Anwar yakin tawan Putrajaya, jadi PM
1 Oktober 2012
Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.
“
Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman.
Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.
“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.
Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.
“Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.
“Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara
“PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN,” katanya.
Sementara itu, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah yang berlangsung semalam meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, Dun Andalas dan Dun Seri Muda.
Katanya, jelajah pemimpin PR itu bertujuan berkongsi kejayaan yang telah dilakar PR selama empat tahun pemerintahan dan bakal diteruskan pada 21 Oktober dan 28 Oktober melibatkan keseluruhan 21 Dun dan 12 kawasan Parlimen termasuk Wilayah Persekutuan.
Pilihan raya semula UIAM esok
1 Oktober 2012
Menurut sumber Sinar Harian Online, notis mengenainya ditampal di setiap fakulti kira-kira jam 5 petang tadi.
Notis ringkas tersebut memaklumkan, proses pengundian akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Dr Burhanuddin Aziz berkata, pihaknya masih belum boleh menyatakan "ya atau tidak" berhubung soal tarikh pengundian semula, yang masih belum disahkan sehingga malam ini.
"Kita tidak mahu mewar-warkan hal ini sangat. Dari segi logik, ia perihal dalaman, jadi kami mahu perkara ini diaturkan dengan baik," katanya ketika dihubungi sekitar 8 malam tadi.
Pengundian akan membabitkan kampus induk Gombak dan Kuantan.
Beberapa jam sebelum dimaklumkan oleh sumber dihubungi Sinar Harian Online, jurucakap Pro-Mahasiswa UIAM, Mohd Saiful Mat Amin melahirkan kekecewaannya di atas kelewatan pihak universiti memuktamadkan mengenai hal tersebut.
Beliau yang dihubungi Sinar Harian Online kira-kira jam 4 petang tadi memberitahu, tiada sebarang pengesahan dibuat mengenai tarikh pengundian semula walaupun disebut-sebut akan diadakan esok.
“Sebelum ini, notis ditampal sehari sebelum tarikh pengundian, namun sekarang sudah jam 4 petang dan tiada sebarang notis ditampal.
“Masa sudah semakin suntuk jika benar pengundian diadakan esok. Pelajar pula seperti tidak menghiraukan lagi pada pilihan raya kampus ini,” katanya.
Tambahnya, tindakan itu memberi tekanan ke atas calon yang tertunggu-tunggu sejak penangguhan diumumkan, Selasa lalu.
Bahkan menurut beliau, sebarang aktiviti berkempen dilarang sama sekali sebaik pengurusan universiti memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya tersebut diumumkan.
Mengulas soal keputusan tidak rasmi pilihan raya kampus Selasa lalu, Saiful menyatakan bahawa keputusan di UIAM sedikit menyebelahi Pro-Mahasiswa berbanding Pro-Aspirasi.
“Saya tidak menolak kemungkinan wujud kesilapan dalam sistem e-undi yang digunakan tetapi sepatutnya, tidak perlu ambil masa lama untuk ambil tindakan.
“Saya setuju jika sistem manual diguna kembali, cuma ia perlu disertakan dengan syarat dan peraturan yang jelas,” katanya.
UIAM mengumumkan akan mengadakan pilihan raya kampus semula berikutan berlaku masalah teknikal dalam sistem pengundian secara e-undi.
Masalah teknikal disedari apabila jumlah pengundi yang layak dan didaftarkan tidak selari dengan keputusan yang diperoleh melalui sistem e-undi.
UIAM yang mempunyai hampir 20,000 pelajar memperuntukkan 31 kerusi.
DJ stesen radio diculik lebih 10 lelaki
1 Oktober 2012
Mangsa bekerja dengan sebuah stesen radio swasta selatan Semenanjung.
Dalam kejadian itu, dia yang berhadapan detik cemas termasuk leher diacu pisau dan muka ditutup, dipandu ke sebuah jirat Cina oleh kenderaan penculik sebelum dibawa ke kawasan hutan.
Menurutnya, barang kemas, wang tunai juga kad ATMnya diambil dan kerugian dianggarkan lebih RM20,000.
Bajet: Jangan terpikat dengan ‘candu’ BN, kata Pas
1 Oktober 2012
"Rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan (Ketua) Audit (Negara) mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pemberian ‘one off’ yang disebutkan ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat memnunjukkan Kerajaan Pusat ketandusan ideabagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan jalan menerajui masa depan ekonomi negara supaya berdaya saing.
Tuan Ibrahim berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan pembayaran ‘one off’ hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu sedangkan kos hidup terus meningkat dan rakyat menerima bebanan berterusan.
“Ini umpama candu yang melalikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti kunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.
“Asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurahkan, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus,” katanya.
Beliau mendakwa, dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan Najib itu hanya menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian ‘one off’ bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan ‘korup’ ini terus berkuasa.
Katanya, rakyat kini menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli-ahli Parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.
Laporan Ketua Audit Negara hanya akan dibentangkan sebaik sahaja Bajet 2013 diluluskan.
“Laporan Audit sengaja gagal dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa bajet hanya tertumpu apa yang diumumkan tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tabir oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena ‘candu’ yang ditanam dalam bajet Najib,” kata beliauyang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
Beliau menambah, Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini menunjukkan kerajaan gagal melakukan pembaikan, walaupun ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.
“BN sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.
“Rakyat harus berfikir secara serius berdasarkan Laporan Audit dan perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara, bukannya berdasarkan ‘candu racun’ yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihan raya BN,”katanya.
Kabinet bayangan: Anwar pula cabar Najib
1 Oktober 2012
Ketua Pembangkang berkata, Kabinet bayangan yang dicabar Najib supaya PR menubuhkannya adalah amalan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Menurutnya, Najib juga tidak menyatakan senarai calon menteri untuk mengambil alih tugas menteri-menteri selepas kemenangan Barisan Nasional (BN).
Katanya, "amalan bayangan Kabinat ini dilakukan di United Kingdom dan Australia yang amalkan demokrasi berparlimen."
"Ada dia (Najib) senaraikan siapa Menteri Besar Selangor, dia umum siapa akan jadi Menteri Kewangan selepas menang, tidak ...," katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas selesai membahaskan Bajet 2013 dan bajet alternatif hari ini, di sini.
Semalam, Najib Tun mencabar PR menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?
"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, semalam.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyelar kegagalan Najib menyenaraikan calon untuk wakil Menteri Besar di keempat-empat negeri PR.
Beliau juga berkata, "siapa yang bakal jadi Menteri dan Timbalan Menteri, itu senarai pemimpinan kanan ketiga-tiga parti, itu pun kalau mereka menanglah," katnya lagi.
Kabinet bayangan: Pakatan dakwa Najib 'double standard'
1 Oktober 2012
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Kabinet bayangan yang dibangkitkan Najib semalam menunjukkan Barisan Nasional seolah-olah "cakap tak serupa bikin."
Menurutnya, PR tidak gila kuasa sehingga memerlukan ia memperkenalkan Kabinet bayangan, sebaliknya kebajikan rakyat lebih diutamakan.
"Ini adalah kita tak gila kuasa, kita gila jawatan, apa yang lebih penting adalah dasar-dasar yang memberi kebaikan pada rakyat.
"Kalau kita mesti perlu ada Kabinat bayangan, baru boleh jadi kerajaan, kita nak tanya mana Exco bayangan di Kelantan, Kedah dan paling teruk calon Menteri Besar di Kelantan pun tak ada.
"Adakah Perdana Menteri cakap tak serupa bikin, kenapa beliau lakukannya, beliau tak harus belitkan isu dan jadikannya 'double standard'," katanya kepada pemberita di luar bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, Najib mencabar PR menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?
"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, semalam.
Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, untuk mempamerkan Kabinet bayangan, negara perlu matang dalam prinsip demokrasi.
Katanya, Malaysia masih melangkah untuk ke arah demokrasi yang matang dan herdikan Najib itu tidak munasabah.
"Kita baru nak belajar jadi politik dan demokrasi matang, jadi sudah tentulah ciri-ciri kematangan itu mestilah ada Kabinet bayangan.
"Belum sempat, belum boleh kita utarakan, jadi kalaulah kami diherdik dengan perkara itu, maksudnya belum ada kematangan dalam demokrasi," katanya lagi.
Anwar bahas Bajet 2013 tanpa kehadiran Najib
1 Oktober 2012
Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.
Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kegagalan Najib untuk menghadirkan diri adalah perkara biasa dan telah diramal.
Tambahnya, Najib yang selaku Menteri Kewangan tidak berani untuk berdebat dengan Anwar dan menyerangnya ketika pengikutnya bersama.
"Najib serang terus bila nampak penyokong-penyokongnya beliau serang saya, beliau tak berani, tapi tak tahulah mungkin beliau berani tapi tak sanggup terima.
"Beliau cakap seorang, marah kita, debat tak mahu,... tapi kita boleh jangkalah kehadiran Najib, itu biasa," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Selain itu, Anwar turut berkata pengganti Najib untuk berbahas tidak sesuai kerana tidak mempunyai pengalaman dalam Kabinet dan tidak mengetahui dasarnya.
Jangan takut turun gelanggang, Najib nasihat pemimpin BN
30 September 2012
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar.
"Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak," tegasnya pada majlis yang turut dihadiri Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Perdana Menteri berkata berbekalkan semangat juang yang tinggi, kerja keras, semangat berpasukan dan perancangan stategik, BN dapat memastikan segala usaha untuk menawan hati rakyat berjaya.
Selain itu, Najib berkata masanya telah tiba untuk Parti Gerakan menjadi lebih ofensif dan tidak takut untuk membuat perubahan terutama dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada DAP, sekali gus memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat.
"Jangan takut, kita ada kes yang kuat. Pembangunan di Pulau Pinang sangat baik. Sebab apa? Sebab adanya kerjasama daripada Umno, MCA, MIC dan juga kerajaan.
"Oleh itu dalam perhimpunan ini, saya minta diperbaharui semangat, jadi rakan yang baik dan berharga kepada BN. Hanya dengan itu, anda akan mencapai kejayaan yang diimpikan," kata Najib.
Dalam pada itu, beliau turut memuji Koh berhubung hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selain menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang telah menyumbang banyak kepada parti dan negara.
"Saya nak ucap terima kasih. Banyak yang telah beliau lakukan bukan sahaja kepada Pemandu (Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi), tapi juga dalam soal perpaduan dan Rukun Tetangga.
"Beliau seorang pemimpin yang boleh diharap yang sentiasa memberikan nasihat bernas. Macam inilah yang kita nak untuk masa depan kita," kata Najib. - Bernama
Kes tembak polis: Remaja 17 tahun serah diri
1 Oktober 2012
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Kepong, kira-kira jam 11 pagi.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan seorang lagi lelaki berusia 30 tahun masih diburu,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam kejadian 26 September lalu, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Lans Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak penjenayah di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex) berdekatan Kuchai Lama.
Nor Azlan terkena tembakan di leher kanan manakala Subramaniam cedera di perut.
Mereka sempat melepaskan tiga das tembakan ke arah penjenayah dan dipercayai terkena tangki minyak kereta.
Tembakan menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan kereta itu terpaksa ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
Semalam, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu ditembak mati selepas melarikan diri di kawasan tempat letak kereta di Taman Desa Park, kira-kira jam 3 pagi.
Lelaki berusia 32 tahun yang menaiki Proton Waja itu ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis.
Bajet 2013: Nik Aziz mahu isu royalti diselesai
1 Oktober 2012
Beliau berkata, sekiranya isu tuntutan royalti tidak diberi keutamaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Kelantan dengan menolak Kerajaan Pusat.
"Kerajaan Pusat nak belanja banyak mana duit saya tidak soal, tapi jangan sampai ganggu royalti Kelantan, rakyat Kelantan tidak akan beri undi kepada pusat sekiranya royalti diganggu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu, yang turut memberi manfaat golongan muda.
Ditanya adakah beliau berpuas hati bajet yang dibentangkan, Nik Aziz mengakui belum membaca inti pati sepenuhnya namun diberitahu ia mempunyai unsur beli undi.
"Saya belum baca sepenuhnya, tetapi orang sibuk membicarakan soal beli undi, saya tidak mahu kata ia betul atau tidak, tetapi jika ada benda pelik (pemberian wang) berlaku sebelum pilihan raya, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul," katanya.
Menurutnya, sekiranya benar unsur beli undi berlaku, tindakan Kerajaan Pusat itu seolah-olah memberi ‘gula gula’ sekali gus merendahkan nilai rakyat.
Kelmarin, Nik Aziz dipetik berkata, bajet yang dibentangkan tidak seimbang antara dunia dan akhirat.
"Jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa takwa pada ALLAH SWT.
"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan