Khamis, 21 Ogos 2014

BUKAN PEGANG SAJA...BUKAN BACA SAJA...BUKAN DIPERTANDINGKAN SAJA...BUKAN DITERDARUS SAJA...BUKAN SAJA BUAT MAJLIS KHATAM QURAN DAN BUKAN DIBACA PADA MALAM2 JUMAAT...KETIKA ORANG MATI SERTA DIBACA PADA BULAN2 RAMADAN TAPI SEBAGAI PANDUAN HIDUP...LAKSANA HUKUMNYA SEPERTI HUKUM HUDUD DLL

Sharifah Norhayati Al-Yahya added a new photo.
7 mins ·
UnlikeUnlike · ·
Dr Burhanuddin al-Helmy pejuang kemerdekaan yang dilupakan?
Antara tokoh yang cuba diselindungkan Umno- BN dalam membingkiskan tentang sejarah Malaya- Tanah melayu ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy.
Perjalanan hayat Dr Burhanuddin ada dicatatkan sebahagian kecil daripada tulisan Dr Ismail Said, Dr Burhanuddin al-Helmy: Pejuang Melayu Sejati, (Karisma, 2008) dan Tesis Ijazah Doktor Falsafahnya di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2008 yang memfokuskan kepada kajian tokoh-tokoh yang menggerakkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Berikut adalah sebahagian kecil kisah Dr Burhanuddin yang diselitkan Dr Ismail Said melalui kajiannya. Dr Burhanuddin al-Helmy adalah pejuang kemerdekaan yang juga Presiden PAS ketiga
Oleh DR ISMAIL SAID
DR BURHANUDDIN ALHELMY adalah pemimpin ketiga PAS selepas Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Abbas Alias. Beliau dilahirkan di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.
Bapa beliau bernama Haji Muhammad Nor dikatakan keturunan seorang bangsawan dari Sumatera. Seorang yang alim, petani dan juga ahli tasawuf.
Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1908 dalam perjalanan pulang dari Makkah.
Haji Muhammad Nor tinggal beberapa tahun di Makkah untuk mendalami ilmu agama dan mempelajari al-Quran. Ketika tiba di Changkat Tualang, beliau baru berusia 18 tahun.
Bapa Dr Burhanuddin al- Helmy dikenang sebagai seorang yang tidak mementingkan kebendaan, tidak mementingkan kesenangan dunia, seorang yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah sehinggakan beliau digelar ‘Abi Halim’ oleh sesetengah rakannya.
Mengambil sempena gelaran ini jugalah Dr Burhanuddin menggunakan ‘Al-Hulaimi’ yang kemudiannya dipopularkan umum menjadi Al-Helmy yang bermakna orang yang tidak pemarah.
Sifat sebagai seorang yang sabar, tidak pemarah, lemah lembut ini diakui oleh sahabatsahabat yang dekat dengan beliau.
Dr Burhanuddin al-Helmy juga seorang pemimpin yang senang untuk didampingi oleh sesiapa sahaja malah beliau juga seorang yang mudah mendampingi orang lain, beliau tidak suka menghampakan orang yang mengharapkan bantuan atau khidmatnya.
Walaupun Dr Burhanuddin al-Helmy seorang yang jujur dan mudah didampingi oleh ahli dan rakyat, namun beliau bukanlah seorang yang mudah dipermainmainkan, hatinya cukup keras walaupun orangnya tampak lembut.
Dengan lain perkataan ada masa dan tempatnya Dr Burhanuddin al-Helmy boleh dipengaruhi dan ada masa dan tempatnya pula dia tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.
Dalam peristiwa penggubalan Perlembagaan Rakyat, soal kerakyatan di mana All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) mahukan kerakyatan berdasarkan tempat lahir atau jus soli sedangkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) keberatan menerima kerakyatan cara ini, perbalahan juga berlaku dalam soal nama kerakyatan, AMCJA mahukan kerakyatan yang bernama ‘Malayan’ sedangkan PUTERA dengan dijuarai Dr Burhanuddin al-Helmy mahukan kerakyatan yang bernama ‘Melayu’.
Dalam hal ini Dr Burhanuddin al-Helmy tetap dengan pendiriannya sehingga memaksa Ahmad Boestamam menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah ini bagi menjayakan Perlembagaan Rakyat.
Dr Burhanuddin al-Helmy ialah seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama Islam. Ketinggian ilmunya memang suka hendak ditandingi.
Beliau menguasai semua pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir al-Quran dan al-Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan sastera Arab.
Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.
Dr Burhanuddin al-Helmy dalam perjuangannya sebelum memasuki PAS sentiasa membimbing ahli-ahlinya supaya berusaha dengan tekun kerana berusaha itulah yang menentukan nasib diri dan kaum mereka akan berubah, beliau sering memberi tazkirah kepada mereka dengan memperdengarkan ayat-ayat al- Quran yang sesuai sebagai penguat semangat perjuangan.
Ibu Dr Burhanuddin al-Helmy, Sharifah Zaharah binti Habib Othman pula berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka. Penghijrahan ini kerana ingin mencari rezeki yang lebih di samping mencari tempat tinggal yang tenteram.
Perkahwinannya dengan Haji Mohamad Noor diuruskan oleh keluarga. Dr Burhanuddin al- Helmy mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Behrang Ulu dan kemudian di Bakap sehingga darjah tiga.
Pada sebelah petangnya, Dr Burhanuddin al-Helmy mengikuti kelas al-Quran dan agama. Pada waktu lapang, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar ilmu perubatan Melayu seperti jampi-jampi dan mantera daripada seorang datuk saudaranya.
Dr Burhanuddin al-Helmy dikatakan menyalin bahan-bahan ramuan untuk ubatan-ubatan Melayu itu.
Selepas bersekolah di Bakap, beliau berpindah pula ke sekolah di Kota Bahru (Perak) dan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan dengan menerbitkan akhbar mingguan iaitu Berita Minggu yang menyiarkan beritaberita di dalam dan di sekitar kampungnya.
Pada tahun 1924, setelah tamat sekolah Melayu, Dr Burhanuddin al-Helmy dihantar oleh bapanya ke Sungai Jambu, Sumatera untuk mendapatkan pendidikan Islam di sana. Selama dua tahun di sana beliau dikatakan dididik dan dipengaruhi oleh guru-guru dan ajaran-ajaran Kaum Muda.
Beliau kemudiannya tidak mahu meneruskan pengajian di sana kerana tidak setuju dengan cara pendidikan yang dijalankan di sekolah agama itu.
Sistem menadah tangan dan menghafal kitab yang sama tidak disukai oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau lebih suka satu bentuk metodologi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat perbincangan dan soal jawab antara guru dengan murid dilaksanakan.
Ini kerana, beliau mempunyai banya persoalan yang ingin dihuraikan. Beliau mempunyai sikap ingin tahu, tidak dapat berpuas hati dengan satu jawapan yang sangat kaku. Beliau tidak suka pemikirannya dikongkong.
Apabila berhenti dari sekolah di Sungai Jambu Sumatera, Dr Burhanuddin al-Helmy dihantar belajar oleh ayahnya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Tuan guru pondok itu ialah Tuan Guru Haji Salleh Ismail iaitu sahabat kepada bapa Dr Burhanuddin al-Helmy.
Oleh kerana beliau berasakan cara pengajian dan sukatan pelajaran di pondok ini tidak memadai baginya, Dr Burhanuddin al-Helmy berpindah pula ke Madrasah al-Masyhur al- Islamiyyah, Pulau Pinang.
Di madrasah ini, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar sehingga tamat Thanawi (menengah atas) pada tahun 1934. Satu hakikat yang tidak dapat disanggah di sini ialah, Dr. Burhanuddin al-Helmy telah dipengaruhi oleh pemikiran dan keperibadian politik Sheikh Abu Bakar al-Rafie iaitu Mudir madrasah, Haji Arshad al-Bawayih, seorang ahli tatabahasa bahasa Arab iaitu seorang dari golongan ‘Kaum Muda’ dan Ashiran Yaakob, seorang penulis yang turut serta dalam memperjuangkan nasib politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.
Dr Burhanuddin al-Helmy kemudiannya ditawarkan biasiswa oleh hartawan-hartawan India Islam di Pulau Pinang untuk melawat dan meneruskan pengajian di India. Semasa di India, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar bidang homeopati sehingga memperoleh ijazah homeopati.
Bidang ini telah dipelajarinya di Ismailiah Medical College.
Dr Burhanuddin al-Helmy juga mendapat kelulusan Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London secara ijazah luar kampus. Penganugerahan ijazah lain yang diperolehnya seperti Doctor of Divinity daripada International Academy Canada, kerana penglibatan luas beliau dalam bidang perubatan homeopati. Ini termasuk juga penganugerahan ijazah Doktor Falsafah.
Dr Burhanuddin al-Helmy juga dikatakan belajar di Aligarh Muslim University, India. Semasa dalam perantauan di negara orang inilah Dr Burhanuddin al-Helmy banyak belajar dan menerima pengalaman politik dari nasionalis-nasionalis luar negara.
Di India, beliau telah didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British.
Beliau dikatakan menghadiri rapat umum dan ceramah-ceramah Mahatma Gandhi serta mengikuti pendapat Mahatma Gandhi yang menuntut kebebasan politik bagi India dan tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan dalam kalangan orang India. Semasa di India juga, Dr Burhanuddin al-Helmy terdedah dengan ajaran tasawuf Naqsyabandiah Semasa melawat Palestin, beliau telah melihat tindakan politik dan ketenteraan British mewujudkan sebuah negara Israel dengan menafikan hak politik bangsa dan negara Palestin. Dr Burhanuddin al-Helmy turut terlibat dalam perarakan menentang Perjanjian Balfour yang membentuk negara Israel.
Akibatnya beliau ditahan oleh British.
Pengalaman-pengalaman yang dikutip dari perantauan ini menjadi pedoman dan inspirasi perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan kuasa barat. Bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin KMM yang lain, Dr Burhanuddin al-Helmy telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.
Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia.
Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ibrahim Yaakob ingin membawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia apabila Jepun berundur nanti.
Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara brahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara. Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr Burhanuddin al-Helmy.
Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu.
Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet akan dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr Burhanuddin al-Helmy juga dilantik sebagai anggota kabinet.
Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi menggelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun.30 Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya.
Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal.
Kegagalan ini sedikit menghampakan Dr Burhanuddin al-Helmy. Jika usaha ini berjaya kita mungkin dapat membayangkan Dr Burhanuddin al-Helmy akan menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, seorang pemimpin yang menggabungjalinkan semangat kemelayuan, nasionalis tulen dan semangat keislaman
LikeLike · ·
"Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

Thursday, 21 August 2014

EDISI PARA PENYOKONG UMNO RASA BANGGA DAN BERSYUKUR KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH MERANGKAP ANAK TUN MAHATHIR MENGGUNAKAN WANG RAKYAT SEBANYAK RM2.9JUTA HANYA UNTUK LANDSKAP POKOK KURMA!!!!


Sudah pasti para penyokong, pendokong, pengikut dan pengkagum UMNO rasa bangga dan bersyukur atas tindakan mereka memilih padu UMNO/BN semasa PRU 13 lalu sehingga tumbangnya Kerajaan PAS/PR Kedah.

Dengan kemenangan UMNO/BN di Kedah maka dilantik anak bekas Presiden UMNO selama 22 tahun nombor keahlian 00000001 Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Semasa berkempen dahulu slogan yang dilaungkan kepada rakyat Kedah ialah BN MENANG KEDAH SENANG.

Nampaknya memang senang sungguh ..senang-senang perabihkan duit rakyat hanya untuk ubah suai kediaman rasmi anak Mahathir dan buat landskap pokok kurma yang menelan belanja RM4.3juta .. Hebat dan wajib bersyukur jika tidak mau dianggap pengkhianat dan tidak tahu berterima kasih.

Mana nak dapat Menteri Besar macam ini punya berjimat jaga duit rakyat ...

Tahun depan bulan Ramadhan rakyat Kedah tidak perlu lagi beli buah kurma sebab datang sahaja di Kediaman Rasmi Anak Mahathir boleh petik buah kurma segar... BN MENANG KEDAH SENANG!!!!!
 Al-Qassam pertahan tanah air daripada penjajah, bukan pengganas mahupun militan
Posted on Wednesday, August 20 @ 22:18:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





BANGI,
19 Ogos – Sayap tentera Hamas, Briged Izzudin Al-Qassam merupakan pejuang Islam yang mempertahankan tanah air mereka Palestin daripada dijajah oleh rejim Zionis Israel.

Undang-undang antarabangsa mengiktiraf perjuangan mana-mana bangsa yang dijajah untuk mengembalikan semula hak mereka yang dirampas.

Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, realiti ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Al-Qassam adalah pertubuhan militan dan pengganas.

“Al-Qassam bukan pertubuhan haram. Al-Qassam tidak membunuh orang awam. Sasaran utama mereka ialah tentera Israel.

“Tentera Israel adalah militan dan pengganas sebenar. Mereka bunuh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka menghancurkan masjid, hospital dan sekolah,” kata beliau di dalam rancangan Dimensi sempena kempen Bulan Kemarahan Ummah terbitan TV ISMA baru-baru ini.

“Kita semua tahu, Palesitin dijajah oleh Israel, dikepung, ditindas dan dinafikan hak mereka. Oleh itu menjadi hak Al-Qassam untuk menggunakan apa saja cara untuk mendapat kembali hak mereka,” jelas beliau lagi.

Slogan ‘We are all Al-Qassam’ dan ‘Fight for Gaza’ merupakan slogan yang digunakan dalam Kempen Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin, ISMA, PEMBINA dan NGO-NGO Islam yang lain.

Tambahnya, apa yang dilakukan oleh Al-Qassam tidak selari dengan definisi militan dan pengganas. Oleh itu, tuduhan bahawa Al-Qassam sebagai militan dan pengganas adalah tidak betul sama sekali.

Sebaliknya, Israel yang melancarkan serangan udara, darat dan air yang berterusan perlu dianggap pengganas yang kejam dan zalim apabila membunuh rakyat Gaza yang tidak berdosa.-ismaweb
Kenyataan terkini Al-Qassam: Tiada lagi rundingan dengan Israel
Posted on Thursday, August 21 @ 11:51:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





GAZA, 21 Ogos – Sayap tentera kerajaan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi lewat malam tadi dalam suasana peperangan Al-’Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) yang masuk hari ke-45.

Kenyataan bertarikh 20 Ogos yang disiarkan di laman web rasmi Al-Qassam itu mengandungi kata-kata ancaman terhadap Israel yang menyifatkan Israel telah berterusan dalam posisi orang yang kalah dan gagal dalam peperangan.

Mengulas mengenai serangan beberapa roket Israel ke atas rumah keluarga Al-Daloo di Kampung Syeikh Redwan yang mengorbankan isteri dan anak Ketua Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif, Al-Qassam berkata bahawa Muhammad Deif masih lagi hidup dan sedang menyaksikan kehancuran Israel serta akan memimpin tentera Al-Qassam membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Berhubung sesi rundingan yang dijalankan di Kaherah, Al-Qassam menyifatkannya sebagai ‘tarian iblis Ifrit’ yang tidak akan menghasilkan keputusan yang baik untuk Gaza.

Katanya, Hamas telah menjelaskan syarat yang mereka mahukan semenjak awal, namun ia tidak dituruti malah gencatan senjata telah dilanggar oleh Israel.

Oleh itu, Al-Qassam meminta kumpulan perunding Palestin agar keluar dari meja rundingan dan tidak perlu kembali semula jika diajak berunding pada masa akan datang.

Sebanyak lima arahan dikeluarkan antaranya memberi amaran kepada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa agar menghentikan penerbangan masuk atau keluar dari Lapangan Terbang Ben Gurion bermula jam 6 pagi waktu Gaza bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia 21 Ogos 2014.

Al-Qassam melarang penduduk Israel berada di kawasan-kawasan lapang seperti padang bola manakala penduduk Gaza pula dilarang kembali ke rumah mereka dan perlu berada di pusat-pusat perlindungan pelarian dan tempat-tempat yang selamat.

Rakyat Gaza juga diminta mengikuti arahan dari semasa ke semasa oleh Al-Qassam dan tidak mempercayai janji pemimpin musuh yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan itu juga meminta Israel dan masyarakat dunia memahami apa yang diingini oleh rakyat Gaza, iaitu pembebasan mutlak Gaza daripada penjajahan Israel.-ismaweb
 
 Najib membisu pada kritikan Mahathir
Posted on Thursday, August 21 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu malam hanya berdiam diri apabila diminta pemberita mengulas kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad padanya baru-baru ini.

Ditanya berhubung kenyataan Mahathir bahawa pentadbirannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu, Najib hanya tersenyum dan terus berjalan.

Sebelum ini beliau juga telah menolak mengulas kritikan Mahathir, perdana menteri keempat.

Sehari sebelumnya, Najib memberitahu pemberita akan mengulas perkara itu pada lain masa.

Mahathir pada 18 Ogos menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Abdullah.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Najib pada Rabu malam menghadiri majlis ulang tahun ke-68 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (Acccim) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Presiden Accim Datuk Lim Kok Cheong menggesa kerajaan mempertimbangkan semula tempoh satu tahun yang diberikan sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Lim juga mahu kerajaan mempertimbangkan  kadar GST 6 peratus yang ditetapkan untuk tempoh lima tahun. - MK
Petua Hilangkan Gastrik [MESTI BACA...]
Posted on Wednesday, August 20 @ 21:18:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"http://mediarfm.blogspot.com/2014/08/petua-hilangkan-gastrik.htmlPetua Hilangkan Gastrik

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1) Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

LIKE n SHARE
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Wednesday, August 20 @ 21:18:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 

Tiada ulasan: