Himpunan Hijau 2.0: Dengarlah rintihan rakyat
Harakahdaily, | 01 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim) memandang serius perhimpunan membantah pembinaan Kilang Lynas di
Gebeng, Kuantan Pahang Darul Makmur baru-baru ini.
Presidennya, Amidi Abd Rahman berkata, Abim menilai perhimpunan itu sebagai manifestasi rakyat secara mutlak membantah keputusan untuk meneruskan projek itu.
“Ironinya, keadaan ini berlaku di sebalik pelbagai penjelasan yang telah dikemukakan daripada pihak berwajib yang menafikan implikasi negatif ekoran pembinaan kilang tersebut terhadap alam sekitar,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kelestarian alam sekitar merupakan esensi penting dalam membentuk kehidupan yang positif.
Justeru, beliau berkata kebimbangan serta kekhuatiran para penduduk sekitar kilang Lynas di Gebeng perlu diambil kira serta ditangani secara positif dan terbuka.
Menurutnya, ia tidak seharusnya dibakulsampahkan tanpa sebarang perhatian serta tindakan yang sewajarnya.
Ini, ujarnya memandangkan amalan demokrasi amat meraikan perbezaan pendapat sebagai mekanisme check and balance bagi mendapatkan impak yang terbaik.
Katanya lagi, kelestarian alam sekitar perlu diletakkan pada tempat yang sewajarnya bukan perkiraan untung semata.
“Sedarlah, kita sedang meminjam alam sekitar ini dari generasi masa hadapan,” ujarnya lagi.
Dalam konteks Himpunan Hijau 2.0, katanya menanggapi sebarang pandangan serta kemusykilan yang dikemukakan oleh rakyat adalah tanda mereka mempunyai keprihatinan yang mendalam terhadap perkembangan semasa dalam isu berkaitan.
“Kita tidak mahu rakyat sekali lagi menjadi mangsa kegagalan teknologi menjunjung kelestarian alam sekitar sepertimana yang pernah berlaku di Chernobyl, Bukit Merah serta Fukushima,” katanya.
Beliau menambah, rakyat telah dijanjikan dengan pelbagai jaminan terhadap pemeliharaan alam sekitar tapi persekitaran kita semakin merosot secara relatifnya.
Katanya lagi, pencemaran sungai yang merupakan sumber air tawar utama negara juga semakin parah dan begitu halnya dengan kualiti udara.
Justeru, ujarnya Abim menuntut agar projek itu ditangguhkan dan satu pungutan suara rakyat dijalankan.
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Ekoran
meletupnya isu Erykah Badu, akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA
sudah membuat tiga kali penjelasan dan permohonan maaf.
(Gambar dari laman The Star)
Berita penyataan The Star bahawa dua editornya digantung serta merta juga menjadi berita yang paling banyak dibaca oleh pembaca versi online akhbar itu hari ini.
Isu ini dipecahkan oleh Harakahdaily apabila menyiar komen seorang pembacanya dengan berita bertajuk 'Kenapa akhbar The Star siar gambar ini?' pada 27 Februari yang mempertikaikan kenapa akhbar ini menyiarkan gambar Erykah bertatoo nama Allah itu.
Ekoran itu, The Star menyiarkan permohonan maaf dalam laman onlinenya.
Hari ini, Editor The Star membuat penjelasan dan berkata, tidak ada niat jahat dalam penyiaran gambar ini.
Ini kerana mereka tidak faham tulisan nama Allah dalam bahasa Arab yang tertulis dalam tatoo pada dada artis berkenaan.
The Star juga bertindak menggantung serta merta dua editor yang terlibat menyiarkan gambar ini iaitu Senior Editor Lim Cheng Hoe dan timbalan editor Daryl Goh.
Serentak dengan itu juga, The Star telah memberikan tugasan tambahan kepada dua Editor Bersekutunya yang beragama Islam, Shah A Dadameah dan Rozaid Abdul Rahman untuk memantau isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
Pada hari penyiaran gambar Erykah, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil tiga editor kanan The Star untuk memberikan penjelasan.
(Poster konsert Erykah tanpa tatoo nama Allah)
Ekoran itu, timbalan menteri dalam negeri dari MCA berkata, KDN akan menunggu penjelasan bertulis The Star sebelum memutuskan apa-apa tindakan.
Nasib akhbar ini juga ditimpa malang apabila penganjur konsert Erykah dan Erykah Badu sendiri menyalahkan The Star kerana menyebabkan mereka ditimpa masalah.
Mereka menyalahkan akhbar ini kerana menyiarkan gambar bertatoo nama Allah itu sedangkan poster konsert ini juga menggunakan gambar yang sama tetapi membuang tatoo Allah pada gambar itu.
Sebelum kejadian gambar Erykah ini, The Star sudah dua kali menerima amaran dari KDN.
Ia bermula dengan tulisan managing editor P Gunasegaram pada awal Februari tahun lalu, yang mempertikaikan undang-undang syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika yang didapati bersalah meminum arak di sebuah kelab malam.
Bulan Ramadhan lalu, sekali lagi KDN menghantar surat amaran kepada The Star selepas menyiarkan tulisan daging babi panggang untuk juadah berbuka puasa.

Berita The Star gantung editornya paling popular

Pemimpin utama PAS Islam dan soleh - Nik Aziz
Harakahdaily, | 01 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Mac:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini
mengulangi penegasannya bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam yang
soleh boleh memimpin parti itu.
Katanya, persoalan bangsa sama ada Melayu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan selagi mereka adalah "muslim yang soleh".
"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT, " katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.
Menurutnya, tiada guna sekalipun pemimpin itu Melayu, jika jahil tentang undang-undang Islam itu sendiri.
Tanpa menamakan sesiapa, Tuan Guru Nik Aziz juga turut merujuk kepada bekas seorang pemimpin Melayu negara yang disifatkannya masih meraba-raba.
"Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?
"Saya simpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang rupanya masih meraba-raba," katanya dalam nada menyindir.
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir dalam kennyataannya semalam mencabar PAS melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.
“Dulu PAS kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam PAS?
"Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden PAS kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib
Wan Nordin Wan Yaacob, | 01 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.
Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.
Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.
Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.
Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).
Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.
Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.
Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.
"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,
"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,
"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.
(Laporan penuh pendedahan Arif Sabri dalam Harakah cetak)
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat laporan polis di seluruh negara pada 3 Mac ini berhubung 'surat pekeliling durian runtuh' yang diedarkan Felda kepada peneroka bermula minggu lalu.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, surat pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan semua dokumen seperti salinan kad pengenalan, geran ladang dan rumah, status senarai hitam bank dan pewaris bagi mendapat 'durian runtuh' berupa wang tunai setelah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.
Ekoran itu, beliau menerima banyak aduan dariapda peneroka yang bimbang semua dokumen itu dimanipulasi untuk tujuan tertentu.
Lebih menimbulkan keraguan ujar Mazlan, perkara itu tidak diketahui Lembaga Pengarah Felda.
"Kita akan sediakan format laporan polis bermula 3 Mac di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang dan di seluruh negara serentak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, semalam.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu juga berkata, semua laporan polis tersebut akan dikumpul dan diserahkan bersama memorandum bantahan penyenaraian FGVH kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 12 Mac ini.
"Kita minta Perdana Menteri tolong hentikan sebarang cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa malaysia.
"Sejak cadangan ini ditimbulkan, keharmonian dalam Felda mula hilang.
"Saya terima maklumat, setiap kali perhimpunan bulanan Felda, Tan Sri Isa akan memberi amaran kepada kakitangan agar tidak memberikan sebarang maklumat kepada pihak luar berkaitan usaha penyenaraian FGVH," katanya.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, ada peneroka dijanjikan 'durian runtuh sejumlah RM10, 000, RM20,000 dan RM30, 000.
Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.
"Seperti yang saya tegaskan, janji durian runtuh satu pembohongan sebab mesyuarat agung dibatalkan, jadi KPF tiada kaitan dengan penyenaraian," katanya.

Durian runtuh: Anak lapor polis seluruh negara
Hazayani Zakaria, | 01 Mac 2012 |

Syarikat agensi pembantu rumah Malaysia tersepit
Suhaizan Kaiat, | 01 Mac 2012 |
Pemuda
PAS ingin memberi maklumbalas berhubung dengan kenyataan Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Datuk Sheikh Yahya
Sheikh Mohamed dalam akhbar Berita Harian pada 28/02/2012 yang
menyatakan bahawa usaha membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke
negara ini tertangguh sehingga April depan kerana majikan tempatan perlu
mengemukakan profil peribadi pembantu rumah bersama tawaran gaji untuk
diteliti oleh warga Indonesia yang berminat datang ke Malaysia.
Pemuda PAS menerima aduan daripada Syarikat Agensi (SA) pembantu rumah di Negeri Johor dan Kedah yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesulitan untuk meneruskan perniagaan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kementerian tidak praktikal dan membebankan.
Kerajaan Malaysia telah menetapkan bayaran kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia (PRI) yang dikenakan kepada majikan adalah tidak melebihi RM4,511.00. Jumlah ini adalah pecahan daripada RM1,800 kos untuk mendapatkan PRI di Indonesia dan RM2,711 keuntungan SA sebelum ditolak perbelanjaan (levi, Fomema -Pemeriksaan perubatan dan lain-lain)
Kerajaan Malaysia telah memaksa semua SA menandatangi Surat Akujanji pada 8 Disember 2011 yang telah memaksa semua mematuhinya. Dalam akujanji ini telah ditetapkan 4 perkara iaitu:
Kos pengambilan PRI adalah tidak melebihi RM4,511.
Penggantian atau ganti rugi kepada majikan bagi PRI yang lari, tidak kompeten atau unfit seperti yang telah ditetapkan di bawah Protokol Pindaan MoU 2006.
Memastikan bahawa majikan membuka akaun bank atas nama pekerja dan mematuhi semua syarat/peraturan/arahan semasa yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung pengambilan PRI.
Jika SA gagal melaksanakan peraturan di atas maka tindakan menarik balik lesen akan dilakukan.
Kerajaan Malaysia telah menetapkan kos untuk mendapatkan PRI sebanyak RM1,800 sahaja dan keuntungan SI sebelum tolak perbelanjaan sebanyak RM2,711. Jumlah ini adalah tidak praktikal dan membebankan SI atas sebab-sebab berikut:
Kos untuk mendapatkan PRI daripada agen menyediakan PRI di Indonesia adalah di antara RM6,000 – RM7,000. Sedangkan Kerajaan Malaysia hanya menetapkan sebanyak RM1,800. Nilai ini terlalu rendah sehingga menyebabkan SA di Malaysia tidak mampu bersaing dengan SA di negara-negara luar seperti Singapura, Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain. Akhirnya SA Malaysia terpaksa menutup operasinya kerana kerugian.
Kos RM1,800 adalah termasuk tiket kapal terbang, passport, petrol, latihan 200 jam dan komisyen kepada agen di Indonesia. Nilai RM1,800 adalah terlalu rendah. Sukar untuk mencari agensi di Indonesia yang bersetuju menyediakan PRI dengan nilai serendah itu.
Risiko PRI di Malaysia untuk melarikan diri adalah tinggi sebab jarak Malaysia dan Indonesia yang dekat. Oleh itu SA perlu menyerap kemungkinan risiko ini dalam perbelanjaan. Oleh itu keuntungan sebelum ditolak perbelanjaan sebanyak RM2,711 adalah terlalu kecil.
Nama Malaysia dalam bidang pembatu rumah juga agak kurang baik di Indonesia sebab masalah penderaan yang berlaku. Persepsi ini menambah sukar SA mencari PRI yang sesuai. PRI lebih bersedia untuk berkhidmat di negara bukan Malaysia.
Kerajaan pula dilihat seolah-olah lepas tangan. Setelah menetapkan harga RM1,800 kerajaan tidak langsung membantu menyediakan PRI. Justeru SA tidak mampu mendapatkan PRI yang diperlukan.
Persoalannya bagaimana SA boleh menyediakan profil peribadi beserta tawaran gaji pembantu rumah Indonesia sedangkan mereka tidak berminat dengan tawaran yang telah dipandu oleh kerajaan Malaysia? Apabila tiada pembantu rumah Indonesia yang berminat bekerja di Malaysia maka yang menjadi mangsa adalah SA dan rakyat Malaysia yang memerlukan pembantu rumah.
Kerajaan Kemboja pula telah membekukan pembantu rumahnya ke Malaysia dengan serta-merta kerana mendapat aduan dari NGO Tenaganita di Malaysia dan pembangkang Sam Rainsy Party di Kemboja. Ini telah menimbul masalah pada SA Malaysia yang telah mengutip wang deposit dari majikan di Malaysia dan telah membayar kepada agensi di Kemboja.
Bermula daripada 14hb Oktober 2011 hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan menyelesaikan isu ini. Jika isu ini berlanjutan maka wang deposit agensi Malaysia semakin sukar untuk dituntut balik dari Agensi di Kemboja. SA Malaysia juga bakal menghadapi tindakan mahkamah daripada majikan yang telah membuat bayaran kepada SA Malaysia. Ini menyebabkan SA di Malaysia dalam keadaan kewangan yang tenat.
Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai terdapat sebanyak RM20 juta transaksi pembantu rumah Kemboja telah dilakukan oleh SA Malaysia tetapi malangnya pembantu rumah Kemboja belum sampai lagi di Malaysia. Ini telah menambah beban kepada SA di Malaysia.
Pemuda PAS amat bimbang, dalam keadaan SA tersepit ini maka jalan manipulasi akan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggunjawab bagi mempastikan perniagaan tetap diteruskan. SA terpaksa membayar kos operasi perniagaan setiap bulan sedangkan perniagaan tidak dapat diteruskan. Mereka yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat penipuan resit kepada pihak kerajaan. Dalam resit tersebut dinyatakan bayaran kos pengambilan PRI yang dikenakan kepada majikan adalah RM4,511.00 tetapi hakikatnya bayaran itu lebih daripada yang dinyatakan.
Oleh itu Pemuda PAS berpandangan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed tidak mendapat maklumat yang jelas daripada semua SA di seluruh negara. Pihak JTKSM perlu memndapatkan pandangan daripada semua SA dan bukan hanya daripada Persatuan Agensi Pekerja Asing (PAPA) sahaja. Ini kerana aduan yang diterima oleh Pemuda PAS berbeza daripada apa yang dimaklumkan oleh pihak JTKSM dalam media.
Pemuda PAS Pusat mencadangkan beberapa perkara mengatasi masalah yang dihadapi oleh SA. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:
JTKSM perlu berjumpa secara terus dengan semua SA dalam waktu terdekat. Kebebasan perlu diberikan kepada mereka untuk memberi pandangan berkenaan masalah yang mereka hadapi.
Jika kerajaan mahu menetapkan kos mendapatkan PRI hanya sebanyak RM1,800 maka kerajaan perlu menyediakan satu agensi khas untuk mendapatkan secara terus PRI daripada Indonesia. SA di Malaysia hanya akan mengambil PRI yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Jika kerajaan tidak mampu menyediakan satu agensi untuk menyedaikan PRI di negara ini dengan kos yang ditetapkannya maka kerajaan perlu membuka semula penetapan kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia (PRI) sebanyak RM4,511 kepada pasaran bebas. Ini bermaksud kos pengambilan PRI ditentukan oleh demand and supply. Pihak kerajaan perlu mencari mekanisma bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan pembantu rumah tetapi tidak mampu membayar kos yang tinggi.
Menyelesaikan masalah Isu Pembantu Rumah Kemboja dengan kadar segera.
Suhaizan ialah Ketua Pemuda PAS Johor dan Exco Pemuda PAS Malaysia.

NFC pertahan niaga di S'pura tak masuk akal
Rafizi Ramli, | 01 Mac 2012 |
Saya
merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif
NFC yang disiarkan laman berita The Malaysian Insider bertajuk “NFCorp
Justifies Its Expansion Into Singapore” bertarikh 1 Mac 2012.
Beliau dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 juta. Beliau memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.
Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta.
Berdasarkan sumber rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar di laman web dan sasaran pengeluaran daging yang ditetapkan kepada NFC, perbandingan berikut boleh dibuat:
Perbezaan di antara sasaran yang ditetapkan mengikut dasar-dasar utama negara dan pencapaian NFC setakat ini jauhnya bagai langit dan bumi.
NFC tidak ada hak untuk bercakap mengenai pasaran baru diluar negara selagi ia tidak memenuhi sasaran 40% permintaan tempatan kerana itulah tujuannya NFC ditubuhkan. Malah, kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail bahawa pasaran tempatan terlalu kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran NFC adalah satu penipuan yang menghina minda rakyat Malaysia.
Saya masih menunggu kenyataan rasmi dari NFC dan kerajaan untuk menjawab kenapa sejumlah wang rakyat dibenarkan dilaburkan dalam aktiviti perniagaan di luar negara yang tidak ada kena mengena dengan tujuan pembiayaan RM250 juta diluluskan.
Rafizi ialah Pengarah Strategi PKR

Sasaran Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar |
Pencapaian NFC (2008 hingga 2010) |
|
Output pengeluaran daging mentah menjelang 2009 | 50,000 tan setahun | Purata 400 tan setahun (berdasarkan purata 1,914 sembelihan setiap tahun, berat bersih daging 200 kg setiap sembelihan) |
Peratusan pencapaian berbanding sasaran yang ditetapkan | 0.8% | |
Jumlah lembu yang perlu disembelih oleh NFC untuk memenuhi sasaran 40% permintaan daging tempatan | 800 ekor sehari (berdasarkan berat bersih daging 200 kg setiap seekor lembu, 300 hari operasi setiap tahun) |
Purata 6 ekor sehari |
Perbezaan di antara sasaran yang ditetapkan mengikut dasar-dasar utama negara dan pencapaian NFC setakat ini jauhnya bagai langit dan bumi.
NFC tidak ada hak untuk bercakap mengenai pasaran baru diluar negara selagi ia tidak memenuhi sasaran 40% permintaan tempatan kerana itulah tujuannya NFC ditubuhkan. Malah, kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail bahawa pasaran tempatan terlalu kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran NFC adalah satu penipuan yang menghina minda rakyat Malaysia.
Saya masih menunggu kenyataan rasmi dari NFC dan kerajaan untuk menjawab kenapa sejumlah wang rakyat dibenarkan dilaburkan dalam aktiviti perniagaan di luar negara yang tidak ada kena mengena dengan tujuan pembiayaan RM250 juta diluluskan.
Rafizi ialah Pengarah Strategi PKR
Jingga 13 selar Adnan, nafi belum buat laporan polis
Harakahdaily, | 01 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Mac: NGO Jingga 13 hari ini menyelar
kenyataan Setiausaha Agung Umno bahawa tiada sebarang laporan polis
dibuat yang melibatkan Umno berhubung insiden serangan terhadap perseta
Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang 26 Februari lalu.
Menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai 'berbohong', koordinatornya Fariz Musa berkata laporan serta bukti telah diserahkan kepada polis pada 28 Februari lalu lagi.
"Jingga 13 melalui Jingga 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh Umno yang rata-rata memakai topi berlogokan Umno dan tertera "Umno Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda Umno Balik Pulau," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian di Padang Kota Lama, Ahad lalu, peserta Himpunan Hijau 2.0 didakwa diserang kira-kira 50 lelaki yang dipercayai penyokong Umno.
Dalam serangan itu wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew cedera dan menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, didakwa dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut .
"Jingga 13 juga yakin bahawa Adun Telok Bahang yang juga merangkap Ketua Umno Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Yahya mengetahui siapakah dalang sebenar disebalik tindakan liar pemuda Umno menyerang wartawan dan rakyat yang berhimpun dengan aman tersebut.
"Ini kerana berdasarkan laporan Umno Balik Pulau , kira-kira 50 orang pemuda Umno Seremban bersama Pemuda Umno Balik Pulau sebelum itu mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Sekolah Agama Rakyat Wungai Pinang , Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama," katanya lagi.
Laporan polis serta bahan bukti bergambar turut dilampirkan bersama kenyataan medianya.
Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar segala tindakan melampau, menyerang ceramah dan program yang dihadiri Pakatan Rakyat dihentikan serta merta.
"Rakyat semakin takut dengan Umno yang dilihat sebuah parti yang terdiri para samseng yang akan membelasah rakyat bila-bila masa sahaja jika tidak mengikuti telunjuk mereka.
"Ini amalan 'budaya samseng' yang membuktikan Umno semakin tersepit dan ditolak oleh rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan