Isnin, 1 Oktober 2012

MUNGKIN GADIS KAMPUNG PUN PERMINTAANNYA TINGGI JUGA...JANGAN JADI JAGUH KAMPUNG DAH

Website JPN dedahkan bukti warga asing boleh mengundi guna MyKad palsu!
Posted on Monday, October 01 @ 13:03:47 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: lipasmalas

"LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011.





Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan.

http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf

Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu.

"Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu.

Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu.

Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya.



Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR].


ReJaM© "Lihat sendiri bagaimana negara kita digadai di depan batang hidung!"

Sumber: MiLo SuaM"
 


Laporan Audit Bakal Menyedarkan Mereka Yang Terkena ‘Candu’ Bajet Najib
Posted on Monday, October 01 @ 12:23:52 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tuan Ibrahim

Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian One-Off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing. 

Tindakan mengurniakan pembayaran One-Off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan. Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.

Asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus. Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa.
Kini, rakyat menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.
Laporan Audit yang sengaja digagalkan untuk dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa belanjawan hanya tertumpu apa yang diumum tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urustadir oleh kerajaan BN.
Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena ‘candu’ yang ditanam dalam bajet Najib.
Ini kerana, Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini mendapati betapa kerajaan yang ada gagal melakukan pembaikan, walaupun ianya ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara. BN sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu NFC, berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.
Rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan Audit mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan ManKetua Penerangan PAS Pusat



Keganasan Politik : Siapa Pula Mangsa Seterusnya ?
Posted on Monday, October 01 @ 12:20:08 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak tertentu merosakkan tiga kenderaan milik pemimpin NGO termasuk kenderaan yang dinaiki Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub ketika program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor semalam. Turut dirosakkan adalah dua kereta aktivis sosial Hishamuddin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar yang disimbah asid.

DPPM menganggap tindakan pihak berkaitan adalah tindakan pengecut golongan yang tersepit dan terdesak bagi menyekat arus kebangkitan rakyat. Mereka ini adalah golongan yang cemas apabila melihat rakyat Johor bangkit bersama-sama dalam himpunan Hijau Lestari Pengerang semalam. Apabila rakyat Johor juga sudah mula membuka mata dan bersuara, ini menandakan hayat politik pemerintah sudah semakin menuju ke pengakhirannya. Justeru ada pihak tertentu yang sukar menerima hakikat pasang surut politik negara ini melakukan tindakan sedemikian sebagai amaran kepada PR agar jangan terlalu agresif memimpin gelombang rakyat.

DPPM merasa bimbang kerana trend keganasan sudah semakin menular akhir-akhir ini. Setelah pemimpin PAS dan PKR dibaling kasut dan hampir diserang di Kedah, ceramah Pakatan Rakyat diganggu dengan dilontar batu, penontonnya dipukul, siri simbahan cat merah ke rumah pemimpin PAS, bas PKR, markaz PAS serta Pejabat Pakatan Rakyat, rumah pemimpin PR dibaling molotov cocktail, dibakar dan lain-lain lagi, kini muncul pula serangan ke atas kenderaan milik pemimpin Pakatan Rakyat.

DPPM mengingatkan pihak terbabit bahawa budaya keganasan bukanlah budaya yang diterima oleh rakyat di negara ini. Rakyat semakin matang dan bijak berpolitik, dan rakyat memilih politik aman sebagai jalan perjuangan mereka. Rakyat mahu melihat apakah tawaran parti-parti politik terhadap mereka bagi menarik hati mereka. Malah, rakyat menunjukkan sikap simpati dengan PR kerana kerap menjadi mangsa pelbagai tindakan sabotaj yang dilakukan siang dan malam. Nyawa pemimpin PR adalah ibarat kertas yang tidak bernilai dan boleh melayang pada bila-bila masa sahaja.
Oleh itu, DPPM menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar dapat mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin PR dan rakyat umumnya khususnya menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba. Suhu politik negara sudah semakin panas dan PDRM perlu menjangkakan sesusatu yang lebih buruk mungkin terjadi menimpa pemimpin PR atau penyokong mereka pada bila-bila masa.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia



Siasat Dalang Pengeluar Kad Pengenalan Palsu
Posted on Monday, October 01 @ 12:16:29 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius dakwaan terdapat warganegara asing mudah mendapatkan hak kerakyatan serta hak mengundi di negara ini. Ini berikutan pengakuan seorang warga asing bernama Hasanuddin bin Manna yang mengaku membeli Mykad palsu dengan harga RM 1000.00. Bahkan nama beliau juga wujud dalam pengkalan data SPR dan menjadi pengundi yang sah.

Meskipun hanya seorang individu yang ditangkap dan dihukum, ia cukup menimbulkan kesangsian bahawa wujudnya skandal pemberian kad pengenalan palsu. Apakah ada sindiket yang menjalankan aktiviti mengeluarkan dan menjual kad pengenalan palsu kepada warga asing dan mungkinkah jumlahnya beribu orang kes seperti ini yang belum dibongkarkan?

Bagi DPPM, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Kedaulatan negara sudah boleh dijual beli sesuka hati kepada sesiapa sahaja demi kepentingan pihak tertentu. Seolah-olah ada suatu usaha secara terancang dan teratur yang dijalankan oleh segelintir pihak dengan niat tertentu.
DPPM bimbang jika gejala ini tidak disekat, akan menularnya perbuatan jenayah dan gejala sosial yang tidak terkawal di negara ini. Lebih dari itu, ia adalah suatu pencabulan dalam hak demokrasi di negara ini. Warga asing didaftarkan sebagai pemilih dan dibenarkan menentukan kerajaan serta pemimpin dalam negara ini. Keselamatan negara boleh terjejas dengan kebanjiran warga asing di mana-mana yang mampu mendapat kad pengenalan palsu secara mudah.
Justeru, DPPM mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang terlibat dan mengheret mereka ini ke muka pengadilan supaya ianya tidak lagi berlaku di masa hadapan. Selain itu, DPPM juga mendesak kerajaan menyiasat jumlah pemilih dari kalangan warga asing yang didaftarkan dalam rekod SPR serta membersihkannya sebelum pilihan raya umum ke 13. Sia-sia rakyat menyertai pilihan raya jika masa depan negara ditentukan oleh warga asing yang mempunyai hak yang sama dengan warga tempatan.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


P.Pinang negeri pertama tetapkan pampasan rumah RM42k bukti prihatin rintihan rakyat
Posted on Monday, October 01 @ 12:13:49 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog SharpshooterLANGKAH menetapkan kadar pampasan atau gantian rumah secara percuma kepada penduduk yang terbabit dalam proses pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang sekarang sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri prihatin (cakna) dengan suara rakyat terbanyak di negeri berkenaan.
Demikian penegasan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman semasa majlis penyerahan pampasan kepada 78 penduduk yang terlibat dalam fasa tiga Projek Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri amat peka mendengar suara rakyat khususnya dalam isu pemindahan penduduk...buktinya, Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam negara ini yang menetapkan bayaran wang ehsan sebanyak RM42,000 atau menggantikan sebuah rumah kos rendah percuma kepada pemilik rumah atau bangunan yang terlibat.
"Bagi keluarga yang menumpang pula, wang ehsan sebanyak RM20,000 atau keutamaan membeli rumah diberikan dan bagi penyewa juga tidak ketinggalan menerima bayaran sebanyak RM5,000 atau keutamaan memiliki rumah," ujar beliau pada satu majlis di Komtar, George Town.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Jeff Ooi Chuan Aun (Ahli Parlimen Jelutong), Koid Teng Guan (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang), Zaini Husain (Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri Bahagian Pembangunan) merupakan antara kepemimpinan negeri yang hadir pada majlis tersebut.
Difahamkan, seramai 173 penama masing-masing ditawarkan pampasan berwajib, gantian rumah kos rendah secara percuma atau diberi keutamaan untuk memilik rumah kos rendah demi merealisasikan fasa tiga projek lebuh raya itu.
Sepanjang 800 Meter lebuh raya akan dibina dalam fasa tiga tersebut yang menghubungkan persimpangan Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim hingga ke Jalan Jelutong dan Jalan Batu Lanchang.
Fasa satu projek itu membabitkan pembinaan 2.7 Kilometer lebuh raya dari Persimpangan Udini ke Persimpangan Jalan Sungai Pinang yang disahkan siap sepenuhnya pada 6 Jun 2003.
Manakala, fasa dua projek tersebut pula membabitkan pembinaan 2.04 Kilometer lebuh raya dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke Jalan Weld Quay sehingga persimpangan Gat Lebuh Acheh.
Mansor berkata, sebahagian besar pembinaan lebuh raya fasa dua ini telahpun siap pada 20 Jun 2006 lagi.
"Kerja-kerja menaik taraf baki lebuh raya (fasa dua), iaitu dari persimpangan Gat Jalan Prangin ke persimpangan Gat Lebuh Acheh baru sahaja disiapkan pada bulan Ogos yang lalu," kata beliau.
Menurut beliau, projek lebuh raya fasa tiga sepatutnya disapkan dalam tempoh 36 bulan bermula April 2008 lagi, namun, belum dimulakan lagi sehingga proses pemindahan penduduk berwajib selesai.
Perjanjian penswastaan ketiga-tiga fasa Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu atau dulunya dikenali sebagai "Jelutong Expressway (JE) ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan pemaju Jelutong Development Sdn. Bhd. pada 22 April 1997

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone



Anjuran Makan Malam Amal utk server TKO
Posted on Monday, October 01 @ 06:39:06 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: wan_jtk

"

Ayuh semua ahli Kelab TKO yang telah lama rehat dan forumer TKO yang bersemangat untuk menghidupkan laman ini. Kita buat satu program Makan Malam amal untuk membantu www.tranungkite.net.


Baik, pada Jumaat ini / 5 Oktober pukul 9.30malam.... 

Saya memanggil semua yang berminat untuk menjadi AJK penganjur sebuah aktivitiMAKAN MALAM AMAL DANA SERVER TKO.

Marilah semua yang pernah menjayakan pelbagai program berkumpul semula.


Marilah forumer-forumer yang berminat untuk bersama menganjurkan agar dapat hadir ke Mesyuarat ini. Boleh hubungi saya di No 0133931057.
Di samping itu bagi yang mahu terus menyumbang ke Tabung Server TKO boleh masukkan sumbangan ke Maybank bernombor 163082030984 di atas nama Zulkfly bin Abdullah.



Najib pengecut, gagal sahut cabaran Anwar debat Bajet 2013
Posted on Monday, October 01 @ 06:04:23 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Sumber KeadilanDaily 
Ahli parlimen BN takut untuk hadir dalam perbahasan bajet 2013 oleh Pakatan Rakyat! Memalukan!


KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.

 
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.
Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
 
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.
Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.
Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.
“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.
Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.
“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.
Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.
Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.
Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.
“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.

Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat
Posted on Sunday, September 30 @ 00:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Hafizan Taib 

“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).''
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).

“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.
Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.
“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.
“Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen,” lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat

Jika benar kita sayangkan Nabi, cintailah solat
Posted on Monday, October 01 @ 05:52:38 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.


 

Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”  
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda').
Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
Abu Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan.
Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali umatku."  
Rasulullah menangis  
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?" tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”  
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”  “Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).  
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?” “Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).  
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/10/jika-benar-kita-sayangkan-nabi.html


Khairy tangkis dakwaan BN zamili negeri ditadbir pembangkang

1 Oktober 2012
Khairy Jamaluddin
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.
 
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
 
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
 
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
 
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.

"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.
 
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
 
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.
 
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
 
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.

"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
 
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
 
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
 
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
 
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.

"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan  raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
 
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
 
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
 
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
 
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama



MPS perlu tumpu keperluan penduduk, bukan turun bendera
Posted on Monday, October 01 @ 05:15:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan semua Majlis Daerah perlu tumpu keperluan, rungutan penduduk seperti alat permainan yang berkarat, rumput padang tidak dipotong, longkang tersumbat, pembuangan sampah secara haram. Bukan hanya tertumpu untuk menurunkan bendera PAS, PKR dan DAP.

Alat permainan rosak, berkarat

28 Sep 2012 SEREMBAN: Kebanyakan peralatan taman permainan di Taman Permai Fasa 2, di sini, rosak serta tidak sempurna, sekali gus berisiko membahayakan pengunjung taman itu terutama kanak-kanak.

Tinjauan Metroplus mendapati sebahagian besar peralatan permainan tidak boleh digunakan, malah kebanyakannya sudah berkarat yang boleh mengundang bahaya. Lebih teruk, pihak tidak bertanggungjawab membakar beberapa bahagian peralatan permainan papan gelongsor, bangku batu dipecahkan, buaian berkarat dan rantainya putus serta sampah dibuang merata-rata tempat.

Kebanyakan alat permainan terutama buaian dan jongkang-jongkit sudah rosak sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan kanak-kanak yang menggunakannya. Lebih menghairankan, kedudukan taman permainan berkenaan bersebelahan Pusat Rukun Tetangga, Taman Permai 2 itu. Sebuah gazebo yang menjadi tempat pengunjung berehat bersama keluarga mengambil angin pula bocor dan tidak terurus.

Dua beradik remaja yang bersantai di taman permainan ketika ditemui Metroplus, Amirul Mohd Zin, 15, dan adiknya Mohd Asrul, 13, berkata, sudah lama keadaan taman berkenaan tidak terurus.

Menurut Amirul, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Seremban, di sini, walaupun keadaan taman permainan itu teruk, tetapi dia masih menjadikan tempat itu untuk berehat. “Selepas mengulang kaji pelajaran di rumah biasanya di taman permainan ini tempat saya berehat. Taman ini dekat dengan rumah sebab itu saya datang sini,” katanya.

Sumber: mohdtaufek.blogspot.com

" 






100 ribu dijangka kunjungi Karnival Jom Pi Muzium Padi
Posted on Monday, October 01 @ 02:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Warta Kedah

ALOR SETAR – Dijangkakan seramai 100,000 pengunjung akan mengunjungi Karnival Jom Pi Muzium Padi yang diadakan di Perkarangan Muzium Padi, Gunung Keriang, di sini dari 27 September hingga 6 Oktober 2012.

Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri, seramai 60,000 pengunjung mengunjungi karnival itu yang diadakan pada tahun lalu.

“Karnival yang diadakan selama sepuluh hari itu bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam,” ujarnya.

Beliau  berkata, sepanjang karnival diadakan pada tahun lalu, pihaknya menerima seramai 30,000 pengunjung yang mengunjungi Muzium Padi.

Pada karnival kali ini, katanya, pihaknya menyasarkan seramai 50,000 pengunjung akan mengunjungi Muzium Padi.
Tambahnya, adalah menjadi hasrat pihaknya untuk mempromosikan Muzium Padi sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.
“Objektif utama penganjuran karnival itu diadakan adalah untuk menarik ramai pengunjung untuk datang ke Muzium Padi di samping mendekatkan orang ramai dengan Muzium Padi,” katanya.
Suhaidi menjelaskan, penganjuran karnival kali kedua pada tahun ini diadakan dengan kerjasama Tunas Indah Niaga Enterprise.
“Kita menyediakan 80 lot gerai jualan untuk memudahkan peniaga-peniaga serta usahawan-usahawan untuk menjalankan perniagaan pada sepanjang karnival itu berlangsung,” ujarnya.
Menurutnya, karnival yang diadakan selama sepuluh hari itu tidak tertumpu kepada rakyat dari negeri Kedah sahaja tetapi rakyat dari negeri-negeri lain juga boleh mengunjungi karnival itu.
Beliau memberitahu, penganjuran karnival itu juga turut memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil serta usahawan-usahawan untuk terlibat sama dalam menjayakan karnival berkenaan.
Di samping itu, ujarnya, pameran dan jualan daripada agensi-agensi kerajaan juga turut diadakan bersempena karnival itu yang melibatkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jabatan Penjara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah.
“Kita juga turut mengadakan pertandingan marhaban, gendang silat dan pertandingan memancing ikan puyu di samping Larian Bendang, Bola Sepak Bendang, Iron Man Bendang dan Polo Bendang,” katanya.
Beliau menjelaskan, persembahan pentas serta Forum Perdana turut diadakan di samping cabutan bertuah berupa seekor lembu, seekor kambing, seekor ayam, seekor itik serta barangan elektrik.
Suhaidi berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Persatuan Wau Negeri Kedah untuk mengadakan pameran dan bengkel mengenai proses pembuatan wau di samping gerai jualan wau sempena karnival berkenaan.


Ayam kampung KLPK dapat permintaan tinggi
Posted on Monday, October 01 @ 02:09:12 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Warta Kedah

Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) yang kini semakin berkembang maju terus mengorak langkah menerokai projek ternakan ayam kampung bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Manusia kini sedar akan khasiat ayam kampung, berprotein tinggi dan rendah kandungan kolestrol menjadikan ia makanan sihat. Maka, tidak hairanlah dewasa ini banyak restoran yang menawarkan ayam kampung sebagai menu istimewa.

Menyedari hakikat ini, KLPK mengambil langkah berani memulakan ternakan ayam kampung pada Jun 2011 yang diternak di Ladang Laka Temin, Bukit Kayu Hitam.

KLPK merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah diamanahkan dan bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu pengeluaran komoditi getah dan kelapa sawit.
Bukan itu sahaja, melalui KLPK, pengeluaraan hasil tanaman pertanian dipelbagaikan. Selain tanaman utama getah dan kelapa sawit, KLPK mengambil pendekatan ‘merakyatkan pengeluaran pertanian dan ternakan’. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai tanaman di ladang-ladang yang diurus oleh KLPK.
Bermula dengan tanaman pisang di Ladang Bukit Perak Selatan, seterusnya menerokai bidang penternakan lembu fidlot yang diurus oleh anak syarikat KLPK, iaitu Laka Temin Silaj Sdn Bhd (LTSSB) dan kini ternakan ayam kampung. Penerokaan ini sekaligus dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur.
Ternakan ayam kampung ini merupakan projek hiliran KLPK, di mana menggabungkan teknik pemeliharaan secara semula jadi dan diternak secara lepas bebas di ladang. Bersesuaian dengan kaedah penternakan moden masa kini, sebanyak 42 reban ayam didirikan di antara baris pokok-pokok getah muda.
Setiap reban tersebut mampu memuatkan 200 ayam dan kaedah ini dapat memberikan perlindungan kepada ayam yang diternak daripada pemangsa selain pemantauan rapi dari sebarang penyakit.
Dengan kaedah penternakan di ladang dan berjauhan daripada penempatan penduduk, ianya dapat menghindari masalah lalat dan bau kepada penduduk.
Ayam-ayam yang diternak di sini diberikan perhatian sepenuhnya, sama ada dari pemakanan dan penjagaan kesihatan. Apa yang menariknya, makanan yang diberikan dirumus khas bagi menjaga mutu dan kualiti ayam serta mencapai berat maksimum yang ditetapkan sebelum dijual dan dibekalkan kepada pelanggan.
Makanan ini diperolehi dari LTSSB, maka kos makanan dapat dijimatkan. Dengan rumusan khas, yang mengandungi dedak ayam, ubi kayu, jagung, petai belalang, starter, grower dan finisher ini dapat memberi jaminan kesihatan dan kebersihan kepada ayam dan juga ladang tersebut.
Maka, tidak hairanlah ayam kampung KLPK menjadi pilihan masyarakat yang mementingkan penjagaan kesihatan serta kesegaran dari ladang.
Ayam-ayam ini juga diternak secara lepas bebas dan diberi ruang yang cukup luas untuk pembiakan. Dari segi kelembutan isinya, ayam kampung KLPK lebih lembut berbanding dengan ayam-ayam kampung lain kerana ayam ini adalah dari baka kacukan.
Selain mementingkan kebersihan ladang, ayam kampung KLPK juga dikendalikan oleh petugas yang berkemahiran tinggi serta terlatih. Dari segi penyembelihan, ianya dilakukan oleh oleh petugas beragama Islam dan bertauliah.
Projek penternakan ini dijalankan secara berperingkat melalui tiga fasa utama. Fasa pertama yang bermula pada Jun 2011 hingga Disember 2011 KLPK berjaya menjual 1400 ekor, dan ianya meningkat berikutan permintaan yang tinggi dalam pasaran, di mana pada Januari 2012 hingga Jun 2012, sebanyak 6400 ekor telah dijual.
KLPK menganggarkan 12500 ekor akan dapat dijual bagi Julai 2012 hingga Disember 2012.
Kepada mereka yang berminat dengan ayam kampung KLPK, boleh dapati di Lot 159, Tingkat Bawah, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar atau hubungi 04-7311933 / 1987.
Bagi memenuhi permintaan serta kemudahan orang ramai, KLPK mewujudkan kaunter pandu lalu yang disediakan di ibu pejabat KLPK.
Kepada mereka yang membuat tempahan secara borong, penghantaran terus ke rumah adalah secara percuma.
Dengan moto ‘Segar dari ladang’, ayam kampung KLPK dapat menandingi ayam-ayam kampung sedia ada di pasar-pasar basah sekitar Bandaraya Alor Setar. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.





Pelbagai program atasi isu rumah tangga
Posted on Monday, October 01 @ 03:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Warta Kedah

MERBOK – Dalam mengatasi krisis rumah tangga dan peningkatan harga beras di negara ini, maka kerajaan negeri Kedah sedang merancang pelbagai program untuk mengatasinya.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali menjelaskan pihaknya sedang menjalankan seminar undang-undang wanita dan keluarga supaya wanita tidak lagi menjadi mangsa keadaan.

Pihaknya juga sedang membina Rumah Sejahtera untuk melindungi wanita-wanita yang mempunyai masalah dalam rumah tangga.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan kepada golongan memerlukan bagi kawasan DUN Tanjung Dawai dan Bukit Selambau di Pusat Tarbiah Islamiah Merbok.

“Kita akan akan adakan kursus yang akan menjelas tanggungjawab suami sebagai seorang peneraju rumah tangga.
“Kita juga telah mencari ibu-ibu tunggal untuk mengikuti kursus masakan  di Kolej Komuniti dan ianya ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya.
Tambah beliau, selain itu, kerajaan negeri juga sedang merancang untuk memberikan subsidi beras kepada keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan.
Ini adalah bantuan daripada kerajaan negeri dan disebabkan kerajaan negeri bijak dalam menguruskan kewangan negeri maka ianya dapat disalurkan kepada rakyat.
“Duit ini bukanlah milik MKK dan Exco tetapi ianya milik rakyat.
“Walaupun  pendapatan kita hanya melalui tanah, balak serta mineral sahaja tetapi apa yang kita dapat maka kita akan belanjakan dengan baik kepada rakyat,” katanya.
Katanya lagi, sebelum ini pada bulan puasa kerajaan negeri telah memberikan saguhati kepada 7 ribu guru Al-Quran sukarela di seluruh Kedah.
Rakyat mungkin dapat melihat duit kerajaan banyak yang masuk tetapi sebenarnya kerajaan negeri sekarang juga perlu membayar hutang yang telah dilakukan oleh kerajaan yang lepas dan ianya adalah kerana kerajaan yang lepas tidak meneliti terlebih dahulu apa-apa yang ingin dilakukan menyebabkan kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung hutang tersebut.
“Walaupun begitu, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha untuk memberikan peruntukan kepada rakyat.
“Baru-baru ini kerajaan telah memberikan sebanyak RM500 ribu kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Menurutnya, jika kerajaan sekarang dapat memerintah lagi selepas pilihan raya yang akan datang, maka wang kafalah akan dinaikkan lagi kerana barang-barang keperluan untuk pengebumian jenazah semakin tinggi.
Selain itu, pihaknya juga meminta agar sesiapa yang mempunyai sebarang masalah seperti memerlukan bantuan kerusi roda supaya pergi ke puast khidmat yang berdekatan.
Sementara itu, pada hari tersebut seramai 100 orang mendapat bantuan barangan keperluan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri dengan kerja sama NGO Mawardah.
Mereka semua adalah dari kawasan DUN Tanjung Dawai dan Bukit Selambau. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Ustazah Siti Ashah.


Bukan cinta biasa
Khalilah gusti
1 Oktober 2012
Pasangan bahagia.
Pasangan bahagia.
Nisa - Seli
Nisa bahagia di samping Seli.
Pasangan istimewa Seli dan Nisa bersama tiga cahaya mata mereka.
Pasangan istimewa Seli dan Nisa bersama tiga cahayamata mereka.
"Pabila mata
bertentang mata…
Hati di dalam
bagai nak gila…"

Lagu itu bergendang di telinga Seli. Hati berbisik menyatakan dia sudah dilamun cinta.

Bila mata bertemu... pandangan terpaku kaku. Seperti terkena renjatan elektrik. Seli sudah nekad. Perasaan cinta itu akan dizahirkan. Akan diluahkan kepada Nisa, gadis kerdil yang kini berada di hadapan mata.

"Inilah jodoh aku dunia akhirat," hati Seli berkata.  Sungguh! Itu nawaitu Seli pada pertama kali melihat Nisa.

Sebelum ini, Seli pernah dengar ada gadis kerdil di Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Cheras tapi Seli tidak pernah lihat. Sebab itu bila bertemu Nisa, hatinya ada getar kerana panahan mata itu… Seli nekad mahu memperisterikan Nisa suatu hari nanti.

“Dahlah jom balik!” Sergahan Ijat buat Seli tersedar dari lamunan. Hari itu, di taman berdekatan kolej berkenaan, Seli hanya melihat Nisa dari jauh. Sempat juga Seli ambil nombor telefon Nisa daripada Ijat.

‘Nak ajak dating!’

Seli atau Rosli Hassan, 34, tidak lokek menceritakan detik bagaimana pertemuan tanpa suara yang hanya berisyaratkan mata itu akhirnya menyatukan dia dan isteri, Saidatunnisak Ishak, 30.

Wanita itu amat istimewa baginya.

Pasangan yang bernikah pada 21 Ogos 2004 itu dikurniakan tiga cahaya mata; Muhammad Khalaf, 12; Nur Hanifah Hanan, 4 dan Nur Hafni Hanan, 11 bulan.

Ketiga-tiga anak mereka dilahirkan dan membesar normal. Malah, anak sulung lebih tinggi enam sentimeter daripada ibunya!

Detik melamar

Menceritakan detik dia dilamar Seli, Nisa berkata, suaminya seorang yang lucu dan suka mengusik. Dia tidak nafikan sikap itu yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Seli.

“Abang beri Nisa masa sehingga kiraan tiga untuk jawab. Masa tu Nisa cuma diam dan tak tahu nak kata apa walaupun dalam hati punyalah suka.

“Abang kira pun tak betul. Lepas dua, dua suku, dua setengah... Bila habis kiraan tiga, tiba-tiba abang kata ‘awak... saya kira lagi sekali ya!” Cerita Nisa diiringi ketawa.

Ertinya, Nisa tiada pilihan lain melainkan terima lamaran Seli. Selaku pelajar dan anak gadis berusia 19 tahun ketika itu, Nisa segera mendapatkan pandangan ibu sebelum membuat keputusan.

“Masa tu mak tak izin. Mak suruh belajar dulu. Nisa belajar jurusan Diploma Perakaunan. Lagipun Nisa rasa rendah diri. Nisa tahu kemampuan Nisa tapi kerana fizikal tidak sama dengan orang, tentu orang lain terlebih dahulu meletakkan kemampuan Nisa pada satu satu tahap,” katanya.

Tidak menafikan kadangkala hatinya bungkam, Nisa akui cepat-cepat memujuk diri agar bersifat kuat dan tidak mudah mengalah.

“Terus terang dulu Nisa tak nak jumpa dengan orang kerdil lain. Nisa tak mahu masuk persatuan sebab Nisa fikir nanti akan bertemu jodoh dalam kalangan sama. Nisa nekad nak cari lelaki tinggi. Tak sangka akhirnya niat termakbul,” katanya.

Berlaku peristiwa aneh selepas mereka selesai menunaikan solat Asar di Pasar Seni pada suatu hari, apabila sebuah keluarga Arab menghulurkan derma.

Nisa teringat sebelum itu seorang wanita Arab ada bertanyakan waktu kepadanya dan Nisa menjawab dalam bahasa Arab.Menganggap derma itu sebagai biasa, Nisa tidak menolak wang tunai yang dihulurkan mereka.

“Nisa peluk wanita itu sebagai tanda terima kasih. Masa peluk Nisa rasa macam peluk span. Bila Nisa pusing semula untuk bertanyakan hotel penginapan, mereka sudah hilang.

“Nisa dan abang kira jumlah keseluruhan derma yang mereka bagi. RM680. Kami betul-betul terkejut. Tak pernah terima sebanyak itu,” katanya.

Menurut Nisa, dia merujuk kepada ibunya mengenai perkara itu dan dinasihatkan untuk membeli sesuatu yang berkekalan. Mereka kemudian berkeputusan membeli cincin.

“Abang ada ambil dalam RM10 untuk beli bateri kamera. Anehnya bateri kamera itu hilang masa abang tunaikan solat Jumaat di masjid sedangkan kamera tidak hilang!” beritahu Nisa.

Berfizikal berbeza, namun pasangan romantik ini mempunyai hobi sama: mendaki gunung.

“Hobi ni turun kepada anak sulung kami sebab masa daki Gunung Stong, Kelantan; Gunung Irau, Pahang; Gunung Nuang, Hulu Langat dan Gunung Datok, Negeri Sembilan, kami bawa dia bersama. Masa tu umurnya setahun tiga bulan,” kata Seli.

Ditanya bagaimana pengalaman memanjat gunung dengan anak dan isteri, Seli sambil ketawa berkata; kadang-kadang saya yang kena panjat!

Ini kerana ada ketika dia akan mendukung Khalaf, dan ada ketika mendukung isterinya pula. Pengalaman itu merapatkan hubungan mereka sekeluarga sekali gus membuahkan bahagia yang tidak bertepi.

“Bulan depan kami nak daki Gunung Nuang lagi," katanya.

Berniaga malam

Berkerjaya sebagai eksekutif akaun, Nisa tidak sesekali menjadikan fizikalnya alasan untuk berehat daripada membantu suami.

“Malam abang berniaga char kuey tiaw. Selepas balik kerja Nisa akan terus bantu abang di gerai.

“Kalau nak rasa datanglah ke Taman Tun Perak, Cheras. Char kuey tiaw ni istimewa sebab kami guna sos buatan sendiri,” kata Nisa.

Seli menambah, kehadiran Nisa di gerainya juga sebenarnya satu tarikan istimewa.

“Bila orang lalu, automatik mereka singgah untuk beli,” usiknya diiringi jelingan manja oleh Nisa.

“Saya percaya kasih sayang ALLAH. Alhamdulillah sekarang anak-anak kami sihat dan pandai macam ummi mereka. Saya bangga memiliki Nisa. Dia isteri saya dunia akhirat,” kata Seli.

Semoga pasangan ‘bukan cinta biasa’ ini berkekalan ke akhir hayat.


Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam masa 3 bulan!
Posted on Monday, October 01 @ 00:54:06 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: lipasmalas

"KERATAN printscreen di bawah merupakan laporan versi online sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu [Daily Express].

Portal itu melaporkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran apabila beliau menerima kad pengenalan (MyKad) berwarna merah sedangkan beliau adalah warganegara Malaysia yang sah.

Namun apa yang ingin dipersoalkan di sini bukanlah tentang kekecewaan beliau itu, sebaliknya berkaitan dakwaannya bahawa "warga asing di Keningau boleh memperolehi MyKad hanya dalam masa tiga bulan".



Suku Madura Di Malaysia
Posted on Monday, October 01 @ 02:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: GeloraHatiMuda

"Madura adalah satu suku bangsa Indonesia yang banyak datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.

Kebanyakan bangsa madura bekerja sebagai buruh binaan.

Kaum lelaki suku ini mempunyai hobi atau minat yang mendalam dalam seni sabung ayam. Jika anda melihat terdapat banyak kurungan ayam jantan di sesebuah rumah, pastinya rumah itu didiami oleh suku madura.

Di Indonesia Suku Madura terkenal kerana keagamaan mereka. Di pulau madura terdapat banyak pesantren yang menyediakan pengajian sekolah pondok seperti di Malaysia dan Thailand.

Kaum lelaki madura biasanya banyak musuh. Dendam di kampung halaman dibawa hingga ke Malaysia. Banyak pergaduhan yang mengakibatkan kematian membabitkan lelaki madura berlaku di Malaysia. (Ini mungkin salah satu daripadanya).

Menurut seorang buruh binaan yang gua kenali bernama Matrop, "biasanya suku Madura hanya sanggup membunuh kerana isteri. Lelaki Madura tidak suka isterinya diganggu oleh sesiapa sekalipun. Banyak kejadian bunuh sesama Madura berlaku tidak kira sama ada di Madura atau di Malaysia. Semuanya kerana mengganggu isteri orang." katanya.

'Lelaki madura suka beristeri banyak, biasanya lebih dari satu, dua biasa, tiga biasa malah empat juga biasa' katanya

Orang madura tidak membunuh kerana wang, mereka sanggup bekerja keras menggunakan tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki. Walaupun begitu beliau tidak menafikan ada suami yang tidak tega membunuh tetapi mengupah orang lain melakukannya.

Teringat gua satu kes yang berlaku beberapa tahun lalu yang mengakibatkan seorang pemuda berasal dari Kelantan terbunuh di Padang Jawa, Shah Alam. Menurut sumber, pasangan madura itu tinggal di Padang Jawa. Hubungan pemuda tersebut dengan isteri Madura itu terdedah apabila si isteri tidak pulang ke rumah selama satu hari satu malam.

Apabila didesak suaminya wanita itu menceritakan perkara sebenar bahawa dia bersama pemuda Kelantan tersebut pada malam sebelumnya. Si suami memaksa wanita itu menghubungi pemuda berkenaan dengan alasan rindu untuk berjumpa.

Sebaik tiba pemuda itu terus dilibas dengan senjata tradisi madura yang dipanggil 'celoret' iaitu sejenis senjata yang berbentuk sabit oleh si suami yang bersembunyi di dalam semak berhampiran landasan keretapi.

Matrop juga mengingatkan gua supaya berhati-hati dengan wanita madura kerana mereka sanggup menipu dengan mengatakan bahawa mereka janda atau masih perawan apabila tertarik dengan seseorang lelaki lain. Matrop menjelaskan seperti wanita lain, ada juga wanita madura yang suka menduakan suami.Mereka suka menggoda orang-orang malaysia yang kelihatan bergaya dan berharta.

Teringat gua kepada beberapa kes orang pencen yang terpedaya dengan wanita Indonesia. Habis wang pencen dan saguhati pencen dicurah kepada wanita-wanita tersebut. Setelah wang mereka habis wanita-wanita itu menghilangkan diri. Tinggallah jantan-jantan tua yang pokai tanpa wang. Sedap sekejap deritanya lama. Si tua dapat pucuk muda la katakan. wakaka!

Awas anda yang kaki betina, apabila terkantoi dengan suaminya pasti nyawa melayang. Apabila ada kes bunuh atau cubaan bunuh menggunakan 'celoret' bolehlah dianggap itu perbuatan lelaki madura dan puncanya boleh pula dicongak sebagai 'kerana perempuan/bini orang'

Apakah kes yang menimpa seorang ahli politik baru-baru ini ada kaitan dengan isteri orang Madura?

adios


Nota Editor: Gambar dan tajuk asal ditukar"
 


Polis pun bimbang dengan kes jenayah ketika ini
Posted on Monday, October 01 @ 05:48:03 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"

 

30 Sept. 2012 - Polis bimbang trend penjenayah kebelakangan ini yang disifatkan tiada sifat perikemanusiaan dan sanggup bertindak ganas termasuk mencederakan sesiapa sahaja ketika melakukan jenayah.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, berdasarkan kes-kes yang berlaku, penjenayah tidak mempertimbangkan keadaan mangsa dan mencederakan mereka meskipun tidak melawan. 
Kita bimbang penjenayah akan mencederakan mangsa tanpa mempertimbangkan keadaan mereka (tidak melawan). Ini menunjukkan penjenayah semakin hilang pertimbangan sekarang.
Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati dan berhubung dengan polis jika mengesan sesuatu yang mencurigakan," katanya. 



Allah Hu Akhbar : Terharu dan Gembira , rasa sejuk mata Lihat Gambar Nie.!!!!.
Posted on Monday, October 01 @ 05:29:41 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: abuluqman

"

KDYMM Sultan Kelantan .Solat Berjemaah , diImamkan oleh Tuan Guru.

 KDYMM Sultan Kelantan menyampaikan cenderamata kepada YAB Tuan Guru... 
"Madu tualang ni tokguru..." titah baginda. — Masjid Pulau Melaka.
Nukilan Abu Luqman



 KDYMM Sultan Kelantan Bergambar Bersama Keluarga Tuan Guru




  KDYMM Sultan Kelantan Bersalaman dengan Rakyat sebelum keberangkaatan pulang ke Istana


 KDYMM Sultan Kelantan Bergambar Bersama Keluarga Tuan Guru

Tiada ulasan: