Serang Anak, Ahmad tertekan kata Mazlan
Anis Nazri , | 06 Okt 2012 |
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad, sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.
"Bukan perkara baru. Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Enggan mengulas lanjut soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada peneroka dan semua pihak.
"Bukan soal sah atau tidak, daftar atau tidak. Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan didengari. Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.
Tambah Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar, pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan mahupun forum berkaitan.
Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak mendapat sebarang respons mengenainya.
Beliau yang baru pulang dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.
"Seharusnya Malaysia mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas beliau.
Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
"Sebelum ini, status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak pula. Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk rakyat," tegas beliau lagi.
Kerajaan pinggir SAR dalam Bajet 2013
Selangorku, | 06 Okt 2012 |
Katanya, perlaksanaan itu menggambarkan Umno-BN mendiskriminasi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat sekolah rendah agama.
Beliau berkata, adalah menjadi hak setiap ibu bapa untuk memilih menghantar anaknya ke mana-mana jenis sekolah yang difikirkan perlu.
“Apa bezanya hak mereka ini? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia,” soalnya dalam satu kenyataan media semalam.
Jelasnya, berdasarkan Petikan Artikel Perlembagaan Malaysia (Bahagian 2 Hak Asasi) Perkara 12 berkenaan pendidikan, menyatakan tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.
Tambah Dr Halimah, dalam pembentangan bajet itu, tidak menyatakan peruntukkan kewangan untuk institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan Sekolah Kafa seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Jika peruntukkan RM100 juta boleh diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Mubaligh yang bukan diperingkat dasar, kenapa SAR tidak dapat?
“Sedangkan SABK bukanlah bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, Sekolah Agama milik Kerajaan Negeri sebanyak 107 buah dengan bilangan guru 4,680 orang dan 62,929 pelajar.
Manakala, Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM264 juta bagi tahun 2011.
Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak
Nazri Abdullah, | 06 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan
tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa
orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.
Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.
"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?
"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.
Mudah sahaja untuk hilangkan kontroversi tentang filem 'Untuk Tiga
Hari'. Pengarahnya tidak perlu menafikan atau menidakkan apa yang
berlaku cuma memohon maaf kepada semua penonton dan sekali gus umat
Islam di negara ini dan seterusnya bertaubat nasuha tidak akan membuat
kesilapan yang sama pada masa akan datang. Kalau boleh termasuk semua
krew filem tersebut.
Dalam pada itu saperti di sarankan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar merujuk Jabatan Agama Islam ekoran timbul keraguan isu penceraian dengan dailog yang penuh kontroversi. Rashidi Ishak dalam sengaja atau tidak sedar melafazkan talak kepada pelakon Vanidah Imran. Kedua-dua pelakon ini adalah juga suami isteri yang sah diluar filem.
Tanyalah mana-mana ulama di negara ini yang berpegang Ahlul Sunnah Wal Jamaah Mahzab Shafie, tentunya akan memberikan pendapat bahawa lafaz cerai itu sah walaupun hanya berdailog dalam lakonan. Lakonan itu bukan sahaja disaksikan oleh penonton tertentu sahaja tetapi juga melibatkan semua rakyat Malaysia yang membuka siaran TV yang ada iklan selingan dailog mereka ini.
Mengikut enakmen Mahkamah Syariah, pelakon Rashidi boleh dikenakan dendan RM1,000 kerana melafazkan talak dihadapan isterinya dan dengan jutaan saksi sudah lebih daripada memadai untuk dikenakan hukuman denda tersebut. Tiada pengkecualian dalam bab-bab sebegini kerana lafaz cerai tidak boleh dipersendakan atau disebut dalam apa juga keadaannya terutama sekali mempunyai saksi yang mengesahkan berlakunya secara zahir itu.
Oleh itu, tiada alasan dan sebab untuk menidakkan apa yang disebutkan oleh Mufti Perak. Apatah lagi melibat soal kahwin cerai dan kontroversi yang ada unsur-unsur kahwin Mutaah dalam dialog itu. Dalam hal sebegini kita kena tegas dan adil menanganinya agar tidak berlaku 'double standard' dan sebaiknya kita serahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menentukannya.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.
Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.
"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?
"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.
“Untuk tiga hari” yang kontroversi
Syed Abdullah Jamalullail, |
Dalam pada itu saperti di sarankan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar merujuk Jabatan Agama Islam ekoran timbul keraguan isu penceraian dengan dailog yang penuh kontroversi. Rashidi Ishak dalam sengaja atau tidak sedar melafazkan talak kepada pelakon Vanidah Imran. Kedua-dua pelakon ini adalah juga suami isteri yang sah diluar filem.
Tanyalah mana-mana ulama di negara ini yang berpegang Ahlul Sunnah Wal Jamaah Mahzab Shafie, tentunya akan memberikan pendapat bahawa lafaz cerai itu sah walaupun hanya berdailog dalam lakonan. Lakonan itu bukan sahaja disaksikan oleh penonton tertentu sahaja tetapi juga melibatkan semua rakyat Malaysia yang membuka siaran TV yang ada iklan selingan dailog mereka ini.
Mengikut enakmen Mahkamah Syariah, pelakon Rashidi boleh dikenakan dendan RM1,000 kerana melafazkan talak dihadapan isterinya dan dengan jutaan saksi sudah lebih daripada memadai untuk dikenakan hukuman denda tersebut. Tiada pengkecualian dalam bab-bab sebegini kerana lafaz cerai tidak boleh dipersendakan atau disebut dalam apa juga keadaannya terutama sekali mempunyai saksi yang mengesahkan berlakunya secara zahir itu.
Oleh itu, tiada alasan dan sebab untuk menidakkan apa yang disebutkan oleh Mufti Perak. Apatah lagi melibat soal kahwin cerai dan kontroversi yang ada unsur-unsur kahwin Mutaah dalam dialog itu. Dalam hal sebegini kita kena tegas dan adil menanganinya agar tidak berlaku 'double standard' dan sebaiknya kita serahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menentukannya.
Cerita untuk YAB Datuk Seri
Hasanhusaini, |
Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama
kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka
yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya.
Demi agama, bangsa dan negara.
Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. 28 September 2012. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2013. Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...?
Saya terdengar cerita dari Malaysia, setiap kali beralih tampuk kepimpinan mahasiswa di IPT dalam negeri, mereka disediakan dengan sut persalinan lengkap. Saya tak tahu berapa nilainya. Presiden Mahasiswa Malaysia di Jordan hanya memakai jaket bundle. Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam negeri juga diberikan bajet tahunan untuk memudahkan proses mereka mengurustadbir hal ehwal ahli di bawah jagaan mereka. Pejabat operasi disediakan oleh pihak universiti secara percuma malah berhawa dingin pula. Mereka bermesyuarat dengan tenang, tanpa pening memikir sumber kewangan untuk mengatur langkah bagaimana ingin menebar manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Jordan. Kenderaan awam juga jauh lebih selesa dan terurus berbanding perkhidmatan yang disediakan kepada kami di sini. Perhubungan di Malaysia sangat efektif. Kami hanya ada bas yang akan bergerak apabila penumpang penuh.
Datuk Seri, pada September 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan permohonan lebih 1300 pemohon ke Jordan. Dari jumlah itu, lebih 1089 bertandang. Kawan-kawan saya bertungkus-lumus menyambut adik-adik baru yang tak pernah mereka kenali, tapi cukup mereka sayangi. Rumah dan penginapan dicari untuk dihuni. Menyewa van dan bas selepas bertengkar dengan kedegilan arab untuk menyambut mereka di lapangan terbang. Letih dan jerih mereka tak pernah berbayar, Datuk Seri. Mereka berkhidmat untuk Malaysia, tanah air yang mereka cinta. Saya hanya tukang cerita, menyampaikan berita.
Di tempat saya mengaji, Mu'tah University. Pekan kecil yang dipenuhi debu. Rumah kecil 3 bilik dengan dapur sempit dan ruang tamu kosong dan tangki air bersih yang terhad perlu disewa dengan harga lebih RM500. Kebanyakan kami pula datang dengan tanggungan sendiri selepas mendapat izin dari KPT.
Di pekan kecil ini, lebih 700 warganegara Malaysia berteduh. Dengan kesedaran tanggungjawab sosial, sebuah persatuan ditubuhkan untuk memudahkan urusan antara kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Malaysia Jordan dan Educatian Malaysia Jordan.
Di Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, juga persatuan lain di Jordan, kawan-kawan saya bekerja tanpa gaji. Kesedaran sosial mereka sangat tinggi. Atas dasar tanggungjawab, mereka rela menipiskan perut untuk berkhidmat. Keluarkan duit poket sendiri untuk tambang bas dan isi minyak demi menghadiri mesyuarat, pertemuan dan taklimat.
Kenapa tak tuntut dari persatuan? Persatuan kami, sangat miskin, Datuk Seri.
Saban tahun, kawan-kawan saya pening, bagaimana ingin dicari sejumlah wang untuk menampung kos pengurusan persatuan kecil itu. Kawan-kawan yang pulang bercuti di Malaysia pula, menebalkan muka memanjat lif dan tangga, menghulurkan surat dan proposal untuk mencari sumbangan dan derma. Kos pengurusan rumah pejabat di pekan kecil Mu'tah menelan lebih RM 20000 untuk setahun. Tidak termasuk dengan program jatidiri, pembangunan mahasiswa, kebajikan dan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.
Itu di pekan kecil bernama Mu'tah, terletak berhampiran dengan kota Karak yang masyhur. Di Irbid dan Amman bahkan Mafraq, kosnya pasti lebih tinggi. Mereka di bandar maju.
Kami ada idea untuk memacu dan men-transformasi-kan ekonomi pelajar Malaysia di Jordan, tapi kami tidak punyai dana dan biaya kewangan.
Datuk Seri pernah mengajar kami, anak muda dan mahasiswa adalah aset penting negara. Mahasiswa pembentuk negara pada masa akan datang. Kami pula sangat yakin akan peranan kami untuk Malaysia. Atas sebab itu, meski kami tahu kami akan letih dan sedih, kami tetap berhijrah ke negeri asing untuk menjana transformasi diri agar lebih maju dan mampu untuk memacu negara pada masa akan datang.
Datuk Seri, saya empati kepada nasib mereka, lantas saya menulis. Saya harap, Datuk Seri turut menaruh simpati kepada kami, rakyat Datuk Seri yang bakal kembali ke Malaysia, menyambung legasi 1 Malaysia. Justeru, apa salahnya andai dicelah ratusan billion yang bakal Datuk Seri umumkan pada Jumaat nanti, selitkan juga barang sejuta dua untuk kami di luar negara. Ianya bakal meringankan beban kami, agar tidak perlu berletih jerih mencari dana saban Ramadhan. Moga nanti, masa keemasan dan pengurusan cemerlang hasil bantuan dan bajet kewangan itu dapat kami tumpukan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Datuk Seri, saya bercerita tentang Jordan yang saya kenali, tapi sebenarnya, mungkin seluruh dunia saya wakili.
1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Penulis ialah Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, mantan Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah
menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana
dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal
itu." (HR. Bukhari)
Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."
"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).
Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.
Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."
Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).
Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak. Sumber republika.co.id
(Perbandingan ranking tiga media berdasarkan cerapan yang dibuat www.alexa.com)
KUALA LUMPUR: Selepas berbulan-bulan bertungkus lumus akhirnya Harakahdaily kini masuk 'Top 5' media paling popular di Malaysia selepas memotong Kosmo.com.my hari ini.
Harakahdaily kini berada di ranking ke 44 laman web yang dilawati di Malaysia manakala Kosmo berada di tangga ke 48 berdasarkan cerapan www.alexa.com.
Berdasarkan laman web itu, Malaysiakini (tempat ke 14 untuk semua laman web di Malaysia) adalah media online paling popular di Malaysia diikuti Thestar.com.my ditangga kedua (19), Metro ketiga (30) dan Utusan.com.my (41).
Harakahdaily ditangga kelima dan ke 44 dalam ranking laman-laman web yang dilawati di Malaysia iaitu tiga tangga di belakang Utusan
Facebook adalah laman paling popular di Malaysia diikuti oleh google.com.my dan ketiga google.com manakala youtube ditangga ke empat.
Usaha Harakahdaily untuk meningkatkan pengaruhnya di kalangan media di Malaysia bermula beberapa tahun lalu apabila bergabung dengan team Tvpas.com.
Pergabungan ini menjadikan Harakahdaily mempunyai dua kandungan utama iaitu teks dan juga video.
Penghujung tahun lepas, Harakahdaily berada di tangga ke 10 di kalangan media di Malaysia dan tangga ke 83 di kalangan laman web yang dilawati rakyat Malaysia.
Di dunia pula, ranking Harakahdaily ketika itu hanyalah di tangga ke 13,000+++.
Sejak Jun lalu, Harakahdaily berjaya memecahkan angka 10,000 di dunia dan pada hari ini berada ditangga 9,588 di dunia dan 44 di Malaysia.

Hikmah larangan bernafas ketika minum
http://detikislam.blogspot.com, | 29 Sep 2012 |

Harakahdaily masuk 'Top 5' media Malaysia
Harakahdaily, | 11 Jul 2012 |
(Perbandingan ranking tiga media berdasarkan cerapan yang dibuat www.alexa.com)
KUALA LUMPUR: Selepas berbulan-bulan bertungkus lumus akhirnya Harakahdaily kini masuk 'Top 5' media paling popular di Malaysia selepas memotong Kosmo.com.my hari ini.
Harakahdaily kini berada di ranking ke 44 laman web yang dilawati di Malaysia manakala Kosmo berada di tangga ke 48 berdasarkan cerapan www.alexa.com.
Berdasarkan laman web itu, Malaysiakini (tempat ke 14 untuk semua laman web di Malaysia) adalah media online paling popular di Malaysia diikuti Thestar.com.my ditangga kedua (19), Metro ketiga (30) dan Utusan.com.my (41).
Harakahdaily ditangga kelima dan ke 44 dalam ranking laman-laman web yang dilawati di Malaysia iaitu tiga tangga di belakang Utusan
Facebook adalah laman paling popular di Malaysia diikuti oleh google.com.my dan ketiga google.com manakala youtube ditangga ke empat.
Usaha Harakahdaily untuk meningkatkan pengaruhnya di kalangan media di Malaysia bermula beberapa tahun lalu apabila bergabung dengan team Tvpas.com.
Pergabungan ini menjadikan Harakahdaily mempunyai dua kandungan utama iaitu teks dan juga video.
Penghujung tahun lepas, Harakahdaily berada di tangga ke 10 di kalangan media di Malaysia dan tangga ke 83 di kalangan laman web yang dilawati rakyat Malaysia.
Di dunia pula, ranking Harakahdaily ketika itu hanyalah di tangga ke 13,000+++.
Sejak Jun lalu, Harakahdaily berjaya memecahkan angka 10,000 di dunia dan pada hari ini berada ditangga 9,588 di dunia dan 44 di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan