Tuesday, August 5, 2014
Gaza: Zionist berundur sebab 497 IDF dah mati rupanya....
Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.
Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.
Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.
“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.
“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.
Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.
Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.
Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.
Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.
Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis lapor Sinar Harian
4:25PM - 5 Aug 2014
Khalid Samad: Penjelasan Zuhdi calar imej PAS
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat penjelasan
demi penjelasan Dr Ahmad Zuhdi Marzuki tentang mesej kumpulan WhatsApp
ahli jawatankuasa PAS Pusat yang bocor, memburukkan keadaan dan memberi
nama buruk kepada PAS.
Menurutnya, Zuhdi terlalu sibuk mempertahankan dirinya sehingga memberikan gambaran bahawa "lakaran senario" yang disebutnya itu seolah-olah datang dari PAS.
Ia sekaligus memburukkan nama PAS di mata orang ramai, kata Khalid.
"Imej PAS tercalar dan orang bukan Islam akan hilang kepercayaan pada PAS.
"Dia terlalu sibuk mempertahankan dirinya, mencuci tangan dan secara tak langsung memburukkan nama PAS.
"Senario lakaran Zuhdi adalah imaginasinya sendiri tanpa ada campur tangan dari mana-mana ahli WhatsApp group," kata Khalid.
Menurutnya, penjelasan Zuhdi yang mendakwa lakaran senario PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu seolah-olah memberikan gambaran ia datang dari AJK PAS pusat.
Tiada yang setuju
Sedangkan tegas Khalid, tiada seorang pun selain Zuhdi daripada 47 orang dalam kumpulan WhatsApp itu bersetuju dengan lakaran senario Zuhdi.
"Dia tak kata (pandangan itu dari) dalam WhatsApp group tapi dia kata dari dalam PAS.
"Tapi kenapa dia bagi impression (tanggapan) begitu (datang dari AJK PAS Pusat)?" kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.
Khalid juga mempertikaikan kenyataan Zuhdi yang berhujah bahawa penyebaran mesej bocor itu dibuat untuk memburukkan nama baiknya.
"Sebahagian hujah mempertahankan Zuhdi akhirnya menimbulkan syak wasangka terhadap PAS.
"Bagi saya Zuhdi bukan sasarannya, kerana kalau Zuhdi sasarannya, print screen (rakaman mesej) itu akan muncul di kalangan pimpinan PAS sahaja.
Bukan saluran rasmi
"Rakyat jelata tak kenal pun siapa Zuhdi dan rakyat tertanya-tanya siapa Zuhdi masa print screen itu mula disebarkan," kata Khalid.
Tegasnya, sasaran sebenar mesej yang dibocorkan itu adalah PAS sendiri dan kumpulan WhatsApp itu juga bukan saluran perbincangan rasmi parti.
Ini kerana, katanya, presiden dan timbalan presiden, setiausaha agung serta seorang naib presiden PAS tiada dalam kumpulan itu.
"WhatsApp group ini bukan satu medan rasmi untuk bermesyuarat, jauh lagi untuk perbincangan strategi.
"Ia sekadar untuk memaklumkan program ahli grup, serta maklumat berhubung isu semasa seperti rakan-rakan sakit, meninggal dan sebagainya.
"Setakat ini WhatsApp group tersebut tak pernah diguna untuk buat keputusan pimpinan utama parti," kata Khalid. 3:45PM - 5 Aug 2014

MB: Bincang isu integriti dengan penuh adab, tertib
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
menyatakan kesediaannya untuk dihakimi atau disemak pihak tertentu
sekiranya terdapat beberapa perkara dalam pentadbirannya dilaksanakan
secara tidak betul atau tidak beramanah.
Namun demikian, Abdul Khalid berkata kesemua perkara seumpama itu sepatutnya dibincangkan dengan penuh adab dan tertib kerana beliau sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
"Saya bersedia untuk dihakimi atau disemak...jadi pada saya itu adalah reformasi yang saya lalui, maknanya kita percaya pada ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini bahawa wakil rakyat Pelabuhan Klang itu terlibat dengan aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.
Dalam pada itu, ketika menjawab dakwaan yang tersebar bahawa beliau telah dipecat daripada PKR semalam, Abdul Khalid tegas menafikannya malah menyatakan beliau masih anggota parti berkenaan dan tidak pernah menerima sebarang surat mengenai perkara tersebut.
-Bernama9:45PM - 5 Aug 2014

PKR bongkar rundingan ragu Khalid
Isu penyelesaian hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank
Islam dijadikan alasan utama oleh PKR bagi meyakinkan rakannya dalam
Pakatan Rakyat untuk menukar menteri besar Selangor itu.
Dalam penjelasan 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, PKR antaranya memaklumkan terdapat "keraguan munasabah" dalam isu penyelesaian hutang RM59.5 juta itu.
Dokumen itu membangkitkan bagaimana rundingan penyelesaian tuntutan hutang luar mahkamah dipercepat selepas PKR mengumumkan Langkah Kajang pada 28 Januari lalu.
Dalam bentuk kronologi, dokumen itu juga memperincikan kes itu bermula keputusan mahkamah dan persoalan integritinya selepas pelupusan hutangnya secara mengejut.
PKR mempertikaikan penyelesaian kes itu walaupun peguam Bank Islam percaya mereka mempunyai hujah kukuh untuk memenangi kes.
Dibangkitkan juga persoalan berhubung:
PKR bagaimanapun berkata, prestasi kepimpinan Khalid semasa penggal pertamanya baik dan memuaskan.
Khalid sebelum ini mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya benar.
Khalid menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekali gus memandang serius dakwaan berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan Bank Islam itu.

-
Rundingan Bank Islam-Khalid di luar mahkamah yang menyebabkan saman
tuntutan hutang terhadap Khalid digugurkan dibuat tanpa pengetahuan
peguam Bank Islam yang maklum di saat-saat akhir pada Februari 2014.
- Tindakan Khalid didakwa menggunakan seorang peguam ternama yang rapat dengan Umno dan kemudiannya mendapat kepentingan besar dalam projek harta tanah Selangor.
-
Keengganan Khalid berterus terang mengenai pelupusan hutangnya secara
mengejut walaupun beberapa kali diarahkan parti membuat penjelasan.
- PKR berkata Khalid tidak memberikan penjelasan telus dan diterima akal. Ini ekoran penjelasannya bahawa Bank Islam menggugurkan saman selepas beliau berjanji membayar balik menggunakan wang yang dijangka diperoleh melalui saman terhadap Permodalan Nasional Bhd.
-
Persoalan bagaimana kerajaan pusat berjaya mendapat kelulusan untuk
projek loji rawatan air berbilion ringgit Langat 2 ketika sedangkan
negeri gagal mengambil alih sepenuhnya konsesi air.
-
Tawaran akhir pampasan kepada pemegang saham majoriti majoriti kepada
Rozali Ismail, yang memegang saham majoriti dalam konsesi Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dinaikkan lebih RM500
juta sedangkan Splash pula diturunkan kira-kira RM2 bilion.
- Tuduhan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli mengikat perjanjian sulit untuk mendapatkan komisen RM60 juta daripada seorang pemegang saham utama Splash.
PKR bagaimanapun berkata, prestasi kepimpinan Khalid semasa penggal pertamanya baik dan memuaskan.
Khalid sebelum ini mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya benar.
Khalid menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekali gus memandang serius dakwaan berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan Bank Islam itu.
DIPILIH...DILANTIK OLEH PARTI....DIPERSETUJUI OLEH PARTI...LAMBANG PARTI YANG DIPILIH BUKAN LAMBANG SENDIRI....PASTU TAK NAK TURUN BILA PARTI ARAHKAN....AGAK2 BERMORAL KE....PATUH KEPIMPINAN KE...
3:10PM - 5 Aug 2014
Khalid Ibrahim diberi surat tunjuk sebab
PKR hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana enggan meletakkan jawatan.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan itu telah diambil atas arahan Biro Politik parti itu yang bermesyuarat Ahad lalu.
"Mesyuarat khas MPP (majlis pimpinan pusat) pada 21 Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar Selangor yang baru.
"Namun kenyataan media Tan Sri Khalid Ibrahim pada 22hb Julai 2014 secara terang-terangan telah mengingkari keputusan mesyuarat khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar Selangor.
"Beliau (Khalid) perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos 2014," kata Tan dalam kenyataan hari ini.
Menurut salinan surat itu, Khalid telah pun menerima perancangan parti yang diputuskan mesyuarat MPP pada 15 Januari untuk menggantikan melalui Langkah Kajang.
"Atas sebab-sebab tertentu yang menghalang beliau (Anwar) dari bertanding sebagai calon PRK (pilihan raya kecil) di Kajang, parti kemudiannya memilih presiden sebagai calon.
"Bagaimanapun matlamat 'Langkah Kajang' masih berterusan," surat itu dipetik.
Dalam mesyuarat Ahad lalu, biro politik PKR juga memutuskan supaya sesi penerangan bagi menjelaskan isu itu secara terbuka diadakan dan satu pertemuan antara Wan Azizah dan Khalid dibuat untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran Selangor.
Bagaimanapun sumber dari pasukan Khalid menyatakan pertemuan mungkin tidak berlaku. 3:55PM - 5 Aug 2014

Umno: Jangan terpedaya dengan jelitawan DAP
Seorang anggota majlis tertinggi Umno memberi amaran kepada
golongan anak muda Melayu agar tidak terpedaya dengan tindakan DAP yang
menggunakan jelitawan muda sebagai tarikan untuk menyertai parti
tersebut.
Irmohizam Ibrahim, yang juga MP Kuala Selangor dalam laporan portal Umno Online menyebut, taktik DAP yang menggunakan wanita Melayu muda itu merupakan “strategi halus” dengan dua sasaran.
Pertama, DAP mahu menarik sokongan golongan muda Melayu dan untuk tujuan kedua, bagi menghadapi kemungkinan bahawa kerjasama dengan PAS dan PKR bakal menghadapi masalah, katanya.
“Dap selama ini bergantung kepada Pas dan PKR untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tetapi pada masa yang sama Dap juga sedar mereka tidak boleh bergantung harap kepada kedua-dua parti tersebut semata-mata.
“Justeru sebagai persiapan jangka panjang, Dap kini mencuba taktik mempromosi wanita Melayu muda bagi menarik sokongan pengundi Melayu”, katanya seperti dipetik oleh lidah parti Umno itu.
Beliau merujuk kepada kemunculan pemimpin wanita yang ditonjolkan DAP, termasuk calon pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dan seorang anggota baru parti itu, Young Syefura Othman.
Irmohizam juga berkata, golongan muda Melayu sepatutnya berpandangan jauh dan memahami bahawa DAP hanya mempergunakan anggota Melayu.
“Saya melihat DAP ini sebenarnya sudah semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan golongan Melayu. Oleh itu mereka menggunakan pendekatan ini kerana mereka sedar, golongan muda mudah untuk dipengaruhi.
“Sudah pasti kita tidak mahu melihat negara ini hancur dek kerana kesilapan dan ketaksuban golongan muda yang tidak hati-hati dengan jarum halus DAP ini,” katanya lagi.

LIKE dan KOMEN kalau anda faham maksud gambar ni.
LikeLike · · Share · 13,565185391
Aman Palestin
Mufti Saudi; "Islam melarang demonstrasi bagi menyokong Gaza"
Penerangan Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, berkaitan demonstrasi dilancarkan di banyak negara Arab dan Islam untuk menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dalam apa yang dikenali sebagai 'hari kemarahan', adalah sebagai 'tindakan bunyi bising dan tidak yang bermanfaat.."
Sumber;
GazaNow
Aman Palestin
Ketika mana Mesir menyekat kemasukan bantuan ke Gaza, Mesir membuka laluan terusan Suez mereka kepada kapal perang Israel membawa alatan perang menuju ke pelabuhan Israel.
Sumber; GazaNow
Hakikat yang sebenar
Al Qasam dan Hamas yang didokongi oleh rakyat Gaza bukan sahaja berhadapan dengan rejim penjajah Zionis tetapi mereka juga berhadapan dengan :
1-AS yang bertindak sebagai Ketua Polis Dunia
2-PBB yang bertindak sebagai Ketua Hakim Mahkamah Dunia
3-Rejim as Sisi Mesir yang bersekongkol dengan Zionis
4-Beberapa pemimpin negara Arab yang hanya mengikut telunjuk AS.
5-Dunia antarabangsa yang hanya memerhati tetapi diam membisu
Namun anda akan saksikan betapa kemenangan kali ini akan berpihak kepada kelompok kecil yang berjuang dengan berpaksikan kebenaran.
Israel merasakan tewas, berundur sepenuhnya dari Gaza
GAZA: Tetera rejim Zionis akhirnya berundur
sepenuhnya selepas empat minggu melakukan serangan kejam terhadap
penduduk Semenanjung Gaza.
Pengunduran itu dibuat menjelang persetujuan genjatan senjata oleh kerajaan rejim dan Hamas bagi tempoh 72 jam bermula pada pagi Selasa.
"Tentera Israel berundur sepenuhnya dari Gaza pada 08:00," kata jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner.
Bagaimanapun kata beliau, tentera rejim akan mengekalkan kedudukan pertahanan berhampiran sempadan Gaza.
Saksi mendakwa peralatan dan jentera perang Israel dibawa keluar dari jalur Gaza setengah jam sebelum genjatan senjata berkuat kuasa pada jam 8 pagi.
Dalam tempoh sebulan serngan terhadap Gaza, sekurang-kurangnya 1,867 warga Palestin, kebanyakannya orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dan 9,450 cedera.
Israel pula mengumumkan bahawa 64 tentera mereka terbunuh dan 400 yang lain cedera.
Media Palestin melaporkan pengunduran tersebut disambut penuh gembira oleh tentera rejim yang sebelum ini dikatakan dalam tekanan apabila terpaksa berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Brigen Izzuddin Al-Qassam.
Pengunduran ini juga pada hakikatnya adalah kekalahan Zionis yang tidak mencapai apa-apa matlamat melalui serangan kali ini.
Lebih dari itu, kesan daripada serangan ini, Zionis terpaksa berhadapan dengan kecaman antarabangsa sekaligus mampu menjejaskan aspek ekonomi negara haram itu. - HARAKAHDAILY 5/8/2014

03 Ogos 2014
Mufti Saudi; "Islam melarang demonstrasi bagi menyokong Gaza"....BANYAK NEGARA ISLAM BANTU ISRAEL?
Aman Palestin
Mufti Saudi; "Islam melarang demonstrasi bagi menyokong Gaza"
Penerangan Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, berkaitan demonstrasi dilancarkan di banyak negara Arab dan Islam untuk menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dalam apa yang dikenali sebagai 'hari kemarahan', adalah sebagai 'tindakan bunyi bising dan tidak yang bermanfaat.."
Sumber;
GazaNow
Ketika mana Mesir menyekat kemasukan bantuan ke Gaza, Mesir membuka laluan terusan Suez mereka kepada kapal perang Israel membawa alatan perang menuju ke pelabuhan Israel.
Sumber; GazaNow
Hakikat yang sebenar
Al Qasam dan Hamas yang didokongi oleh rakyat Gaza bukan sahaja berhadapan dengan rejim penjajah Zionis tetapi mereka juga berhadapan dengan :
1-AS yang bertindak sebagai Ketua Polis Dunia
2-PBB yang bertindak sebagai Ketua Hakim Mahkamah Dunia
3-Rejim as Sisi Mesir yang bersekongkol dengan Zionis
4-Beberapa pemimpin negara Arab yang hanya mengikut telunjuk AS.
5-Dunia antarabangsa yang hanya memerhati tetapi diam membisu
Namun anda akan saksikan betapa kemenangan kali ini akan berpihak kepada kelompok kecil yang berjuang dengan berpaksikan kebenaran.
NAIK HAK PARTI...TURUN HAK INDIVIDU
Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.
Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi MB Selangor yang baharu.
"Kami ingin memaklumkan bahawa mesyuarat khas MPP bertarikh 15 Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.
"Kenyataan media Abdul Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan meletak jawatan MB," katanya.
Oleh itu jelasnya, mesyuarat khas Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad telah mengarahkan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini.
"Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut sebelum atau selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya.
Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan meminta Pakatan Rakyat (PR) tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Kata Abdul Khalid, seandainya PR mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.
Tuesday, 5 August 2014
INILAH SURAT TUNJUK SEBAB YANG DIHANTAR KEPADA TSKI OLEH PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPUH 3 HARI SEHINGGA HARI JUMAAT INI.
Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.
Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi MB Selangor yang baharu.
"Kami ingin memaklumkan bahawa mesyuarat khas MPP bertarikh 15 Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.
"Kenyataan media Abdul Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan meletak jawatan MB," katanya.
Oleh itu jelasnya, mesyuarat khas Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad telah mengarahkan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini.
"Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut sebelum atau selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya.
Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan meminta Pakatan Rakyat (PR) tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Kata Abdul Khalid, seandainya PR mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan