RMK9: Apa perkembangan lebuh raya ke Kota Bharu
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
PAS meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah perkembangan
perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.
Berikut adalah soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya AP terbuka untuk pengusaha pengimpot kereta terpakai dihapuskan secara berperingkat.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian.
Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan anggaran pekerja seks di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2011.
KUALA LUMPUR:
Majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali
Rustam yang dikatakan ditaja pihak tertentu menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab beliau.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar), berkata sebagai penganjur majlis, lebih-lebih lagi bagi majlis peribadi sedemikian, Ali sepatutnya menyatakan pihak mana yang menaja majlis tersebut.
Katanya, penjelasan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan semua pihak tahu apa tujuan tajaan itu dibuat, lebih-lebih lagi ia melibatkan pelbagai agensi negeri.
Tambah beliau, pihaknya bimbang jika terdapat unsur-unsur rasuah di sebalik tajaan tersebut, apatah lagi rekod Ali sebelum ini jelas dibuktikan dengan politik wang ketika pemilihan Umno 2009 untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.
"Saya melihat aspek 'percuma' yang dikatakan itu juga sebagai salah satu salahguna kuasa beliau dalam menjayakan majlis peribadi tersebut," kata Adly kepada Harakahdaily.
Adly juga menyelar kenyataan Ali yang mengatakan majlis perkahwinan itu tidak mewah.
"Dia kata tidak mewah. Dia bandingkan dengan siapa? Majlis pertunangan anak Perdana Menteri? Kalau dibandingkan majlis tersebut (pertunangan anak PM), memang dia belum cukup mewah lagi," tegas beliau yang turut mempertikaikan kibaran bendera BN yang dipasang di jalan utama menuju majlis perkahwinan tersebut.
Sehubungan itu, kata Adly, PAS Melaka menuntut penjelasan Ali secara terperinci berkaitan kos, dan penajaan majlis tersebut sebelum tindakan susulan diambil.
Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang telah menyaman Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dr Masitah Ibrahim dan akhbar yang menyiarkan
tulisannya setelah kedua-duanya enggan minta maaf.
Saya pernah menelefon penasihat sidang pengarang akhbar berhubung dengan kengerian saya membaca rencana timbalan menteri itu. Saya tidak perincikan teguran saya terhadap tulisannya.
Cuma saya tidak seronok orang berpendidikan agama boleh didakwa menghina ulama dan pemimpin Islam yang dihormati kawan dan lawan politiknya.
Saya suruh dia tengok sikit tulisannya supaya tidak terlajak sangat. Dia memberi jawapan positif. Tegur-menegur sesama pengamal media itu memang baik.
Tiba-tiba saya terbaca pemimpin PAS itu menyaman Timbalan Menteri itu dan akhbar yang menyiarkan tulisan itu. Yang bimbang semasa menelefon pengamal media itu rupanya sudah dirasakan negatifnya Ustaz Hadi dan penasihat-penasihatnya.
Reaksi pemimpin PAS itu sekadar mengadu perkara itu kepada mahkamah bagi mengadili perkara yang dirasakan tidak patut dilakukan terhadapnya.
PAS dan penyokong-penyokongnya tidak mengharapkan belas dan simpati daripada seteru politiknya. Bagaimanapun, memadai mereka mendapat penghormatan daripada Puan Abby Abadi, Biduan Aishah, Dayangku Intan dan lain-lain.
Tetapi masyarakat umum mengharapkan keadilan akhbar-akhbar yang baru muncul tidak mengikut media arus perdana yang memutuskan untuk memusuhi gerakan massa dalam masyarakat yang terbuka sekarang. Semua media tua itu sudah begitu adanya. Tiada apa yang PAS dapat harapkan samalah tiada yang dapat diharapkan pada menteri-menteri.
Sebaliknya akhbar yang lahir kebelakangan ini tentu memahami dilema yang membelenggu pengamal media selama ini. Sekurang-kurangnya mengambil jalan tengah, tidak jadi media pak turut.
Saya tidak suka PAS mengambil langkah tidak peduli pada agensi media itu sama seperti tidak pedulinya pada media yang memusuhinya selama ini.
Jangan remehkan sambutan penyokong PAS yang membaca akhbar itu. Mungkin tidak menjadi kumpulan pembaca yang majoriti tetapi ia ikut menyumbang kepada kemajuannya. Sokongan mereka mungkin tidak mengharapkan supaya mereka disokong tetapi penuh harapan supaya mereka tidak dimusuhi.
Kiranya media mengira ia lebih selesa untuk menjadi anti-kumpulannya, saya amat bimbang kalau mereka mengambil sikap tidak lagi berlanggan. Jika PAS mengambil sikap peduli kepadanya, ia dengan sendiri mendorong akhbar masuk kelab media yang sedia ada.
Sama-sama tidak untung.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyenaraikan nama
pembeli-pembeli rumah PKNS yang dibebani hutang tertunggak bagi
menyelamatkan aset mereka itu dilelong.
Cadangan itu dibuat ekoran beberapa pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan mekanisme yang sedia ada bagi membantu masalah itu.
Katanya, ia termasuk bantuan melalui zakat dan mengenakan bayaran sewa rendah.
“Jika mahu kira dari segi orang yang berhutang, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 78 peratus. Ia melibatkan bilangan yang ramai.
“Kita tidak boleh senang-senang ambil hutang itu tetapi kita ada usaha sendiri untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.
Justeru, Abdul Khalid berkata, pihaknya perlu menilai beberapa aspek antaranya golongan kurang berkemampuan dan berpenyakit akan layak menerima bantuan melalui zakat dan kadar sewa bulanan yang rendah.
Seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka.
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.
Berikut adalah soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya AP terbuka untuk pengusaha pengimpot kereta terpakai dihapuskan secara berperingkat.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian.
Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan anggaran pekerja seks di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2011.
Presiden Isma hanya berani di luar gelanggang, sama macam Najib
http://paspb2.blogspot.com, | 04 Okt 2012 |
Ramai
mengharapkan Debat yang dianjurkan Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz
berlangsung dengan jayanya. Ramai yang mahu mendengar sendiri hujah
Presiden Isma berkenaan tahalluf siyasi .
Sebelum ini Presiden Isma ini banyak mengkritik tahalluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Apabila Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz menganjurkan debat ini, masanya untuk Presiden Isma ini mengemukakan hujah secara berdepan dengan pimpinan PAS terbuka luas.
Malangnya, Presiden Isma ini tidak menggunakan peluang ini apabila menarik diri di saat-saat akhir atas alasan yang tidak dapat diterima. Boleh tanya Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz alasan Presiden Isma ini.
Kini, Buletin Isma (video di atas) menyiarkan satu lagi hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf syiasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Presiden Isma diharap berani berhujah secara berdepan bukan hanya berani seperti Najib menghentam PR tapi bila diajak berdebat tidak berani.
Jika ada hujah kemukakan secara berdepan bukan hanya berani dalam kelompok sendiri. Jika tidak mahu penganjur lain, Isma boleh anjurkan debat Presiden Isma dengan Dr Mujahid sekali lagi atas tajuk yang sama.

Apa tujuan taja kahwin anak Ali Rustam
azmi, | 04 Okt 2012 |
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar), berkata sebagai penganjur majlis, lebih-lebih lagi bagi majlis peribadi sedemikian, Ali sepatutnya menyatakan pihak mana yang menaja majlis tersebut.
Katanya, penjelasan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan semua pihak tahu apa tujuan tajaan itu dibuat, lebih-lebih lagi ia melibatkan pelbagai agensi negeri.
Tambah beliau, pihaknya bimbang jika terdapat unsur-unsur rasuah di sebalik tajaan tersebut, apatah lagi rekod Ali sebelum ini jelas dibuktikan dengan politik wang ketika pemilihan Umno 2009 untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.
"Saya melihat aspek 'percuma' yang dikatakan itu juga sebagai salah satu salahguna kuasa beliau dalam menjayakan majlis peribadi tersebut," kata Adly kepada Harakahdaily.
Adly juga menyelar kenyataan Ali yang mengatakan majlis perkahwinan itu tidak mewah.
"Dia kata tidak mewah. Dia bandingkan dengan siapa? Majlis pertunangan anak Perdana Menteri? Kalau dibandingkan majlis tersebut (pertunangan anak PM), memang dia belum cukup mewah lagi," tegas beliau yang turut mempertikaikan kibaran bendera BN yang dipasang di jalan utama menuju majlis perkahwinan tersebut.
Sehubungan itu, kata Adly, PAS Melaka menuntut penjelasan Ali secara terperinci berkaitan kos, dan penajaan majlis tersebut sebelum tindakan susulan diambil.
Saya telefon akhbar sebelum ia disaman
Subky Latif, | 04 Okt 2012 |
Saya pernah menelefon penasihat sidang pengarang akhbar berhubung dengan kengerian saya membaca rencana timbalan menteri itu. Saya tidak perincikan teguran saya terhadap tulisannya.
Cuma saya tidak seronok orang berpendidikan agama boleh didakwa menghina ulama dan pemimpin Islam yang dihormati kawan dan lawan politiknya.
Saya suruh dia tengok sikit tulisannya supaya tidak terlajak sangat. Dia memberi jawapan positif. Tegur-menegur sesama pengamal media itu memang baik.
Tiba-tiba saya terbaca pemimpin PAS itu menyaman Timbalan Menteri itu dan akhbar yang menyiarkan tulisan itu. Yang bimbang semasa menelefon pengamal media itu rupanya sudah dirasakan negatifnya Ustaz Hadi dan penasihat-penasihatnya.
Reaksi pemimpin PAS itu sekadar mengadu perkara itu kepada mahkamah bagi mengadili perkara yang dirasakan tidak patut dilakukan terhadapnya.
PAS dan penyokong-penyokongnya tidak mengharapkan belas dan simpati daripada seteru politiknya. Bagaimanapun, memadai mereka mendapat penghormatan daripada Puan Abby Abadi, Biduan Aishah, Dayangku Intan dan lain-lain.
Tetapi masyarakat umum mengharapkan keadilan akhbar-akhbar yang baru muncul tidak mengikut media arus perdana yang memutuskan untuk memusuhi gerakan massa dalam masyarakat yang terbuka sekarang. Semua media tua itu sudah begitu adanya. Tiada apa yang PAS dapat harapkan samalah tiada yang dapat diharapkan pada menteri-menteri.
Sebaliknya akhbar yang lahir kebelakangan ini tentu memahami dilema yang membelenggu pengamal media selama ini. Sekurang-kurangnya mengambil jalan tengah, tidak jadi media pak turut.
Saya tidak suka PAS mengambil langkah tidak peduli pada agensi media itu sama seperti tidak pedulinya pada media yang memusuhinya selama ini.
Jangan remehkan sambutan penyokong PAS yang membaca akhbar itu. Mungkin tidak menjadi kumpulan pembaca yang majoriti tetapi ia ikut menyumbang kepada kemajuannya. Sokongan mereka mungkin tidak mengharapkan supaya mereka disokong tetapi penuh harapan supaya mereka tidak dimusuhi.
Kiranya media mengira ia lebih selesa untuk menjadi anti-kumpulannya, saya amat bimbang kalau mereka mengambil sikap tidak lagi berlanggan. Jika PAS mengambil sikap peduli kepadanya, ia dengan sendiri mendorong akhbar masuk kelab media yang sedia ada.
Sama-sama tidak untung.
Rumah PKNS: S'gor cadang bantu pembeli bermasalah
Selangorku, | 04 Okt 2012 |
Cadangan itu dibuat ekoran beberapa pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan mekanisme yang sedia ada bagi membantu masalah itu.
Katanya, ia termasuk bantuan melalui zakat dan mengenakan bayaran sewa rendah.
“Jika mahu kira dari segi orang yang berhutang, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 78 peratus. Ia melibatkan bilangan yang ramai.
“Kita tidak boleh senang-senang ambil hutang itu tetapi kita ada usaha sendiri untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.
Justeru, Abdul Khalid berkata, pihaknya perlu menilai beberapa aspek antaranya golongan kurang berkemampuan dan berpenyakit akan layak menerima bantuan melalui zakat dan kadar sewa bulanan yang rendah.
Seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka.
Khairy tangkis dakwaan BN zalimi negeri ditadbir pembangkang
1 Oktober 2012
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.
"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1 bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan hampir RM6 bilion.
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu mencecah RM14.5 bilion.
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4 bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.
"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang 'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang) menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada wanita tidak bekerja.
"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan raya) bukan janji. Kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak kepala," tegas beliau. - Bernama
RM10 juta ditaja kahwin anak Ketua Menteri Melaka. Posted on Wednesday, October 03 @ 16:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: mohdnoorawang
"Jamuan dan Persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam mencecah RM10 juta hingga RM13 juta. Jamuan dan segala bentuk makanan termasuk nasi minyak /nasi beriani untuk tetamu seramai 180,000 orang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).
Lima puluh ribu (50,000) tin muniman air kacip Fatimah diberi hadiah kepada tetamu yang hadir. Difahamkan air kacip Fatimah dibekal oleh Syarikat Orang Kampung Sdn. Bhd. Cenderamata yang diberi kepada tetamu yang hadir dibekalkan oleh Mamee Sdn. Bhd.
Dikatakan makan untuk pengantin dan tetamu khas bernilai RM600,000. Dan disediakan oleh tiga puluh orang (30) tukang masak atau Chef's. Kehadiran tetamu seramai 180,000 orang telah direkod dalam "Malaysia Book Of Record dan yang yang paling jahat sekali Datuk Seri Mohd Ali Rustam berbangga kerana perkahwinan anaknya serta kehadiran tetamu dimasukkan dalam buku tersebut.
Mengikut Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfus Omar segala perbelanjaan perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rusatam ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan segala angensi kerajaan negeri dan tempatan.
Satu soalan cupu emas!. Boleh atau tidak pehak kerajaan negeri dan pehak perbadanan milik kerajaan menaja sepenuhnya kenduri kahwin anak Ketua Menteri tersebut?.
Soalan cupu emas kedua!. Nak tanya kepada pegawai disemua peringkat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adakh itu dinakam slahguna kusa atau mungkin ada ciri ciri rasuah?.....Kalau ada kenapa tidak siasat untuk mencari kebenaran salah atau sebaliknya?....
Betulah rasuah dalam UMNO dan Barisan Nasional berada ditahad yang barah peringkat keempat. Dan hidup pemimpin UMNO bermula dari perdana menteri dan seluruh pemimpin UMNO/BN kaki rasuah tegar.
Akhirnya rakyat ingin penjelesan dari Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan pehak berwajib terutama SPRM betulke perkahwinan, persandingan, makanan dan segala bentuk ditaja?...."
Perbandingan Video Menyokong Projek Rapid Pengerang Posted on Thursday, October 04 @ 02:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: cipanda
"Kisah Pembohongan Umngok sanggup menggunakan org luar... matlamat menghalalkan cara demi mengaut dan merampas rezeki dari penduduk asal Pengerang...
Kesian makcik2 pakcik2 felda... sanggup diperbodohkan oleh umngok/Bngok...
Video 1: disebalik lakonan Umngok/Bngok
Bolehkah Gangnam kenyangkan perut? Posted on Thursday, October 04 @ 00:15:55 UTC Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan |
Oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH
Saya begitu teruja dengan pendapat seorang bergelar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, supaya menggunakan elemen budaya popular seperti tarian Gangnam Style dan lagu Kolaveri untuk mendekati orang muda.
Gangnam Style merupakan lagu penyanyi pop Korea Selatan, PSY, yang mencetuskan fenomena seluruh dunia. Menurut beliau, Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular daripada lagu Negaraku. Persoalan saya, bolehkah Gangnam atau Kolaveri ini disamakan tarafnya dengan lagu kebangsaan? Martabat Negaraku begitu tinggi berbanding Gangnam. Apakah lagu kebangsaan sesuai dengan rentak sedemikian? Budaya apa yang hendak dipupuk?
Sepanjang kajian saya terhadap lagu kebangsaan negara, tidak ada satu lagu kebangsaan berentak sedemikian gila bunyinya. Begitu juga lagu 1M4U, sudah tentu jauh bezanya dengan Gangnam. Kenapa kita terlalu terikut dengan rentak dan cara hidup orang lain? Maka tidak hairanlah kalangan remaja kita kurang semangat patriotik, rupa-rupanya kalangan pemimpin pun tidak mencanangkan budaya kebangsaan, malah lebih memuji budaya luar yang tidak ada kena-mengena dengan cara hidup kita?
Apakah kita sudah ketandusan idea untuk mempropagandakan budaya sendiri yang lebih sesuai? Sebagai rakyat yang mempunyai jati diri, saya tidak akan terpengaruh dengan 1,000 kali Gangnam atau Kolaveri. Saya masih mengagumi budaya dan muzik tempatan yang terserlah jati dirinya dan tidak terinjak-injak seperti orang tidak sedar diri. Jika tarian itu mahu juga diterima, perlu ada garis panduan supaya tidak terkeluar daripada norma-norma ketimuran.
Banyak cara lain kerajaan mendekati remaja, selain muzik, terutama pendekatan pengisian spiritual dan muzik bersesuaian. Barat hari ini sedang mengalami keruntuhan akibat muzik yang terlalu menggila sehingga melupakan Tuhan. Hiburan pada mereka hanyalah pada muzik, berpelesiran dengan sesama mahram (LGBT) dan bukan mahram (seks bebas).
Bukti ini menunjukkan pengaruh Barat begitu cepat meresap ke dalam masyarakat Timur tatkala orang Barat sendiri menolak budaya tersebut. Hari ini, Barat mencanangkan staying up, up, up in a down, down, down world (Ziglar, 2000) dan raising positive kids in a negative world (Ziglar, 1985). Kita pula terlalu sibuk dengan hiburan dan muzik.
Pengalaman berada di Brisbane Australia selama beberapa hari, menjadikan saya terfikir, apakah ini sebenarnya kehidupan? Apa sebenarnya kemahuan manusia? Pada mereka bahagia adalah dengan bekerja keras, mempunyai wang banyak dan membelanjakannya bagi tujuan hiburan serta berpelesiran pada waktu lapang. Kehidupan berkeluarga sudah tidak penting lagi.
Maka tidak hairanlah, bandar-bandar mereka agak sepi pada malam hari antara Isnin dan Jumaat. Malam-malam bandar ini kembali meriah pada Sabtu dan Ahad. Pada pandangan mereka, selepas penat bekerja, tibalah masanya untuk bergembira dan bersuka ria tanpa batas. Persoalannya, adakah ini yang diindekskan sebagai bahagia? Perlukah bandar raya kita hidup selama 24 jam mengalahkan Barat?
Jika inilah indikatornya maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tempat ke-51 daripada 156 negara yang dikaji oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Indeks ‘Kebahagiaan Sedunia’ yang dikeluarkan PBB di New York mungkin tidak sesuai untuk kita di sini.
Malaysia menduduki tangga kedua di Asia Tenggara selepas Singapura, dikatakan negara paling gembira di rantau itu. Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut, yang paling bahagia di dunia. Indikator lain yang digunakan adalah kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan rasuah.
Di kalangan individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga stabil adalah faktor diambil kira. Amerika Syarikat menduduki tangga ke-11, Jepun (44), China (111), Iran (84) dan Syria, 106. Negara paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. Analisis ini ada boleh diterima, ada yang tidak.
Ramai sarjana dan agamawan (terutama Islam), bersetuju bahawa kesejahteraan dan kebahagiaan tidak terbatas kepada perasaan peribadi (subjective feelings) atau kegembiraan atau keseronokan (pleasure), walaupun unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan dari makna pengalaman tersebut. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat alam semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab (Wan Mohd Nor, 2011).
Justeru, apa yang kita perlu fikirkan hari ini bukan budaya terlalu suka berhibur atau bergangnam, tetapi fikirkan keadaan bagaimana nak keluarkan manusia dari belenggu kemiskinan dan kehidupan yang terlalu menghimpit.
Justeru, saya amat hairan, kenapa kita terlalu ghairah dengan Gangnam dan Kolaveri? Apakah Gangnam boleh mengenyangkan perut kita? Bila perut lapar kita akan cari nasi, bukannya Gangnam.
Warta Utara Online, Pencetus Minda Rakyat
- Untuk Anak Gadis Islam Yang Masih Suka Seksi
- Tujuh tanda tanya serlah Bajet 2013 untung kroni berbanding rakyat
- 'Saya percaya, kita berkuasa, kita akan jadi kuat.'
- Pusat abai tanggungjawab isu tebatan banjir
- Tiada peruntukan projek tebatan banjir dalam belanjawan negeri
- Doktor wanita rawat wanita
- Suruh tengok bini menteri jalan sorang diri, ada berani?
- Menteri Wanita tidak faham kehendak wanita
- Bajet 2013 tidak mampu sekat perubahan rakyat
- Fikiran 'agama' yang mengharukan Umno
- TPM wajib baca pendedahan hutang Talam
- Menteri tidak wajar paksa polis jadi BN
- Bajet 2013: Mengagihkan kekayaan dari angin lalu.
- Dulu 'ancaman' SB, sekarang ancaman FB
- Propaganda BN semakin hodoh dan bodoh
- Perkasa cemas gara-gara lempar kasut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan