Cukup dahsyat, nama roti canai Najib!
http://omakkau.blogspot.com, | 03 Okt 2012 |
PERGH!!!! CUKUP DAHSYAT!!!! ADA PENIAGA ROTI CANAI BERIKAN PENGHORMATAN YANG AMAT TINGGI KEPADA NAJIB DENGAN MENAMAKAN ROTI KOSONG ROTI NAJIB!!!!!
BIAR GAMBAR BERBICARA....INI BUKANNYA GAMBAR DIEDIT MAUPUN DISUPERIMPOSE.
Nama Najib Razak kini sudah disemadikan sebagai roti canai kosong oleh seorang peniaga roti canai di negara kita.
Roti canai Najib maknanya roti kosong.. roti tanpa telur.
Ini berikutan apa yang admin diberitahu ialah ekoran gelagat Najib Razak yang amat takut dengan DSAI sejak dicabar berdebat dulu dan berhujah serta berbahas mengenai isu bajet 2013 di Parlimen hari Isnin 1hb Oktober 2012 yang lalu.
ADAKAH PENJENAMAAN ROTI NAJIB KEPADA ROTI CANAI INI SATU PENGHORMATAN ATAU PENGHINAAN?
APAKAH PARA PENYOKONG, PENDOKONG, AHLI DAN PENGANUT UMNO BERASA BANGGA DAN MEGAH ATAU BERASA MALU?
Bajet vs Belanjawan: Bermulanya era baru 2013?
KPRU, | 03 Okt 2012 |
Pendahuluan
Bajet 2013 yang dinanti-nantikan telahpun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 April 2012, dua hari selepas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Pakatan). Temanya “Memakmur Negra, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” berorientasikan pemberian sumbangan wang secara one-off seumpama “ole-ole” menjelang pilihan raya adalah berbeza dengan belanjawan PAKATAN bertema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat” yang bersifat mereformasikan ekonomi negara supaya mengembalikan asas kebijakan ekonomi kepada rakyat, memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama.
Dalam pembentangan Bajet Barisan Nasional (BN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencapai pertumbuhan dalam lingkungan antara 4.5 hingga 5.5 peratus manakala PAKATAN menjangkakan perkembangan 5.2 peratus pada tahun 2013. Dari segi defisit pula, PAKATAN lebih berdedikasi untuk menurunkan desifit ke kadar 3.5 peratus berbanding dengan BN yang mensasarkan 4 peratus. PAKATAN bertekad menghapuskan gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan di samping menangani perkara seperti monopoli, kartel dan penyusun semula peranan kerajaan dalam perniagaan, lantas menyakinkan pencapaian penurunan defisit yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh BN. Sebaliknya, Kerajaan BN terus mengambil pendekatan yang sama dengan hanya memberi tumpuan kepada jenis pemberian tanpa mengambil kira senario ekonomi antarabangsa dan keupayaan domestik, lebih-lebih lagi mengabaikan pembaharuan dasar bagi menangani “penyakit kronik” yang kini dihadapi oleh Kerajaan BN – kepincangan struktur ekonomi, pemborosan dan ketirisan terutamanya dalam pentadbiran kerajaan.
Angkat pembaharuan ekonomi, tolak perbelanjaan ghairah
Belanjawan PAKATAN yang menjurus ke arah pembaharuan ekonomi, walau bagaimanapun, tidak meraihkan sokongan seperti yang diingini. Terdapatnya pihak yang tidak bersikap optimistik terhadap cadangan sebegini dan berpendapat bahawa pelaksanaan cadangan dasar PAKATAN seperti menurunkan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais sebanyak 20 peratus, ataupun menawarkan pengajian tinggi percuma dengan memansuhkan sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), akan “memufliskan negara”.
Tetapi sejauh mana kesahihan hujah seumpama apabila Menteri Kewangan Najib “melarikan diri daripada politik” tanpa enggan menerima undangan perdebatan daripada bekas Menteri Kewangan Anwar sebenarnya menimbulkan kesangsian kita terhadap dakwaan “memufliskan negara”.
Pada hakikatnya, sekian 55 tahun berada di bawah pemerintahan Kerajaan BN, Malaysia tidak pernah mengalami perubahan politik yang melibatkan pertukaran parti pemerintah pada peringkat kerajaan persekutuan. Agenda pembaharuan sedikit sebanyak mengundang kerisauan, bukannya semata-mata keraguan terhadap kecekapan dan kewibawaan PAKATAN dalam merealisasikan cita-cita tinggi, tetapi kebimbangan kehilangan kuasa dan kekayaan, serta kedudukan yang disanjung tinggi selama ini tergugat oleh arus perubahan ini. Dalam suasana sebegini, adalah mudah bagi sebuah rejim pemerintah yang tidak pernah menduduki kerusi pembangkang melancarkan serangan tanpa hujah kukuh, lebih-lebih lagi apabila media cetak dan penyiaran adalah di bawah pemilikan atau kawalan ketatnya.
Jumlah anggaran perbelanjaan Kerajaan BN bagi tahun 2013 mencapai sejumlah RM251.6 bilion, di mana perbelanjaan mengurus adalah setinggi RM201.9 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49.7 bilion; sekali lagi mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi, belum disebut lagi bahawa bajet terkini ini merupakan bajet defisit buat 16 tahun berturut-turut di bawah pimpinan Kerajaan BN! Tambahan pula, jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 dijangka mencecah RM252.4 bilion (2011: RM229 bilion), iaitu melangkaui jumlah anggaran asal RM230.8 bilion yang diluluskan di Belanjawan 2012 sebanyak 9.4 peratus.[1] Jelas sekali, walaupun negara kita berhadapan dengan defisit yang kian meruncing, Perdana Menteri yang turut merangkap sebagai Menteri Kewangan tidak menunjukkan usaha untuk menjimatkan kos dan berbelanja dengan lebih berhemah. Keghairahan berbelanja sebeginilah merupakan punca utama yang bakal mendesak negara kita menghala ke arah kebuntuan.
Secara perbandingan, statistik Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) (sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2) menunjukkan bahawa hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2013 hanya diunjurkan meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2012. Namun begitu, jumlah peruntukan perbelanjaan bagi kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi tahun 2013 telah meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun 2012.
Apabila diambil kira pelbagai faktor termasuk hutang kerajaan persekutuan dan “hutang tersembunyi” yang tidak dimaklumkan oleh Najib dalam pembentangan Bajetnya, sukar bagi kita mempercayai bahawa sifat bajet Najib yang membelanja dengan kadar memecut berbanding kadar peningkatan hasil kerajaan dapat dipanjangkan kesinambungannya jika sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13) dengan penetapan kadar cukai yang membebankan rakyat terbanyak dalam tempoh lima tahun sebermulanya pelaksanaannya nanti.
Jadual 1: Hasil Kerajaan Persekutuan 2012-13
Jadual 2: Peruntukan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2012-13
Secara perbandingan, PAKATAN membicarakan secara mendalam tentang soal kepincangan struktur ekonomi, contohnya dari segi jurang pendapatan keluarga yang kian melebar, peningkatan gaji yang tidak selaras dengan peningkatan harga, monopoli dan kartel syarikat kroni yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO dan lain-lain lagi, serta sedia menawarkan langkah penambahbaikan struktur ekonomi negara, kalau bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Pertama sekali, PAKATAN menekankan kepentingan meningkatkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan seluruh perancangan ekonomi negara harus berdasarkan kayu ukur ini bagi menjamin imbangan di antara pertumbuhan yang mapan dan pengagihan kekayaan yang adil kepada semua rakyar, bukannya semata-mata mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan saiz ekonomi. Matlamat ini dapat dicapai melalui usaha dua hala, iaitu mengurang kos sara hidup, khususnya dengan menangani permainan monopoli, menyediakan kemudahan infrastruktur di samping meningkatkan pendapatan dengan mengadakan caruman, skim tertentu ataupun menyalurkan bantuan kewangan.
Apa yang harus diberi penekanan di sini ialah pengurangan kos hidup yang dicadangkan oleh PAKATAN merupakan antaranya strategi penstrukturan ekonomi yang mengadakan kawalan ketat terhadap monopoli, oligopoli, dan rent-seekers bagi membatas pembolotan hasil ekonomi oleh syarikat-syarikat besar berkait rapat dengan parti pemerintah, menggalakkan persaingan pasaran secara sihat dan akhirnya memanfaatkan golongan masyarakat. Antara cadangan-cadangan termasuk:
- Menggubal undang-undang “antitrust” yang merangkumi skop yang lebih luas daripada Akta Persaingan 2010 yang sedia ada;
- Membubarkan monopoli BERNAS, kartel syarikat telekomunikasi, kartel media, kartel syarikat penerbangan;
- Meliberalisasi monopoli Astro;
- Lesen teksi diberi secara langsung kepada para pemadu teksi; dan
- Menggubal Suruhanjaya Bebas Kontrak Awam bagi mengkali konsesi dan perjanjian awam yang bertentangan dengan kepentingan awam.
Selain itu, PAKATAN juga memberi tumpuan terhadap mereformasikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memandangkan penglibatannya yang begitu giat dalam hampir semua sektor ekonomi. Tatkala sumbangan GLC kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan, namun pada masa yang sama, penyertaannya hampir dalam semua sektor yang tidak terkawal berkemungkinan menghalang pelaburan swasta yang tidak mahu atau tidak mampu (crowding out effect) bersaing dengan GLC, mahupun memberi impak buruk kepada percambahan usahawan baru yang tawar hati untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai talian terus kepada pimpinan tertinggi negara. Apa yang lebih mendukacitakan dan mengecewakan adalah apabila berlakunya kes penyelewengan, ketidakcekapan dalam tadbir urus, ataupun kegagalan dalam pelaburan sehingga menyebabakan kerugian wang pembayar cukai yang bukannya berjumlah kecil. Justeru, adanya kepentingan dan keperluan bagi mengurangkan pergantungan dan keutamaan GLC dalam transaksi perolehan kerajaan pusat dan mengurangkan kesesakan monopoli GLC bagi menarik pelaburan luar. Belanjawan alternatif PAKATAN terutamanya menitikberatkan permasalahan ini.
Mengambil kepedulian rakyat terbanyak
Pembentangan bajet ini dikatakan bajet terakhir sebelum pilihan raya umum dan justeru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keputusan dalam pilihan raya yang bakal menjelang. Sesungguhnya, bajet ini banyak memperlihatkan sumbangan wang yang dihujani kepada rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda yang merupakan pengundi pertama kali, di mana bilangannya mencecah setinggi 2.9 juta, membentuk satu perlima daripada 13.1 juta pengundi atau 22 peratus daripada pengundi keseluruhan.[2] Tidak dapat dinafikan, kecenderungan pilihan kelompok pengundi baharu ini dalam pilihan raya umum adalah amat kritikal sama ada mengekalkan kuasa pemerintahan kerajaan BN atau mengubah landskap politik negera dengan memberi peluang kepada PAKATAN yang kini kian bertambah kekuatan dan popularitinya bagi menerajui Putrajaya.
Kebimbangan kerajaan BN di bawah pimpinan Najib begitu nyata dibayangkan memperlihatkan sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan untuk golongan muda.[3]
Penutup
Akhir kata, kini masanya kita merumuskan sifat bajet Najib semenjak beliau dilantik oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan pada 17 September 2008. Secara kebetulan atau tidak, masalah struktur yang dibangkitkan dalam belanjawan PAKATAN merupakan kelemahan utama bajet Najib selama ini. Monopoli, empayar, pemborosan, ketirisan, subsidi korporat besar mendahului bantuan rakyat terbanyak, projek mega dan seumpamanya, telah mencorakkan bajet Najib – seorang anak bangsawan yang tidak mengerti perbezaan kepentingan golongan 20 peratus teratas dengan keperitan golongan 20 peratus terbawah serta bebanan rakyat terbanyak.
Pilihlah anda. Kita mahukan bajet one-off yang menyusahkan kita dan anak kita kemudian, atau, kita mahukan belanjawan yang menangani punca masalah dan membawa kesejahteraan kepada masa depan kita?
Apakah akan bermulanya era baharu selepas PRU-13?
[1] http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab1.pdf
[2] http://beritasemasa.com/pru-13-malaysia
[3] http://www.malaysiakini.com/news/210375
BAJET Najib 2013 membuat tawaran yang baik kepada peminjam PTPTN. Ia
menawarkan potongan 20 peratus bagi mereka yang menyelesaikan sekali gus
dalam tempoh setahun antara Oktober 2012 dan Oktober 2013.
Manakala bagi yang membayar tetap bulanan dalam tempoh yang sama akan mendapat potongan 10 peratus.
Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.
Ia adalah satu pilihan kepada pemegangan PTPTN, sama ada mahu merebut tawaran itu atau tunggu dulu keputusan PRU13.
Walaupun ia satu tawaran yang baik tetapi tawaran Pakatan Rakyat adalah lebih baik iaitu mahu memansuhkannya.
Datuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana Pakatan Rakyat, jika terpilih, mempu menyelenggarakan perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.
Telah mereka terangkan bagaimana negara tidak akan muflis apabila skim PTPTN itu dimansuhkan.
Tawaran yang Pakatan Rakyat itu adalah lebih menarik dari tawaran yang buat oleh bajet itu.
Soalan lain yang pernah dibangkitkan oleh BN ialah nasib pelajar IPTS akan dapat manfaat dari dasar PR itu. Mereka bimbang dasar itu melibatkan pelajar IPTA saja.
Jaminan Pakatan setakat yang difahami ialah memastikan tiada lagi IPTS cabuk. IPTS yang wujud selepas ini ialah yang tidak cabuk bagi membolehkan pelajarnya mendapat kemudahan dari kerajaan.
Yang menjadi tanda tanya pemegang PTPTN sekarang ialah apakah hutang yang mereka tanggung sekarang termasuk dalam skim pemansuhan itu?
PR mesti membuat penegasan bahawa pemegang PTPTN yang belum menjelaskan hutangnya termasuk dalam tawaran pemansuhan itu.
Masalah mereka yang telah menyelesaikannya tentulah tidak menjadi masalah lagi kerana mereka telah menjadi sejarah. Apapun dasar Pakatan Rakyat itu suatu yang baik bagi masa yang akan datang.
Maka pemegang skim PTPTN yang bercadang untuk menyambut tawaran bajet itu iaitu mereka yang hendak menyelesaikannya sekali gus boleh menunggu PRU 13 nanti. Jika BN terus memerintah, mereka terpaksa jelaskan semua hutang. Bolehlah mereka rebut peluang itu selepas PRU itu kerana tawaran itu berakhir Oktober tahun 2013.
Tetapi bagi yang hendak membayar bulanan tetap terpaksa memulakannya dari sekarang. Jika tidak potongan 10 itu tidak dapat.
Apapun keadaan akan berubah apabila yang menang nanti Pakatan Rakyat. Yang sah pelajar yang akan datang tidak menanggung beban PTPTN itu lagi. Dan bagi yang berhutang boleh mengemukakan cadangan bagaimana hutang itu termasuk dalam tawaran yang baik itu.
Pakatan dipercayai ada dasar yang baik untuk mereka. Nasib pemegang hutang itu adalah diwarisi oleh kerajaan yang akan datang. Tentulah ia tidak berlepas tangan terhadap beban yang dipaksakan oleh BN terhadap mereka.
Ada peluang beban hutang itu selesai jika PR yang memenangi pilihan raya tetapi jika BN juga yang menang, maka tidak ada cara lain bagi semua melainkan menerima dasar ditentukan sekarang.
Jam 11.15 malam, 25 September. Saya tidak boleh menunggu lebih lama
untuk merakamkan keputusan pilihan raya kampus 2012. Kolum Catatan
Hujung (di akhbar Harakah edisi Jumaat) ini mesti diisi sebelum tengah
malam.
Awalnya saya menjangkakan pengumuman dibuat sekitar jam 10 malam. Namun, debar dan getarnya yang sepatut sudah berakhir, masih terasa. Tanda tanya besar belum dapat dilangsaikan lagi.
Sepatutnya tiga universiti awam utama -- Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -- yang menjadi medan pertembungan sengit di antara kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi sudah mengisytiharkan calon-calon yang mendapat mandat baru menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Saya cuba menghubungi rakan-rakan pimpinan pelajar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Rupanya, mereka mengesahkan, belum ada pemenang yang jelas. Keletihan sepanjang berkempen, apatah lagi terpaksa berdepan pelbagai karenah dan halangan yang sengaja dipasang pentadbiran universiti (yang bersikap memihak dan pilih kasih itu) ternyata belum berakhir.
Lebih menakjubkan, UM mencatatkan keputusan seri dan terpaksa ditunggu esoknya. (Kemudiannya dimaklumkan pemilihan semula diadakan pada Jumaat, 28 September, namun kempen tidak dibenarkan lagi. Pro-M menang 20 kerusi, manakala saingannya, yang dikatakan mesra BN mendapat 19 kerusi dan dua calon bebas turut berjaya. Untuk baki dua lagi kerusi, calon-calonnyanya mendapat undi sama banyak!
(Pagi Selasa, 25 September sebelum pusat pengundian dibuka, saya agak kaget dengan SMS yang memaklumkan Pengerusi Pro-M Nasional, yang juga aktivis pelajar Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto, diserang lima lelaki, di Seksyen 17 Petaling Jaya, dipercayai ada kaitan dengan bahang panas pilihan raya kampus. Beliau terpaksa dirawat di Pusat Perubatan UM. Budaya samseng yang menganggu aktiviti politik Pakatan Rakyat telah menjalar ke universiti).
Paling mengejutkan di UIAM, keputusan terpaksa digantung disebabkan jumlah undi yang direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. Sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dicurigai selama ini, khususnya oleh aktivis Pro-M, dikatakan menjadi puncanya.
Dan pilihan raya terpaksa diadakan semula secara manual. (Lebih dibimbangi jika terdapat elemen penipuan; mengulangi proses perjalanan pilihan raya umum yang tempang dan tidak demokratik).
Merujuk memorandum "Bersih Kampus" oleh kumpulan Pro-M, yang dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Dr Rohana Yusof, pada 12 September lalu, dikemukakan enam tuntutan asas bagi memastikan pilihan raya kampus dijalankan secara bersih, adil dan berintegriti.
Di antara tuntutan itu ialah pemantauan pilihan raya, kebebasan berkempen dan sistem pengundian yang telus. Malangnya pihak universiti difahamkan bukan sahaja bersikap "pekak badak" terhadap memorandum tersebut malah secara terang-terangan -- termasuk Dr Rohana sendiri -- turut berkempen memburuk-burukkan kumpulan Pro-M, terutama di kolej-kolej kediaman.
Peluang untuk bertemu pelajar, terutama di kolej-kolej kediaman itu dinafikan. Manakala calon-calon Pro-A dapat menggunakan kenderaan kolej dan bilik mesyuarat asrama dijadikan markas kempen. Ya, pegawai-pegawai kanan universiti, yang sepatutnya menjadi seperti ayah dan ibu kepada semua pelajar, menunjukkan teladan yang cukup buruk, demi memuaskan kehendak taukeh-taukeh politik di atas sana.
"Di kampus Universiti Malaya, selain di kolej kediaman yang dikawal mutlak kumpulan Pro-Aspirasi, seolah-olah tiada pertandingan. Pro-A kelihatan seperti tidak berkempen ... saya pun pelik melihatnya, tapi tengoklah keputusannya nanti," kata mahasiswa tahun ketiga, yang tidak berpuas hati dengan amalan pilih kasih HEP terhadap calon-calon yang bertanding, dengan memberikan kelebihan ketara kepada Pro-A. Saya dapat rasakan pelajar tersebut agak risau dengan penipuan yang boleh berlaku, apatah lagi apabila pentadbiran universiti bersekongkol dengan Pro-A.
Segera saya teringat pendedahan "Ops 2020" -- konspirasi jahat pegawai-pegawai kanan Perdana Menteri, diketuai Setiausaha Politiknya, bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Biro Tata Negara dan Bukit Aman bagi memenangkan kumpulan Pro-Aspirasi di semua 20 IPTA -- yang menyasarkan tiga kampus utama tadi. Pengurusan HEP secara terangan dan menjolok matamemihak kepada Pro-A, demi mengalahkan Pro-M, mungkin sebagai memenuhi kriteria KPI masing-masing.
Tanpa mengetepikan kepentingan universiti lain, kampus-kampus di Lembah Klang itu dilihat berupaya mewakili trend semasa perjuangan mahasiswa dan sering "dicemburui". Pelbagai kaedah dan taktik licik telah digunakan untuk merampas MPP di UKM, UIAM dan UM daripada terus dikuasai Pro-M.
Meskipun juak-juak Najib Razak boleh mendakwa mereka menang besar selain tiga kampus tersebut, tetapi saya yakin masih ramai mahasiswa yang tidak suka dipetakkan oleh dua kumpulan besar itu -- Pro-M dan Pro-A.
Dalam masa masa, ada calon-calon yang dikelompokkan sebagai Pro-A sebenarnya tidak berminat untuk dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan terdapat kampus-kampus tertentu, misalnya Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang dikongkong ketat pengampu Umno, diketuai Naib Canselornya sendiri. Tiada ruang untuk mahasiswa bebas berorganisasi dan menunjukkan sikap politik mereka, sehingga calon-calon yang dikira tidak selari dengan aspirasi Umno menghadapi kesukaran, hatta untuk mendapatkan borang pencalonan dan pengesahan pensyarah.
Maknanya, juak-juak Najib tidak perlu sombong dengan kemenangan mudah Pro-A di UiTM apabila peluang untuk mahasiswa yang dilihat independen ditutup serapat-rapatnya di kampus berkenaan.
Semasa pentadbiran Najib mendakwa program transformasi politik semakin diperluaskan, termasuk ke kampus-kampus apabila Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Univesiti dipinda bagi membenarkan mahasiswa berpolitik dan autonomi mahu dikembalikan, namun hakikatnya, realiti hidup di menara gading tetap terkurung dan terpasung. Banyak perkara tidak masuk akal masih berlaku!
Khususnya di universiti tertentu, terutama di bawah pengurusan yang bebal dengan budaya mengampu, mahasiswa masih dilayan seperti budak sekolah. Lebih dahsyat, belenggu yang mengikat kakitangan akademiknya bukan saja belum dapat dipecahkan, malah semakin diperketatkan. Kebebasan akademik hanya ilusi. Ruang untuk bersuara, apatah lagi mengkritik dan menegur, walaupun secara ilmiah menurut bidang pengkhususan masing-masing, tetap menipis.
Sukar untuk saya menduga reaksi Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang begitu bersungguh-sungguh berikhtiar membenarkan mahasiswa berpolitik dan memegang jawatan dalam parti. Hasratnya untuk meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam proses membuat keputusan, bukan saja tidak dihormati bosnya sendiri, Mohamed Khalid Nordin, malah diremehkan kepemimpinan universiti terutama Hal Ehwal Pelajar yang masih jumud dengan cara berfikir lama dan kuno.
Dalam tulisannya bertarikh 11 Disember 2011, Saifudin menekankan: "Peluang meminda (Auku) ini perlu juga digunakan untuk membincangkan peningkatan penghakupayaan mahasiswa. Contohnya, ialah membenarkan mahasiswa melaksanakan sendiri pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan mempermudah atau mengurangkan karenah birokrasi dalam meluluskan program-program anjuran mahasiswa."
Namun, segalanya kekal sebagai angan-angan. Dari aspek tertentu, pemilihan MPP lebih buruk dan kotor daripada pilihan raya umum. Lebih memalukan apabila pihak yang menguruskan pilihan raya kampus itu, dari masa ke semasa, sentiasa mencari pendekatan dan taktik untuk mensabotaj kumpulan Pro-M atau apa saja kumpulan mahasiswa yang dikira mempunyai agenda bertentangan dengan Umno-BN. Dahsyat, 'kan?
Sebelum saya mencari kalimat sesuai untuk perenggan terakhir artikel ini, sekitar jam 12 malam, 25 September, saya mendapat khabar kumpulan Pro-M (atas nama Gabungan Mahasiswa UKM) berjaya mengekalkan penguasaan mereka di UKM, dengan memenangi 19 daripada 28 kerusi.
Tentunya saya gembira dan bersyukur denngan keputusan itu, namun cepat-cepat saya menyedari bahawa siapa saja yang menang, Pro-M ataupun Pro-A, mereka semua adalah anak-anak muda berbakat yang patut diberi peluang sewajarnya.
Biarkan mereka meredah dunia kepemimpinan kampus, belajar mencabar dan bersedia dicabar, turun ke medan dengan tekad dan keazaman untuk melakukan perubahan, tanpa perlu "dicucuk hidung atau dipandu arah" oleh mana-mana golongan yang berkepentingan.
Secara peribadi, saya mengharapkan setiap calon yang diberi kepercayaan oleh mahasiswa untuk menganggotai dan menerajui MPP, ya, tidak kira daripada kelompok mana sekali pun, harus memegang amanah besar ini dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran.
Tugas mereka cukup besar dan juga kritikal, bukan sahaja mengatur aktiviti dan program rutin, menjuarai kepentingan dan kebajikan pelajar, malah seperti kata Saifuddin, untuk turut terlibat secara proaktif dalam proses membuat keputusan, termasuk di peringkat paling tinggi.
Seperti diungkapkan Saifuddin, gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat dan ciri advokasi, dan bukannya sekadar program "aktiviti" dan "bakti" semata-mata. Advokasi merupakan proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan dan ia dilakukan melalui memorandum, perundingan, lobi, dan sebagainya. Ada masanya, tambah Saifuddin, ia melibatkan proses mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan, perarakan, demonstrasi dan lain-lain.
Kepada pemimpin parti politik, keputusan pilihan raya kampus tidak semestinya menggambarkan kecenderungan mengundi dalam PRU13 nanti.
Saya masih teringat pengalaman menjelang pilihan raya umum 1986, ketika saya turut sama menerajui persatuan mahasiswa di Univesiti Teknologi Malaysia, rata-rata kampus dikuasai oleh kumpulan pelajar propembangkang (khususnya PAS). Ketika itu HEP masih bertindak bebas dan berkecuali walaupun ramai pegawainya merupakan penyokong kuat Umno.
Tragisnya pada tahun itulah PAS menerima tamparan paling hebat apabila hanya seorang calonnya menang untuk kerusi Parlimen, di Pengkalan Chepa! Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri kalah di Bachok.
Apa pun saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang keputusan pilihan raya kampus pada 2007, iaitu menjelang tsunami politik 2008. Seingat saya, Pro-M hanya memenangi dua kampus, Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
-------
Ketika tulisan ini dikemaskini pada 2 Oktober, Pro-M berjaya menguasai semula Universiti Malaya selepas pengundian dibuat sekali lagi untuk dua kerusi yang menyaksikan keputusan sama. Bagaimanapun difahamkan pihak pentadbiran universiti cuba melambat-lambatkan proses pembentukan kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
Sementara itu, di UIAM, proses pengundian semula yang dijalankan secara manual pada 2 Oktober, memperlihatkan kemenangan mutlak kumpulan Pro-M. Semua 26 kerusi dilaporkan berjaya dikuasai, iaitu pertambahan tiga kerusi berbanding 23 tahun lalu.
Walaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, tetapi individu-individu tersebut, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.
Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman, 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.
"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.
"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut.
Seorang lagi Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.
"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.
"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.
Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.
"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.
Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.
Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.
"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).
"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.
Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.
UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.
Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.
Bajet 2013 yang dinanti-nantikan telahpun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 April 2012, dua hari selepas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Pakatan). Temanya “Memakmur Negra, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” berorientasikan pemberian sumbangan wang secara one-off seumpama “ole-ole” menjelang pilihan raya adalah berbeza dengan belanjawan PAKATAN bertema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat” yang bersifat mereformasikan ekonomi negara supaya mengembalikan asas kebijakan ekonomi kepada rakyat, memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama.
Dalam pembentangan Bajet Barisan Nasional (BN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencapai pertumbuhan dalam lingkungan antara 4.5 hingga 5.5 peratus manakala PAKATAN menjangkakan perkembangan 5.2 peratus pada tahun 2013. Dari segi defisit pula, PAKATAN lebih berdedikasi untuk menurunkan desifit ke kadar 3.5 peratus berbanding dengan BN yang mensasarkan 4 peratus. PAKATAN bertekad menghapuskan gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan di samping menangani perkara seperti monopoli, kartel dan penyusun semula peranan kerajaan dalam perniagaan, lantas menyakinkan pencapaian penurunan defisit yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh BN. Sebaliknya, Kerajaan BN terus mengambil pendekatan yang sama dengan hanya memberi tumpuan kepada jenis pemberian tanpa mengambil kira senario ekonomi antarabangsa dan keupayaan domestik, lebih-lebih lagi mengabaikan pembaharuan dasar bagi menangani “penyakit kronik” yang kini dihadapi oleh Kerajaan BN – kepincangan struktur ekonomi, pemborosan dan ketirisan terutamanya dalam pentadbiran kerajaan.
Angkat pembaharuan ekonomi, tolak perbelanjaan ghairah
Belanjawan PAKATAN yang menjurus ke arah pembaharuan ekonomi, walau bagaimanapun, tidak meraihkan sokongan seperti yang diingini. Terdapatnya pihak yang tidak bersikap optimistik terhadap cadangan sebegini dan berpendapat bahawa pelaksanaan cadangan dasar PAKATAN seperti menurunkan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais sebanyak 20 peratus, ataupun menawarkan pengajian tinggi percuma dengan memansuhkan sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), akan “memufliskan negara”.
Tetapi sejauh mana kesahihan hujah seumpama apabila Menteri Kewangan Najib “melarikan diri daripada politik” tanpa enggan menerima undangan perdebatan daripada bekas Menteri Kewangan Anwar sebenarnya menimbulkan kesangsian kita terhadap dakwaan “memufliskan negara”.
Pada hakikatnya, sekian 55 tahun berada di bawah pemerintahan Kerajaan BN, Malaysia tidak pernah mengalami perubahan politik yang melibatkan pertukaran parti pemerintah pada peringkat kerajaan persekutuan. Agenda pembaharuan sedikit sebanyak mengundang kerisauan, bukannya semata-mata keraguan terhadap kecekapan dan kewibawaan PAKATAN dalam merealisasikan cita-cita tinggi, tetapi kebimbangan kehilangan kuasa dan kekayaan, serta kedudukan yang disanjung tinggi selama ini tergugat oleh arus perubahan ini. Dalam suasana sebegini, adalah mudah bagi sebuah rejim pemerintah yang tidak pernah menduduki kerusi pembangkang melancarkan serangan tanpa hujah kukuh, lebih-lebih lagi apabila media cetak dan penyiaran adalah di bawah pemilikan atau kawalan ketatnya.
Jumlah anggaran perbelanjaan Kerajaan BN bagi tahun 2013 mencapai sejumlah RM251.6 bilion, di mana perbelanjaan mengurus adalah setinggi RM201.9 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49.7 bilion; sekali lagi mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi, belum disebut lagi bahawa bajet terkini ini merupakan bajet defisit buat 16 tahun berturut-turut di bawah pimpinan Kerajaan BN! Tambahan pula, jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 dijangka mencecah RM252.4 bilion (2011: RM229 bilion), iaitu melangkaui jumlah anggaran asal RM230.8 bilion yang diluluskan di Belanjawan 2012 sebanyak 9.4 peratus.[1] Jelas sekali, walaupun negara kita berhadapan dengan defisit yang kian meruncing, Perdana Menteri yang turut merangkap sebagai Menteri Kewangan tidak menunjukkan usaha untuk menjimatkan kos dan berbelanja dengan lebih berhemah. Keghairahan berbelanja sebeginilah merupakan punca utama yang bakal mendesak negara kita menghala ke arah kebuntuan.
Secara perbandingan, statistik Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) (sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2) menunjukkan bahawa hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2013 hanya diunjurkan meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2012. Namun begitu, jumlah peruntukan perbelanjaan bagi kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi tahun 2013 telah meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun 2012.
Apabila diambil kira pelbagai faktor termasuk hutang kerajaan persekutuan dan “hutang tersembunyi” yang tidak dimaklumkan oleh Najib dalam pembentangan Bajetnya, sukar bagi kita mempercayai bahawa sifat bajet Najib yang membelanja dengan kadar memecut berbanding kadar peningkatan hasil kerajaan dapat dipanjangkan kesinambungannya jika sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13) dengan penetapan kadar cukai yang membebankan rakyat terbanyak dalam tempoh lima tahun sebermulanya pelaksanaannya nanti.
Jadual 1: Hasil Kerajaan Persekutuan 2012-13
RM juta | 2012 Anggaran Disemak | 2013 Anggaran Belanjawan |
Hasil Cukai | 152,493 | 159,153 |
Hasil Bukan Cukai | 53,387 | 48,320 |
Terimaan Bukan Hasil | 778 | 584 |
Hasil daripada Wilayah Persekutuan | 588 | 593 |
Jumlah Hasil | 207,246 | 208.650 |
Perubahan Tahunan | 0.7% |
Jadual 2: Peruntukan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2012-13
RM bilion | 2012 | 2013 |
Mengurus | 182 | 202 |
Pembangunan | 51 | 50 |
Jumlah | 233 | 252 |
Perubahan Tahunan | 8.2% |
Secara perbandingan, PAKATAN membicarakan secara mendalam tentang soal kepincangan struktur ekonomi, contohnya dari segi jurang pendapatan keluarga yang kian melebar, peningkatan gaji yang tidak selaras dengan peningkatan harga, monopoli dan kartel syarikat kroni yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO dan lain-lain lagi, serta sedia menawarkan langkah penambahbaikan struktur ekonomi negara, kalau bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Pertama sekali, PAKATAN menekankan kepentingan meningkatkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan seluruh perancangan ekonomi negara harus berdasarkan kayu ukur ini bagi menjamin imbangan di antara pertumbuhan yang mapan dan pengagihan kekayaan yang adil kepada semua rakyar, bukannya semata-mata mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan saiz ekonomi. Matlamat ini dapat dicapai melalui usaha dua hala, iaitu mengurang kos sara hidup, khususnya dengan menangani permainan monopoli, menyediakan kemudahan infrastruktur di samping meningkatkan pendapatan dengan mengadakan caruman, skim tertentu ataupun menyalurkan bantuan kewangan.
Apa yang harus diberi penekanan di sini ialah pengurangan kos hidup yang dicadangkan oleh PAKATAN merupakan antaranya strategi penstrukturan ekonomi yang mengadakan kawalan ketat terhadap monopoli, oligopoli, dan rent-seekers bagi membatas pembolotan hasil ekonomi oleh syarikat-syarikat besar berkait rapat dengan parti pemerintah, menggalakkan persaingan pasaran secara sihat dan akhirnya memanfaatkan golongan masyarakat. Antara cadangan-cadangan termasuk:
- Menggubal undang-undang “antitrust” yang merangkumi skop yang lebih luas daripada Akta Persaingan 2010 yang sedia ada;
- Membubarkan monopoli BERNAS, kartel syarikat telekomunikasi, kartel media, kartel syarikat penerbangan;
- Meliberalisasi monopoli Astro;
- Lesen teksi diberi secara langsung kepada para pemadu teksi; dan
- Menggubal Suruhanjaya Bebas Kontrak Awam bagi mengkali konsesi dan perjanjian awam yang bertentangan dengan kepentingan awam.
Selain itu, PAKATAN juga memberi tumpuan terhadap mereformasikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memandangkan penglibatannya yang begitu giat dalam hampir semua sektor ekonomi. Tatkala sumbangan GLC kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan, namun pada masa yang sama, penyertaannya hampir dalam semua sektor yang tidak terkawal berkemungkinan menghalang pelaburan swasta yang tidak mahu atau tidak mampu (crowding out effect) bersaing dengan GLC, mahupun memberi impak buruk kepada percambahan usahawan baru yang tawar hati untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai talian terus kepada pimpinan tertinggi negara. Apa yang lebih mendukacitakan dan mengecewakan adalah apabila berlakunya kes penyelewengan, ketidakcekapan dalam tadbir urus, ataupun kegagalan dalam pelaburan sehingga menyebabakan kerugian wang pembayar cukai yang bukannya berjumlah kecil. Justeru, adanya kepentingan dan keperluan bagi mengurangkan pergantungan dan keutamaan GLC dalam transaksi perolehan kerajaan pusat dan mengurangkan kesesakan monopoli GLC bagi menarik pelaburan luar. Belanjawan alternatif PAKATAN terutamanya menitikberatkan permasalahan ini.
Mengambil kepedulian rakyat terbanyak
Pembentangan bajet ini dikatakan bajet terakhir sebelum pilihan raya umum dan justeru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keputusan dalam pilihan raya yang bakal menjelang. Sesungguhnya, bajet ini banyak memperlihatkan sumbangan wang yang dihujani kepada rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda yang merupakan pengundi pertama kali, di mana bilangannya mencecah setinggi 2.9 juta, membentuk satu perlima daripada 13.1 juta pengundi atau 22 peratus daripada pengundi keseluruhan.[2] Tidak dapat dinafikan, kecenderungan pilihan kelompok pengundi baharu ini dalam pilihan raya umum adalah amat kritikal sama ada mengekalkan kuasa pemerintahan kerajaan BN atau mengubah landskap politik negera dengan memberi peluang kepada PAKATAN yang kini kian bertambah kekuatan dan popularitinya bagi menerajui Putrajaya.
Kebimbangan kerajaan BN di bawah pimpinan Najib begitu nyata dibayangkan memperlihatkan sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan untuk golongan muda.[3]
Penutup
Akhir kata, kini masanya kita merumuskan sifat bajet Najib semenjak beliau dilantik oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan pada 17 September 2008. Secara kebetulan atau tidak, masalah struktur yang dibangkitkan dalam belanjawan PAKATAN merupakan kelemahan utama bajet Najib selama ini. Monopoli, empayar, pemborosan, ketirisan, subsidi korporat besar mendahului bantuan rakyat terbanyak, projek mega dan seumpamanya, telah mencorakkan bajet Najib – seorang anak bangsawan yang tidak mengerti perbezaan kepentingan golongan 20 peratus teratas dengan keperitan golongan 20 peratus terbawah serta bebanan rakyat terbanyak.
Pilihlah anda. Kita mahukan bajet one-off yang menyusahkan kita dan anak kita kemudian, atau, kita mahukan belanjawan yang menangani punca masalah dan membawa kesejahteraan kepada masa depan kita?
Apakah akan bermulanya era baharu selepas PRU-13?
[1] http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab1.pdf
[2] http://beritasemasa.com/pru-13-malaysia
[3] http://www.malaysiakini.com/news/210375
PTPTN: Tawaran Pakatan Rakyat lebih menarik
Subky Latif, | 03 Okt 2012 |
Manakala bagi yang membayar tetap bulanan dalam tempoh yang sama akan mendapat potongan 10 peratus.
Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.
Ia adalah satu pilihan kepada pemegangan PTPTN, sama ada mahu merebut tawaran itu atau tunggu dulu keputusan PRU13.
Walaupun ia satu tawaran yang baik tetapi tawaran Pakatan Rakyat adalah lebih baik iaitu mahu memansuhkannya.
Datuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana Pakatan Rakyat, jika terpilih, mempu menyelenggarakan perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.
Telah mereka terangkan bagaimana negara tidak akan muflis apabila skim PTPTN itu dimansuhkan.
Tawaran yang Pakatan Rakyat itu adalah lebih menarik dari tawaran yang buat oleh bajet itu.
Soalan lain yang pernah dibangkitkan oleh BN ialah nasib pelajar IPTS akan dapat manfaat dari dasar PR itu. Mereka bimbang dasar itu melibatkan pelajar IPTA saja.
Jaminan Pakatan setakat yang difahami ialah memastikan tiada lagi IPTS cabuk. IPTS yang wujud selepas ini ialah yang tidak cabuk bagi membolehkan pelajarnya mendapat kemudahan dari kerajaan.
Yang menjadi tanda tanya pemegang PTPTN sekarang ialah apakah hutang yang mereka tanggung sekarang termasuk dalam skim pemansuhan itu?
PR mesti membuat penegasan bahawa pemegang PTPTN yang belum menjelaskan hutangnya termasuk dalam tawaran pemansuhan itu.
Masalah mereka yang telah menyelesaikannya tentulah tidak menjadi masalah lagi kerana mereka telah menjadi sejarah. Apapun dasar Pakatan Rakyat itu suatu yang baik bagi masa yang akan datang.
Maka pemegang skim PTPTN yang bercadang untuk menyambut tawaran bajet itu iaitu mereka yang hendak menyelesaikannya sekali gus boleh menunggu PRU 13 nanti. Jika BN terus memerintah, mereka terpaksa jelaskan semua hutang. Bolehlah mereka rebut peluang itu selepas PRU itu kerana tawaran itu berakhir Oktober tahun 2013.
Tetapi bagi yang hendak membayar bulanan tetap terpaksa memulakannya dari sekarang. Jika tidak potongan 10 itu tidak dapat.
Apapun keadaan akan berubah apabila yang menang nanti Pakatan Rakyat. Yang sah pelajar yang akan datang tidak menanggung beban PTPTN itu lagi. Dan bagi yang berhutang boleh mengemukakan cadangan bagaimana hutang itu termasuk dalam tawaran yang baik itu.
Pakatan dipercayai ada dasar yang baik untuk mereka. Nasib pemegang hutang itu adalah diwarisi oleh kerajaan yang akan datang. Tentulah ia tidak berlepas tangan terhadap beban yang dipaksakan oleh BN terhadap mereka.
Ada peluang beban hutang itu selesai jika PR yang memenangi pilihan raya tetapi jika BN juga yang menang, maka tidak ada cara lain bagi semua melainkan menerima dasar ditentukan sekarang.
Siapa pemenang sebenar di kampus?
Ahmad Lutfi Othman, | 03 Okt 2012 |
Awalnya saya menjangkakan pengumuman dibuat sekitar jam 10 malam. Namun, debar dan getarnya yang sepatut sudah berakhir, masih terasa. Tanda tanya besar belum dapat dilangsaikan lagi.
Sepatutnya tiga universiti awam utama -- Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -- yang menjadi medan pertembungan sengit di antara kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi sudah mengisytiharkan calon-calon yang mendapat mandat baru menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Saya cuba menghubungi rakan-rakan pimpinan pelajar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Rupanya, mereka mengesahkan, belum ada pemenang yang jelas. Keletihan sepanjang berkempen, apatah lagi terpaksa berdepan pelbagai karenah dan halangan yang sengaja dipasang pentadbiran universiti (yang bersikap memihak dan pilih kasih itu) ternyata belum berakhir.
Lebih menakjubkan, UM mencatatkan keputusan seri dan terpaksa ditunggu esoknya. (Kemudiannya dimaklumkan pemilihan semula diadakan pada Jumaat, 28 September, namun kempen tidak dibenarkan lagi. Pro-M menang 20 kerusi, manakala saingannya, yang dikatakan mesra BN mendapat 19 kerusi dan dua calon bebas turut berjaya. Untuk baki dua lagi kerusi, calon-calonnyanya mendapat undi sama banyak!
(Pagi Selasa, 25 September sebelum pusat pengundian dibuka, saya agak kaget dengan SMS yang memaklumkan Pengerusi Pro-M Nasional, yang juga aktivis pelajar Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto, diserang lima lelaki, di Seksyen 17 Petaling Jaya, dipercayai ada kaitan dengan bahang panas pilihan raya kampus. Beliau terpaksa dirawat di Pusat Perubatan UM. Budaya samseng yang menganggu aktiviti politik Pakatan Rakyat telah menjalar ke universiti).
Paling mengejutkan di UIAM, keputusan terpaksa digantung disebabkan jumlah undi yang direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. Sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dicurigai selama ini, khususnya oleh aktivis Pro-M, dikatakan menjadi puncanya.
Dan pilihan raya terpaksa diadakan semula secara manual. (Lebih dibimbangi jika terdapat elemen penipuan; mengulangi proses perjalanan pilihan raya umum yang tempang dan tidak demokratik).
Merujuk memorandum "Bersih Kampus" oleh kumpulan Pro-M, yang dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Dr Rohana Yusof, pada 12 September lalu, dikemukakan enam tuntutan asas bagi memastikan pilihan raya kampus dijalankan secara bersih, adil dan berintegriti.
Di antara tuntutan itu ialah pemantauan pilihan raya, kebebasan berkempen dan sistem pengundian yang telus. Malangnya pihak universiti difahamkan bukan sahaja bersikap "pekak badak" terhadap memorandum tersebut malah secara terang-terangan -- termasuk Dr Rohana sendiri -- turut berkempen memburuk-burukkan kumpulan Pro-M, terutama di kolej-kolej kediaman.
Peluang untuk bertemu pelajar, terutama di kolej-kolej kediaman itu dinafikan. Manakala calon-calon Pro-A dapat menggunakan kenderaan kolej dan bilik mesyuarat asrama dijadikan markas kempen. Ya, pegawai-pegawai kanan universiti, yang sepatutnya menjadi seperti ayah dan ibu kepada semua pelajar, menunjukkan teladan yang cukup buruk, demi memuaskan kehendak taukeh-taukeh politik di atas sana.
"Di kampus Universiti Malaya, selain di kolej kediaman yang dikawal mutlak kumpulan Pro-Aspirasi, seolah-olah tiada pertandingan. Pro-A kelihatan seperti tidak berkempen ... saya pun pelik melihatnya, tapi tengoklah keputusannya nanti," kata mahasiswa tahun ketiga, yang tidak berpuas hati dengan amalan pilih kasih HEP terhadap calon-calon yang bertanding, dengan memberikan kelebihan ketara kepada Pro-A. Saya dapat rasakan pelajar tersebut agak risau dengan penipuan yang boleh berlaku, apatah lagi apabila pentadbiran universiti bersekongkol dengan Pro-A.
Segera saya teringat pendedahan "Ops 2020" -- konspirasi jahat pegawai-pegawai kanan Perdana Menteri, diketuai Setiausaha Politiknya, bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Biro Tata Negara dan Bukit Aman bagi memenangkan kumpulan Pro-Aspirasi di semua 20 IPTA -- yang menyasarkan tiga kampus utama tadi. Pengurusan HEP secara terangan dan menjolok matamemihak kepada Pro-A, demi mengalahkan Pro-M, mungkin sebagai memenuhi kriteria KPI masing-masing.
Tanpa mengetepikan kepentingan universiti lain, kampus-kampus di Lembah Klang itu dilihat berupaya mewakili trend semasa perjuangan mahasiswa dan sering "dicemburui". Pelbagai kaedah dan taktik licik telah digunakan untuk merampas MPP di UKM, UIAM dan UM daripada terus dikuasai Pro-M.
Meskipun juak-juak Najib Razak boleh mendakwa mereka menang besar selain tiga kampus tersebut, tetapi saya yakin masih ramai mahasiswa yang tidak suka dipetakkan oleh dua kumpulan besar itu -- Pro-M dan Pro-A.
Dalam masa masa, ada calon-calon yang dikelompokkan sebagai Pro-A sebenarnya tidak berminat untuk dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan terdapat kampus-kampus tertentu, misalnya Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang dikongkong ketat pengampu Umno, diketuai Naib Canselornya sendiri. Tiada ruang untuk mahasiswa bebas berorganisasi dan menunjukkan sikap politik mereka, sehingga calon-calon yang dikira tidak selari dengan aspirasi Umno menghadapi kesukaran, hatta untuk mendapatkan borang pencalonan dan pengesahan pensyarah.
Maknanya, juak-juak Najib tidak perlu sombong dengan kemenangan mudah Pro-A di UiTM apabila peluang untuk mahasiswa yang dilihat independen ditutup serapat-rapatnya di kampus berkenaan.
Semasa pentadbiran Najib mendakwa program transformasi politik semakin diperluaskan, termasuk ke kampus-kampus apabila Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Univesiti dipinda bagi membenarkan mahasiswa berpolitik dan autonomi mahu dikembalikan, namun hakikatnya, realiti hidup di menara gading tetap terkurung dan terpasung. Banyak perkara tidak masuk akal masih berlaku!
Khususnya di universiti tertentu, terutama di bawah pengurusan yang bebal dengan budaya mengampu, mahasiswa masih dilayan seperti budak sekolah. Lebih dahsyat, belenggu yang mengikat kakitangan akademiknya bukan saja belum dapat dipecahkan, malah semakin diperketatkan. Kebebasan akademik hanya ilusi. Ruang untuk bersuara, apatah lagi mengkritik dan menegur, walaupun secara ilmiah menurut bidang pengkhususan masing-masing, tetap menipis.
Sukar untuk saya menduga reaksi Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang begitu bersungguh-sungguh berikhtiar membenarkan mahasiswa berpolitik dan memegang jawatan dalam parti. Hasratnya untuk meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam proses membuat keputusan, bukan saja tidak dihormati bosnya sendiri, Mohamed Khalid Nordin, malah diremehkan kepemimpinan universiti terutama Hal Ehwal Pelajar yang masih jumud dengan cara berfikir lama dan kuno.
Dalam tulisannya bertarikh 11 Disember 2011, Saifudin menekankan: "Peluang meminda (Auku) ini perlu juga digunakan untuk membincangkan peningkatan penghakupayaan mahasiswa. Contohnya, ialah membenarkan mahasiswa melaksanakan sendiri pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan mempermudah atau mengurangkan karenah birokrasi dalam meluluskan program-program anjuran mahasiswa."
Namun, segalanya kekal sebagai angan-angan. Dari aspek tertentu, pemilihan MPP lebih buruk dan kotor daripada pilihan raya umum. Lebih memalukan apabila pihak yang menguruskan pilihan raya kampus itu, dari masa ke semasa, sentiasa mencari pendekatan dan taktik untuk mensabotaj kumpulan Pro-M atau apa saja kumpulan mahasiswa yang dikira mempunyai agenda bertentangan dengan Umno-BN. Dahsyat, 'kan?
Sebelum saya mencari kalimat sesuai untuk perenggan terakhir artikel ini, sekitar jam 12 malam, 25 September, saya mendapat khabar kumpulan Pro-M (atas nama Gabungan Mahasiswa UKM) berjaya mengekalkan penguasaan mereka di UKM, dengan memenangi 19 daripada 28 kerusi.
Tentunya saya gembira dan bersyukur denngan keputusan itu, namun cepat-cepat saya menyedari bahawa siapa saja yang menang, Pro-M ataupun Pro-A, mereka semua adalah anak-anak muda berbakat yang patut diberi peluang sewajarnya.
Biarkan mereka meredah dunia kepemimpinan kampus, belajar mencabar dan bersedia dicabar, turun ke medan dengan tekad dan keazaman untuk melakukan perubahan, tanpa perlu "dicucuk hidung atau dipandu arah" oleh mana-mana golongan yang berkepentingan.
Secara peribadi, saya mengharapkan setiap calon yang diberi kepercayaan oleh mahasiswa untuk menganggotai dan menerajui MPP, ya, tidak kira daripada kelompok mana sekali pun, harus memegang amanah besar ini dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran.
Tugas mereka cukup besar dan juga kritikal, bukan sahaja mengatur aktiviti dan program rutin, menjuarai kepentingan dan kebajikan pelajar, malah seperti kata Saifuddin, untuk turut terlibat secara proaktif dalam proses membuat keputusan, termasuk di peringkat paling tinggi.
Seperti diungkapkan Saifuddin, gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat dan ciri advokasi, dan bukannya sekadar program "aktiviti" dan "bakti" semata-mata. Advokasi merupakan proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan dan ia dilakukan melalui memorandum, perundingan, lobi, dan sebagainya. Ada masanya, tambah Saifuddin, ia melibatkan proses mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan, perarakan, demonstrasi dan lain-lain.
Kepada pemimpin parti politik, keputusan pilihan raya kampus tidak semestinya menggambarkan kecenderungan mengundi dalam PRU13 nanti.
Saya masih teringat pengalaman menjelang pilihan raya umum 1986, ketika saya turut sama menerajui persatuan mahasiswa di Univesiti Teknologi Malaysia, rata-rata kampus dikuasai oleh kumpulan pelajar propembangkang (khususnya PAS). Ketika itu HEP masih bertindak bebas dan berkecuali walaupun ramai pegawainya merupakan penyokong kuat Umno.
Tragisnya pada tahun itulah PAS menerima tamparan paling hebat apabila hanya seorang calonnya menang untuk kerusi Parlimen, di Pengkalan Chepa! Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri kalah di Bachok.
Apa pun saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang keputusan pilihan raya kampus pada 2007, iaitu menjelang tsunami politik 2008. Seingat saya, Pro-M hanya memenangi dua kampus, Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
-------
Ketika tulisan ini dikemaskini pada 2 Oktober, Pro-M berjaya menguasai semula Universiti Malaya selepas pengundian dibuat sekali lagi untuk dua kerusi yang menyaksikan keputusan sama. Bagaimanapun difahamkan pihak pentadbiran universiti cuba melambat-lambatkan proses pembentukan kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
Sementara itu, di UIAM, proses pengundian semula yang dijalankan secara manual pada 2 Oktober, memperlihatkan kemenangan mutlak kumpulan Pro-M. Semua 26 kerusi dilaporkan berjaya dikuasai, iaitu pertambahan tiga kerusi berbanding 23 tahun lalu.
Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan
Beberapa orang individu yang ditemui wartawan Malaysiakini mempertahankan
penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam Malaysia Book of
Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.Walaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, tetapi individu-individu tersebut, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.
Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman, 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.
"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.
"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut.
Seorang lagi Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.
"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.
"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.
Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.
"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.
Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.
Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.
"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).
"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan
Beberapa orang individu yang ditemui wartawan Malaysiakini mempertahankan
penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam Malaysia Book of
Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.
Walaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, tetapi individu-individu tersebut, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.
Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman, 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.
"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.
"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut.
Seorang lagi Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.
"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.
"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.
Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.
"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.
Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.
Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.
"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).
"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
1. Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan
2. KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'

Pro-M sapu bersih kerusi UIA
Calon
pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian
semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam
Antarabangsa.Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.
Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.
UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.
Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan