Janda ‘tomboy’ dicekup, memadu asmara di hotel murah
4 Oktober 2012
Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.
Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih bujang dan kini menetap di Tanah Lot.
Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 5 November atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan, pasangan itu yang masing-masing berumur 30 dan 40-an itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Warga emas tegur jiran dibelasah
4 Oktober 2012
Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, mangsa, Siti Khatijah Mohamad, 58, lebam di tangan, muka dan belakang badan akibat dipukul dengan kayu, batu bata dan kerusi plastik oleh suspek yang dikenalinya.
Menurutnya, ketika dia bersiap hendak menunaikan solat Zohor, suspek berumur 20-an itu lalu di tepi rumahnya dan didapati dalam keadaan mencurigakan.
“Saya berdiri di pintu tepi rumah dan bertanya kepada suspek, dia mahu ke mana kemudian saya larang dia lalu (berada) berhampiran rumah saya.
“Saya berbuat demikian kerana takut berikutan tahu latar belakangnya yang didakwa sering pecah masuk rumah, tambahan beberapa minit sebelum kejadian, suami saya, Abdul Khadir Yaacob, 60, baru memperoleh wang hasil jualan padi,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini dekat Pasir Akar, Hulu Besut.
Siti Khatijah berkata, tidak berpuas hati dengan kata-kata itu, suspek bertindak memarahi lalu memukul lengan kirinya dengan sebatang kayu menyebabkan tangannya bengkak dan terasa sakit.
Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumahnya sambil mengugut untuk membakar rumahnya sekiranya dia tidak memberikan wang sebanyak RM50 kepada suspek.
Suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kemudian datang lagi menyerang mangsa kali kedua dengan membaling bata yang mengenai tepi pipi kiri mangsa apabila mangsa sempat mengelak.
Suspek kemudian turut memukul belakang mangsa dengan kerusi dan sebatang kayu kecil.
“Saya tidak mampu melawan dan ketika kejadian, saya sendirian di rumah kerana suami ke kebun malah teriakan saya tidak didengari jiran. Saya meminta maaf kepadanya sambil merayu agar tidak memukul lagi,” katanya.
Selepas suspek meninggalkan tempat kejadian, dia menggagahkan diri berjalan kaki selama lima minit pergi ke kebun di belakang rumah untuk meminta bantuan suami sebelum laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar disusuli mendapatkan rawatan di Hospital Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti kerana suspek terus menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Pemimpin BERSIH kutuk gangguan di KLIA, LCCT
Sekurang-kurangnya
tiga ahli jawatankuasa BERSIH telah disekat sementara ketika hendak
menaiki penerbangan antarabangsa sejak bulan lepas.Walaupun mereka akhirnya dibenar berlepas, tetapi Andrew Khoo, Maria Chin Abdullah dan Yeo Yang Poh berkata, ia merupakan cubaan untuk mengganggu mereka di tengah-tengah tindakan kerajaan mengetatkan pemantauan ke atas NGO.
Peguam Khoo (kiri), yang dalam perjalanan ke Bangkok untuk menghadiri satu persidangan semalam, disekat selama 20 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Saya terpaksa menemui seorang pegawai imigresen, yang membuat panggilan telefon untuk pelepasan. Mereka kata ada fail polis dalam rekod saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau mengagak pihak berkuasa mungkin baru sahaja memutuskan untuk bertindak demikian kerana sebelum ini, beliau berlepas ke Filipina pada 9 September lalu tanpa sebarang masalah.
Khoo berkata beliau tidak mempunyai sebarang kes polis kecuali
berkaitan tuntutan mahkamah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap BERSIH berhubung kerosakan semasa perhimpunan 9 Julai lalu.
Begitu juga dengan aktivis Maria (atas) yang disekat oleh pegawai imigresen pada 18 September lalu ketika hendak berlepas ke Nepal melalui LCCT.
"Mereka menyekat saya selama kira-kira 20 minit. Akhirnya mereka membenarkan saya berlepas tetapi mereka beritahu, saya ada kes polis," katanya ketika dihubungi.
Katanya, walaupun ada beberapa penyiasatan polis terhadapnya
berkaitan dengan aktiviti BERSIH, tetapi beliau tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan.
Turut menghadapi masalah yang sama ialah Yeo (kanan), bekas Pengerusi Majlis Peguam yang tinggal di Johor Bahru dan sering ke Singapura.
"Saya mempunyai dua pengalaman pada bulan September apabila hendak ke Singapura. Mereka meminta saya pergi ke pejabat imigresen untuk pelepasan," katanya.
Ratusan ribu pekerja di Indonesia lancar mogok sehari
Ratusan
ribu pekerja di seluruh Indonesia mengadakan mogok sehari semalam bagi
menuntut upah lebih tinggi dan membantah pengambilan pekerja secara
kontrak di bawah sistem 'outsourcing' (penyumberan luar).Mereka mengadakan demonstrasi serentak di beberapa tempat penting di seluruh negara bagi menyokong tuntutan itu.
Dalam mogok nasional yang digerakkan Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (KSPI) itu, pekerja menyenaraikan tiga tuntutan kepada kerajaan iaitu menghentikan sistem perkhidmatan kerja secara kontrak, menaikkan upah pekerja dan memberi jaminan kesihatan kepada pekerja.
Mereka turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi lebih besar jika tuntutan terbabit tidak dipenuhi.
Tindakan mogok dan beberapa tunjuk perasaan itu yang bermula pukul 7 pagi hingga 4 petang,turut mengakibatkan kesesakan lalulintas di beberapa kawasan di Indonesia sehingga ada kawasan yang lumpuh sama sekali.
Timbalan Ketua Gabungan Pengusaha Makanan dan Minuman Indonesia Yusuf Hadi dilapor berkata bahawa industri makanan dan minuman Indonesia mengalami kerugian berpuluh juta rupiah akibat demonstrasi dan mogok nasional hari ini.
Media tempatan melaporkan sebelum ini bahawa lebih dua juta pekerja akan mengambil bahagian dalam mogok nasional itu, dengan sejumlah 23,000 orang akan bertumpu di Jakarta dan beberapa bandar di sekitarnya.
Polis Kontinjen Jakarta menyediakan 15,000 anggota keselamatan termasuk dari Tentera Nasional Indonesia, bagi mengawal keadaan di kawasan ibunegara dan bandar sekitarnya berikutan mogok nasional itu.
Sementara itu, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang prihatin dengan aspirasi pekerja, meminta Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar menyelesaikan segera isu 'outsourcing' dengan melibatkan kesatuan sekerja dan majikan.
Jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha berkata Yudhoyono menasihatkan pekerja berkenaan supaya tertib dalam demonstrasi tidak terpengaruh untuk melakukan tindakan yang menjurus anarki.
Beliau juga berpesan agar tindakan mereka pada hari ini tidak mengganggu proses pengeluaran di kilang-kilang kerana perbuatan itu boleh mengganggu ekonomi negara.
Mengenai isu jaminan kesihatan, Julian berkata perkara itu sedang ditangani melalui Undang Undang Tentang Badan Penyelenggara Jaminan Sosial dan Undang Undang Tentang Sistem Jaminan Sosial.
Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2014 manakala BPJS bidang tenaga kerja pada 1 Jun 2015, katanya.
- Bernama
Penggantungan dalam MMC, Dr Rozmey tidak akan merayu
Pengasas
syarikat Herba Marketing Sdn Bhd., Datuk Dr Che Rozmey Che Din hari ini
akur dengan keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung
keahliannya selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas kerana melanggar
Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.
Pengeluar dan pencipta formula pelbagai produk kesihatan, pelangsingan badan an kecantikan itu berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.
"Saya telah meninggalkan kerjaya sebagai pengamal perubatan sejak 2008 lagi dan menumpukan kerjaya sebagai usahawan. Kes ini dibangkitkan pada 2009 dan hukuman telah berjalan sehingga 2014," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Jitra semalam.
Katanya, beliau tidak menyalahkan MMC mengenai perkara tersebut kerana beliau tidak melakukan kesalahan dalam bidang perubatan dan hanya melanggar etika sahaja.
Kelmarin, Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga ketua pengarah kesihatan, dalam kenyataan berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.
Beliau berkata Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971.
Dr Rozmey berkata beliau akur dengan tindakan disiplin itu namun mempertahankan tindakannya untuk memperkenalkan diri dalam iklan produk kesihatan sebagai usahawan.
Beliau berkata tindakan MMC terhadapnya itu tidak akan mengganggu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Farmasi dan Pemakanan.
Beliau berkata hasil kejayaan formula baru produknya telah membolehkan keluarannya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Qatar dan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
- Bernama
2. MMC gantung keahlian Dr Che Rozmey dua tahun
"Kerajaan maklum rakyat mahukan pilihan yang lebih baik jadi kita sedang mengkaji perkara ini dan mungkin tak lama lagi kita akan bentangkan penyelesaian jangka panjang untuk ini," kata Najib dalam sesi bual bicara dalam talian Google Hangout malam tadi.
Najib berkata demikian sewaktu menjawab soalan peserta, Prajesh Prakash yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menyelaraskan duti untuk harga kereta import.
Menurut Najib, pengurangan duti import kereta satu urusan yang kompleks kerana kerajaan kini memperolehi kira-kira RM7 bilion setahun dari cukai itu.
Tambahnya, pengurangan harga kereta melalui penyelarasan duti import juga perlu mengambil kira kesan kepada pasaran kereta terpakai yang akan terjejas akibat langkah tersebut.
Pakatan Rakyat sebelum ini giat berkempen untuk mengurangkan duti eksais kereta jika mengambil alih Putrajaya.
Langkah itu berdasarkan perkiraan Pakatan akan mengurangkan harga kereta sehingga 60 peratus.
Membuka sesi bual bicara sebelumnya, Najib menegaskan bahawa Bajet 2013 yang baru sahaja dibentangkannya bukanlah bajet pilihan raya seperti didakwa pihak-pihak tertentu.
"Kebetulan inilah bajet terakhir sebelum pilihan raya akan datang.
"Itu tidak benar kerana secara asasnya bajet ini secara fiskalnya bertanggungjawab kerana defisit kita semakin berkurangan," katanya.
Tambahnya lagi, beliau turut menterjemahkan gagasan 'Rakyat Didahulukan' yang sememangnya diterapkan dalam setiap bajet sebelum ini, ke dalam bajet 2013.
Bual bicara dalam talian #TanyaNajib ini adalah yang kedua selepas pertama kali berlangsung dalam bulan Januari.
Bezanya kali ini Najib menggunakan applikasi Google Hangout dengan lima rakan bual bicara lain di samping menjawab soalan-soalan dari Facebook dan juga Twitter.
"Langkah ini amat bersejarah dan saya harap kita dapat adakannya lagi pada masa hadapan," katanya.
Sesi tersebut menerima 503 'Suka' dan 941 'Tidak Suka' selepas ia berakhir semalam.
Najib adalah ahli politik Malaysia kedua menggunakan aplikasi ini selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian bulan Ogos lepas.
"Kalau ekonomi kita berkembang pada kadar 5 peratus kita yakin hutang negara tidak akan melepasi tahap 55 peratus.
"Kita mesti usaha rangsang ekonomi kita. Kalau ekonomi kita bertambah pada kadar lima atau enam peratus maka hutang negara kita akan berkurangan," kata Najib.
Di sebalik langkah-langkah mengurangkan defisit, Pakatan Rakyat giat mengkritik kerajaan kerana didakwa gagal mengurangkan hutang negara yang meningkat kepada RM502.4 bilion atau 53.7 peratus daripada KDNK negara tahun ini.
Menurut Najib, keyakinan pelabur untuk melabur dalam negara ini adalah faktor 'X' yang akan memacu pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.
Tambahnya, kerajaan juga berusaha merangsang ekonomi tempatan menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan di bawah RM3,000.
Najib bagaimana pun ketawa kecil apabila ditanya mengapa BR1M tidak dipanjangkan kepada suri rumah sedangkan golongan belia dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima RM250.
"Apabila kita berikan BR1M, kita beri kepada seluruh keluarga. Ia untuk seluruh isirumah termasuklah suri rumah.
"Diharapkan ketua keluarga akan kongsi duit itu dengan isteri mereka," kata Najib tergelak kecil.
Menurut Najib, kerajaan turut menyokong "peningkatan gaya hidup golongan muda dalam era digital" dengan pemberian rebat telefon pintar sebanyak RM200 menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Kita iktiraf peranan penting belia dalam konteks negara dan kita kenal pasti citarasa golongan ini.
"Mereka mempunyai minat besar dalam bidang digital dan mereka ada akses kepada era digital dengan lebih besar lagi," katanya.
Sesi bual bicara dalam talian dinamakan #TanyaNajib Bajet 2013 Hangout On Air itu adalah yang kedua selepas kali pertama berlangsung menerusi laman blog mikro Twitter dalam bulan Januari tahun ini.
1. PM: K'jaan kaji mekanisme jangka panjang harga kereta
4 Oktober 2012
SHAH ALAM – Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh
menang kes jika berlaku kesilapan dalam penangkapan mereka, demikian
kata Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan
Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi
Mamat.
Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM4 juta kepada lima bekas tahanan ISA kerana membuat penahanan secara tidak sah menunjukkan kerajaan akur dan bertanggungjawab.
Menurutnya, keputusan itu menunjukkan bidang perundangan dan kehakiman berbeza dan tidak dipengaruhi mana-mana eksekutif.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah adil.
Katanya, mahkamah yang bebas daripada sebarang pengaruh, membuat keputusan tepat.
“Penahanan lima individu itu tidak sah jika bertentangan dengan prinsip undang-undang dan tiada bukti kukuh.
“Ini menunjukkan mahkamah dengan berani menegakkan keadilan terhadap mereka yang melanggar undang-undang di negara kita,” katanya.
Nik Ahmad Kamal berkata, kerajaan boleh merayu ke mahkamah lebih tinggi dan kemungkinan keputusannya akan berbeza.
4 Oktober 2012
SENAI – "Saya tak akan minta maaf dan bersedia hadapi sebarang
kemungkinan," demikian tegas Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, semalam.
Mazlan berkata demikian menjawab kata dua Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu beliau meminta maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.
“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah, selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.
“Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mazlan, beliau tidak 'makan' ugut dan akan terus mendedahkan apa sahaja maklumat yang diperoleh.
"Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,” katanya.
Mazlan turut menjelaskan, beliau telah turun padang ke Pengerang sejak setahun lalu dan berdasarkan maklumat yang diterima menerusi penganalisis dan penyelidik di situ, pembangunan projek yang sama di Kertih, Terengganu dan Bintulu, Sarawak perlu dicontohi kerana tidak mengorbankan penempatan penduduk kampung.
“Ditegaskan, saya tidak menolak pembangunan, namun projek itu jelas dibangunkan di kawasan yang mempunyai penduduk, bukan di Kampung Abdul Ghani Othman, yang tanahnya milik kerajaan,” katanya.
Kelmarin, Azalina berkata, tuduhan Mazlan berniat jahat dan berunsur fitnah dan beliau akan fail saman terhadapnya dan mana-mana portal yang menyokong kenyataan pemimpin Pas itu berhubung isu projek Rapid.
“Tuduhan yang dia (Mazlan) buat di depan rakyat Pengerang seolah-olah saya yang harus bertanggungjawab. Bagi saya itu adalah niat jahat dan saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji teks ucapannya,” katanya.
3 Oktober 2012
KLANG - Lima lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai kira-kira
RM1 juta dari sebuah van keselamatan sebelum bertindak membakar
kenderaan itu di Jalan Tiong Off Jalan Eng Ann di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, van keselamatan terbabit berhenti di sebuah kedai nombor ekor di Jalan Meru di sini untuk mengutip wang hasil pertaruhan judi sebelum didatangi suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna hijau.
Beliau berkata beberapa lelaki kemudian turun dari kereta tersebut, dan dipercayai mengacukan pistol ke arah pemandu van yang sedang membawa wang hasil pertaruhan itu bersama rakan setugas untuk menaiki van, yang turut dinaiki oleh beberapa suspek.
Mohd Shukor berkata mereka juga mengarahkan pemandu van untuk memandu kenderaan itu, sambil salah seorang dari suspek mengekori dengan menaiki Waja terbabit .
"Setibanya di Jalan Tiong Off Jalan Eng Ann, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, salah seorang suspek telah mengambil satu senjata api milik pengawal keselamatan terbabit sebelum mengarahkan kedua-dua mangsa keluar dari van dan melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Shukor berkata suspek kemudian mengambil dan melarikan beberapa karung berisi wang tunai kira-kira RM1 juta dari van sebelum bertindak membakar kenderaan itu.
"Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui van berkenaan dalam keadaan terbakar dan hasil pemeriksaan mendapati wang tunai RM1 juta telah dilarikan, bagaimanapun RM500,000 lagi masih berada di dalam van terbabit.
"Walau bagaimanapun sebahagian wang itu sudah terbakar," katanya.
Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- Bernama
4 Oktober 2012
PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 7
November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat
pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh
suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.
Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan Aidil mengenai bantahan isterinya itu.
Bantahan dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.
Peguam syarie, Ahmad Nazib Johari juga mewakili Aidil memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir.
Ahmad Nazib kemudian menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil ke mahkamah kerana anak guamnya menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria.
Tindakan itu mendapat teguran daripada Saharuddin kerana Aidil, selaku plaintif sebelum ini, tidak pernah langsung menghadirkan diri untuk kes itu atas alasan mempunyai jadual perlawanan ketat.
“Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (semalam) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik.
“Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal,” katanya.
Saharuddin berkata demikian selepas menerima jadual perlawanan bola yang diserahkan Ahmad Nazib.
3 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan Himpunan
Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 3 November
bagi menyatakan pendirian berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, perhimpunan besar-besaran ini dibuat bagi meneruskan tuntutan lapan perkara tuntutan Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai.
"PR memutuskan untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu tempat yang Perdana Menteri sarankan untuk mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan, perlu buat himpunan di sana.
"Kami membuat himpunan ini kerana kami dapati lapan perkara yang dituntut Bersih tidak dihiraukan, terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang lansung tidak berubah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Sebelum ini, Bersih telah mengadakan tiga perhimpunan bagi menuntut lapan perkara termasuklah kebebasan media dan daftar pemilih yang bersih.
Pada 28 April lalu, Bersih 3.0 telah mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka yang menimbulkan pelbagai provokasi.
Sehubungan itu, Mohamad yang turut dikenali sebagauii “Mat Sabu” berkata, himpunan itu bukan sinambung kepada Bersih, tetapi lebih kepada suara rakyat yang di bawa oleh PR selepas tuntutan itu enggan dilayan oleh kerajaan.
Katanya, himpunan itu diramalkan akan dihadiri satu juta orang yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih.
"Kita anggarkan satu juta akan hadir dalam himpunan ini, dan kita akan bersama Bersih juga dan NGO lain," katanya.
Beliau juga berkata, orang ramai yang akan menghadiri himpunan itu supaya memakai baju bewarna kuning, yang bermula pada pukul 4 petang sehingga 12 malam.
4 Oktober 2012
ISTANBUL - Turki menembak sasaran kerajaan Syria sebagai tindak balas
ke atas serangan terhadap bandar sempadan negara itu, yang meragut nyawa
lima orang awam semalam.
Tindakan Turki itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan, demikian menurut laporan CNN.
"Bandar Akcakale terkena tembakan artileri milik angkatan tentera rejim Syria," kata pejabat Recep Tayyip dalam satu kenyataan.
"Tentera kami di sempadan bertindak balas dengan segera ke atas serangan kejam ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, Turki telah bertindak mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa dan tidak akan membenarkan "provokasi seperti ini, yang menyasarkan aspek keselamatan."
Perkembangan itu menggambarkan ketegangan kedua-dua negara itu kini berada di kemuncak.
Syria berhadapan dengan konflik yang masuk bulan ke-20. Ekoran perang saudara itu sebahagian pelarian Syria berada di sempadan kedua-dua negara sejak tahun lalu.
Pihak berkuasa Syria pula berkata, "kami ingin menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan Syria kepada keluarga mangsa yang terbunuh (dalam serangan)."
Sementara itu, Majlis Atlantik Utara, badan tertinggi Nato, menyokong pendirian Turki dalam perkembangan terbaru ini.
Nato menggesa Syria menghentikan dengan segera serangan sedemikian.
Pengeluar dan pencipta formula pelbagai produk kesihatan, pelangsingan badan an kecantikan itu berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.
"Saya telah meninggalkan kerjaya sebagai pengamal perubatan sejak 2008 lagi dan menumpukan kerjaya sebagai usahawan. Kes ini dibangkitkan pada 2009 dan hukuman telah berjalan sehingga 2014," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Jitra semalam.
Katanya, beliau tidak menyalahkan MMC mengenai perkara tersebut kerana beliau tidak melakukan kesalahan dalam bidang perubatan dan hanya melanggar etika sahaja.
Kelmarin, Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga ketua pengarah kesihatan, dalam kenyataan berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.
Beliau berkata Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971.
Dr Rozmey berkata beliau akur dengan tindakan disiplin itu namun mempertahankan tindakannya untuk memperkenalkan diri dalam iklan produk kesihatan sebagai usahawan.
Beliau berkata tindakan MMC terhadapnya itu tidak akan mengganggu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Farmasi dan Pemakanan.
Beliau berkata hasil kejayaan formula baru produknya telah membolehkan keluarannya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Qatar dan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
- Bernama
2. MMC gantung keahlian Dr Che Rozmey dua tahun
PM: K'jaan kaji mekanisme jangka panjang harga kereta
Kerajaan
maklum bahawa rakyat mahukan pilihan lebih baik dalam pemilikan kereta
dan kerajaan sedang mengkaji perkara ini, kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak."Kerajaan maklum rakyat mahukan pilihan yang lebih baik jadi kita sedang mengkaji perkara ini dan mungkin tak lama lagi kita akan bentangkan penyelesaian jangka panjang untuk ini," kata Najib dalam sesi bual bicara dalam talian Google Hangout malam tadi.
Najib berkata demikian sewaktu menjawab soalan peserta, Prajesh Prakash yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menyelaraskan duti untuk harga kereta import.
Menurut Najib, pengurangan duti import kereta satu urusan yang kompleks kerana kerajaan kini memperolehi kira-kira RM7 bilion setahun dari cukai itu.
Tambahnya, pengurangan harga kereta melalui penyelarasan duti import juga perlu mengambil kira kesan kepada pasaran kereta terpakai yang akan terjejas akibat langkah tersebut.
Pakatan Rakyat sebelum ini giat berkempen untuk mengurangkan duti eksais kereta jika mengambil alih Putrajaya.
Langkah itu berdasarkan perkiraan Pakatan akan mengurangkan harga kereta sehingga 60 peratus.
Membuka sesi bual bicara sebelumnya, Najib menegaskan bahawa Bajet 2013 yang baru sahaja dibentangkannya bukanlah bajet pilihan raya seperti didakwa pihak-pihak tertentu.
"Kebetulan inilah bajet terakhir sebelum pilihan raya akan datang.
"Itu tidak benar kerana secara asasnya bajet ini secara fiskalnya bertanggungjawab kerana defisit kita semakin berkurangan," katanya.
Tambahnya lagi, beliau turut menterjemahkan gagasan 'Rakyat Didahulukan' yang sememangnya diterapkan dalam setiap bajet sebelum ini, ke dalam bajet 2013.
Bual bicara dalam talian #TanyaNajib ini adalah yang kedua selepas pertama kali berlangsung dalam bulan Januari.
Bezanya kali ini Najib menggunakan applikasi Google Hangout dengan lima rakan bual bicara lain di samping menjawab soalan-soalan dari Facebook dan juga Twitter.
"Langkah ini amat bersejarah dan saya harap kita dapat adakannya lagi pada masa hadapan," katanya.
Sesi tersebut menerima 503 'Suka' dan 941 'Tidak Suka' selepas ia berakhir semalam.
Najib adalah ahli politik Malaysia kedua menggunakan aplikasi ini selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian bulan Ogos lepas.
Najib: Hutang di bawah 55% jika ekonomi berkembang
Hutang
negara akan kekal di bawah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) jika ekonomi berkembang pada kadar 5 peratus, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sesi bual bicara Google Hangout
malam tadi."Kalau ekonomi kita berkembang pada kadar 5 peratus kita yakin hutang negara tidak akan melepasi tahap 55 peratus.
"Kita mesti usaha rangsang ekonomi kita. Kalau ekonomi kita bertambah pada kadar lima atau enam peratus maka hutang negara kita akan berkurangan," kata Najib.
Di sebalik langkah-langkah mengurangkan defisit, Pakatan Rakyat giat mengkritik kerajaan kerana didakwa gagal mengurangkan hutang negara yang meningkat kepada RM502.4 bilion atau 53.7 peratus daripada KDNK negara tahun ini.
Menurut Najib, keyakinan pelabur untuk melabur dalam negara ini adalah faktor 'X' yang akan memacu pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.
Tambahnya, kerajaan juga berusaha merangsang ekonomi tempatan menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan di bawah RM3,000.
Najib bagaimana pun ketawa kecil apabila ditanya mengapa BR1M tidak dipanjangkan kepada suri rumah sedangkan golongan belia dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima RM250.
"Apabila kita berikan BR1M, kita beri kepada seluruh keluarga. Ia untuk seluruh isirumah termasuklah suri rumah.
"Diharapkan ketua keluarga akan kongsi duit itu dengan isteri mereka," kata Najib tergelak kecil.
Menurut Najib, kerajaan turut menyokong "peningkatan gaya hidup golongan muda dalam era digital" dengan pemberian rebat telefon pintar sebanyak RM200 menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Kita iktiraf peranan penting belia dalam konteks negara dan kita kenal pasti citarasa golongan ini.
"Mereka mempunyai minat besar dalam bidang digital dan mereka ada akses kepada era digital dengan lebih besar lagi," katanya.
Sesi bual bicara dalam talian dinamakan #TanyaNajib Bajet 2013 Hangout On Air itu adalah yang kedua selepas kali pertama berlangsung menerusi laman blog mikro Twitter dalam bulan Januari tahun ini.
1. PM: K'jaan kaji mekanisme jangka panjang harga kereta
Kes ISA bukti mahkamah berani
4 Oktober 2012
Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM4 juta kepada lima bekas tahanan ISA kerana membuat penahanan secara tidak sah menunjukkan kerajaan akur dan bertanggungjawab.
Menurutnya, keputusan itu menunjukkan bidang perundangan dan kehakiman berbeza dan tidak dipengaruhi mana-mana eksekutif.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah adil.
Katanya, mahkamah yang bebas daripada sebarang pengaruh, membuat keputusan tepat.
“Penahanan lima individu itu tidak sah jika bertentangan dengan prinsip undang-undang dan tiada bukti kukuh.
“Ini menunjukkan mahkamah dengan berani menegakkan keadilan terhadap mereka yang melanggar undang-undang di negara kita,” katanya.
Nik Ahmad Kamal berkata, kerajaan boleh merayu ke mahkamah lebih tinggi dan kemungkinan keputusannya akan berbeza.
Saya tak makan ugut, Mazlan jawab Azalina
4 Oktober 2012
Mazlan berkata demikian menjawab kata dua Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu beliau meminta maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.
“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah, selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.
“Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mazlan, beliau tidak 'makan' ugut dan akan terus mendedahkan apa sahaja maklumat yang diperoleh.
"Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,” katanya.
Mazlan turut menjelaskan, beliau telah turun padang ke Pengerang sejak setahun lalu dan berdasarkan maklumat yang diterima menerusi penganalisis dan penyelidik di situ, pembangunan projek yang sama di Kertih, Terengganu dan Bintulu, Sarawak perlu dicontohi kerana tidak mengorbankan penempatan penduduk kampung.
“Ditegaskan, saya tidak menolak pembangunan, namun projek itu jelas dibangunkan di kawasan yang mempunyai penduduk, bukan di Kampung Abdul Ghani Othman, yang tanahnya milik kerajaan,” katanya.
Kelmarin, Azalina berkata, tuduhan Mazlan berniat jahat dan berunsur fitnah dan beliau akan fail saman terhadapnya dan mana-mana portal yang menyokong kenyataan pemimpin Pas itu berhubung isu projek Rapid.
“Tuduhan yang dia (Mazlan) buat di depan rakyat Pengerang seolah-olah saya yang harus bertanggungjawab. Bagi saya itu adalah niat jahat dan saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji teks ucapannya,” katanya.
Lima lelaki bersenjata larikan wang tunai RM1 juta
3 Oktober 2012
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, van keselamatan terbabit berhenti di sebuah kedai nombor ekor di Jalan Meru di sini untuk mengutip wang hasil pertaruhan judi sebelum didatangi suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna hijau.
Beliau berkata beberapa lelaki kemudian turun dari kereta tersebut, dan dipercayai mengacukan pistol ke arah pemandu van yang sedang membawa wang hasil pertaruhan itu bersama rakan setugas untuk menaiki van, yang turut dinaiki oleh beberapa suspek.
Mohd Shukor berkata mereka juga mengarahkan pemandu van untuk memandu kenderaan itu, sambil salah seorang dari suspek mengekori dengan menaiki Waja terbabit .
"Setibanya di Jalan Tiong Off Jalan Eng Ann, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, salah seorang suspek telah mengambil satu senjata api milik pengawal keselamatan terbabit sebelum mengarahkan kedua-dua mangsa keluar dari van dan melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Shukor berkata suspek kemudian mengambil dan melarikan beberapa karung berisi wang tunai kira-kira RM1 juta dari van sebelum bertindak membakar kenderaan itu.
"Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui van berkenaan dalam keadaan terbakar dan hasil pemeriksaan mendapati wang tunai RM1 juta telah dilarikan, bagaimanapun RM500,000 lagi masih berada di dalam van terbabit.
"Walau bagaimanapun sebahagian wang itu sudah terbakar," katanya.
Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- Bernama
Bantahan awal Rita Rudaini 7 November
4 Oktober 2012
Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan Aidil mengenai bantahan isterinya itu.
Bantahan dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.
Peguam syarie, Ahmad Nazib Johari juga mewakili Aidil memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir.
Ahmad Nazib kemudian menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil ke mahkamah kerana anak guamnya menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria.
Tindakan itu mendapat teguran daripada Saharuddin kerana Aidil, selaku plaintif sebelum ini, tidak pernah langsung menghadirkan diri untuk kes itu atas alasan mempunyai jadual perlawanan ketat.
“Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (semalam) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik.
“Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal,” katanya.
Saharuddin berkata demikian selepas menerima jadual perlawanan bola yang diserahkan Ahmad Nazib.
Pakatan himpun di stadium Bukit Jalil teruskan tuntutan Bersih
3 Oktober 2012
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, perhimpunan besar-besaran ini dibuat bagi meneruskan tuntutan lapan perkara tuntutan Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai.
"PR memutuskan untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu tempat yang Perdana Menteri sarankan untuk mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan, perlu buat himpunan di sana.
"Kami membuat himpunan ini kerana kami dapati lapan perkara yang dituntut Bersih tidak dihiraukan, terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang lansung tidak berubah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Sebelum ini, Bersih telah mengadakan tiga perhimpunan bagi menuntut lapan perkara termasuklah kebebasan media dan daftar pemilih yang bersih.
Pada 28 April lalu, Bersih 3.0 telah mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka yang menimbulkan pelbagai provokasi.
Sehubungan itu, Mohamad yang turut dikenali sebagauii “Mat Sabu” berkata, himpunan itu bukan sinambung kepada Bersih, tetapi lebih kepada suara rakyat yang di bawa oleh PR selepas tuntutan itu enggan dilayan oleh kerajaan.
Katanya, himpunan itu diramalkan akan dihadiri satu juta orang yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih.
"Kita anggarkan satu juta akan hadir dalam himpunan ini, dan kita akan bersama Bersih juga dan NGO lain," katanya.
Beliau juga berkata, orang ramai yang akan menghadiri himpunan itu supaya memakai baju bewarna kuning, yang bermula pada pukul 4 petang sehingga 12 malam.
5 maut, Turki serang balas Syria
4 Oktober 2012
Tindakan Turki itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan, demikian menurut laporan CNN.
"Bandar Akcakale terkena tembakan artileri milik angkatan tentera rejim Syria," kata pejabat Recep Tayyip dalam satu kenyataan.
"Tentera kami di sempadan bertindak balas dengan segera ke atas serangan kejam ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, Turki telah bertindak mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa dan tidak akan membenarkan "provokasi seperti ini, yang menyasarkan aspek keselamatan."
Perkembangan itu menggambarkan ketegangan kedua-dua negara itu kini berada di kemuncak.
Syria berhadapan dengan konflik yang masuk bulan ke-20. Ekoran perang saudara itu sebahagian pelarian Syria berada di sempadan kedua-dua negara sejak tahun lalu.
Pihak berkuasa Syria pula berkata, "kami ingin menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan Syria kepada keluarga mangsa yang terbunuh (dalam serangan)."
Sementara itu, Majlis Atlantik Utara, badan tertinggi Nato, menyokong pendirian Turki dalam perkembangan terbaru ini.
Nato menggesa Syria menghentikan dengan segera serangan sedemikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan