Isnin, 25 Ogos 2014

PERTUBUHAN POLITIK DIMALAYSIA MASING2 ADA PENGALAMAN SENDIRI...JANGAN TUDUH MENUDUH...AKHIRAT MASING2 JAWAB

Ayob Hussin shared Cen Polo's photo.

Monday, 25 August 2014


MENJAWAB SOALAN PROVOKASI MANTAN MUFTI PERLIS SEKIRANYA PKR MENGUASAI NEGARA.




"Saya di London sudah hampir 3 minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari internet. Maaf, saya hanya tertanya diri saya; jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?!. Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen. Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya."


ULASAN OMAK KAU:-

Soalan provokasi ini perlu di jawab dengan penuh hemah dan ilmiah, bukannya secara emosi , maki hamun dan caci cerca.

Kena terima hakikat KeADILan kini sedang menghadapai sedikit masalah kepercayaan dan keyakinan rakyat jika diberikan kuasa dan amanah untuk pimpin negara apakah akan terjadi .. ini adalah realiti yang jangan kita tolak dan nafi.

Masa-masa yang ada sehingga parlimen bubar untuk PRU 14 hendaklah digunakan sebaik mungkin memulihkan kembali keyakinan rakyat amnya dan anggota/ahli parti dalam gagasan Pakatan Rakyat khasnya.

Tunaikan segala apa yang diucapkan dan di ikrarkan semasa Kongres KeADILan 2014 yang baru tamat semalam .... Biar rakyat lihat yang para pemimpin KeADILan cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap.

PRK Pengkalan Kubur adalah medan terbaik untuk membuktikan kepada rakyat dan negara bahawa KeADILan sudah bersedia untuk berganding bahu sesama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan melupai segala pertelingkahan sesama sendiri semasa pemilihan untuk merampas kerusi Pengkalan Kubur dari UMNO/BN.

Disini terletaknya adakah sayangkan parti lebih utama dan penting atau pemimpin tertentu perlu dipuja dan ditaksub melebehi parti.

Rakyat kini sudah tidak pekak dan buta dalam isu politik yang melanda negara... Tawanilah minda dan jiwa mereka, pasti misi tawan Putrajaya tidak menjadi masalah.


MASALAH PARTI SEMUA ADA MASALAH...CUMA YANG DAH SUDAH...YANG TENGAH BERMASALAH....YANG AKAN BERMASALAH YANG INI ALLAH SAJA YANG TAHU...PARTI TUTUP BUKA BARU...YANG TUTUP TERUS...YANG KUAR BUKAK BARU...YANG MELOMPAT...KUAR BALIK...LOMPAT BALIK...NI BIASA...JANGAN YANG KITA SUKA SEMUA NAMPAK OK...YANG TAK SUKA SEMUA NAMPAK TAK OK

2 hrs ·
Banyak kali gak aku naik pesawat MAS, tapi serius tak pernah jumpa ruang solat sebegini. MH370 dah hilang. MH17 dah hangus.
masalah aurat kaki tangan/pertugas2....dan hidangkan arak...jelas melawan/menentang hukum Allah swt


Pengharaman UMNO pada tahun 1988, “Siapa bunuh UMNO & Kehakiman?”


Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pengharaman UMNO
Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.

Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988.

Implikasi pengharaman UMNO
Apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan UMNO, parti penyelamat orang Melayu ketika itu. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini , tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang.

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.

Ramai pemimpin , ahli politik dan rakyat Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO II telah menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan . Campur tangan pihak eksekutif terhadap penghakiman dirasakan semakin ketara .

Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara Dato Onn , syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti .

14/06/09

18 February 2013


UMNO itu pertubuhan haram, maka tidak sah memimpin negara

UMNO sedang sibuk untuk meminta ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk melakukan siasatan ke atas isu pemilihan CEC parti DAP di Pulau Pinang Januari lalu. Hishamuddin Hussein, baru sahaja menghadapi malu kerana meminta ROS mengambil tindakan terhadap DAP kerana gagal menghantar laporan persidangan tahunan DAP dalam jangka masa yang telah di tentukan. Ketua Pengarah ROS juga berkata dengan nada yang sama.
Tetapi akhirnya telah jelas yang isu itu merupakan isu yang tidak wujud kerana laporan yang di perlukan itu sesungguhnya telah di hantar oleh DAP pada 8hb Februari yang lepas. ROS telah memohon maaf kepada DAP kerana kesilapan itu. Hishamuddin berkata di Johor dua hari yang lepas mengakui yang laporan yang di hantar oleh DAP pada 8hb Februari itu tidak sampai ke pengetahuannya. Ketua Pengarah ROS juga mengakui kesalahan tidak mengetahui yang DAP sudah pun menghantar laporan itu ke pejabat ROS dalam tempoh yang di benarkan.
Hishamuddin terus berkata apabila laporan itu sudah dihantar sekarang sampailah masanya ROS menyiasat tentang tuduhan yang DAP telah melaksanakan pemilihan secara tidak betul dan berlaku penipuan dalam proses pemilihan CEC itu. Oleh kerana pilihanraya sudah hampir dan ternyata DAP telah mendapatkan sokongan dan meningkatkan pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum. Maka parti ini sedang menghadapi tekanan yang berbagai-bagai dari pihak kerajaan, dan kali ini menggunakan isu yang kononnya ada penipuan dalam pemilihan CEC bulan Januari yang lepas.
Sesungguhnya ROS bebas untuk melakukan siasatan itu kerana sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap isu ini, tidak siapa pun boleh menghalang ROS melakukan penyiasatan berdasarkan kepada laporan yang di buat oleh beberapa orang ahli DAP sendiri itu. Kita faham pihak kerajaan dan Kementerian yang bertanggungjawab sedang berusaha melakukan apa sahaja untuk memberikan tekanan terhadap DAP yang kian hari kian berpengaruh termasuk dikalangan orang Melayu sendiri.
Tetapi saya tidak mahu menyentuh tentang penyiasatan itu, tetapi saya hanya hendak memberikan pandangan yang sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. ROS mesti melakukan siasatan terhadap UMNO yang mempunyai hampir 20,000 cawangan itu.
Kita semua tahu UMNO sudah tidak wujud secara moralnya di cawangan-cawangan di seluruh negara. Tidak banyak cawangan yang bergiat dan UMNO sesungguhnya sedang menghadapi ‘brain death’ di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh negara. UMNO merupakan parti yang melakukan penipuan dihampir kesemua bahagian di seluruh negara termasuk di bahagian Pekan, tempat Najib menyandarkan harapan dan masa depan beliau.
Boleh dikatakan hampir 50 peratus dari cawangan-cawangan di seluruh negara bermesyuarat agong cawangan mereka tidak mencukupi korum mesyuarat. Ahli-ahli yang terdaftar dengan parti itu sendiri tidak berminat untuk menyertai kegiatan parti itu termasuk untuk hadir dalam mensyuarat agong cawangan mereka sendiri. Tetapi tidak ada pun cawangan yang dimatikan atau digantung oleh ROS.
Kebanyakkan ketua-ketua cawangan telah membuat laporan palsu dan jumlah cawangan yang melakukannya adalah dalam jumlah ribuan. Banyak minit-minit mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di palsukan kerana cawangan-cawangan itu gagal mendapatkan korum yang secukupnya bagi mesyuarat agong cawangan mereka. Cawangan-cawangan ini akan menghantar perwakilan ke persidangan tahunan bahagian dan ini secara otomatik akan menjadikan persidangan perwakilan bahagian itu terbatal kerana kehadiran perwakilan dari cawangan-cawangan yang haram di seluruh negara.
Maka dengan sendirinya semua perhimpunan agong UMNO di Kuala Lumpur setiap tahun itu adalah persidangan-persidangan yang haram dari segi undang-undang pertubuhan negara. Jika benar ROS betul-betul bertanggungjawab terhadap tugas dan fungsi jabatan itu, maka UMNO perlu di siasat dan saya boleh memberikan jaminan yang penyiasatan itu akan lengkap dalam masa sehari dua sahaja kerana perkara ini berlaku di dalam ribuan cawangan-cawangan parti itu.
UMNO baru ini telah memasukkan klausa dalam perlembagaan parti itu di mana tidak boleh sesiapa pun dibenarkan membawa parti itu ke mahkamah oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati. Kandungan Bab ini adalah di sebabkan UMNO tidak berkeyakinan yang mereka mampu melunaskan syarat dan peruntukan dalam bab atur-peraturan parti itu dan Pimpinan UMNO Tertinggi takut parti itu akan menghadapi kes-kes mahkamah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya yang bertimbun-timbun.
Itu bezanya di antara DAP dengan UMNO. Ahli-ahli DAP boleh membawa kes ketidak puasan hati ahli-ahlinya kemuka pengadilan sedangkan ahli-ahli UMNO tertekan kerana tidak dibenarkan oleh perlembagaan mereka untuk membawa partinya ke mahkamah.
Sesungguhnya tanpa melakukan apa-apa penyiasatan pun kita tahu UMNO yang baru ini adalah sebuah parti yang haram dari sudut undang-undang pertubuhan. Parti itu parti yang menekan terhadap ahli-ahlinya. Sesiapa yang membawa kes parti mereka ke Mahkamah akan dipecat dan tidak ada tempat untuk merujuk untuk penyelesaian masalah mereka. Itulah sebabnya UMNO sudah mati sebenarnya kalau kita lihat dari segi undang-undang dan etika serta moral nya.
Cawangan-cawangan yang merupakan tempat kuasa di perolehi itu tidak berfungsi lagi. Sesungguhnya UMNO sudah tiada lagi kerana UMNO tidak dapat dikawal lagi oleh mana-mana badan dan Jabatan Penguat kuasa Pertubuhan.
Saya ulangi, UMNO itu adalah parti yang haram yang sedang berkuasa dan tentulah kerajaan yang sedang dipimpin oleh UMNO itu bukanlah kerajaan yang ‘legitimate’ lagi. ROS boleh lakukan apa sahaja terhadap DAP dan belum tentu lagi ada penyelewengan dalam pemilihan parti itu.
Tetapi yang pastinya UMNO adalah haram dari segi pertubuhannya kerana di setiap peringkat khususnya di banyak cawangan-cawangan nya, minit mesyuarat mereka adalah minit mesyuarat yang palsu. Justeru, semua pemegang jawatan dalam UMNO di setiap peringkat sekarang ini sepatutnya di batalkan oleh ROS serta merta. Saya tidak berapa berani untuk melabelkan UMNO itu sebagai pertubuhan haram, tetapi keadaan macam itu lah lebih kurang.
Oleh itu elok ROS mengarahkan UMNO mengadakan mesyuarat agong cawangan-cawangan, persidangan perwakilan bahagian-bahagian serta perhimpunan agong sekali lagi untuk memberikan ‘legitimacy’ kepada Najib sebagai Presiden dan semua ahli yang menganggotai Majlis Tertinggi itu.
Buat masa sekarang mereka sedang memegang jawatan-jawatan itu secara haram dari segi undang-undang pertubuhan. Selesaikan masalah UMNO dahulu sebelum menyelesaikan tuduhan terhadap DAP itu.
Itulah sebabnya rakyat mahukan perubahan dari sebuah kerajaan yang ‘tidak legitimate’ kepada sebuah kerajaan yang ‘legitimate’. Kita lakukan dalam pilihanraya ini nanti. Jangan undi parti yang tidak sah.

Sunday, August 12, 2012


Tun Mahathir lupa sejarah politik



Tun Mahathir Mohammad pernah berkata umno parti  busuk dan buruk. Pelik juga macam mana umno parti yang buruk dan busuk dinilai sebagai parti terbaik dan boleh menyatukan orang Melayu di Negara ini.
Sejarah telah membukti umnolah parti yang membuat orang melayu berpecahbelah sehingga wujudnya parti PAS, Semangat 46 dan parti keadilan rakyat.
Pengasas PAS mereka terdiri daripada orang umno.Tengku Razaleigh Hamzah keluar umno tubuh parti Semangat 46. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tertubuhnya parti Keadilan rakyat.
Macam mana Tun Mahathir boleh kata umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di Negara Malaysia ini.
 Kita tidak nafikan umno parti terbaik kerana masih kekal menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah Negara ini.
Tetapi kena ingat umnolah parti terbaik mengkhianati bangsa Melayu sehingga populasi orang Melayu terhakis.
Memang Umnolah yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan ikut tertunjuk penjajah membuat para pemimpin kayaraya rompak wang rakyat di simpan di Negara kafir.
.Umnolah parti terbaik melatih para pemimpin jadi benci kepada undang undang Islam dengan slogan hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sains dan teknologi.
Dunia iktiraf Malaysia kerana Malaysia mengekalkan undang undang read ( kafir) Cuba laksanakan undang undang islam. Sudah tentu Malaysia dikutuk dan di pulau.Mungkin diserang.

Kita mahu orang Melayu bersatu kerana bersatu itu membuat kita kuat tetapi bukan dibawah parti Umno.
Kenapa? Kerana umno parti merestukan para pemimpin makan rasuah dan riba yang dikutuk oleh Allah.
Memang parti umno tidak boleh diharap untuk memperkasakan bangsa Melayu sebaliknya telah, sedang dan akan menghancurkan orang melayu di negara Malaysia ini.
Kalau rakyat membiarkan umno/BN terus memerintah Negara Malaysia, tak mustahil orang Melayu akan jadi macam rakyat Palestin suatu masa nanti.
Kalau nak bersatu, kena ikut apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran iaitu hendaklah berpegang teguh dengan tali Allah.Lebih lebih ia memberi rahmat seluruh alam.
Soal PAS, parti keadilan parti serpihan  kena kembali kepada asal suatu yang sangat tak relevan, kerana bersatu atas lain selain atas nama Allah ia akan menemui kegagalan.
Atas sebab itulah umno setakat ini tidak pernah berpijak di alam nyata.  perjuangan Umno adalah perjuangan yang batil kerana tidak ikut acuan yang disedia oleh Allah.
Umno sah parti terbaik menolak penubuhan sebuah Negara Islam.Buktinya ia tetap mempertikaikan perlaksanaan undang undang islam di Negara Malaysia ini.
Macam mana hendak satukan orang Melayu.

Tiada ulasan: