Ahad, 17 Ogos 2014

BELUM TENTU SEBAGAI PENENTU...ITU KATA KITA....ANGGAPAN KITA....BAGAIMANA KUASA YANG ADA...JENTERA YANG ADA...KEKUASAAN EGENSI KERAJAAN YANG ADA...KEKUASAAN SULTAN YANG ADA SERTA KEKUASAAN MAJLIS RAJA2 DIGUNAKAN SEMAKSIMA YANG ADA....MENENTUKAN TSKI TERUS JADI MB HINGGA PILIHANRAYA AKAN DATANG...DISINI SAPE NAK DISALAHKAN...RENUNG2KAN....TAK MUSTAHILKAN...KERANA PIHAK KERAJAAN PUSAT SERTA PIHAK ISTANA MENYOKONG TSKI....WALLAHU'ALAM

Mesyuarat PAS selesai, keputusan dicapai sebulat suara, kata ahli mesyuarat






Para pemimpin PAS bakal menentukan masa depan Pakatan Rakyat dan PAS dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. – Gambar Harakahdaily, 17 Ogos, 2014. Para pemimpin PAS bakal menentukan masa depan Pakatan Rakyat dan PAS dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. – Gambar Harakahdaily, 17 Ogos, 2014. Pimpinan Pusat PAS mencapai keputusan sebulat suara tentang isu menteri besar Selangor selepas selesainya mesyuarat yang ditunggu-tunggu dalam masa kurang 90 minit, kata sumber.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempengerusikan mesyuarat tersebut dari 10am di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur sebelum menamatkannya pada 11.30am.
"Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan mencapai sebulat suara. Presiden menguruskannya dengan baik," kata salah satu hadirin kepada The Malaysian Insider.
Katanya, keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.
Utusan Malaysia meramalkan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat ini.
Namun, perbincangan, surat panjang, pandangan awal, serta semangat mahu mempertahankan PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan mesyuarat ini dengan cepat dan lancar.
Lebih 100 wartawan, jurugambar, petugas, pasukan penyokong berhimpun di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini bagi mengikuti mesyuarat ini.
Kumpulan Geng Ustaz yang menyokong pendirian Presiden PAS berhimpun dengan kertas pemidang, "We are members of PAS and we support our president," yang bermaksud "Kami ahli PAS menyokong presiden kami". – 17 Ogos, 2014.


PAS calon Wan Azizah, Azmin ganti Khalid

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. 
 
 

Sunday, 17 August 2014

ISU MB SELANGOR ... KATA PUTUS SUDAH DICAPAI SECARA MUTLAK DAN SEBULAT SUARA ... PAS TURUT MENCALONKAN AZMIN DISAMPING KAK WAN SEBAGAI PENGGANTI TSKI.


PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.

PAS akan terus bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dan tiada niat langsung nak bergabung dengan UMNO.
Umno memang kecewa...
Pasti ada lagi usaha lain!
Awas!
LikeLike · ·

 Teguran terbuka Dr. Rani Kepada TSKI dalam tazkirah di Masjid Meru
Posted on Sunday, August 17 @ 09:13:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Dr Rani memberi tazkirah, berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat.

Semasa YB Kumpulan 52 memberi tazkirah di Masjid As Syariff Meru tiba-tiba muncul TS Khalid Ibrahim dan diberikan ruang duduk di saf hadapan.

Pada hari Jumaat itu Dr Rani memberi tazkirah, berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat.





Amalan ini perkara biasa yg rakyat Jawa Meru mengenali Dr Rani sejak beliau bernikah dgn anak Jawa Meru sejak dari tahun 1985 lagi dan berterusan dgn dakwah nya semasa posting di Hospital Daerah Serian Sarawak dari tahun 1986 hingga tahun 1989.

Di Sarawak beliau berkhutbah, memberi kuliah subuh, sampaikan mesej Islam dirumah2 panjang, surau2 pendalaman dan dihari2 perayaan Islam.

Malah dia lebih dikenali sebagai seorang Ustaz dari seorang Doktor Perubatan. Sedikit sebanyak dia boleh menguasai Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan Bahasa Melanau.

Dalam tazkirah selama 20 minit di Masjid Meru itu Yb Dr Rani banyak memberi teguran secara terbuka kpd TSKI.





Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat apa yg Yb Dr Rani ketengahkan dan tekankan.

Semasa Dr Mahathir dan Yb Muhyidin melawat Sek Men Meru YB Dr Rani lah yg menyambut kedatangan mereka dengan memasang pelbagai banner di DUN Meru dan bersalaman dgn mereka.

Itulah yg mampu Dr Rani lakukan dgn amanah yg bukan shj diberikan tetapi pasti akan dipersoalkan di akhirat







Facebook YB Dr Rani
 
 
PENTING - Peminjam PTPTN, sila semak penyata anda SEKARANG !
Posted on Saturday, August 16 @ 20:29:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Seorang peminjam PTPTN yang dikenali sebagai Marleyanna Masli terkejut apabila membuat semakan ke atas baki pinjaman pada tarikh 14 Ogos 2014. Ini kerana jumlah pinjamannya telah meningkat daripada RM 24,000 kepada RM 24,748 walaupun telah mula membayar hutang tersebut sejak 2012 lagi dan membayar secara konsisten sebanyak RM 94.30 sebulan melalui potongan gaji.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mahasiswa_united
Posted on Saturday, August 16 @ 20:29:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
A Pcb TgMalim

Faekah dakwa Khalid mahu tubuh parti politik baru
pada 17-08-2014 11:08 
Post Pic

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

 

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

 

"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.

 

"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.

 

"Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini.

 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.

 

Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar. - berita harian

Sunday, 17 August 2014


MESYUARAT PAS GANTI TSKI SEBAGAI MB SELANGOR .... PAS DIJANGKA KEKAL BERSAMA PAKATAN DAN TOLAK KAK WAN SEBAGAI MB.



Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah:
  1)  Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR.
  2)  Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.
  3)  Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau
  4)  Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.


Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.

Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.

Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah."

Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR  menarik 2 Adun PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.

Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak  kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata: "Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"

Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata: "Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian."

Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama.

"Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.

Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos.

"Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.

Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri.

UMNO SEMASA CINA MCA DAN GERAKAN....MENGHINA HUKUM HUDUD YANG DI BAWA OLEH PAS........MENGAPA MEMBISU SERIBU BAHASA....??????
PAS dihentak DAPig dan PKR penuh dengan caci maki dari Tok Guru dan Presiden hinggalah kepada penyokong mereka. Betapa rendahnya nilai PAS dimata rakan rakan fuckatan.
Apa kata PAS Bila DAPig 'Memunafikkan' Mereka, Apakah PAS Terus Menjadi Tunggul Kayu ?
4 hrs ·
BERHATI-HATI GUNA BEDAK BAYI..
LikeLike · ·

Kemelut S'gor: Mesyuarat PAS Pusat pagi ini jadi penentu





KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang mahu ditukar oleh PKR.



Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini.



Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.



Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.



Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.



DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.



Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.



Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.



Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

-HARAKAHDAILY 17/8/2014
Teuku Zacharyah Iskandar added 2 new photos.
10 hrs · Edited ·
Keputusan mesyuarat pencalonan MB Selangor berasama-sama ketiga-tiga komponen PR akan belangsung esok..
Mari kita lihat sebuah lagi Ceritra..
Apakah Puak UG dalam PAS akan menengis esok atau mereka akan melonjak kegembiraan sampai ke Permukaan BULAN..
‪#‎TantowiVelfire‬
‪#‎DinAyam‬
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO..
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.



Tiada ulasan: