....BEBAS CAMPUR BN MUNGKIN PAS....SAPE YANG TERPERANGKAP

Tuesday, 12 August 2014


ISTANA TOLAK PERMINTAAN PARTI KEADILAN RAKYAT UNTUK MENGADAP DYMM SULTAN SELANGOR .. THE MALAY MAIL ONLINE.



KUALA LUMPUR, Aug 12 ― The Selangor palace has rejected PKR's last-minute bid to meet with the Sultan to explain its reasons for sacking Tan Sri Khalid Ibrahim, likely after finding the party's manner of requesting for audience inappropriate, sources said.

Malay Mail Online understands that it was Datuk Seri Anwar Ibrahim who had written the letter to seek a meeting between the state ruler and his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is PKR's candidate to replace Khalid.

Sources familiar with the matter said the letter, which was sent to the palace yesterday, was rejected yesterday morning.

“The request, written by Anwar was for Wan Azizah to have an audience with His Royal Highness.

“Suffice it to say there were questions as to why Wan Azizah did not write the official letter herself... it did not look good, especially for someone who has been tipped to be Khalid's replacement,” a PKR source told Malay Mail Online when contacted.

“They (PKR) should have cleared matters with the Selangor Sultan before sacking Khalid, before things came to this,” said another source close to the embattled MB.

It is understood that Anwar will receive the rejection letter from the palace some time later today.

PKR’s decision to expel the embattled MB was mainly for his open defiance of the party’s decision that he must step down to make way for PKR president Dr Wan Azizah.

Khalid’s sacking leaves the coalition in a precarious state and will add to worries that snap polls may have to be called to ward off a stalemate.

Earlier yesterday, Khalid met with the Selangor Sultan to discuss his position in the ongoing crisis.

The second-term MB later told reporters that despite his expulsion, the state ruler said he should stay on as MB.

During the meeting, Khalid said he explained his sacking and told the Sultan that he still commands the confidence of the majority of Selangor’s assemblymen.

“High Royal Highness is satisfied with the explanation given and has given his blessings for me to continue as Selangor mentri besar,” he said at a news conference here.

Khalid also said that talks about dissolving the state assembly and calling for fresh polls were “not even brought up.”

“Until there are any new developments, I am still Selangor mentri besar and will carry my duties as MB,” he added.

But DAP and PKR later disputed Khalid’s claim, and challenged the leader to prove he commands the majority support of the Selangor assembly by calling for a confidence motion in the House.

Both DAP and PKR representatives have declared they will vote against Khalid. PAS has yet to decide its position on the matter and is scheduled to do so during its meeting on August 17.

Should a confidence motion be tabled, full support from all PAS’s 15 and Umno’s 12 assemblymen for Khalid will see the House split down the middle, likely paving the way for fresh polls.

Isu MB: Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor.

"Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini.

"DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi.

Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini.

Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

- HARAKAHDAILY 12/8/2014

 Anwar terus buntu, Hadi mahu calon lain, bukan Wan Azizah - Sumber
Posted on Tuesday, August 12 @ 10:20:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus buntu dalam mencari penyelesaian isu pertukaran Menteri Besar Selangor apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap menolak calon yang dikemukakan oleh PKR.

Sumber dalaman PKR Terengganu memberitahu Astro AWANI, dalam pertemuan bersama Anwar dan Hadi di sebuah hotel di Marang petang semalam, Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah.

Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan PAS ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Sementara itu, Anwar enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Abdul Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.

"Perjumpaan biasa...kita baru dalam proses perbincangan...bincang banyak isu...hasilnya macam biasa," kata Anwar ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Abdul Hadi masih gagal berikutan Presiden PAS itu turut mengelak bertemu dengan wartawan.

Abdul Khalid yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lalu atas dakwaan mengingkari arahan parti.

Bagaimanapun pada 11 Ogos, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Sementara itu pada petang 11 Ogos, satu kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencabar Abdul Khalid membuktikan sokongan majoriti DUN seperti yang dimaklumkan kepada Sultan Selangor pada pagi Isnin. - Astro

Tuesday, August 12, 2014


PANAS!! 9 ADUN PAS,1 DAP, 1 PKR Dilantik Exco 3 Petang Ini

Sumber Pakatan Rakyat mengesahkan sekurang-kurangnya 9 ADUN PAS, 1 masing-masing dari DAP dan PKR akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Selangor dibawah pelan menyelamatkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Petang ini juga menyaksikan sekurang-kurangnya 3 kerusi Exco lagi akan diserahkan kepada wakil dari BN/UMNO.
Bermaksud, jumlah Exco Selangor bertambah dari 11 sebelum ini (termasuk Khalid) kepada 15 orang.  Selain itu, jawatan bergaji paling lumayan di Selangor (selain Menteri Besar), Speaker dan Timbalannya, akan turut diserahkan kepada PAS. 

Dengan skim kenaikan gaji tidak munasabah yang dilaksanakan Khalid awal tahun lalu, pertambahan jumlah Exco ini bermaksud beban kepada kewangan negeri dan rakyat.  Selain gaji, kemudahan kereta, pegawai dan sebagainya juga perlu disediakan.
Aku telah memperolehi senarai nama yang akan dilantik sebagai Exco tersebut oleh Khalid dan portfolio masing-masing, tapi tidak akan mendedahkannya buat masa sekarang atas sebab-sebab tertentu.
Cuma aku nak maklumkan disini bahawa wakil PAS yang dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker DUN Selangor ialah Mohd Shafie Bin Ngah (ADUN Bangi) dan Noor Hanim Bin Ismail (ADUN Sri Serdang).
Dalam masa yang sama, kedudukan beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai ahli lembaga pengarah dalam beberapa anak syarikat kerajaan negeri juga akan diubah dengan memasukkan wakil dari PAS dan BN.
Masih tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar dalam parti masing-masing seorang ADUN PKR dan DAP yang membuat keputusan untuk menyertai Khalid, sama ada dipecat atau meneruskan tugas tersebut kerana situasi sekarang adalah begitu unik.
Sebagai ADUN Bebas, Khalid tidak terikat kepada fraksi Pakatan Rakyat atau BN dalam membuat keputusan mengenai keahlian Exco kerajaan dibawah pentadbirannya.



Hentikan pertelagahan, buang keangkuhan, perkukuhkan pakatan!

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .
SAYA kira catatan saya ini adalah luahan hati rakyat bawahan dan aktivis Pakatan Rakyat yang terlalu mengimpikan Malaysia baru bersama Pakatan Rakyat. Sesungguhnya kami hanya mampu melakukan suatu yang amat terbatas dalam mengharapkan penyelesaian krisis yang ada pada hari ini.

Kadang kala kami merasakan bahawa harapan kami kepada Pakatan Rakyat tidak pernah didengari dan difahami oleh sekian pimpinan yang bertelagah. Kiranya tidak salah untuk saya mengungkapkan pertelagahan yang berlaku kini kerana ia telah terlalu terbuka dan terdedah kepada pengetahuan awam.

Tidak dapat kami bayangkan kesiapsiagaan musuh-musuh Pakatan Rakyat merencana sesuatu bagai perumpamaan “menangguk di air yang keruh” dengan apa yang berlaku hari ini. Mereka tentunya bersenang-senangan dan menyusun langkah untuk meranapkan sama sekali pakatan tiga parti, PAS, DAP dan PKR.

Perlu disedari bahawa krisis yang berlaku akan meletakkan sama ada Pakatan Rakyat pada tahap dilemahkan atau menjadikan musuh-musuh Pakatan Rakyat diperkuatkan. Ia amat bergantung kepada keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat menguruskan krisis secara bijaksana dalam masa yang cukup kritikal.

Apatah lagi krisis ini sama ada diakui atau tidak telah mencalarkan kepercayaan rakyat kepada parti-parti gabungan dalam pakatan. Mungkin agaknya pimpinan yang bertelagah lupa derita kebanyakan rakyat pada hari ini.

Bagaimana kami aktivis berhadapan dengan pelbagai aduan rakyat dalam suasana fokus pimpinan terlalu terarah kepada krisis yang belum tentu penghujung dan jatuhnya di mana?

Saban masa kami diajukan persoalan tentang kemiskinan rakyat yang bagai tiada kesudahan. Rumah kecil yang didiami lebih dari satu keluarga yang selalu bocor di kala hujan. Siapa yang sedia membina dasar yang lebih tuntas untuk pembangunan OKU yang menyeluruh? Dan pelbagai lagi persoalan rakyat yang perlu kami dengari sebagai aktivis yang tidak putus-putus mencanang bahawa Pakatan Rakyatlah tempat disandarkan harapan untuk suatu perubahan.

Sehingga ke saat ini, kami terus tercari-cari di mana lagi kebijaksanaan pimpinan yang bertelagah mencari titik penyelesaian. Apakah kita bersedia membuang keangkuhan diri yang ada untuk duduk lendik bersama, bersepakat kembalikan kestabilan untuk meraih keyakinan rakyat?

Pesanan akhir saya kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat, kalaupun kalian tidak merasai lukanya rakyat, kami yang mendokong ketiga-tiga parti dalam pakatan kini telah cukup terguris dengan pertelagahan yang dicipta. – HARAKAHDAILY 12/8/2014

 8:32PM - 12 Aug 2014

'Hati-hati bila musuh puji kita, PAS'


Aktivis PAS semakin resah memikirkan kemungkinan berlaku keretakan dalam parti itu ekoran krisis menteri besar Selangor, terutama selepas pemecatan semua exco PKR dan DAP oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Datuk Tamrin Ghafar, anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, juga mengingatkan parti itu supaya berhati-hati, lebih-lebih lagi apabila pihak “musuh” mula memuji parti itu.

“Berhati-hatilah apabila musuh mulai memuji kita.

"Pada saya Khalid bukan justifikasi sehingga kita boleh berpecah dan berpisah,” katanya yang juga bekas anggota parlimen Batu Berendam.

Umno kini mengambil pendirian menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar manakala PAS masih belum membuat pendirian dan hanya akan memutuskannya pada 17 Ogos ini.

Pentadbiran Khalid kini hanya berfungsi dengan empat exco daripada PAS selepas penyingkiran wakil DAP dan PKR yang kuat mengkritiknya.

Dalam kenyataannya hari ini, Tamrin berkata, keretakan tidak harus berlalu memandangkan Khalid yang mahu dikeluarkan tidak pun mempunyai parti lagi selepas dipecat PKR.

“Mungkin Allah SWT nak tunjukkan kita siapa sebenarnya Khalid. Apakah dia ini musang berbulu ayam,” katanya lagi.

Mengingatkan krisis yang berlaku sebagai ujian besar, beliau mengingatkan supaya semua pihak mengakui kesilapan masing-masing dan “membuang yang keruh dan mengambil yang jernih”. 
Tan Sri Khalid sengaja memecat Exco DAP dan PKR....
Ramai menyangka ia hanya mensasarkan DAP dan PKR...
Sementara itu dengan cara berhalus ia menekan PAS.
Group UG pula melancarkan Gerak 2...secara halus pada ahli PAS...
Sama ada PAS bergabung dengan UMNO.... Atau PAS akan menerima akibat paling rugi... Inilah perancangan besar UG.

UMNO pula bagi perancangannya adalah di peringkat pusat.... Ada sesuatu yang besar yang akan diubahnya....bagi kekuatannya untuk PRU 14 akan datang.
UMNO hanya mahu Khalid kekal MB... Sementara merancang untuk menghapuskan semua parti PR.
Sama ada PAS jalan sendiri atau bersama UMNO....
PAS tetap juga akan dihancurkan perlahan-lahan.
Menurut perisikan Group UG.... Telah mendapat mempengaruhi 2 per 3 ahli.


TERBUKTI TAN SRI KHALID BERBOHONG KEPADA SULTAN SELANGOR ?

Written By canang on Selasa, 12 Ogos 2014 | 8/12/2014 09:03:00 PTG


TERBUKTI TAN SRI KHALID BERBOHONG KEPADA SULTAN SELANGOR ?
Khalid Ibrahim Kantoi - 32 ADUN Selangor Termasuk 4 ADUN PAS Sokong Wan Azizah Jadi MB.
Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.
Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.
Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.
Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.
Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.
"Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk," kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.
Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.
Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.
Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.
Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.
"Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan," kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.
"Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas,” katanya.
Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.
PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.
PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.
Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.
Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.
Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.
"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua. – 12 Ogos, 2014.

Khalid mohon perkenan Sultan Selangor pecat semua EXCO PKR, DAP

Cetak
Khalid mohon perkenan Sultan Selangor pecat semua EXCO PKR, DAP MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika tiba di pejabatnya bagi memulakan tugasnya seperti biasa di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PKR dan DAP kerana cuba untuk mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid berkata, surat itu yang juga dihantar kepada semua EXCO berkenaan, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini, berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau belum menulis surat kepada EXCO Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Dr Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.

"EXCO terbabit telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya untuk mengurangkan keberkesanan EXCO.

"Oleh itu, saya menulis surat kepada Sultan meminta supaya EXCO ini tidak meneruskan kerjanya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini, sebentar tadi.

Sultan Selangor tidak perkenan terima menghadap Wan Azizah

Cetak
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak perkenan menerima menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk tujuan memberi penjelasan berhubung kemelut jawatan Menteri Besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Lela Bakti berkata pihak Istana menerima surat yang ditandatangani oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Ogos yang memohon untuk Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang sudah diputuskan oleh kepimpinan PKR.
"Surat permohonan ini telah disembahkan kepada Sultan Selangor, semalam dan Baginda menitahkan supaya memaklumkan kepada Anwar bahawa Baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap Baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau berkata, Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR adalah isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar Selangor.

"Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Beliau berkata, Baginda juga telah berkenan untuk Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan bukannya keputusan Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan.

"Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor yang diadakan semalam adalah mesyuarat berjadual dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata, Abdul Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada Baginda bahawa beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkata berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan di-Raja.

"Sehubungan itu, Sultan Selangor telah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor mengenai keputusan Baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.


Pakatan Rakyat hilang kuasa di Selangor, hanya 4 EXCO PAS kekal

Cetak
Pakatan Rakyat hilang kuasa di Selangor, hanya 4 EXCO PAS kekal MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) ketika keluar dari pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat hilang kuasa di Selangor apabila enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PKR dan DAP dipecat serta merta petang tadi.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dianggotai empat EXCO PAS.
Abdul Khalid, ketika ditemui pemberita di Shah Alam petang tadi, berkata beliau sudah mempersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, surat memohon perkenan untuk memecat ahli EXCO berkenaan kerana cuba mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Berikutan itu, PKR dan DAP kini mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkembangan terbaharu itu.


TAHNIAH IBLIS TELAH BERJAYA MEMECAH-BELAH PAKATAN RAKYAT....UMNO MUSUH....TAPI UTAMA KITA IALAH IBLIS.....DICAMPAK IBLIS RASA KEEGOAN....DAN MERASA DIRI MASING2 HEBAT....TAK SEDAR AKAN TUA DAN JALAN/GOL LAH.....AKHIRAT NANTI MENGADAP ALLAH SWT....MAKA JAWABLAH.....KERANA KERJA KITA MELAMBATKAN LAGI ISLAM ITU MENANG



Islam Bangkit's photo.
 

1 ulasan:

opisboi berkata...

klau btullah pas akan bergabung dgn umno maka segala usaha titik peluh, undi aku tidak aku halal bagi adun pas yg aku pangkah dan aku akan pastikan pru 14 akan hilang kerusi di selangor dan aku nak lihat pas akan ditendang keluar macam anjing kurap spt thn 78..nak dengar kelentong ustaz2 di masjid dan surau ttg gabungan umpas