Ling seorang yang jujur, kata Dr M
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas anggota
kabinetnya Tun Dr Ling Liong Sik tidak mampu menipu jemaah menteri.Dr Mahathir ketika memberi keterangan semasa diperiksa peguam Ling, Wong Kian Kheong hari ini berkata, beliau mengenali bekas menteri pengangkutan itu sebagai seorang individu yang jujur.
Bagaimanapun, jawapan Dr Mahathir itu dipersoal oleh Timbalan Ketua pendakwa II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang bertanya bagaimana bekas PM itu mengetahui Ling tidak mampu menipu.
Hanya tertuduh yang akan mengetahui perkara seperti itu, kata Abdul Majid.
Dr Mahathir merupakan saksi keempat yang memberi keterangan untuk pembelaan Ling.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau mengenali Ling selama 30 tahun ketika tertuduh menjadi presiden MCA.
Siasatan kes Scorpene berjalan, kata peguam
Peguam
hak asasi manusia, William Bourdon, yang berpejabat di Paris, berkata
tidak timbul soal "perbicaraan sedang berjalan" berhubung dakwaan rasuah
dalam pembelian kapal selam Scorpene kerana dua hakim Perancis yang
dilantik untuk kes itu masih menjalankan siasatan mereka.
Katanya, Tribunal deGrande Instance telah mengadakan siasatan jenayah di mana kumpulan hak asasi manusia di Malaysia, Suaram telah diterima sebagai pihak parti sivil sejak Mac 2012.
Beliau berkata hanya apabila selesai siasatan itu barulah hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada perbicaraan penuh akan diadakan untuk mendengar kes tersebut.
Bourdon (kiri) menyifatkan kenyataan pendakwaraya kerajaan Perancis, Yves Charpenel bahawa "tidak ada perbicaraan" terhadap kes tersebut, sebagai "bercanggah sama sekali" kerana keputusan sama perbicaraan perlu diadakan, akan diputuskan oleh hakim-hakim berkenaan apabila siasatan mereka selesai, dan dan bukannya pihak pendakwa.
"Setahu kami, pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes tersebut, tidak membuat sebarang kenyataan seperti yang disuarakan oleh Charpenel.
"Kedua-dua hakim berkenaan - Roger Le Loire dan Serge Tournaire - sedang meneruskan siasatan mereka terhadap kes Scorpene itu."
Semalam, Bernama melaporkan seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Yves Charpenel dilaporkan berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
1. Pendakwa: Tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis
Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan
telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.
Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.
Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.
Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8j
Tender
bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di
bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang
gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk
surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan
telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.
Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.
Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.
Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.
Pelajar M'sia ditangkap di Yokyakarta miliki ganja
Seorang
pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan sebuah universiti
di Yogyakarta ditahan Polis Indonesia Sabtu lalu kerana memiliki ganja
seberat 6.8 gram.
Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).
Dimaklumkan pelajar itu memesan bahan tersebut melalui laman sembang Internet.
Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut padanya dalam bungkusan kertas surat khabar lama.
Polis Daerah Sleman sedang menyiasat lebih lanjut kes itu, termasuk bagi membongkar jaringan pengedaran dadah dalam kalangan mahasiswa.
Jika sabit kesalahan, pelajar itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun di bawah Fasal 111 dan 115 Undang undang Narkotik Republik Indonesia.
Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pelajar berkenaan memegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Keluarga pelajar itu telah mengetahui mengenai kes berkenaan dan ibunya telah berada di Yogyakarta sejak hari Sabtu itu.
"Pihak EM Indonesia melalui bantuan Atase Konsular dan Imigresen serta Atase PDRM Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memulakan proses bantuan supaya beliau mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya," katanya di Jakarta.
Dr Juzhar berkata pihaknya dengan bantuan pemimpin persatuan pelajar Malaysia juga memantau kebajikan dan kesihatan pelajar itu semasa dia ditahan di Balai Polis Daerah Sleman.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan