Isnin, 19 Mac 2012

DULU BERIA2 KEMPEN LYNAS TAK BAHAYA...LAH CAKAP LAIN...BERBELIT2....JANGAN KIRA UNTUNG DAN DUIT SAHAJA...NYAWA RAKYAT KENA AMBIK KIRA...TAKUT PEMIMPIN2 YANG DEKAT LYNAS PUN DALAM BAHAYA....

Bertaruh RM15,000 kalau Brahim dapat laluan BN

http://msomelayu.blogspot.com/, 18 Mac 2012
Ada dua cerita atau maklumat sikit pelik dari Kelantan yang sampai ke telinga saya pagi ini. Satunya mengenai keberanian seorang perniaga gerai makan bertaruh sebanyak RM15,000 sekiranya Inchek Ibrahim Ali mendapat laluan untuk bertanding atas tikit BN berlambangkan dacing. Syarat pertaruhan itu juga sekiranya Ibrahim diberi laluan oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Wang pertaruhan itu katanya sudah diserahkan kepada orang tengah. Peniaga itu begitu yakin bahawa Ibrahim tidak akan mendapat laluan dari BN seperti mana Pas berikan pada tahun ahli parlimen 'kera' itu pada tahun 2008.

Sebelum ini ahli perniagaan peringkat gerai di bandar Pasir Mas itu bertaruh sekadar RM5,000 sahaja. Namun kerana dia yakin Umno Pasir Mas tidak akan memberi laluan menaikkan nilai pertaruhannya.

Berita kedua ialah mengenai nasib ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang juga seperti mengharap pelangi berbuah rambai.

Zawawi yang lebih dikenali cikgu Awi sudah tidak dipedulikan lagi. Semalam sewaktu timbalan menteri pelajaran Puad Zarkasi datang ke Pasir Puteh untuk memenuhi satu undangan parti beliau dikatakan singgah di rumah Kamaruddin Mohd Noor untuk berihat.

Kamaruddin bekas ketua bahagian disebut-sebut akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh di mana kerusi berkenaan sepatutnya tempat cik Awi. Tindakan Puad itu katanya menimbulkan kemarahan para penyokong cikug Awi yang menganggap satu pukulan buat ketua Umno bahagian Pasir Puteh itu.

Pihak lain pula menterjemahkan kunjungan Puad itu menjelaskan bahawa Kamaruddin yang tewas dalam perebutan ketua bahagian di tangan cikgu Awi sudah sahih akan bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.

Lynas: PSC gambar kelemahan Najib

Mohd Sayuti Omar, 18 Mac 2012
Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas mengenai Lynas (PSC) menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gambang, Pahang itu bermasalah.


Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.

Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula.

Jawatankuasa PSC itu dianggotai sembilan anggota itu yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz.

Dengan wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut renyuk" memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat termasuk seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi.

Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan.

Walaupun PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung projek itu tetapi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri. Walaupun PSC tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup tetapi perjuangan para anti Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan sendiri meragui akan keselamatannya.

Sudah lama terpampang dalam benak saya kenapa bersungguh benar kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah wang pelancar untuk projek berkenaan sudah pu diambil? Baik kerajaan menjelaskan saja yang mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan projek berkenaan.

Saya teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak perlu adakan 'stok BN' atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya. Parti itu katanya ada cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu sumbernya komisyen kepada projek nadir bumi itu? - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Tabah cadang Bangkit 2.0 di Padang Merdeka

Harakahdaily, 18 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) bercadang mengadakan perhimpunan aman Bangkit 2.0 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.


Setiausahanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata, perhimpunan itu sebagai menyahut saranan ACP Ahmad Sofi Zakaria, Ketua Polis Kota Kinabalu semasa 123 Bangkit pada 12 Mac lalu mengenai lokasi perhimpunan yang dibenarkan.

Katanya, Menurut Sofi, lokasi yang dibenarkan bagi perhimpunan aman di sekitar Kota Kinabalu ialah sama ada di Stadium Likas atau di Padang Merdeka, dekat Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, ujarnya Tabah akan mengadakan Bangkit 2.0 seperti di atas di lokasi Padang Merdeka.

“Tabah juga memohon agar pihak berkuasa dan keselamatan mempertimbangkan hasrat ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas keselamatan yang mengawal pergerakan dan kelancaran semasa Himpunan 123 Bangkit pada 12 Mac lalu.

Tabah juga, ujarnya telah menyediakan sebuah sijil penghargaan kepada pasukan keselamatan dan akan diserahkan kepada ACP Ahmad Sofi Zakaria, selaku Ketua Polis Kota Kinabalu atas kerjasama tersebut.

Tabah juga, jelasnya menyangkal dakwaan beberapa pihak tertentu seperti mana laporan yang tidak berasas mengenai perhimpunan tersebut dalam sebuah akhbar tempatan Sabah pada 13 Mac lalu.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh wakil Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Kampung Landau Cenderamata (Masyarakat Melayu), Kampung Merotai Besar Tawau, Suratmin Yusof bersama dua lagi rakannya yang memberi laporan tidak berasas mengenai Tabah.

Ini, jelasnya merupakan satu usaha untuk memburuk-burukkan keadaan dan juga Tabah.

Jelasnya lagi, oleh kerana layanan yang kurang memuaskan yang diterima oleh Tabah semasa penghantaran memorandum, maka Tabah akan melancarkan seterusnya menggerakkan satu lagi himpunan sama pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

“Apa yang bezanya, Tabah tidak lagi menghantar memorandum serupa kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tetapi akan mengadakan perhimpunan besar-besaran dengan jangkaan akan turut dihadiri oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang,” katanya.

Beliau menambah, berita penahanan dan sekatan terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang juga AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman oleh Kerajaan Negeri Sabah turut menarik perhatian Tabah dengan memohon kerjasama kepada pihak kerajaan negeri membenarkan ketiga-tiga pimpinan parti seperti yang disebutkan di atas serta beberapa pimpinan lain yang mungkin menyebabkan ketiga-tiga pimpinan itu mengalami kemaslahatan untuk hadir pada hari berkenaan untuk masuk ke Negeri Sabah bagi melancarkan perhimpunan pada hari berkenaan.

“Ini bagi membuktikan semangat 1Malaysia dan menghormati prinsip kebebasan dan semangat demokrasi negara Malaysia,” tegasnya.

6 tuntutan wanita ke arah kerajaan bersih

Hazayani Zakaria, 18 Mac 2012
PETALING JAYA, 18 Mac: Kira-kira 2,000 wanita berpakaian ungu berhimpun di Padang Astaka, dekat sini petang tadi bagi menyuarakan enam tuntutan mereka ke arah kerajaan yang bersih.

Menggelarkan diri mereka Wanita Suara Perubahan, himpunan siang tadi menghimpunkan wanita daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan mula berarak jam 2.30 petang iaitu dari Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya, Seksyen 10 sebelum berkumpul di Padang Astaka.

Perhimpunan yang mendapat kerjasama pihak polis itu turut disokong Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wanita Pakatan Rakyat.

Antara yang hadir ialah Senator Mumtaz Md Nawi dari Kelantan, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng, Adun Taman Medan, Haniza Talha, dan beberapa pimpinan wanita yang lain.

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Lelaki iaitu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan beberapa orang lagi.

Perhimpunan diisi dengan ucapan penuh semangat wakil-wakil NGO dan wakil Pakatan Rakyat diselang seli dengan laungan Wanita "suara perubahan", "bangkit wanita" dan laungan-laungan semangat yang lain.

Wakil Jaringan Orang Asli Semenanjung, Fatimah turut menyampaikan ucapan.

Beliau meminta tanah adat dikekalkan dan orang asal diiktiraf di Malaysia dengan tidak meminggirkan mereka.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam lima petang.

Di akhir perhimpunan, mereka membacakan enam tuntutan tersebut iaitu mansuhkan akta perhimpunan awam 2011, kerajaan yang bebas daripada rasuah, gaji yang berpatutan, hentikan keganasan terhadap wanita, pilihan raya yang bersih dan adil dan kualiti hidup yang lebih baik.

60 peratus Muslimat PAS

Sementara itu, Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada muslimat yang sanggup hadir dari pelbagai negeri untuk menyatakan solidariti terhadap perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, kira-kira 60 peratus peserta Wanita Suara Perubahan terdiri daripada muslimat PAS.

Selain dari Kuala Lumpur dan Selangor, ada yang datang dari Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor dengan menyewa bas.

"Tahniah kerana muslimat berjaya mengumpulkan ahli dalam jumlah yang ramai, saya kira 60 peratus yang hadir ialah muslimat kita.

"Suara wanita tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan dan muslimat PAS menyokong penuh enam tuntutan ini dan kita menyokong segala perkara yang selaras dengan Islam," katanya.

146 graduan Ilham terima Diploma Tasawur Islam

Salmiyah Harun, 18 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Seramai 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam satu majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Negeri Perak antara yang paling ramai melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang diikuti, Johor 30 orang, dan Pahang seramai 18 orang manakala Ilham Pusat seramai 21 orang.

Majlis yang berlangsung setengah hari itu menyaksikan seramai 70 graduan di kalangan lelaki dan 76 orang dari kalangan wanita menerima diploma yang disampaikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut menyampaikan diploma kepada graduan adalah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, selaku Penaung lembaga Pengarah Ilham Datuk Harun Taib.

Untuk kali ini Ilham mengisytiharkan Anugerah Zulkifli Mohammad yang berjaya digondol graduan dari Pahang Wan Ismail Wan Ibrahim, berdasarkan kriteria pemarkahan akademik yang terbaik.

Manakala Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga.

Ilham turut mengurniakan Anugerah Diploma Kehormat Tarbiyyah dan Perkaderan kepada Datuk Yahya Osman.

Turut bersama dalam majlis konvokesyen itu, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf, Pengarah jabatan Tarbuyah dan Perkaderan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik

Ilham sebuah institusi latihan yang ditubuhkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang bertujuan untuk memberikan latihan perkaderan, kepimpinan dan dakwah secara nizomiyah kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Ilham ditubuhkan dengan rasmi pada 1994 dan beroperasi di Markaz Tarbiyah PAS Pusat (Kuizm).

Intitut itu menawarkan kursus untuk mencapai sasaran 'mengulamakan intelektual dan mengintelektualkan ulamak' meliputi beberapa program iaitu pengajian Islam, bahasa dakwah, pengurusan organisasi dan kefahaman visi perjuangan PAS.

Sehubungan itu, beberapa graduan yang ditemui melahirkan kegembiraan selepas melalui pengajiannya selama dua tahun di mana mereka berasa cukup puas dengan apa yang dipelajarinya.

Wan Ismail Wan Ibrahim, 33, yang muncul sebagai pelajar terbaik melahirkan rasa bersyukur dan kejayaan itu menjadi pendorong kepadanya untuk menyumbangkan tenaga serta keupayaan kepada parti.

"Semua yang dipelajari hari ini akan diaplikasikan untuk gerak kerja, kehidupan dan masyarakat sebagai seorang Islam," katanya.

Mohd Yusuf Zainon, 52, berkata, pengajian itu cukup bermakna buatnya apabila beliau lebih memahami dasar sebuah negara yang dilaungkan oleh pemimpin Islam.

Malah katanya yang berasal dari Perak, satu kewajipan kepada orang Islam untuk memberi kesedaran kepada sesiapa tidak kira apa-apa bangsa.

Mazlan Kasan, 45, salah seorang graduan dari Johor mengakui banyak ilmu yang diperoleh beliau sepanjang mengikuti Ilham.

Bahkan katanya, melalui pengajian ini beliau terdedah dengan pelbagai aspek, antaranya, akhlak Islam, Al Quran dan hadis, ekonomi Islam dalam erti kata yang sebenar.

Salbiah Mat Jalani, 52, ketika ditemui seusai majlis tersebut berkata pengajian di Ilham jauh berbeza dengan pengajian yang diambilnya sebelum ini.

Beliau yang mempunyai ijazah, bagaimanapun mengakui pengajian di luar sana lebih menekankan sekular semata-mata dan ianya berbza di Ilham yang menekankan Islamik.

"Gunakan apa yang kita pelajari di dalam kehidupan seharian dan yang penting untuk perjuangan Islam," katanya.

Tiada ulasan: