Isnin, 18 Ogos 2014

APA YANG DIA NAK...LAMA SANGATKE BERKECIMPUNG DALAM POLITIK...TENGOK GAYA POLITIKNYA SEMACAM JE

Ayam sabung PAS sudah jadi ayam daging Anwar dan Guan Eng, kata Zuhdi







Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) bersalaman dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sambil diperhatikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media Pakatan Rakyat semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2014.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) bersalaman dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sambil diperhatikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media Pakatan Rakyat semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Ogos, 2014.Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.
Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."
"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini.
"PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.
"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.
Semalam PR berkata hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor baharu untuk menggantikan Khalid yang sudah dipecat partinya.
Keputusan itu dibuat selepas calon kedua yang dicadangkan PAS, Azmin menolak dirinya dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.
PAS sebelum itu memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid dalam satu mesyuarat yang dikatakan sebagai penentu kepada masa depan gabungan pembangkang.
Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Azmin sebagai calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.
PAS juga mengambil ketetapan mengekalkan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka dalam pentadbiran Selangor.
Dalam respon balas Khalid kepada keputusan PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu akan memohon mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat seterusnya berkenaan status beliau.
Khalid berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.
Sebelum ini kontroversi timbul dalam PR apabila tersebar mesej WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesej itu berbunyi:
“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”
Mesej tersebut menimbulkan kemarahan pimpinan PKR dan DAP yang mendesak parti Islam itu memecatnya kerana lari daripada landasan perjuangan PR. – 18 Ogos, 2014.


  • Lester Choo · Methodist Boys Secondary School Kuala Lumpur (MBSSKL)
    This Racist Zudhi is trojan horse from Perkasa or Isma. He doesn't belong to PAS or PR. He should be saccked and sent to ISIS.

  • Rosli Dhoby · Top Commenter
    Zuhdi=hassan ali.

  • Raini Anwar · Top Commenter · Johor Bahru
    kalau dah prinsip mcm ni rasanya Dr.Zuhdi perlu masuk UMNO or PERKASA...suitable for this kind of character. Buat ape susahkan diri dlam PAS.

  • Shahrulzaman Shafie · · Top Commenter · Wesley Methodist School
    Kenapa Zuhdiw bersikap mcm orang umno yg sedang keciwa. Kalau anti psrti sendiri eloklah masuk umno.

  • Saifullah Ahmad · Ganarel Manager di Vast Billion Sdn Bhd.
    apa ni zuhdi udah udah latuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

  • Govin Raj · Top Commenter · ACS
    Zuhdi you and your resist comment only laku at UMNO and PARKASA. Bodohpunya Zuhdi please leave PAS joint them.Ur idea will b most welcome by UMNO and Perkasa. U will see Pakatan clink Putrajaya with the help of PAS.Pls joint the team of Hj Hadi and the narrow minded PAS ulama to form unity government at ur beloved Hell country.

  • Yazid Alias · Top Commenter · Bekerja di Self-Employed
    Budak ni cuba shortcut nak jadi famous dengan kenyataan tak cerdiknya. Dia bukan wakil PAS didalam mesyuarat PR. PAS hantar dua nama. Satu nama tarik diri. Jadi tinggal satu nama. Kat mana dia dapat Dr ?

  • Rahim Yunus · Top Commenter · Uitm
    Bukankah YB Azmin tarik diri, untuk apa hantar dua nama??? Jangan terlalu emosi..

    Kenyataan Dr Zuhdi satu pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat - Rafizi

    Kenyataan Dr Zuhdi satu pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat - Rafizi
    Pendapat Dr Zuhdi lebih biasa didengar dari PERKASA dan ISMA
    KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang telah bocor kepada umum memberi gambaran masih terdapat unsur pengkhianatan kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

    Rafizi berkata kenyataan yang dibuat oleh Dr Zuhdi, biarpun apa alasan yang diberikan, telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa PAS sendiri.

    "Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat

    "Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.

    "Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Katanya, cadangan Dr Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

    Ahli Parlimen Pandan itu mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara tersebut.

    "Apakah tindakan disiplin yang diambil ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?

    "Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?" katanya.

    Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan partinya tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

    "Pendapat yang dikemukan Dr Zuhdi merupakan suatu pandangan peribadi beliau yang dikomunikasi melalui media sosial dan bersifat informal.

    "PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

    "Secara tegasnya olahan perancangan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya yang juga Pangarah Esekutif PPP.

    Semalam tersebar paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.

    Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat PAS masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan UMNO.


    Paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatsapp AJK Pas Pusat yang tersebar semalam

    Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook. Dr Zuhdi menegaskan beliau tidak termasuk dalam senarai kumpulan yang menyokong usul keluar Pakatan Rakyat.

    "Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

    Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulis Dr Zuhdi.



    Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-dr-zuhdi-satu-pengkhianatan-kepada-pakatan-rakyat-rafizi-40873?cp

    Dr Zuhdi letak jawatan,,kemudian kritik PAS.

    Dr Zuhdi sebagai Ajk Pas Pusat sepatutnya letak jawatan sebagai AJK PAS,untuk membolehkan men kritik Pas.

    TAK perlulah mengemukakan idea betfikir di luar kotak untukmenghalalkan cara Doktor untuk  mengeluarkan pandangan.

    Rugi rasanya nilai doktor  falsafah tuan.Anda merupakan orang kesayangan utusan Malaysia selepas Hasan Ali.
    Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas itu,sepatutnya meninggalkan jawatan beliau bagi melayakkan untuk mengkritik Pas.
    Kau ni apahal?? Tutup mulut tu tak boleh ke, kau nk selesaikan masalah atau nak mengeruhkan keadaan lagi?? Orang macam kau ni la yang merosakkan PAS srta hubungan PAS dlm PR...apa yg kau Nak sbenarnya??? Klu nk tegur pun smpai nk kluar akhbar Utusan tu knp??nak lebih2 kau tu glaran Dr brbanding aku SPM ajer....


    Kenyataan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Adalah Bersifat Perkauman & Mengkhianati PR


    Saya sedih dan kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang AJK PAS Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki yang telah bocor kepada umum. Selepas komunikasi whatsapp dia itu bocor kepada umum, dia sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.
    Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi whatsapp tidak boleh dinafikan lagi:
    1. Dia mempertimbangkan untuk PAS keluar Pakatan Rakyat dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang ADUN KEADILAN melompat bersama-sama PAS keluar Pakatan Rakyat untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
    2. Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk menekan bukan Melayu. Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya. Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil JAIS terhadap penganut agama lain setakat ini.
    3. Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk mengubah persempadanan pilihanraya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu. Ini satu pengkhianatan besar kepada perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih yang dibawa oleh rakyat, BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS selama ini.
    Jelas bahawa pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain – seperti berikut:
    1. Bercanggah dengan ketetapan muktamar yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno walaupun ada pimpinan PAS yang membawa senario itu
    2. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menjunjung keadilan untuk semua kaum dan menolak perkauman sempit
    3. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menggariskan langkah-langkah dasar memberi keadilan kepada semua dan membawa reformasi pilihanraya yang bersih
    4. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Manifesto Rakyat Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang memberi gambaran jelas komitmen kepada keadilan untuk semua dan pilihanraya yang bersih dan adil
    5. Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani piagam bersama BERSIH2.0 yang memperjuangkan pilihanraya adil yang bersih
    Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat.
    Oleh yang demikian, saya memohon supaya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara ini seperti berikut:
    1. Apakah tindakan disiplin ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?
    2. Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?
    Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam. Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin).
    Kenyataan perkauman songsang yang dibawa oleh pimpinan PAS seperti Dr Zuhdi telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa PAS sendiri.
    RAFIZI RAMLI
    Ahli Parlimen Pandan
    Pengarah Strategi
    29 Julai 2014


    Dr.Zuhdi terbukti bersifat rasis dan extremis

     | July 30, 2014
    Penjelasan Dr.Zuhdi di laman Facebooknya tidak sedikitpun menyinggung kenyataan rasis dan extremis beliau di mesej WhatsApp yang menjadi kontroversi di saat ini.
    tony puaPETALING JAYA : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, hari ini mengecam kenyataan mesej WhatsApp oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr.Mohd Zuhdi Marzuki yang jelas menunjukkan sifat beliau yang rasis dan extremis dan berfikiran sempit.
    “Isunya bukan senario dan analisa kalau PAS mahu keluar dari Pakatan Rakyat (PR), tetapi isunya adalah kenyataan Dr.Zuhdi setelah analisanya itu,” kata Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
    Didalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin, mesej kontroversial Dr.Zuhdi berbunyi : “DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”
    “Ekoran terdedahnya mesej WhatsApp itu di media sosial, Dr.Zuhdi telah membuat penjelasan di laman Facebooknya, namun beliau tidak menjelaskan langsung apa maksud kalimat-kalimat yang menunjukkan sifat beliau yang rasis dan extremis,” tegas Tony di dalam satu kenyataan media.
    “Walaupun Dr.Zuhdi mendakwa bukan beliau yang punya keinginan untuk keluar dari PR, kami dari DAP mahu menegaskan bahawa kami tidak inginkan individu yang berfikiran sempit, rasis dan extremis berada didalam koalisi ini.”
    “Jika Dr.Zuhdi tidak menyesali kenyataan yang di buatnya serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kami tidak inginkan Dr.Zuhdi untuk terus berada di dalam PR.”
    Tony juga menggesa supaya PAS mengambil tindakan terhadap anggota-anggotanya yang berfikiran sempit dan bersifat rasis dan extremis seperti Dr. Zuhdi agar nama baik parti PAS dengan slogan “PAS IS FOR ALL” tidak tercemar.

    Kenyataan Dr Zuhdi tiada kaitan Pas Selangor
    • Parti PAS Parti PAS
    1 / 1
    SHAH ALAM - Pas Selangor mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki melalui sistem aplikasi Whatapps yang telah dibocorkan baru-baru ini.
    Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi merupakan analisis dan pendapat peribadi yang diputuskan oleh dirinya sendiri.
    "Tidak ada sebarang perbincangan terhadap sebarang isu seperti yang dinyatakan beliau.
    "Pas Selangor masih komited dan setia kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Whatsapp bukan pendirian peribadi saya ]
    Kelmarin, sebuah paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK Pas Pusat mengenai isu di Selangor tersebar luas melalui pelbagai aplikasi media massa.
    Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno.
    "Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak memberi kesan kepada Pas Selangor dan ia datang dari beliau sendiri.
    "Kami jamin kepada rakan PR, kami tidak ada rekod yang menunjukkan Adun kami menyertai Umno atau BN," katanya lagi.

    PAS Selangor tidak tahu analisis Dr Zuhdi, jamin kekal bersama PR

    Oleh: NAZLI IBRAHIM
    SHAH ALAM, 30 JULAI: PAS Selangor memberi jaminan untuk terus memberikan komitmen dan setia terhadap kerjasama yang terjalin bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam konsesus Pakatan Rakyat (PR).
    Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata pandangan yang dibuat Pengarah Operasi Penyelidikkan Pusat PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah berbentuk peribadi beliau yang tidak pernah dibincangkan PAS Selangor.
    khairuddin othman“Pas Selangor tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pandangan yang dibuat Dr Zuhdi. Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu dan PAS Selangor komited dan setia kepada PR.
    “Kami memberi jaminan kepada rakan kongsi dalam PR bahawa PAS Selangor akan kekal setia seperti  pendirian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
    Mohd Khairuddin juga meluahkan keyakinan beliau berkenaan pandangan yang dibuat Dr Zuhdi itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap PAS Selangor.
    dialog zuhdiKatanya, sebelum ini PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang rekod Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti atau mengalihkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).
    Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zuhdi dalam kenyataan medianya berkata, kenyataan beliau berhubung isu PAS keluar dari PR seperti yang tersebar baru-baru ini hanyalah respon terhadap permintaan ahli dalam perbincangan kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat yang mahu beliau mengemukakan semua analisis senario yang ada.





    Wan Azizah dicalon MB Selangor, Dr Zuhdi meradang lagi!!


    Dr-Mohd-Zuhdi-MarzukiDr Mohd Zuhdi, AJK PAS Pusat yang berminat dengan Umno dengan idea kerajaan campuran di Selangor sebelum ini masih tak berpuas hati apabila Wan Azizah menjadi calon tunggal PR untuk MB Selangor.
    “Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.
    PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan 2 pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP. Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?” tulis Dr Mohd Zuhdi di akaun Facebooknya hari ini.
    Ayam sabung PAS yang ditujukan kepada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang menyatakan PAS menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor setelah penolakan Azmin yang akur dengan arahan parti.
    Dia yang tak berpuas hati kerana ideanya yang tergilakan Umno ditolak kebanyakkan AJK Pas Pusat semalam.


    Teuku Zacharyah Iskandar was tagged in a post.
    Aku tak mahu kaitkan PAS kerana aku tahu PAS tak terlibat. Ini nk sentuh pasal individu bernama Dr Zuhdi@Dr jentik2 kata Mat Sabu (ayam sabung) Pas sudah jadi ayam daging kepada Anwar dan Kit Siang.
    Menghina Timbalan Presiden PAS? Mungkin tidak, sebab dia tak sebut nama....dia sebut "ayam sabung" je.
    Jika mahu hina atau lekehkan Mat Sabu pun, tak boleh ke kalau tak kait Anwar dan Kit Siang. Aku tengok hampir setiap hari Dr Zuhdi ni meratib dan burukkan nama Anwar, walaupun sepatah ayat Anwar tak balas atau burukkan Dr Zuhdi, masih nak kaitkan juga dengan kebencian pada Mat Sabu.
    Dr Zuhdi, kamu mahu hina diri kamu sendiri tak kisah, tapi perbuatan kamu tu akan memberi imej yg tak baik pd pimpinan PAS. Kamu tu AJK Pas Pusat bukan pencacai cyber trooper. Takkan itu standard yg kamu mahu tunjukkan contoh pd anak2 muda dalam PAS?
    Jika rasa hebat dan pejuang sangat mengatasi Mat Sabu, aku harap ada ahli PAS yang akan calonkan beliau bertanding Timb Presiden lawan Mat Sabu. Jika menang, ada harapan jentik gereja!!







    Monday, 18 August 2014


    JOM BACA APA YANG TUN MAHATHIR BELASAH NAJIB SAMPAI LUMAT LUNYAI!!!



    1. Ada orang yang memberitahu kepada Datuk Seri Najib Razak yang saya memburukkan pemerintahannya.

    2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan sekarang.

    3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

    4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Dia dikelilingi dengan ramai dattuk-datuk yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

    5. Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadap laut.

    6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada datuk-datuknya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

    7. Jawab mereka, “Ya, tuanku. Air tidak akan sampai ke kaki tuanku.”

    8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

    9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada datuk-datuknya. Demikianlah sikap datuk-datuk kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

    10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan datuk-datuk istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan raja.

    11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya tuanku".

    12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

    13. Maka raja pun murka akan datuk-datuknya yang tidak berkata benar apabila dia bogel.

    14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

    15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini:
    "Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dengan izin, saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan".

    16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

    17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

    18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi Tunku meletak jawatan sebagai perdana menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

    19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk PRU12. Tetapi hakikatnya Abdullah juga letak jawatan.

    20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

    21. Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan dari Abdullah.

    22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah.

    23. Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak nampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

    24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

    25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyak kerana pembebasan ketua-ketua geng.

    26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat kerajaan negara jiran.

    27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

    28. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa usaha mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan negara.

    29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang dasar kerajaan.

    30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih seminggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

    31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

    32. Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

    33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat Tunku, dipulau Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

    34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. – chedet.cc, 18 Ogos, 2014.

    ULASAN OMAK KAU:-

    Ketika UMNO/BN sedang seronok sakan melihat kemulut politik Selangor sehingga mengucarkacirkan Pakatan Rakyat namun yang nampak nak rebah ialah UMNO/BN dengan adanya serangan keras tetapi ikhlas dari Tun Mahathir secara terbuka ini.

    Nak tukar MB Selangor akhirnya yang tertukar nanti Najib sebagai PM.

    Itulah hikmahnya kemelut politik Selangor .. bila merasakan dirinya dah kuat UMNO akan ambil kesempatan serang pucuk tertinggi partinya. .. cuba ambil kesempatan dengan keributan dalam cawan akhirnya UMNO juga yang meroyan.

    18 August 2014


    Sekarang Dr Mahathir pula bersuara lantang mengkritik Najib

    Masalah bukan sahaja dihadapi oleh PR dan PKR serta PAS. Seperti biasa masalah besar juga  yang dihadapi oleh Najib, Perdana Menteri kita yang suka membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit yang sejemput itu. Najib tidak terjumpa dengan penyelesaian untuk mentadbir negara kita.
    Terakhir sekali Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan beliau terhadap Najib untuk terus memimpin negara ini. Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi.
    Dr Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk ‘performances’ nya dari Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
    Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan UMNO dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
    Tetapi apa tindakan Dr Mahathir sekarang? Adakah Dr Mahathir mempunyai calon gantian kepada Abdullah, seperti PR sedang tercari-cari gantian kepada kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor? Setidak-tidaknya Anwar dipihak Pakatan Rakyat telah berjaya untuk mencari pimpinan gantian kepada Khalid, iaitu isterinya sendiri. Anwar tidak tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak, termasuk PAS, dan beliau telah berjaya ‘mengembilikan’ parti islam itu dan beliau boleh perlakukan apa sahaja kepada PAS melalui agen-agennya dalam PAS itu sendiri.
    Tetapi untuk memilih gantian dengan cadangan Dr Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihan Dr Mahathir tidak pernah pilihan yang betul. Mula-mulanya beliau pilih Musa Hitam, tetapi Musa Hitam tidak betul kepada beliau. Selepas itu pilih Ghaffar Baba tetapi akhirnya Ghaffar Baba tidak layak untuk meneruskan hasratnya hendak menjadi pengganti beliau.
    Dipilihnya Anwar dan meminta Anwar menggugurkan Ghaffar, tetapi apabila Anwar menjadi Timbalannya, beliau dapati Anwar telah melakukan kerja yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pemimpin Islam katanya. Anwar pula telah didapati sentiasa melakukan ‘insubordinations’ terhadap pimpinan beliau, maka Anwar ditendang dengan alasan yang beliau tahu dari awal lagi.
    Sesudah itu Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ beliau dan akhirnya pelapik beliau ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara. Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri.
    Sekarang baru beliau sedar Najib lagi tidak berguna kepada beliau dan juga kepada negara. Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi.
    Pendeknya, siapa yang ditunjuk oleh Dr Mahathir sudah pasti pilihan yang salah. Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib.
    Mahathir selama beliau memimpin parti tidak pernah mahukan sesiapa yang berkepimpinan bersama beliau. Beliau hanya membina kumpulan yang asyik untuk mendapatkan kuasa untuk menjadi ketua-ketua dalam semua pertubuhan tetapi yang tidak berkepimpinan.
    Akhirnya inilah yang kita warisi.  ‘Ism’ Dr Mahathir sekarang juga jelas dalam Pakatan Rakyat kerana PR itu dipimpin oleh orang yang terdidik dari kepimpinan beliau dan Anwar itu terbentuk dalam acuan Dr Mahathir sendiri. Itu sebabnya Dr Mahathir dan Anwar itu adalah dari acuan yang sama. Apa yang terhasil dari kepimpinan Dr Mahathir, itulah yang akan terhasil dari kepimpinan Anwar.
    Itulah hasilnya seperti yang kita lihat berlaku di Selangor sekarang. Itu belum lagi kita jengah apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Keadaan di sana pun teruk juga dan ianya bersabit dengan kelemahan pimpinan Persekutuan juga.
    Malahan tidak ada tempat yang tidak bermasalah di negara ini. Tidak kah Dr Mahathir terasa yang penyebabnya datang dari hasil politik beliau sendiri?

Tiada ulasan: