Khamis, 11 Oktober 2012

MUNGKIN PUDAR SELURUH NEGARA KEPADA RAKYAT CELIK POLITIK...TAHU TENDANG TERANJANG POLITIK...TAHU HAL LIPAT MELIPAT HARTA...TAHU HALA SOROK MENYOROK KES..SONGLAP MENYONGLAP DLL...DAN RAKYAT TAHU AHLI POLITIK YANG PENIPU DAN AHLI POLITIK YANG JUJUR

PANAS! Peluang BN Semakin Pudar Di Sabah?
Posted on Wednesday, October 10 @ 19:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Jalan Pulang

Berbaki kurang tujuh bulan sebelum mandat semasa Barisan Nasional (BN) berakhir pada 28 April 2013, BN dan Pakatan Rakyat kini giat mempertingkatkan kempen pilihanraya dan memancing undi terutamanya di Sabah kebelakangan ini.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi mendahului musuh ketatnya yang juga Perdana Menteri, Najib Altantuya mengadakan lawatan selama dua hari bermula Jumaat ini, 12 Oktober 2012 hingga Sabtu ke parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Manakala Najib Altantuya pula dijadual melawat Penampang, Kundasang dan Kudat yang akan bermula keesokkan harinya sehingga Ahad.

Ini merupakan kali kelima Najib Altantuya melawat Sabah, petanda simpanan tetap BN tersebut kini sudah tidak selamat untuk terus menggantungkan harapan mempertahankan Putrajaya.

Anwar pula terus menggunakan mood menyerang seberapa banyak kawasan parlimen yang berpotensi untuk ditawan selepas mendapat suntikan semangat awal Julai dan September lalu berikutan penyertaan beberapa tokoh penting menyertai parti itu selain tindakan berpaling tadah ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin.

Di saat Najib Altantuya bertungkus-lumus mempertahankan Sabah bersama-sama dengan Ketua Menteri yang semakin tidak digemari, Musa Aman dan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal, Anwar pula memperkemas strategi menawan beberapa lagi kawasan parlimen yang dianggap berpotensi untuk dimenangi.

Antaranya Kota Belud, Putatan, Penampang, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Beluran.

Empat tahun dahulu, kesemua kawasan parlimen tersebut berada pada kategori B, akan tetapi mengikut perkembangan semasa, kesemuanya kini tersenarai dalam kategori A.

Kategori B bermaksud peluang untuk menang adalah 35 hingga 45 peratus manakala kategori A pula ditafsirkan mempunyai peluang cerah antara 45 hingga 55 peratus.

Inilah yang membimbangkan Najib Altantuya kerana menurut risikan tentera yang diperolehi bulan lalu, sokongan terhadap BN semakin menurun manakala Pakatan Rakyat pula meningkat walaupun grafnya agak perlahan.

Ini bertepatan dengan kajian terbaru yang dikeluarkan Merdeka Center yang mendakwa sokongan terhadap BN kian merosot manakala Musa Aman pula semakin tidak popular di kalangan masyarakat Bumiputera Bukan Islam terutamanya Kadazandusun dan Murut.

Perbalahan dalaman Umno juga menyumbang kepada ketidakstabilan BN negeri kerana Shafie berhasrat mahu menggantikan Musa yang dipalit dengan skandal pindahan wang berjumlah SGD16 juta tunai (RM35 juta) dari Hong Kong oleh kroni rapatnya, Michael Chia pada 2009.

Sementara Shafie pula dengan skandal membabitkan artis terkenal Zahida Rafik yang hidup mewah hasil pemberian berjuta-juta ringgit yang diragui dari mana sumbernya.

Daripada 26 kerusi yang akan direbut, BN hampir pasti tidak mampu mengekalkan kesemua 25 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.

Anwar pula melihat keadaan ini peluang terbaik mengambil kesempatan cuba untuk melemahkan sokongan kaum tersebut kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diterajui timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan dan United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO) yang diketuai Bernard Dompok.

Sementara parti komponen BN lain termasuk Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) dianggap tidak menjadi ancaman besar tetapi kubu mereka akan tetap digempur.

BN kehilangan dua kerusi parlimen ekoran tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar daripada komponen tersebut pada 17 September 2008 iaitu Sepanggar dan Tawau menjadikannya tinggal 23 selain DAP menang di Kota Kinabalu dalam pilihanraya umum lalu.

Presidennya, Yong Teck Lee dalam satu kenyataan berkata partinya akan berusaha mempertahankan kedua-dua parlimen tersebut dan tidak akan bertanding sesama sendiri menentang calon Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN sebagai tanda sepakat menumbangkan BN.

Umno pula semakin tamak apabila mengumumkan akan bertanding mewakili BN di kedua-dua parlimen tersebut walaupun Sepanggar didominasi Bumiputera Bukan Islam dan Cina manakala Tawau pula, hampir separuh pengundi berdaftar merupakan kaum Cina.

Ini pasti menambah masalah buat BN negeri yang berusaha mempertahankan seberapa banyak kerusi daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tetapi kebimbangan Anwar terhadap kemaraan Parti Reformasi Sabah (STAR) tidak boleh diambil ringan kerana parti pimpinan Jeffrey Kitingan juga berhasrat bertanding seberapa banyak kerusi sekaligus gagal mengelak pertembungan tiga atau lebih penjuru yang memberi kelebihan kepada BN.

Tiada perkembangan baru mengenai suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkenaan isu pendatang tanpa izin di negeri itu dan seharusnya Anwar memanfaat peluang ini menjanjikan satu penyelesaian konkrit yang tidak mampu diselesaikan Najib Altantuya selama menjawat jawatan perdana menteri.

Hakikatnya, Sabah masih terbuka untuk Pakatan Rakyat menambah sokongan sebelum parlimen bakal dibubar menjelang hujung tahun ini menurut ramalan Anwar.

Secara matematiknya, sekiranya dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa 14 kerusi parlimen bakal dimenangi Pakatan Rakyat, BN pasti melalui jalan berliku untuk kekal berkuasa sekurang-kurangnya sepenggal lagi di Putrajaya.

JALAN PULANG


PANAS! Peluang BN Semakin Pudar Di Sabah? 

OKU Bangkit dan gagasan politik
Posted on Wednesday, October 10 @ 22:41:50 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Omar Abdul Aziz
SEJAK awal kempen OKU Bangkit yang bettemakan Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012 dirancang untuk dilaksanakan, saya telah diberi ingatan betapa jalan yang akan dilalui bukanlah suatu yang mudah. Satu demi satu halangan ditempuh membuktikan ingatan yang diberikan itu bukan yang diada-adakan.

OKU Bangkit sekali-kali berbeza dengan gerakan-gerakan massa lain. Jika GMI, Bersih, Hindraf PPSMI dan pelbagai gerakan massa berhadapan dengan ujian yang bukan calang-calang, apataah lagi kempen yang digerakkan oleh orang kurang upaya “OKU” yang mengalami pelbagai kecacatan ini.

Dalam mendepani pelbagai cabaran itulah, kempen OKU Bangkit kian mendapat perhatian terutamanya dari mereka yang disasarkan untuk dibela. Golongan OKU, keluarga OKU, dan mereka yang prihatin sehari demi sehari tampil untuk menyatakan kebersamaan bagi membangunkan 15% populasi pendduk dunia yang mudah untuk terpinggir.

Dalam pertemuan Akhir yang diadakan di kampong Baru baru-baru ini, saya terus dilontarkan beberapa scenario untuk setiap OKU dan mereka yang prihatin sedar lantas bersama-sama membawa kempen OKU Bangkit. OKU yang dijadikan model penerima bantuan, OKU yang diugut untuk tidak berperanan dalam system demokrasi, dan OKU yang dibiarkan hidup dengan serba kedaifan. Justeru ia menuntut untuk OKU dan mereka yang prihatin keluar dari garisan-garisan takut dan menyatakan hak dalam kempen yang digerakkan ini.
Bagi mengawamkan kempen ini, kami akan terus mengadakan hubungan dengan pelbagai pihak agar keberkesanan kempen dapat dirasai pada masa-masa mendatang.
Penyertaan Parti Islam Semalaysia PAS melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan PAS Wilayah Kuala Lumpur serta kawasan Titiwangsa sejak awal menambah kekuatan tersendiri dalam kempen yang dijalankan. Apatah lagi kempen OKU Bangkit kini turut diperhati rapat oleh parti-parti lain dalam muafakat Pakatan Rakyat.
Selama ini bukan tiada OKU yang pernah melibatkan diri dalam politik. Bahkan ada yang pernah menyertai pilihanraya sama ada secara bebas atau menyertai parti-parti politik. Beza kami dalam gerakan kempen OKU Bangkit dengan mereka adalah pembawaan isu-isu OKU.
Kami bukan bermain politik semata-mata. Bersama-sama langkahan kami ialah isu rakyat yang selama ini kurang diambil endah atau sering disalah erti atas beberapa factor.
Sejak dahulu hingga kini, masyarakat yang terdiri dari orang awam dan ahli-ahli politik seringkali dimomokan betapa OKU di Malaysia hidup dalam keadaan amat selesa dengan pelbagai kemudahan dan elaun. Kami tidak nafikan adanya pelbagai bantuan yang disediakan. Apa yang kami perjuangkan ialah nilai keinsanan dan hak sebagai warga Negara perlulah diberikan kepada setiap individu OKU yang pelbagai.
Saya tak nafi sememangnya ada OKU yang hidup selesa dengan berbagai kemudahan. Ada yang dikenali oleh segenap tokoh masyarakat. Ada yang kehebatannya bila telefon sana sini semua datang membantu. Namun apa yang dinikmati itu hanya dirasai oleh segelintir OKU.
Masih ramai OKU yang hidup dalam kepayahan meskipun Negara kian membangun. Tambahan pula, , kini hanya tinggal 8 tahun untuk Malaysia sampai ke tahun 2020. Apakah nasib OKU dalam keadaan masyarakat yang kian mengejar kebendaan dalam keadaan kami masih jauh ke belakang?
Bagi mengharungi pelbagai isu seperti pendidikan awal bayi-bayi OKU, sokongan keluarga khususnya ibu/bapa yang anaknya OKU, pendidikan pra sekolah hingga peringkat tertinggi, pekerjaan dan sara hidup serta bermacam isu yang didepani sesungguhnya tak mampu dirungkai tanpa pembabitan langsung pihak peneraju Negara. Keupayaan pihak peneraju Negara menangani isu-isu tersebut tidak sekali-kali akan sempurna tanpa OKU sendiri terlibat dalam perancangan paling atas dan perlaksanaan peringkat paling Akhir.
Demikianlah melalui kempen OKU Bangkit, kami amat berbesar hati dengan pembabitan langsung oleh PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat. Meskipun kemenangan menjadi matlamat pilihanraya 13, langkah kami tidak akan terhenti di situ saja.
Ruang yang diberikan untuk kami menyampaikan suara mejoriti OKU dan keluarga melalui gagasan politik suatu yang baru dalam memperjuangkan hak dan isu OKU. Tiada ucapan lain selain setinggi kesyukuran dan sekalung tahniah kepada Pakatan Rakyat melalui Parti Islam Semalaysia yang menghulur tangan untuk bersama kami.
Peluang yang diberikan tentunya akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Isu kami bukan berkala. Ia suatu yang didepani OKU secara berterusan tanpa ada tempoh. Isunya akan sentiasa ada mengikut tahap dan suasana yang dilalui.
Saya bersyukur dengan komitmen yang ditunjuk oleh rakan-rakan senasib, kempen OKU Bangkit pasti melebar ke segenap ruang dan tempat di mana saja yang kami berpeluang. Kami sekadar berikhtiar semampu mungkin dan ia bukanlah suatu janji untuk kami mungkiri. - 23 Zulkaedah 1433H.



ROHINGYA: Perjuangan Seorang Mudir Pondok
Posted on Wednesday, October 10 @ 22:38:54 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh moniermatdin

Barangkali kerana berkat keikhlasan rakan-rakan yang sering bersama-sama kami di NGO WARGAKILANG dlm expedisi Jln-Jln Masuk Kg memberi sumbangan kpd orang-orang miskin agaknya, maka dalam suatu expedisi masuk kg dua tiga tahun yang lepas, Tuhan mentakdirkan kami untuk singgah dan berkenalan dengan Mudir sebuah pondok di pedalaman Sik Kedah.

Nama beliau ialah Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah.

Kisah perjuangan beliau bersama beberapa orang lagi rakan Ustaznya mengorbankan kepentingan duniawi, mengasingkan diri tinggal di pondok pedalaman bersama-sama lebih drpd 300 orang anak muridnya ini, demi mempastikan kesinambungan system pengajian pondok tradisional yang diasaskan oleh para Sahabat (yang dikenali sebagai Ahli Suffah) di masjid Nabawi di zaman awal Hijrah Nabi SAW ini ada saya catatkan di bawah tajuk “Selangkah ke Alam Pondok” – ada melekat di google.com.

Sekali tu dalam satu program Jln-Jln Masuk Kg di daerah Sik, kami ajak Ustaz Ismail join sekali. Bila dia tengok sendiri macam mana modus operandi kami yang pastikan sumbangan beras, gula kopi dan barangan keperluan harian yg kawan-kawan bagi tu sampai terus ke sasaran – terus ke pelantar rumah org2 miskin dan susah itu, beliau terus jadi berminat dengan aktiviti kami. Lalu, pada tahun lepas, dengan kerjasama rakan-rakan di NGO Wargakilang, kami telah berjaya menyempurnakan aktiviti gotong royong di Pondok berkenaan, dan diikuti dengan majlis korban perdana pada tahun 2011 melibatkan 15 ekor lembu.

Setakat itu sajalah aktiviti kami bersama Ustaz Ismail ini, hinggalah baru-baru ini bila timbul isu penyembelihan ummat Islam di bumi Rohingnya.

Kami dapat panggilan dari Ustaz Ismail, dia minta nak pinjam baju NGO WARGAKILANG. Dia kata dia nak pi Rohingya, nak pi survey tengok apa yang boleh dibantu. Dia cakap, dia tak tau nak pi atas nama NGO apa, sebab WARGAKILANG antara dia kenal, dia minta kebenaran nak pi atas nama WARGAKILANG.

Kami yang memang berminat nak pi, tapi ikhlas habag memang tak berani nak pi ini rasa berbesar hati yang amat sangat bila beliau nak pi mewakili kami.

Lalu, pada bulan September 2012 yang lalu, Ustaz Ismail bertolak keluar dari Pondok beliau di pedalaman Sik Kedah itu terus ke Hadnyai, naik kapalterbang ke Chiangmai di Utara Thailand. Dari Chiangmai, bersama-sama dengan Ustaz Tarmizi dari MAPIM (TERAS) dengan dibantu oleh Ustaz Amin dari Pattani (Pengerusi Majlis Syura Thailand), depa naik Van perjalanan sejauh 500km ke kem pelarian Rohingya tidak jauh dari sempadan Thailand/Myammar di sebuah pekan kecil bernama Mesot.

Mesot adalah sebuah pekan kecil yang menempatkan ramai pelarian dari Rohingya, tapi kebanyakannya adalah pelarian yang terdahulu, bukan dari kumpulan yang kena sembelih baru-baru ini.

(Ustaz Ismail baju oren dan Ustaz Amin berbaju Melayu bersama wakil penduduk Islam Rohingya di Mesot)

Dalam taklimat yang disampaikan oleh penduduk Islam di Pusat Pendidikan Islam Rohingya di pekan Mesot ini, Ustaz Ismail dimaklumkan bahawa setiap hari dan hampir setiap jam ada ummat Islam Rohingya yang menjadi mangsa ethnic cleansing (pembunuhan kaum) di bumi Arakan di sebelah sempadan sana.

(Salah seorang pengiring Ustaz Ismail, orang Islam Rohingya sedang bercakap dengan ayahnya dari Arakan yang menalipon secara sembunyi-sembunyi memaklumkan sanak saudara mereka yang terkorban)

Tak puas hati agaknya sebab tak dapat lihat sendiri mangsa kekejaman Mymmar ini, lalu Ustaz Ismail dan kawan-kawannya terus himpit ke pintu sempadan Myammar yang menempatkan kumpulan pelarian Rohingya yang terbaru, iaitu kira-kira 100 km jauhnya dari pekan Mesot.

Dalam perjalanan ke sana, ada pick up truck yang dipercayai SB Myammar memantau pergerakan mereka. Berani depa ni, silap-silap kena tembak macam tu saja!

Tapi Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang berlaku kpd Ustaz Ismail dan rakan-rakannya. Namun begitu, misi Ustaz Ismail untuk melihat sendiri suasana kem pelarian di sebelah sempadan Myammar sana terbantut apabila mereka ditahan oleh beberapa orang anggota Polis berhampiran pintu sempadan.


(Ustaz Amin, Ustaz Ismail dan Ustaz Tarmizi (MAPIM/TERAS) ditahan oleh sepasukan Polis sewaktu mereka cuba menghampiri pintu sempadan)

Lalu, perjalanan Perjalanan Ustaz Ismail dan rakan-rakannya berakhir di sini.

Bila balik mai ke Malaysia, Ustaz Ismail mai jumpa kami:

(Ustaz Ismail berserban - sedang memberi taklimat kpd AJK Wargakilang)

Ustaz habag kalau tak boleh masuk ikut sempadan Thailand, dia nak cuba pi ikut Bangladesh pula. Dia kata, dia dapat maklumat sahih bahawa di sebuah tempat bernama TEKNAF, di sempadan Bangladesh/Myammar terdapat ribuan pelarian terbaru Rohingya dari Arakan yang sedang diancam kebuluran. Dalam keadaan kekurangan khemah tempat tinggal, makanan dan perubatan ini, dimaklumkan setiap hari ada 20 orang MATI.

Kata Ustaz Ismail:

“Monier, ana rasa kita kena bantu depa ni, yang dah mati di bumi Arakan itu biaq lah depa mati, ini yang masih hidup ini, kita kena bantu dan selamatkan mereka. Ini tugas kita sebagai seorang Islam ini!!”

Semangat sungguh Ustaz Ismail ini, sajalah saya tanya dia, saya kata:

“Ustaz, saya duk dengar ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid-masjid itu, depa cakap kalau berlaku peperangan bukan di Negara kita , tugas mempertahankan ummat Islam adalah FARDU AIN untuk orang-orang Islam di sana saja, sedangkan ke atas kita hukumnya cumalah FARDU KIFAYAH. Jadi, dalam kes Rohingya ini, kenapa kita nak kena pulun sangat? – fardu kifayah saja, biaq depa saja lah buat”

Ustaz cakap:

“FARDU KIFAYAH itu kalau orang-orang Islam di sana masih mampu berjuang seperti di Palestine dan sebagainya, tapi di Rohingya ini senjata apa pun tak ada, hatta kalau nak sembelih lembu pun kena pi BALAI POLIS, isi borang ambik Pisau, lepas sembelih kena serah balik.”

Ustaz kata: Kita bukan nak pi perang, nak pi bagi bantuan kemanusian di kem pelarian itu saja, tak kan tak boleh kot.

Lagi pun, kata Ustaz Ismail, Ulamak Muktabar Dunia, Al-Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili telah pun mengeluarkan Fatwa Terkini yang mengatakan bahawa HUKUM membantu ummat Islam Rohingya adalah FARDU AIN ke atas setiap ummat Islam di muka bumi ini. 

Dalam Hadith Nabi SAW pun ada kata:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan Ummat, maka dia bukanlah di kalangan ummatku”

Ha teruk tu kalau di Akhirat nanti Nabi tak mengaku ummat, jenuh duk sesat di Padang Masyar.

Penutup: 
Seperti yang saya tulis di awal cerita tadi, Ustaz Ismail adalah seorang Mudir dari sebuah pondok tradisional yang warisannya berakar umbi ke zaman Ahli Suffah di zaman awal Hijrah Nabi SAW dan para sahabat.

Kisah Ahli Suffah (para sahabat yang meninggalkan kesenangan hidup di Mekah berhijrah ke Madinah, hidup dalam kemiskinan, tinggal di pinggir masjid berjihad menjaga dan mengawal rumah-rumah Nabi SAW, menuntut ilmu terus dari Nabi dan menjadi penghafal hadith Nabi SAW) ini ada disebutkan di dalam Al-Quran, firmah Allah SWT yang bermaksud:

(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh Jihad) di Jalan Allah.; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang dengan secara mendesak; dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui “ – [Al-Baqarah ayat 273]

Pada 23 hb October 2012 ini, Ustaz Ismail nak pi bantu Rohingya lagi. Kali ini beliau akan bertolak ke Teknaf, kem pelarian Rohingnya di sempadan Bangladesh/Myammar iaitu kem yang terdekat dengan bumi Arakan. Misi Ustaz Ismail bukanlah hendak turun berperang tetapi untuk menghulurkan bantuan kemanusian kepada mereka yang masih bernafas di kem pelarian sana, yang kini sedang diancam wabak kebuluran.

Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 273 di atas, Ustaz Ismail tidak meminta-minta kerana ianya bukanlah sifat pewaris Ahli Suffah seperti beliau, cuma sanya kami di NGO Wargakilang saja yang teringin nak bantu beliau, tapi kami pun tak ada dana, lalu berkesempatan di sini kami ingin memohon jasa baik sesiapa yang ingin membantu misi Ustaz Ismail ini, bolehlah hubungi beliau sendiri di talian 013-4884814. Kami dimaklumkan beliau akan ke sana bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya dari NGO MAPIM/TERAS. Boleh hubungi beliau untuk maklumat akaun dan sebagainya.

Moga sedikit bantuan kita ini akan dicatat sebagai balasan PAHALA yang berkekalan di SANA kelak, di hari yang tiada apa yang mampu membantu kita melainkan amal kerja baik kita di muka bumi ini.

Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
9.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com 




Syabas Jabatan Amal Malaysia!!
Posted on Wednesday, October 10 @ 22:31:10 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Abdul Hadi



PAHANG : Segulung ucapan syabas dan tahniah ditujukan kepada Jabatan Amal Malaysia kerana telah berjaya menjalankan program Jambori Amal Kebangsaan Ke-16 yang diadakan di Balok, Kuantan, Pahang pada 5 hingga 7 oktober 2012 lepas.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi didalam ucapannya memberikan semangat taujihat kepada semua ahli untuk terus memberikan khidmat kebajikan sukarela kepada masyarakat. “Tahniah dan syabas . Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap dengan kematangan yang dimiliki oleh Jabatan Amal Malaysia ianya dapat membantu pergerakan Jabatan Amal Malaysia untuk bergerak dengan lebih teratur, licin dan sistematik”, katanya lagi. Di dalam ucapannya juga tidak tinggal untuk mengingatkan kepada sukarelawan dan ahli-ahli Unit Amal tentang amal dan khidmat yang dilakukan oleh mereka ini juga adalah suatu kebajikan.

Dasar penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini memfokuskan perkhidmatan secara sukarela untuk membangunkan semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berteraskan Islam. Bahkan mereka juga di latih untuk melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh.

Sejarah penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini bermula pada tahun 1991 .Majlis Pelancaran Unit Amal yang pertama telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu. Keahlian yang dianggotai oleh unit ini pada mulanya adalah seramai 12 orang yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam banyak khidmat-khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir yang berlaku di Johor. Ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir, “tentera merah” ini lah yang pertama turun membantu dan menjalankan tugas- tugas penyelamat. Bencana yang melibatkan ramai penduduk terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat. Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di Selat Klang yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki rumah-rumah mangsa akibat dilanda hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini, melibatkan aktiviti perkemahan, riadah, kuliah ilmu, gotong royong amal bersama masyarakat, derma darah, memancing, pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan Islam.

Bertemakan “Beramal Kerana Alah” , perasmian penutup telah disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.

-- 
Jazakallahu Khaira al-Jaza'

PAS for ALL
Membangun Bersama Islam



Hutang kerajaan negeri kurang, bukti pentadbiran PR cekap - Guan Eng
Posted on Wednesday, October 10 @ 18:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber RoketKini

GEOGETOWN, 10 OKTOBER: DAP hari ini menjawab dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek melibatkan pertikaian laporan audit yang telah dikeluarkan oleh ketua Audit Negara berhubung pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95 peratus dari RM630 Juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011.

Disifatkan sebagai tuduhan terdesak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan yang dilakukan oleh MCA itu seolah mempertikaikan laporan serta pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Laporan Audit Negara.

“Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri kerana kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini mencapai perjanjian penstrukturan semula aset air dengan kerajaan persekutuan,
“Saya sudah jelaskan kepada Chua, tetapi beliau masih membangkitkan isu ini semasa debat umum pada 8 Julai lalu, kerajaan Pakatan Rakyat tegas dalam tuntutan tersebut untuk melindungi kepentingan negeri dan inilah hakikat yang tidak dapat dibuat oleh kerajaan lama”. ujar beliau.
Jelasnya, pengurangan hutang sebanyak 95 peratus ini mencatatkan rekod tertinggi di Malaysia dan tiada negeri lain yang berjaya mencapai persetujuan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan.
“Pengurangan hutang negeri yang mencatatkan lebihan setiap tahun bukti pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Rakyat adalah cekap dan mampu mengukuhkan tahap kewangan negeri Pulau Pinang,” tambah beliau.
Dalam nada sinis soal Guan Eng, sekiranya MCA tidak setuju dengan pengurangan hutang negeri Pulau Pinang, adakah MCA akan mencadangkan Pulau Pinang mengikut tunjuk ajar kerajaan persekutuan dan meningkatkan hutang? – Roketkini.com



Tak puashati layanan, lelaki pecah cermin kaunter hospital
Posted on Wednesday, October 10 @ 18:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Okt 9 2012 - Seorang lelaki dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800

      

"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.    
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.  Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.   
- Bernama
 

Tiada ulasan: