Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri
Abdul Aziz Mustafa, | 02 Okt 2012 |
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.
Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.
Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.
Graduan hendak kerja bukan telefon
Idris Ahmad, | 02 Okt 2012 |
Semua peringkat diumpan daripada pegawai kerajaan, rakyat pendapatan RM3,000 ke bawah, pelajar, mahasiswa, orang bujang semuanya dapat.
Bajet sudah defisit 15 tahun berturut-turut, tahun 2013 defisit RM21.6 bilion. Hutang negara 2012 sebanyak RM502 bilion, meningkat 107.4% sejak 8 tahun.
Tidak ada pula usaha untuk mengurangkan defisit, sebaliknya wang ditabur seolah-olah pasir Malaysia semuanya emas.
Bagaimana nasib 76,200 siswazah yang masih menganggur, 10,200 orang pemegang ijazah pendidikan tidak ditempatkan lagi, graduan JQAF sejak bulan Jun 2012 tamat tidak dapat kerja lagi.
Kebiasaan guru-guru ini akan ditempatkan sebulan setelah tamat latihan selama satu tengah tahun. Tiba-tiba kerajaan umumkan JQAF diperlukan sebanyak 3,000 orang lagi bagi tahun 2013.
Paling malang sekali ialah seramai 1,118 orang juruterbang tempatan bertauliah tidak ada kerja, kerana tidak ada kapal terbang.
Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapat lesen, tiba-tiba peluang pekerjaan tidak ada.
Jikalau macam ini lebih baik mereka ambil lesen lori dengan yuran RM1,500 apabila tamat latihan dapat gaji RM3,000 sebulan.
Ini belum lagi dikira graduan kejururawatan yang terpaksa menghabiskan wang lebih RM60,000, apabila keluar terpaksa menganggur kerana peluang pekerjaan tidak ada.
Senario ini menggambarkan gagalnya kerajaan BN menguruskan keperluan tenaga, kerana yang penting ialah untuk memberi peluang kepada kroni, sedangkan rakyat marhaen menderita.
Graduan ini yang rata-rata meminjam daripada PTPTN.
Menurut Pengerusinya, Datuk Ismail Said sehingga Oktober 2011 seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam telah disaman oleh mahkamah. Seramai 132, 801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.
Datuk Seri Najib kena fikirkan jalan keluar dan menyelesaikan masalah pelajar ini, dalam usia muda telah menanggung hutang. Bukan hanya menggula-gulakan anak muda dengan rebet RM200 untuk membeli telefon 3G. Ini hanya sedap sementara tetapi derita sepanjang usia.
Mengapa takut Buku Jingga
-, | 02 Okt 2012 |
Umno/BN semakin meningkatkan kempen kotornya yang memburuk-burukkan parti lawan seperti yang disiarkan oleh akhbar yang dimiliki oleh atau dikaitkan dengan BN, menyebabkan semakin ramai pengundi merasa jijik.
Ini kata-kata Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee dalam kenyataannya kepada Malaysian Insider kelmarin.
Menurutnya, pengundi kini berfikiran matang dan terkini, di mana mereka tahu ini hanyalah kempen politik kotor.
Pandangan ini dikongsi ramai oleh rakyat Malaysa yang sudah tidak mahu menelan propaganda karut marut dari pemimpin Umno/BN ini terutama selepas pengumuman Bajet 2013 di Parlimen baru-baru ini.
Selepas pembentangan Bajet itu, baik Datuk Najib Tun Razak mahupun para menterinya tidak ada di parlimen untuk bersoal jawab dengan ahli-ahli parlimen, terutama dengan pembangkang.
“Datuk Najib diajak berdebat di luar tak mahu, berhujah di Parlimenpun tak mahu. Menteri-menteri dan timbalannya tak hadir untuk menjawab soalan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam masa yang sama, pemimpin Umno/BN tidak henti-hentinya melancarkan kempen memburuk-burukkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang diumumkan beberapa hari selepas pembentangan Bajet BN.
Malah mereka mengkritik habis-habisan Buku Jingga yang mengandungi pelbagai saranan Pakatan Rakyat jika berjaya dalam PRU akan datang.
Ramai bertanya mengapa mereka enggan membahaskan secara rasional dan terbuka mengenai saranan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu.
Apa yang ditakutkan dengan buku tersebut, sepatutnya bahaskan dari segi idea dan rasionalnya dan bandingkan dengan Bejet 2013 yang dibentang oleh Datuk Najib Tun Razak.
Di sinilah pada pendapat saya, rakyat prihatin yang menjadi pengundi memandang sangat jijik kempen kotor serupa ini di mana, kata mereka, sepatutnya kempen politik berdasarkan idea, saranan atau gagasan untuk dilihat kemasabahannya kepada rakyat.
Dengan itu rakyat boleh menilai apakah tawaran Umno/BN baik, atau tawaran Pakatan Rakyat lebih baik. Ini dengan sendirinya rakyat diberi hak menentukan pilihan mereka secara demokratik.
Sejauh ini Pakatan Rakyat perlahan-lahan telah memenangi sokongan pengundi atas pagar dengan menangani kebimbangan rakyat melalui beberapa dasar pembaharuan seperti menurunkan harga kereta, menyediakan perumahan yang mampu dimiliki dan pendidikan percuma.
Ini mungkin menyebabkan peningkatan populariti Pakatan Rakyat dan penurunan ketara populariti Najib, seperti yang ditunjukkan oleh hasil kaji selidik baru-baru ini yang diterbitkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Di negara maju, termasuk kini di Indonesia dan Singapura, kempen sihat begitu menyerlah, di mana parti-parti politik mengenengahkan gagasan dan idea mereka jika memenangi pilihan raya.
Tidak kedengaran dan tidak terbaca di media di mana kempen memburuk-burukkan peribadi parti lawan dan ini suatu kematangan politik dan betapa dewasanya parti-parti politik di negara tersebut.
Oleh itu kita sepatutnya merasa malu dengan wajah dunia politik negara ini yang sedemikian buruk berbanding dengan negara yang disebutkan tadi.
Pemimpin Umno/BN begitu mengharapkan bahawa dengan pengumuman Bajet 2013 ini akan dapat meraih undi untuknya, iaitu dengan pengumuman pelbagai pemberian wang, kenaikan imbuhan, pencen dan pelbagai lagi.
Ertinya pemimpin Umno berfikir bahawa begitu mudah sekali untuk mereka menawan hati rakyat dengan memberi mereka wang dan pelbagai bentuk imbuhan.
Rakyat tidak digalakkan berfikir mengenai hutang negara dan bagaimana hendak membayarnya nanti. Rakyat juga tidak digalakkan berfikir bagaimana keadaan ekonomi serantau dan dunia dan implikasinya kepada negara ini, bagaimana hendak membenteras rasuah dan keteresan serta pengelewengan yang begitu subur dan bagaimana keadaan masa depan negara dalam pelbagai aspek.
Dengan bentuk Bajet 2013 sedemikian rupa rakyat hanya disuruh menerima, ‘inilah yang terbaik’ tanpa digalakkan berfikir jauh lebih-lebih lagi mengenai imlikasinya dalam jangka panjang.
Dalam masa yang sama isu-isu perkauman berkembang subur dan menakutkan, sementara seruan perpaduan dan toleransi hanya menjadi rhetorika politik.
Menyaksikan perkembangan yang berlaku ini, ramai rakyat prihatin bimbang bahawa mereka tidak dapat membayangkan keadaan dunia politik apabila semakin hampir dengan PRU Ke-13 nanti.
Keadaan demokrasi semakin merosot, tuntutan lapan perkara oleh NGO Bersih 2.0 dan 3.0 mengenai pilihan raya bebas dan adil masih kabur, daftar pemilih masih kotor. Semuanya ini menambah mudurnya demokrasi di Malaysia.
Bagaimanapun rakyat prihatin sedar akan hal ini dan akan menentukan keputusan mereka dalam PRU akan datang.
Sementara itu, bagi Pakatan Rakyat yang kini menjadi pembangkang di Parlimen, sewajarnya memperkukuh perpaduan mereka untuk menghadapi cabaran berat ini.
Pendukung Pakatan Rakyat semua peringat mesti turun padang dan sentiasa berada di tengah khalayak.
Jangan ada pemikiran di antara pemimpin Pakatan Rakyat semua peringkat mengenai impian akan pelbagai jawatan tinggi jika dapat menguasai Puterajaya nanti.
Cakap-cakap mengenai hal ini hanya akan mengeruhkan suasana, menimbulkan rasa syak wasangka di mana sama sekali tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Siapa pemegang pelbagai jawatan tinggi jika dapat menguasai Puterajaya terserah kepada permuafakatan antara pemimpin tertinggi komponan Pakatan Rakyat dan masanya jauh lagi. Yang penting semua pendukung Pakatan Rakyat bekerja keras untuk menang, bukan berkhayal.
Adakah jentera pilihan raya PKR, DAP dan PAS sudah bersiap sedia disemua peringkat? Bagaimana menangani masalah beribu-ribu nama pengundi yang meragukan, kempen peneranggan ke kawasan luar bandar yang khabarnya kawasan itu masih dikuasai oleh Umno/BN.
Juga sudahkah Buku Jingga disebarluaskan di luar bandar dan juga di dalam bandar. Sudahkah ia diperincikan sehingga rakyat benar-benar memahami dan menerimanya?
Inilah persoalan berat yang akan dihadapi menjelang PRU akan datang, sebuah pilihan raya yang dijangka amat sengit yang akan menentukan nasib Umno/BN bahkan Pakatan Rakyat di mana ia adalah ibu segala pilihan raya.
----------------------------------------------------------
Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
Kolum Subky Latif dibukukan
Harakahdaily, | 02 Okt 2012 |
Kehebatan penulisan Haji Subky Latif tidak boleh sesiapapun menafikannya. Beliau begitu ramai pengikut di kalangan penyokong PAS apabila beliau menjadi penulis tetap Harakah sejak sekian lama.
Jangkauan peminat beliau meningkat apabila menjadi kolumnis laman berita, The Malaysian Insider.
Mens Sana In Corpore Sano adalah nama kolum beliau di Harakah. Ia bermakna, minda yang cerdas datangnya dari badan yang cergas.
Semoga 29 sorotan rencana yang dimuatkan dalam ‘Kumpulan Kupasan Politik Yang Kejang’ ini dapat membawa pembaca melalui ruang lingkup liku-liku kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya.
Sesungguhnya ia adalah jihad yang mesti dilalui dan ia tidak pula suatu yang senang tetapi ia tidak pula suatu yang sukar.
Jalan ke Putrajaya itu sentiasa tertutup untuk perubahan. Pengalaman yang banyak dan panjang mengajar mengapa perjalanan itu suatu yang mustahil sebelum ini?
Hanya hujung dasawarsa pertama dan awal dasawarsa kedua alaf baru ini ruang menuju perubahan politik dan sosial itu terbuka.
Semua yang dimuatkan dalam buku ini adalah bagi membantu pembaca memahami apa yang sudah terjadi dan yang sedang terjadi.
“Subky Abdul Latif adalah wartawan zaman-berzaman. Saya suka membaca tulisan beliau. Bila dia tulis saya baca. Saya banyak menumpang fikrah beliau, kerana manusia hidup mesti tumpang menumpang.” Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
------------------------
Mens Sana In Corpore Sano
oleh Subky Abdul Latif
Harga: RM17.00/RM20.00
ISBN: 978-967-361-062-4
Tarikh Terbit: Oktober 2012
Jumlah Muka Surat: 231
MB Pahang ugut Selangor, lucu!
Subky Latif, | 01 Okt 2012 |
Amaran MB Pahang itu dikira satu ugutan kepada kerajaan Selangor. Kiranya Selangor berkeras dengan sikapnya dalam isu air ini, maka kerajaan Pahang akan membatalkan persetujuannya untuk membekalkan air ke negeri jirannya itu.
Semua tertawa lucu dengan amaran itu.
Adakah Adnan merasakan kerajaan hendak sangat air dari Pahang itu yang menyebabkan ia akan membayar kira-kira 80 juta setahun kepada Pahang.
Kerajaan Selangor seronok sangat kalau Adnan membuat keputusan itu. Kurang tapak tangan, akan ditadah nyiru oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jika benar Adnan anak jantan, dia umumkan pembatalan itu sekarang! Nescaya pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor selesai kiranya kerajaan Pahang bertindak demikian.
Tidak berbangkit lagi isu pembinaan Langat-2 yang menurut Timbalan Perdana Menteri ia akan diteruskan tidak kira Selangor setuju atau tidak setuju dengan rancangan kerajaan pusat atas isu itu. Malah kerajaan pusat memang bernafsu untuk membuka tender pembinaan Langat-2 itu.
Memang kita nampak siapa yang hendak membida tender Langat-2 itu dalam keadaan kerajaan Selangor tidak member laluan. Selangor tidak sedia membenarkan buminya digunakan untuk projek itu.
Jika Langat-2 ditender juga, maka yang masing-masing nampak ruang yang kerajaan pusat boleh gunakan ialah ruang udara dari Pahang ke loji Langat-2 itu di mana-mana tanah milik kerajaan pusat di Langat.
Kerajaan pusat terpaksa menggunakan teknologi yang tidak menggunakan tiang buat projek itu sepanjang dari sempadan Pahang-Selangor hingga ke tapak Langat-2 itu. Sebagaimana langit dibina tanpa tiang, maka demikian juga Langat-2.
Selangor telah menyatakan ia tidak membenarkan tanah di negeri itu digunakan untuk projek itu. Tentulah ia tidak akan membenarkan tiang-tiang projek itu menggunakan tanahnya bagi tapak tiang–tiang yang diperlukan.
Dengan dasar Selangor yang demikian siapakah yang sedia untuk membida projek itu?
Pihak yang paling keciwa jika Adnan Yaakob membatalkan pembekalan air itu ialah keraaan pusat yang membuat propaganda untuk membina juga projek itu sama ada Selangor setuju atau tidak.
Untuk apa lagi Langat-2 itu jika Pahang membatalkan pembekalan airnya?
Selangor pada masa ini tidak memerlu bekalan air dari luar baik yang sudah dirawat mahupun tidak. Negeri Selangor cukup air untuk keperluan penduduknya jika sumber air yang banyak itu dirawat.
Kebarangkalian Selangor putus bekalan air bukan kerana negeri yang setiap hari hujan itu tidak cukup air tetapi ialah pihak yang diberi tanggungjawab tidak merawat air yang banyak itu.
Pertikaian isu air ini berlaku pada ketika adanya kemajuan teknologi merawat air laut dan sungai yang amat canggih.
Singapura dan Israel sudahpun memanfaat teknologi yang canggih itu bagi menggunakan air laut untuk keperluan penduduknya. Jepun dan lain-lain negara maju tentu sudah mengirim orang ke Selangor bagaimana air pantai Selat Melaka di Selangor itu boleh menjadi alternatif kepada air Pahang atau kiranya berlaku kemarau.
Jika benar Adnan hendak bertindak, tiadalah yang lebih gembira selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerajaan Selangor rasanya dengan senang hati mempersilakan Adnan Yaakob buat apa saja yang patut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan