Mahkamah: Mkini sepatutnya dapat permit penerbitan
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) hari ini
membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak
memberikan permit penerbitan kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd yang
mengendalikan portal berita Malaysiakini.Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan "ia tidak wajar dan tidak rasional" dan keputusan Menteri Dalam Negeri tersebut sebagai salah arahan kerana ia melebihi had bidangkuasanya.
"Keputusan menjejaskan hak plaintif kepada hak bagi kebebasan bersuara yang juga termasuk hak untuk permit, dan ia adalah kebebasan asas yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.
"Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan certiorari (membatalkan) keputusan responden (KDN) dan pemohon perlu mengemukakan suratnya kepada kementerian."
Hakim Abang Iskandar berkata kebebasan bersuara (melalui penerbitan) adalah hak semula jadi dan termaktub di dalam Perkara 10 perlembagaan persekutuan.
Beliau juga mengakui hakikat bahawa portal tersebut telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa, dan ini tidak seharusnya menghalang pihak berkuasa daripada tidak memberinya permit.
Hakim Abang Iskandar juga mengarahkan KDN membayar RM5,000 kos.
Peguam K Shanmuga dan Edmund Bon mewakili Mkini Dotcom.
K'jaan S'gor terkejut datuk bandar PJ ditukar
Kerajaan
Selangor menyatakan rasa terkejut dengan pertukaran Datuk Bandar
Petaling Jaya Datuk Roslan Sakiman oleh Putrajaya dengan notis 24 jam.Anggota
exco Selangor Ronnie Liu yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal
kerajaan tempatan berkata, beliau dan menteri besar sendiri tidak
dimaklumkan berhubung perkara itu.Beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan perkembangan itu.
Katanya, penjawat awam boleh ditukarkan, namun notis 24 jam itu tetap dipersoalkannya.
"Ini akan menjejaskan pentadbiran majlis," katanya ketika dihubungi.
Liu berkata Mohd Roslan yang dilantik sebagai datuk bandar pada 2006 menjalankan tugasnya dengan baik.
Katanya, pertukaran secara tiba-tiba tidak sepatutnya berlaku melainkan individu berkenaan melakukan satu perkara yang teruk.
"Saya bimbang pertukaran ini akan menjejaskan semangat MBPJ," katanya.
Liu berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Ahli majlis MBPJ dijangka mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincang isu pada jam 4 petang ini.
'Arahan JPA'
Ketika dihubungi, Mohd Roslan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat 'pertukaran melintang' dengan melantiknya sebagai timbalan setiausaha kerajaan negeri Selangor.
Sambil menegaskan yang beliau hanya mengikuti arahan, Mohd Roslan menafikan yang beliau telah diarah bertukar dari MBPJ dengan notis 24 jam.
Katanya, sebagai penjawat awam, beliau berbuat demikian apabila diarahkan oleh JPA.
"Saya tak tahu dari mana datangnya berita tersebut (pertukaran secara," katanya kepada Malaysiakini.
KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'
Pemimpin
Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali
Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis
perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih
100,000 tetamu.Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.
"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.
"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.
Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.
"Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri?
"Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya.
ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan.
Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya.
'Tak wasatiyyah'
"Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan.
Menurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal.
"Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya.
Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu.
Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.
Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang
tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang
dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.
Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.
Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.
Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.
"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.
Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.
"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.

Siswa tidak termasuk kategori penerima BR1M
Pejabat
Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk
dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.
"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.
- Bernama

Ambrin: Tiada apa-apa yang hendak disembunyikan
Ketua
Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata pihaknya tiada apa-apa yang
hendak disembunyikan berhubung kelewatan pembentangan Laporan Audit
Ketua Audit Negara 2011.
Beliau berkata kelewatan itu adalah sesuatu yang biasa memandangkan Laporan Audit Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan dua minggu selepas pembentangan Belanjawan 2012, pada tahun lepas.
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga meminta pihaknya memberikan sedikit masa bagi membolehkan ruang perbahasan yang lebih panjang diadakan supaya pembentangan laporan audit tidak mencuri tumpuan Belanjawan 2013.
"Kita tidak selindungkan apa-apa, tahun lepas pun kita hanya bentangkan laporan audit selepas dua minggu pembentangan belanjawan, kali ini Nazri meminta Jabatan Audit Negara memberikan sedikit masa untuk pihaknya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Audit Se-Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2012 di Kuantan hari ini.
Ia disempurnakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Baru-baru ini, Mohamed Nazri berkata Laporan Audit Ketua Audit Negara 2011 akan dikeluarkan seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.
Mohamed Nazri berkata ia membolehkan ruang perbahasan yang lebih panjang diadakan supaya pembentangan laporan audit tidak mencuri tumpuan belanjawan selain memberi peluang kepada anggota-anggota Dewan membincangkan dan memberikan lebih fokus tentang kedua-dua perkara itu (pembentangan belanjawan dan laporan audit.)
Dalam perkembangan lain, Ambrin berkata mana-mana pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang ditimpa bencana atau peristiwa luar jangka seperti banjir perlu memahami dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Audit Negara.
Menurutnya pihaknya sentiasa fleksibel dan memahami bantuan segera perlu disalurkan kepada mereka yang terlibat dengan sesuatu bencana atau peristiwa luar jangka.
"Kalau ada sesuatu peristiwa di luar jangkaan berlaku, kita kena fleksibel tetapi orang atau pegawai yang terlibat kena faham SOP di mana mesti ada pernyataan atau rekod apa yang berlaku, jadi kita tahu dari mana duit itu datang dan pergi," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Adnan berkata pihaknya berkemungkinan tidak dapat mengikut sepenuhnya peraturan yang ditetapkan Jabatan Audit Negara terutama jika berlaku sesuatu bencana yang memerlukan bantuan segera disalurkan.
"Contohnya, dalam keadaan bencana seperti banjir, kita tidak pasti sama ada dapat ikut semua peraturan yang ditetapkan atau tidak dan saya harap Jabatan Audit Negara dapat melihat perkara ini kerana apa yang penting bagi kita adalah bantuan segera kepada mereka yang terlibat dengan bencana," katanya.
- Bernama
Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.
"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.
Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.
Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.
Katanya, beliau akan mengemukakan cadangan di Dewan Rakyat untuk memotong RM10 daripada gaji Ismail Sabri dan juga gaji ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish atas alasan sama.
"Kenapa SSM gagal bertindak terhadap syarikat berkaitan personaliti tertinggi Umno ini,?" katanya yang mempersoalkan tindakan tangkas SSM bertindak ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd – syarikat berdaftar NGO Suaram Rakyat Malaysia (Suaram).
Beliau seterusnya membangkitkan mengenai syarikat National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) – rakan niaga dalam perusahan penerbangan tambang murah Malindo Airways.
Dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, beliau mendakwa, syarikat berkenaan tidak mengemukakan akaun yang diaudit sejak 2007.
Namun kerajaan pada bulan lalu menganugerahkan kepada anak syarikat tersebut satu lesen untuk mengendali syarikat penerbangan di Malaysia, yang dilancarkan tidak lain daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, katanya.
"Pengerusi syarikat ini ialah Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali, yang merupakan ipar kepada (bekas perdana menteri, Tun) Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Tambahnya, beliau membuat dakwaan itu berdasarkan laporan kewangan syarikat tersebut yang dikemukakan kepada SSM.
Beliau mendakwa syarikat berkenaan melanggar Akta Syarikat 1965 kerana antaranya gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dan memfailkan laporan tahunan beserta laporan kewangan yang diaudit kepada Pendaftar Syarikat.
Dakwanya lagi, sebuah lagi syarikat, YGP Holdings Sdn Bhd, juga tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 31 Disember 2006.
Pengarah syarikat tersebut adalah MP Rembau Khairy Jamaluddin, MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, manakala seorang pemegang sahamnya ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dakwanya.
Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai National Feedlot Corporation, yang didakwanya tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 31 Disember 2009.
Turut disenaraikan Tony Pua adalah Real Food Company Sdn Bhd dan National Meat & Livestock Company Sdn Bhd yang didakwa gagal memfailkan akaun mereka sejak 30 Jun 2007 lagi.
"Berdasarkan ketegasan mendadak SSM dalam menguatkuasa dan mendakwa entiti yang berjuang untuk hak rakyat Malaysia, kami menuntut SSM ambil tindakan tegas terhadap syarikat di atas dan bawa pengarah mereka ke mahkamah," kata Pua.
Katanya, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan belanjawan 2013 Jumaat lalu menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat.
"Kalau diikutkan, golongan belia itu ialah 40 tahun ke bawah. Kita sudah wujudkan jawatankuasa penentu kepada program ini.
"Kita akan meneliti dan mungkin terpaksa melihat semula beberapa kategori umur yang harus diambil. Kami akan syorkan beberapa langkah positif kepada perbendaharaan supaya lebih memenuhi kepada aspirasi belia.
"Kita akan lihat semula kepentingan tersebut," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Dana Karya Penulis Tempatan 2012 di ibu pejabat kementerian itu.
Ditanya mengenai kaedah untuk melaksanakan pemberian rebat tersebut, Rais berkata, kementeriannya akan mengemukakan perkara tersebut kepada kementerian kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Jelasnya, dana sebanyak RM300 juta bagi Pakej Komunikasi Belia akan "diolah oleh suruhanjaya sendiri".
Tambahnya, maklumat terperinci mengenai pakej itu akan diumumkan pada 16 atau 17 Oktober depan selepas mesyuarat teknik bersama kementerian kewangan dan SKMM.
"Kita akan perhalusi dan bentang pada kementerian kewangan, SKMM bagi tentukan cara untuk diberi kepada pembeli supaya tiada penipuan, kekaburan, adil," katanya.
Dalam pembentangan belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan pakej khas itu akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama SKMM dan syarikat telekomunikasi.
K Sasi Kumar, 40, didakwa melakukan pecah amanah wang milik J Augustine Mary, 66, di Firma Tetuan Sasikumar Dan Associates, Suite 760A, Tingkat 7, Blok A1, Leisure Commerce Square, No.9, PJS 8/9, 46150, di Petaling Jaya, di antara 16 Ogos 2006 hingga 19 Oktober 2006.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam, Salim Bashir.
- Bernama
Beliau berkata kelewatan itu adalah sesuatu yang biasa memandangkan Laporan Audit Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan dua minggu selepas pembentangan Belanjawan 2012, pada tahun lepas.
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga meminta pihaknya memberikan sedikit masa bagi membolehkan ruang perbahasan yang lebih panjang diadakan supaya pembentangan laporan audit tidak mencuri tumpuan Belanjawan 2013.
"Kita tidak selindungkan apa-apa, tahun lepas pun kita hanya bentangkan laporan audit selepas dua minggu pembentangan belanjawan, kali ini Nazri meminta Jabatan Audit Negara memberikan sedikit masa untuk pihaknya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Audit Se-Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2012 di Kuantan hari ini.
Ia disempurnakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Baru-baru ini, Mohamed Nazri berkata Laporan Audit Ketua Audit Negara 2011 akan dikeluarkan seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.
Mohamed Nazri berkata ia membolehkan ruang perbahasan yang lebih panjang diadakan supaya pembentangan laporan audit tidak mencuri tumpuan belanjawan selain memberi peluang kepada anggota-anggota Dewan membincangkan dan memberikan lebih fokus tentang kedua-dua perkara itu (pembentangan belanjawan dan laporan audit.)
Dalam perkembangan lain, Ambrin berkata mana-mana pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang ditimpa bencana atau peristiwa luar jangka seperti banjir perlu memahami dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Audit Negara.
Menurutnya pihaknya sentiasa fleksibel dan memahami bantuan segera perlu disalurkan kepada mereka yang terlibat dengan sesuatu bencana atau peristiwa luar jangka.
"Kalau ada sesuatu peristiwa di luar jangkaan berlaku, kita kena fleksibel tetapi orang atau pegawai yang terlibat kena faham SOP di mana mesti ada pernyataan atau rekod apa yang berlaku, jadi kita tahu dari mana duit itu datang dan pergi," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Adnan berkata pihaknya berkemungkinan tidak dapat mengikut sepenuhnya peraturan yang ditetapkan Jabatan Audit Negara terutama jika berlaku sesuatu bencana yang memerlukan bantuan segera disalurkan.
"Contohnya, dalam keadaan bencana seperti banjir, kita tidak pasti sama ada dapat ikut semua peraturan yang ditetapkan atau tidak dan saya harap Jabatan Audit Negara dapat melihat perkara ini kerana apa yang penting bagi kita adalah bantuan segera kepada mereka yang terlibat dengan bencana," katanya.
- Bernama
Kos jalan 1km ke DUN Sabah RM14.9j?
Seorang
MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9km menuju
ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.
"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.
Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.
Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.
Tony Pua cadang potong gaji menteri RM10
MP
Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata beliau akan mencadangkan untuk
memotong gaji menteri perdagangan dalam negeri Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob yang didakwa masih gagal mengambil tindakan ke atas syarikat yang
dikaitkan dengan Umno.Katanya, beliau akan mengemukakan cadangan di Dewan Rakyat untuk memotong RM10 daripada gaji Ismail Sabri dan juga gaji ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish atas alasan sama.
"Kenapa SSM gagal bertindak terhadap syarikat berkaitan personaliti tertinggi Umno ini,?" katanya yang mempersoalkan tindakan tangkas SSM bertindak ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd – syarikat berdaftar NGO Suaram Rakyat Malaysia (Suaram).
Beliau seterusnya membangkitkan mengenai syarikat National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) – rakan niaga dalam perusahan penerbangan tambang murah Malindo Airways.
Dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, beliau mendakwa, syarikat berkenaan tidak mengemukakan akaun yang diaudit sejak 2007.
Namun kerajaan pada bulan lalu menganugerahkan kepada anak syarikat tersebut satu lesen untuk mengendali syarikat penerbangan di Malaysia, yang dilancarkan tidak lain daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, katanya.
"Pengerusi syarikat ini ialah Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali, yang merupakan ipar kepada (bekas perdana menteri, Tun) Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Tambahnya, beliau membuat dakwaan itu berdasarkan laporan kewangan syarikat tersebut yang dikemukakan kepada SSM.
Beliau mendakwa syarikat berkenaan melanggar Akta Syarikat 1965 kerana antaranya gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dan memfailkan laporan tahunan beserta laporan kewangan yang diaudit kepada Pendaftar Syarikat.
Dakwanya lagi, sebuah lagi syarikat, YGP Holdings Sdn Bhd, juga tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 31 Disember 2006.
Pengarah syarikat tersebut adalah MP Rembau Khairy Jamaluddin, MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, manakala seorang pemegang sahamnya ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dakwanya.
Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai National Feedlot Corporation, yang didakwanya tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 31 Disember 2009.
Turut disenaraikan Tony Pua adalah Real Food Company Sdn Bhd dan National Meat & Livestock Company Sdn Bhd yang didakwa gagal memfailkan akaun mereka sejak 30 Jun 2007 lagi.
"Berdasarkan ketegasan mendadak SSM dalam menguatkuasa dan mendakwa entiti yang berjuang untuk hak rakyat Malaysia, kami menuntut SSM ambil tindakan tegas terhadap syarikat di atas dan bawa pengarah mereka ke mahkamah," kata Pua.
Menteri syor umur 40 tahun layak rebat telefon pintar
Menteri
penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata kementerian itu akan
mengemukakan syor kepada kementerian kewangan supaya meningkatkan had
umur belia yang layak menerima rebat RM200 untuk membeli telefon pintar.Katanya, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan belanjawan 2013 Jumaat lalu menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat.
"Kalau diikutkan, golongan belia itu ialah 40 tahun ke bawah. Kita sudah wujudkan jawatankuasa penentu kepada program ini.
"Kita akan meneliti dan mungkin terpaksa melihat semula beberapa kategori umur yang harus diambil. Kami akan syorkan beberapa langkah positif kepada perbendaharaan supaya lebih memenuhi kepada aspirasi belia.
"Kita akan lihat semula kepentingan tersebut," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Dana Karya Penulis Tempatan 2012 di ibu pejabat kementerian itu.
Ditanya mengenai kaedah untuk melaksanakan pemberian rebat tersebut, Rais berkata, kementeriannya akan mengemukakan perkara tersebut kepada kementerian kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Jelasnya, dana sebanyak RM300 juta bagi Pakej Komunikasi Belia akan "diolah oleh suruhanjaya sendiri".
Tambahnya, maklumat terperinci mengenai pakej itu akan diumumkan pada 16 atau 17 Oktober depan selepas mesyuarat teknik bersama kementerian kewangan dan SKMM.
"Kita akan perhalusi dan bentang pada kementerian kewangan, SKMM bagi tentukan cara untuk diberi kepada pembeli supaya tiada penipuan, kekaburan, adil," katanya.
Dalam pembentangan belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan pakej khas itu akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama SKMM dan syarikat telekomunikasi.
Bekas peguam mengaku tak bersalah pecah amanah
Seorang
bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas
pertuduhan pecah amanah wang milik seorang persara membabitkan jumlah
RM258,000.K Sasi Kumar, 40, didakwa melakukan pecah amanah wang milik J Augustine Mary, 66, di Firma Tetuan Sasikumar Dan Associates, Suite 760A, Tingkat 7, Blok A1, Leisure Commerce Square, No.9, PJS 8/9, 46150, di Petaling Jaya, di antara 16 Ogos 2006 hingga 19 Oktober 2006.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam, Salim Bashir.
- Bernama
Pengusaha butik aksesori didakwa cederakan isteri
Seorang
pengusaha butik aksesori dan pakaian dihadapkan ke Mahkamah Majistret
Ipoh hari ini atas dakwaan melakukan serangan sehingga mendatangkan
kecederaan terhadap isterinya.
Chik Foo Keong, 26, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Amanda Fong Kim Yen, 19, di Butik Amanda & Co, Ipoh Garden South di sini pada 4 petang 23 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Haslinda Raof menetapkan 31 Okt untuk kes itu disebut semula selepas tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Chik diwakili peguam Dexter Mah Kok Leong, Nur Syaira Othman dan Hasanuddin Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamar Abrar.
Sebelum ini akhbar melaporkan pendedahan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Amanda Fong menunjukkan seorang lelaki memukul dan mencederakannya.
- Bernama
Lim, yang juga setiausaha agung DAP menghantar surat itu kepada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng (kanan), yang didakwanya telah mengucapkan perkataan tersebut pada 24 September.
Setiausaha politik Lim - Ng Wei Aik - membaca kepada pemberita kandungan surat itu yang dihantar melalui firma guaman Karpal Singh and Co. Ia menuntut H'ng menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf dalam masa tujuh hari.
Surat yang dihantar pada 26 September itu menyebut bahawa penarikan balik dan pemohonan maaf itu mestilah mengandungi perkataan yang diluluskan oleh pihak Lim dan disiarkan dalam media massa dan elektronik termasuk Internet.
H'ng, yang juga ketua penerangan Pemuda BN negeri, telah mempersoalkan hubungan Lim dengan pemilik rumah sewanya itu, yang merupakan pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat yang anak syarikatnya membeli sebidang tanah di Taman Manggis dari kerajaan negeri.
Ketika dihubungi, H'ng berkata beliau masih belum menerima surat tersebut.
Apabila diberitahu bahawa ia telah dihantar ke pusat perkhidmatan BN Tanjung di Lebuh Macallum, H'ng berkata: "Ng harus lebih profesional, surat itu sepatutnya dihantar ke ibupejabat Gerakan Pulau Pinang di Jalan Macalister."
H'ng berkata beliau tidak mahu mengulas sehingga melihat surat tersebut, sambil menambah beliau tidak takut berdepan dengannya.
"Saya mungkin singgah untuk mengambil surat itu dari pejabat Karpal Singh (di Jalan Greenhall), katanya kepada Malaysiakini.
Chik Foo Keong, 26, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Amanda Fong Kim Yen, 19, di Butik Amanda & Co, Ipoh Garden South di sini pada 4 petang 23 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Haslinda Raof menetapkan 31 Okt untuk kes itu disebut semula selepas tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Chik diwakili peguam Dexter Mah Kok Leong, Nur Syaira Othman dan Hasanuddin Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamar Abrar.
Sebelum ini akhbar melaporkan pendedahan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Amanda Fong menunjukkan seorang lelaki memukul dan mencederakannya.
- Bernama
LGE hantar surat peguam pada pemimpin Pemuda Gerakan PP
Ketua
Menteri Lim Guan Eng telah menghantar surat peguam kepada seorang
pemimpin Pemuda BN kerana menuduhnya korup, yang dianggap oleh Lim
sebagai berniat jahat berhubung rumah sewannya di Jalan Pinhorn.Lim, yang juga setiausaha agung DAP menghantar surat itu kepada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng (kanan), yang didakwanya telah mengucapkan perkataan tersebut pada 24 September.
Setiausaha politik Lim - Ng Wei Aik - membaca kepada pemberita kandungan surat itu yang dihantar melalui firma guaman Karpal Singh and Co. Ia menuntut H'ng menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf dalam masa tujuh hari.
Surat yang dihantar pada 26 September itu menyebut bahawa penarikan balik dan pemohonan maaf itu mestilah mengandungi perkataan yang diluluskan oleh pihak Lim dan disiarkan dalam media massa dan elektronik termasuk Internet.
H'ng, yang juga ketua penerangan Pemuda BN negeri, telah mempersoalkan hubungan Lim dengan pemilik rumah sewanya itu, yang merupakan pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat yang anak syarikatnya membeli sebidang tanah di Taman Manggis dari kerajaan negeri.
Ketika dihubungi, H'ng berkata beliau masih belum menerima surat tersebut.
Apabila diberitahu bahawa ia telah dihantar ke pusat perkhidmatan BN Tanjung di Lebuh Macallum, H'ng berkata: "Ng harus lebih profesional, surat itu sepatutnya dihantar ke ibupejabat Gerakan Pulau Pinang di Jalan Macalister."
H'ng berkata beliau tidak mahu mengulas sehingga melihat surat tersebut, sambil menambah beliau tidak takut berdepan dengannya.
"Saya mungkin singgah untuk mengambil surat itu dari pejabat Karpal Singh (di Jalan Greenhall), katanya kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan