Perdamaian MILF-Filipina perlu komitmen jujur
Harakahdaily, | 09 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Lantaran itu sangat penting perjanjian kali ini dapat tertegak dengan
mapan demi menegakkan hak dan keadilan untuk umat Islam khususnya dan
seluruh rakyat Mindanao umumnya.
Demikian penegasan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berhubung perjanjian damai peringkat awal (framework agreement) yang dimeterai antara MILF dan pihak kerajaan Filipina pada 7 Oktober lalu.
Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama berpendapat Mindanao adalah wilayah bangsa Moro yang telah lama dinafikan hak untuk membangun, disebabkan sikap Manila yang terus mahu mengukuhkan dominasinya.
Berikut adalah kenyataan penuh mereka.
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengalu-alukan perjanjian damai peringkat awal (framework agreement) yang dimeterai antara MILF dan pihak kerajaan Filipina pada 7hb Oktober 2012 yang lalu.
Perjuangan bangsa Moro untuk mendapat hak mentadbir sendiri sejak 1565 yang berlarutan lebih 300 tahun bermula dari penjajahan Sepanyol dan diikuti Amerika sudah lama ingin ditamatkan.
Kini perjanjian untuk kedua pihak bersetuju mengujudkan genjata senjata telah dimeterai walaupun baru di peringkat awal yang masih banyak aspek yang belum diperincikan.
Sejarah Mahkamah Tinggi membatalkan MOA-AD (Memorandum of Agreement on Ancestral Domain) pada 2008 adalah ingatan penting bagaimana perjanjian yang dimeterai tidak boleh berjalan dengan lancar kerana ada pihak yang tidak senang dengan perjanjian damai yang menguntungkan Umat Islam Bangsamoro.
Demikian juga cabaran mendapat persetujuan dengan MNLF perlu juga dilayani dengan bijak kerana beberapa perjanjian terdahulu tidak diisytihar dibubar iaitu perjanjian damai 1996, perjanjian Tripoli dan Perjanjian Jeddah.
Malah perjanjian pada zaman Marcos (1976), Aquino (1986) dan Ramos (1996) yang akhirnya melanjut kepada dikuatkuasakan Akta Republik 1954, dan tertegaknya ARMM (Autonomous Region of Muslim Mindanao) kini telah dibangkitkan semula oleh MNLF. Pihak MNLF sudah mengeluarkan kenyataan keras bahawa perjanjian yang terbaru ini adalah suatu pengkhianatan kerana mereka tidak dirujuk sama sekali.
Juga harus diingatkan pengalaman perjanjian dengan MNLF dahulupun tidak menghasilkan kemajuan yang diharapkan untuk umat Islam di Mindanao walaupun Nur Misauri di lantik sebagai Governor Mindanao.
Bermakna sungguhpun perjanjian dimeterai, pihak MILF dijangka akan mengambil pendirian yang berhati-hati sehingga perjanjian yang lebih terperinci diselesaikan pada hujung tahun ini.
Sesungguhnya perjanjian itu boleh menjadi tapak awal untuk memastikan umat Islam mendapat peluang meneruskan usaha untuk mengukuhkan keadaan sosio-ekonomi di Mindanao dan dengan itu boleh memperbaiki kualiti hidup umat Islam khususnya.
Perjanjian damai itu yang belum lagi lengkap secara terperinci masih mempunyai cabaran yang banyak kerana tuntutan oleh MILF belum dihalusi dalam semua aspek.
Dengan itu keadaan belum terjamin stabil jika kedua pihak tidak bersungguh memastikan jangan ada usaha untuk menjejaskan persepakatan asas yang dimeterai.
Kami berpendapat Mindanao adalah wilayah bangsa Moro yang telah lama dinafikan hak untuk membangun, disebabkan sikap Manila yang terus mahu mengukuhkan dominasinya. Lantaran itu sangat penting perjanjian kali ini dapat tertegak dengan mapan demi menegakkan hak dan keadilan untuk umat Islam khususnya dan seluruh rakyat Mindanao umumnya.

Dasar PAS tetap Islam
Nasrudin Hassan, | 09 Okt 2012 |
1. Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Malah kita konsisten dengan
perjuangan Islam. Pendekatan dan strategi dihalusi dengan penuh tekun
dan hikmah. Rujukan kita ialah al Quran dan sunnah serta ijmak dan qias.
Sungguhpun zahir tindakannya serupa dengan perlakuan pihak lain seperti
golongan nasionalis dan demokrat, bukan bermakna PAS menjadi penganut
faham nasionalis dan beriman dengan demokrasi, sebaliknya nilai tindakan
adalah pada sandaran objektif yang menepati syara' dan asas hukum
syariat yang betul.
2. Sebagai contoh pada perbuatan tidur. Si A tidur dengan tujuan untuk rehat dan membolehkan ia bangun lalu menunaikan solat malam, maka tidurnya diterima syarak malah hukumnya sunat [dapat pahala] berbanding si B juga tidur tetapi dengan maksud meninggalkan solat Isyak sedang ia tidur selepas masuknya waktu Isyak, maka hukumnya haram dan berdosa besar kerana meninggalkan solat dengan sengaja.
3. Justeru itu, perbandingan antara dua pihak tidak terhenti atas persamaan pada zahir tindakan semata-mata, tetapi perlu dilihat pada asas tindakan tersebut, apakah bersandarkan kehendak syarak atau hanya secara kebetulan ia melakukannya [tanpa ilmu dan asas syarak] atau bertujuan yang bertentangan dengan kehendak syarak.

KLIA2: Skandal baru projek sistem ruang udara?
Nurul Izzah Anwar , | 08 Okt 2012 |
Umum
sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang
telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9
bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun
ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia,
Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan
mengesahkan jumlah RM4 bilion - setakat ini.
Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran maha besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.
Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi. Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP - iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.
Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:
1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.
Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.
Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?
Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?
Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut. Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?
2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?
3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.
Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR

Jangan biar Sungai Juru mati akibat pencemaran
Harakahdaily, | 09 Okt 2012 |
PULAU PINANG: Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkenaan memberi perhatian
serius dan mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan Sungai Juru
daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini mati akibat pencemaran.
(Gambar: Kawasan hutan bakau di pinggir Sungai Juru.)
Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, walau pun sudah 40 tahun sungai tersebut diancam masalah itu namun hingga sekarang tidak ada tanda-tanda menunjukkan keadaan ini berkurangan malah semakin membimbangkan penduduk setempat.
Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain bahan toksik dari kawasan perindustrian Perai dan air kumbahan dari kawasan perumahan berhampiran yang mencemarkan sungai ini terdapat sisa minyak hitam dibuang ke dalam parit yang menghubungi sungai tersebut.
Jurucakap penduduk Kampung Kuala Juru Wahid Osman,45, pula berkata seramai 300 nelayan tempatan yang bergantung hidup kepada sumber pendapatan hasil tangkapan ikan dan ternakan kerang di sungai berkenaan kini bimbang mengenai kesan buruk ke atas alam sekitar yang mungkin berlaku berikutan pelaksanaan projek ternakan udang di kawasan ini.
Projek tersebut yang beroperasi sejak enam bulan lalu di kawasan seluas 99 ekar dan mempunyai lebih 50 buah kolam di sini dikhuatiri memburukkan lagi keadaan di tempat itu jika sisa buangan kolam disalurkan ke dalam sungai tersebut.
Beliau memberitahu, jika sisa kolam ternakan udang dibuang ke dalam sungai ini ia bukan saja akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan Kuala Juru dan Tok Keramat malah sungai ini juga mungkin tertimbus dan menjadi cetek pada masa akan datang.
Pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga mungkin mati dan secara tidak langsung boleh memusnahkan tempat pembiakan ikan, udang, ketam dan lain-lain hidupan termasuk bekalan makanan ternakan kerang yang menjadi sumber rezeki nelayan di sini, jelasnya.
“Berhubung masalah ini CAP menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi menanganinya,” ujar SM Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
CAP meminta pihak berkenaan membuat pemantauan lebih kerap dan meningkatkan kawalan serta menguatkuasakan undang-undang dengan tegas supaya ancaman pencemaran ini tidak berlarutan.

Morsi beri pengampunan kepada tahanan politik
Terjemahan Mohamad Yahya, | 09 Okt 2012 |
Presiden
Mesir, Mohamed Morsi telah memberi pengampunan kepada semua tahanan
politik yang ditahan sejak awal pemberontakan yang menggulingkan Hosni
Mubarak tahun lepas.
Pengampunan tersebut meliputi mereka yang menghadapi perbicaraan dan yang menjalani hukuman penjara kecuali mereka yang disabitkan kesalahan membunuh, kata jurucakap presiden, namun tidak memberikan jumlah banduan yang mendapat pengampunan.
Aktivis berkata ribuan orang awam berhadapan dengan mahkamah tentera dalam vakum keselamatan selepas kejatuhan Mubarak pada tahun 2011. Kumpulan kempen 'Tidak kepada Perbicaraan Tentera' berkata sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dipenjarakan.
Ramai dari mereka yang dipenjarakan telah ditangkap semasa tempoh 18 bulan kerajaan tentera interim di Mesir di bawah pimpinan Field Marshal Hussein Tantawi.
Hanya sebilangan kecil banduan telah dibicarakan sejak Morsi memerintah Jun lalu.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri diminta menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri
Sidang Kemuncak Bumi (Rio+20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil,
pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini.
Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Selain beliau, Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib minta Menteri Kerja Raya menyatakan Projek TEKIH terutama pakej B dengan segmen C dan D dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng Baling, apakah tempoh 18 bulan yang dijanjikan Kementerian benar-benar dapat dilaksanakan.
Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pula minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.
Pengampunan tersebut meliputi mereka yang menghadapi perbicaraan dan yang menjalani hukuman penjara kecuali mereka yang disabitkan kesalahan membunuh, kata jurucakap presiden, namun tidak memberikan jumlah banduan yang mendapat pengampunan.
Aktivis berkata ribuan orang awam berhadapan dengan mahkamah tentera dalam vakum keselamatan selepas kejatuhan Mubarak pada tahun 2011. Kumpulan kempen 'Tidak kepada Perbicaraan Tentera' berkata sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dipenjarakan.
Ramai dari mereka yang dipenjarakan telah ditangkap semasa tempoh 18 bulan kerajaan tentera interim di Mesir di bawah pimpinan Field Marshal Hussein Tantawi.
Hanya sebilangan kecil banduan telah dibicarakan sejak Morsi memerintah Jun lalu.
Mengapa PM tidak hadir Sidang Rio+20 di Brazil?
Harakahdaily, | 09 Okt 2012 |
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini.
Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Selain beliau, Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib minta Menteri Kerja Raya menyatakan Projek TEKIH terutama pakej B dengan segmen C dan D dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng Baling, apakah tempoh 18 bulan yang dijanjikan Kementerian benar-benar dapat dilaksanakan.
Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pula minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan