SBPA: K’jaan gagal fahami urus kelola yang baik
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 08 Mac 2012 |
Dan kerajaan yang ada tidak punya integriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang baik.
Pokoknya ini melambangkan kelemahan kerajaan yang sangat ketara.
Bila pihak JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen, begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi 1 juta orang.
Setiap penjawat dan kerani di pejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan.
Ketika mana keputusan menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan , maklum balas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius.
Malah teguran dan bantahan dilihat dari kaca mata politik pembangkang.
Sehingga JPA dan pejabat PM menerima lebih 1,000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuhkan diumum.
Teras mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan di pihak kerajaan sejak awal lagi.
Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan, suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan?
Kini ramai penjawat awam yang telah menandatangani dokumen yang berkaitan.
Setelah diumumkan pemansuhan SBPA, ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti.
Hanya bila menerima reaksi balas negatif dan setelah sedemikian banyak masa, sumber peruntukan dan tenaga terlibat, baru keputusan ditarik balik.
Sekarang kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan kerajaan.
Apakah kerajaan di bawah Najib kembali mempamerkan kerajaan “flip-flop”.
Apakah kerajaan perlu mendapat tentangan yang meluas dari rakyat baru kerajaan cuba merasionalkan keputusan untuk merubah?
Kami berpendapat ini menunjukkan kelemahan dalam urus kelola yang sangat buruk.
Jika polisi boleh ditukar-tukar dalam masa yang singkat, tetapi sumber peruntukan wang dibelanjakan dengan sebegitu besar, ini jelas menunjukkan kelemahan dan kepincangan.
Teras juga memanjangkan penelitiannya terhadap banyak lagi projek gajah putih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Betapa pembaziran yang bernilai ratusan juta di seluruh negara berlaku di hadapan mata rakyat menimbulkan pertanyaaan kerajaan tidak mempedulikan lagi wang rakyat yang dibelanjakan.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
Rekreasi: Fuziah mahu AELB bertanggungjawab
Muhammad Faizal, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Ahli
Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Ketua Pengarah
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), berhubung tapak pelupusan sisa
Rare Earth di Bukit Kledang, sebagai 'berfikiran lama dan sempit'.
Beliau yang dihubungi memberitahu, Raja Abdul Aziz sepatutnya berfikit terlebih dahulu serta mempunyai tanggungjawab sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal itu.
"Saya hairan bagaimana beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, malah apa yang dikatakan olehnya itu jelas menunjukkan beliau berfikir cara lama dan sempit.
"Sepatutnya dalam hal sedemikian beliau perlu mempunyai sikap bertangggungjawab serta tahu apa yang sepatutnya diambil terhadap kawasan tersebut bukannya menyatakan ia selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Raja Abdul Aziz ketika taklimat AELB kononnya kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi.
Menurutnya perkara itu boleh dilakukan selepas kawasan tapak itu dikedap sepenuhnya tahun depan.
Menurut Fuziah lagi, perkara yang paling utama sebelum bercakap soal taman rekreasi adalah aspek keselamatan kepada rakyat dan juga penduduk sekitar.
"Bagaimana beliau boleh berfikiran sedemikinan tanpa memikirkan soal keselamatan terlebih dahulu.
"Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan pada kawasan tersebut bagi mengelak berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa bukannya membuat tawaran sebuah taman rekreasi selamat dibina.
"Kesan terhadap kandungan radio aktif ini boleh menyebabkan kanser dan kita tidak mahu generasi akan datang terdedah kepada penyakit tersebut," sambungnya lagi.
Fuziah berpendapat, kerajaan mahupun AELB perlu lebih peka kepada soal keselamatan bukannya hanya ingin menutup soal bahaya sisa radioaktif dengan menyatakan ia selamat digunakan untuk kegunaan orang ramai.
Moga-moga Melaka pun akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan akan bertambah sorang lagi menteri besar dari kalangan orang PAS.
Konon depa nak bagitau, bukan isteri Najib ja teruk tapi isteri Guan Eng pun teruk jugak. Masalahnya, dakwaan ni langsung takdak bukti.
Dengarnya memang ada arahan jelas kepada semua cyber troopers Umno untuk buat fitnah kepada setiap bakal calon Pakatan Rakyat. Bila dah nama fitnah mana nak boleh ada bukti. Realitinya, depa tak perlu bukti pun pasainya memang majoriti rakyat Malaysia suka berita sensasi dan tak kisah pun nak semak betul atau tak berita sensasi tu.

Tidak sukar untuk saya memahami gelodak rasa Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, yang dilaporkan Harakahdaily sebagai "teresak-esak menangis kegembiraan" selepas mendapat tahu dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh menerima keputusan parti, yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Rakan baiknya, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, kedua-duanya anak Johor, turut menulis, menggambarkan situasi ketika beliau menerima panggilan Salahuddin memaklumkan berita gembira itu, "dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak".
Mazlan yang aktif memperjuangkan kepentingan peneroka dan generasi kedua Felda seterusnya mencatatkan: "Alhamdulillah ... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca al-Quran sambil menangis."
Sememangnya debar episod terbaru di Kedah itu merisaukan banyak pihak dalam parti. Sebagai orang yang diamanahkan untuk mencari jalan keluar ke atas pergolakan dalaman itu, Salahuddin tentunya dapat merasai nikmat yang membahagiakan apabila formula penyelesaian dapat diterima dengan baik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Salahuddin sebagai layak digelar "Kofi Anan dalam PAS".
"Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang bergegas balik dari Bosnia, transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah, tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi," tambah Tuan Ibrahim.
Kebetulan pada Sabtu malam, 3 Mac itu, sekitar jam 9 malam, ketika ramai wartawan berkumpul di sekitar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, Alor Setar -- lokasi mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat -- saya melewati plaza tol terakhir Lebuh Raya Utara Selatan di Hutan Kampung, dalam perjalanan balik kampung untuk menziarahi emak saudara yang sakit tenat.
Hujan hampir sepanjang laluan yang kami tempuh selama lima jam itu. Semakin mendekati utara titisannya tambah lebat.
Saya menghubungi Ketua Pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau segera membalas SMS saya, memaklumkan keadaan, dan memberitahu wartawan tidak dibenarkan masuk, sambil menjangkakan mesyuarat mungkin berakhir lewat pagi.
Setengah jam kemudian, saya tiba di Kampung Pulau Timbul, Jitra. Ramai adik-beradik berkumpul; emak saudara saya, dalam lingkungan usia 70-an, ternyata begitu uzur sekali dan sukar bernafas.
Suasana sedih dan pilu tidak dapat menghalang beberapa kenalan dan orang kampung berbisik bertanyakan situasi sebenar politik Kedah. Nampaknya mereka agak kebingungan dan tidak dapat menyelami bagaimana Ustaz Azizan Abd Razak boleh berdepan keadaan yang dilihat genting itu.
"Ustaz Azizan nampak okey aja, takda isu besar yang bawa masalah, malah orang Umno pun takda modal nak serang dia," kata seorang daripadanya.
"Patutnya, sayalah yang tanya orang Kedah," usik saya. Mereka kelihatan cuba membendung keresahan.
"Dekat dengan pilihan raya, macam-macam pula hal berlaku. Hilang semangat nak bekerja pilihan raya, bukan saya seorang saja, kawan-kawan lain di sini pun macam tu juga ...," respons saudara saya itu.
"PAS di Kedah bukannya kuat sangat, kita boleh kalah kalau tak selesai cepat masalah ini," pintas seorang lagi, sambil mengaku dia masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.
"Lagi elok kalau tak tahu puncanya," balas saya sambil tersenyum. Ternyata mereka agak tidak gemar dengan gurauan saya itu. Seorang rakan karib mencelah: "Aku tak dapat terima mengapa krisis ini terdedah pada waktu yang kritikal seperti sekarang."
Mereka begitu bimbang kekuatan parti terjejas atau sekurang-kurangnya rakyat curiga dengan keupayaan kerajaan PAS Kedah dan dengan itu boleh menyebabkan tumbang dalam PRU13 nanti.
"Insya-Allah, kita sama-sama berdoa untuk kebaikan jemaah. Semua yang terlibat itu mahukan yang terbaik untuk parti dan kerajaan Kedah. Banyak perkara yang kita tidak tahu," kata saya.
Apabila mendengar nada SMS telefon bimbit saya, seorang saudara rapat pantas bertanya, "ada maklumat terbaru?" Saya segera menyemak dan menjawab, "tak ada lagi, masih awal kot, mesyuarat tentu panjang, silap-silap sampai subuh."
Oleh kerana masih keletihan dan kaki membengkak, saya mohon diri beredar. Kampung halaman saya, Kampung Raja, hanya kira-kira 300 meter dari rumah emak saudara.
Di rumah, sembang-sembang bersambung. Orang kampung masih berkongsi kebimbangan. Saya kira mesyuarat khas di Seri Mentaloon malam Ahad itu bukan hanya cuba diteropong aktivis PAS di kampung saya, malah mendapat perhatian seluruh negara.
Mungkin ramai pencinta jemaah memanjatkan doa dan menunaikan solat hajat di keheningan malam itu agar segalanya berjalan lancar dan berjaya merumuskan jalan keluar terbaik. Halangan yang membantutkan gerakerja persiapan PRU13 perlu dibuang segera.
Lebih penting daripada itu, keyakinan tinggi rakyat terhadap Parti Islam tidak boleh dijejaskan. Selama ini banyak pihak beranggapan PAS mempunyai mekanisme tersendiri -- tentunya Islamik dan beradab -- bagi menyelesaikan sebarang kemelut dalaman yang berbangkit.
Dan kelebihan itulah, bagi mereka, yang membedakan PAS dengan parti-parti politik yang lain.
Keletihan sepatutnya memudahkan saya melelapkan mata, tetapi fikiran tetap terfokus ke Alor Setar. Sehingga jam 3 pagi, Azamin masih melaporkan tiada perkembangan yang boleh dilaporkan.
Esoknya, pagi Ahad, banyak SMS diterima bertanyakan soalan sama. Saya segera menghubungi rakan-rakan, di antaranya, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid, yang juga bekas wartawan Harakah.
Jawapan mereka hampir senada, "tak tahu ... cuba tanya AJK PAS Pusat." Helmi membalas, beliau dimaklumkan tiada sidang akhbar pagi itu. Mungkin ia adakan diadakan di Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.
(Lebih kurang jam 10 pagi, khabar duka menyapa; satu-satunya mak saudara saya yang masih ada telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah)
Rakan-rakan lama di Kedah, yang sebahagiannya tidaklah begitu mengikuti perkembangan politik, turut menghubungi saya. Selain menjawab ringkas, saya lebih suka menduga tanggapan mereka sendiri.
Mereka tidak terkejut jika PAS juga dilanda masalah dalaman. "Suami isteri pun bergaduh, saudara mara ada yang tidak bertegur sapa, apatah lagi PAS yang begitu ramai ahlinya, ditambah lagi kini berkuasa di Kedah," kata seorang teman, peniaga berjaya.
"Cuma yang kami harapkan, janganlah londeh segala aib di depan orang ramai. Kalau nak bergaduh pun, ikutlah adab-adab, 'kan? Rakyat sedang perhati bagaimana PAS menyelesaikan konflik sesama sendiri. Jangan bagi mereka hilang keyakinan. Kalau kalah selepas berkuasa, payah nak menang balik," tambahnya.
Ini bertepatan sekali dengan kenyataan Ustaz Abd Hadi pada 6 Mac lalu, selepas merakamkan terima kasih kepada semua pihak terbabit yang memberikan kerjasama dan menghormati keputusan pimpinan PAS Pusat : "Perlu dingat bahawa konflik dalam sesebuah organisasi adalah perkara lumrah dan ianya perlu dihadapi dengan penuh keimanan, tenang, sabar dan berlapang dada. Ujian sebegini bukan sahaja senantiasa akan dihadapi dalam perjuangan, tetapi juga akan terus menerus dihadapi dalam semua suasana bahkan lebih mencabar lagi dalam mengisi kemenangan."
Media juga melaporkan kesediaan Ustaz Azizan untuk akur dengan keputusan pimpinan PAS Pusat: "Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan PAS Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan ... Selepas ini, saya serah kepada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku."
Sikap terbuka Ustaz Azizan itu wajar disanjung. Tidak mudah buat seorang menteri besar berdepan satu "tribunal", yang akhirnya dimanipulasi media Umno sebagai telah mengurangkan kuasa eksekutifnya. Difahamkan, semasa mesyuarat malam itu, Ustaz Azizan kelihatan tenang walaupun diasak pelbagai persoalan.
Begitu juga dengan pendirian Ir Phahrolrazi dan Dr Ismail, yang dikira dapat membantu memudahkan parti mencari jalan keluar menamatkan kemelut daripada terus berpanjangan.
Bagi saya, tiada pemenang apatah lagi pihak yang kalah dalam isu ini. Masih terlalu banyak agenda penting -- bukan setakat memastikan kemenangan PAS dan Pakatan dalam PRU13 -- khususnya demi kepentingan rakyat yang perlu diberi tumpuan.
Justeru, jauhilah daripada membuat ulasan atau singgungan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan yang lain, khususnya ketika sebarang kenyataan mudah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menangani soal tersebut.
(Satu penyakit juga kalau dalam saat-saat krisis, ada pemimpin yang pantang disuakan soalan wartawan, pantas saja memberi respons meskipun natijahnya kepada jemaah buruk dan negatif. Begitu juga dengan sikap gatal tangan aktivis parti, khususnya yang mempunyai jawatan strategik, yang mencatatkan apa saja yang terlintas dalam pemikitran, termasuk hal-hal sensitif, misalnya dalam Facebook).
Secara peribadi, saya cuba mengelak daripada memandang remeh apa yang berlaku atau sekadar menuding jadi kepada musuh atau media yang dikontrol Umno. Memanglah BN dan medianya akan mengeksploitasi sejauh mungkin, terutama negara di ambang PRU13, dan ia satu kesempatan terbaik untuk menawan kembali Kedah.
Cuma saya kasihan dengan rakan-rakan media, khususnya di Utusan Malaysia dan TV3, yang begitu bebal (dan dungu) dalam laporan mereka, sehingga mahu mengaitkan semua perkembangan dalam PAS dengan faktor Anwar Ibrahim, dan terbaru ditambah elemen "parasit-parasit".
Imiginasi luar mereka asyik tertumpu kepada "krisis" kelompok "Erdogan" yang mahu menjatuhkan ulamak, sedangkan di Kedah, Dewan Ulama PAS Negeri, terutama ketuanya, dilihat bersama Phahrolrazi, termasuk dalam beberapa sidang akhbar.
Nasihat saya, menulislah berdasarkan kebenaran ... jangan rendahkah martabat sendiri hanya kerana mahu memuaskan nafsu bos politik anda!
Apa pun, buat penggerak parti, setiap masalah perlu dihadap secara serius, cermat dan bijaksana serta tidak memisahkannya dengan tradisi muafakat dan syura. Dalam keseluruhan babak yang dianggap genting ini (ada rakan menyifatkannya sebagai banyak membazirkan masa, tumpuan dan tenaga petugas parti), tentu ada yang "tercedera"; sama-samalah kita merawatnya dan bukannya menambahkan lagi luka.

Bini Guan Eng sama taraf dengan bini Najib?
http://cenangau.blogspot.com, | 08 Mac 2012 |
Nampak gayanya, puak-puak penchachai Umno dah takdak isu nak
belasah DAP. Tambah-tambah di Melaka yang BN masih memerintah.
Khabarnya Umno BN di Melaka pun dah tak sedap duduk lebih kurang macam
Umno di Johor.
Kalau di Johor yang selama ni dianggap kubu kuat Umno pun Muhyiddin
dan Ghani Othman seriau, inikan pulak Melaka yang bukan kubu kuat
Umno. Tambah-tambah sejak PAS Melaka diterajui oleh orang muda, gerak
kerja depa memang laju semacam. Orang cina di Melaka pun nampaknya
semakin dapat menerima pemimpin PAS.
Jadinya, untuk pastikan Melaka kekal ditangan Umno BN, DAP mesti
dipancung di Melaka. Kalau DAP Melaka boleh menang semua kerusi Dun,
harapan untuk Melaka jatuh ke tangan pakatan Rakyat cukup besar. DAP di
Perak boleh buat takkan DAP di Melaka tak boleh. Tambah-tambah pulak
dalam keadaan pengundi Cina cukup meluat dengan Umno BN sekarang ni.
Kalau DAP boleh menang semua 8 kerusi Dun yang depa bertanding
maknanya Pakatan Rakyat cuma perlu lagi 6 kerusi untuk dapat majoriti
mudah. Takkan kut PAS yang semakin kuat di melaka tak boleh menang
beberapa kerusi, macam tu jugak takkan PKR langsung tak boleh menang.
Aku malas nak buat analisa tapi aku yakin banyak Dun di Melaka yang
pengundi cina lebih dari 20%. Kalau kecenderungan pengundi cina akan
undi Pakatan Rakyat lebih 70%, kerusi yang pecahan pengundi cina lebih
20% memang ada harapan untuk dapat kepada Pakatan Rakyat.
Pasai tu lah penchachai Umno dah mula tembak pemimpin DAP. Nak
tembak dengan bukti depa takdak, jadinya cara yang paling mudah depa
buat fitnah.
Betty Chew adalah antara mangsa fitnah. Memang patutpun Betty Chew
dijadikan mangsa utama pasai selain Adun dari DAP, Betty Chew adalah
isteri kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap
Setiausaha Agung DAP. Besar kesannya kalau ramai orang percaya fitnah
ke atas Betty Chew.
Kat bawah ni aku salin tampal fitnah yang aku jumpa di blog penchachai Umno.
Konon depa nak bagitau, bukan isteri Najib ja teruk tapi isteri Guan Eng pun teruk jugak. Masalahnya, dakwaan ni langsung takdak bukti.
Dengarnya memang ada arahan jelas kepada semua cyber troopers Umno untuk buat fitnah kepada setiap bakal calon Pakatan Rakyat. Bila dah nama fitnah mana nak boleh ada bukti. Realitinya, depa tak perlu bukti pun pasainya memang majoriti rakyat Malaysia suka berita sensasi dan tak kisah pun nak semak betul atau tak berita sensasi tu.
Moga-moga Melaka pun akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan akan bertambah sorang lagi menteri besar dari kalangan orang PAS.
Usah tambah peritnya luka Kedah
-, | 08 Mac 2012 |
Tidak sukar untuk saya memahami gelodak rasa Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, yang dilaporkan Harakahdaily sebagai "teresak-esak menangis kegembiraan" selepas mendapat tahu dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh menerima keputusan parti, yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Rakan baiknya, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, kedua-duanya anak Johor, turut menulis, menggambarkan situasi ketika beliau menerima panggilan Salahuddin memaklumkan berita gembira itu, "dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak".
Mazlan yang aktif memperjuangkan kepentingan peneroka dan generasi kedua Felda seterusnya mencatatkan: "Alhamdulillah ... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca al-Quran sambil menangis."
Sememangnya debar episod terbaru di Kedah itu merisaukan banyak pihak dalam parti. Sebagai orang yang diamanahkan untuk mencari jalan keluar ke atas pergolakan dalaman itu, Salahuddin tentunya dapat merasai nikmat yang membahagiakan apabila formula penyelesaian dapat diterima dengan baik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Salahuddin sebagai layak digelar "Kofi Anan dalam PAS".
"Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang bergegas balik dari Bosnia, transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah, tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi," tambah Tuan Ibrahim.
Kebetulan pada Sabtu malam, 3 Mac itu, sekitar jam 9 malam, ketika ramai wartawan berkumpul di sekitar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, Alor Setar -- lokasi mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat -- saya melewati plaza tol terakhir Lebuh Raya Utara Selatan di Hutan Kampung, dalam perjalanan balik kampung untuk menziarahi emak saudara yang sakit tenat.
Hujan hampir sepanjang laluan yang kami tempuh selama lima jam itu. Semakin mendekati utara titisannya tambah lebat.
Saya menghubungi Ketua Pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau segera membalas SMS saya, memaklumkan keadaan, dan memberitahu wartawan tidak dibenarkan masuk, sambil menjangkakan mesyuarat mungkin berakhir lewat pagi.
Setengah jam kemudian, saya tiba di Kampung Pulau Timbul, Jitra. Ramai adik-beradik berkumpul; emak saudara saya, dalam lingkungan usia 70-an, ternyata begitu uzur sekali dan sukar bernafas.
Suasana sedih dan pilu tidak dapat menghalang beberapa kenalan dan orang kampung berbisik bertanyakan situasi sebenar politik Kedah. Nampaknya mereka agak kebingungan dan tidak dapat menyelami bagaimana Ustaz Azizan Abd Razak boleh berdepan keadaan yang dilihat genting itu.
"Ustaz Azizan nampak okey aja, takda isu besar yang bawa masalah, malah orang Umno pun takda modal nak serang dia," kata seorang daripadanya.
"Patutnya, sayalah yang tanya orang Kedah," usik saya. Mereka kelihatan cuba membendung keresahan.
"Dekat dengan pilihan raya, macam-macam pula hal berlaku. Hilang semangat nak bekerja pilihan raya, bukan saya seorang saja, kawan-kawan lain di sini pun macam tu juga ...," respons saudara saya itu.
"PAS di Kedah bukannya kuat sangat, kita boleh kalah kalau tak selesai cepat masalah ini," pintas seorang lagi, sambil mengaku dia masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.
"Lagi elok kalau tak tahu puncanya," balas saya sambil tersenyum. Ternyata mereka agak tidak gemar dengan gurauan saya itu. Seorang rakan karib mencelah: "Aku tak dapat terima mengapa krisis ini terdedah pada waktu yang kritikal seperti sekarang."
Mereka begitu bimbang kekuatan parti terjejas atau sekurang-kurangnya rakyat curiga dengan keupayaan kerajaan PAS Kedah dan dengan itu boleh menyebabkan tumbang dalam PRU13 nanti.
"Insya-Allah, kita sama-sama berdoa untuk kebaikan jemaah. Semua yang terlibat itu mahukan yang terbaik untuk parti dan kerajaan Kedah. Banyak perkara yang kita tidak tahu," kata saya.
Apabila mendengar nada SMS telefon bimbit saya, seorang saudara rapat pantas bertanya, "ada maklumat terbaru?" Saya segera menyemak dan menjawab, "tak ada lagi, masih awal kot, mesyuarat tentu panjang, silap-silap sampai subuh."
Oleh kerana masih keletihan dan kaki membengkak, saya mohon diri beredar. Kampung halaman saya, Kampung Raja, hanya kira-kira 300 meter dari rumah emak saudara.
Di rumah, sembang-sembang bersambung. Orang kampung masih berkongsi kebimbangan. Saya kira mesyuarat khas di Seri Mentaloon malam Ahad itu bukan hanya cuba diteropong aktivis PAS di kampung saya, malah mendapat perhatian seluruh negara.
Mungkin ramai pencinta jemaah memanjatkan doa dan menunaikan solat hajat di keheningan malam itu agar segalanya berjalan lancar dan berjaya merumuskan jalan keluar terbaik. Halangan yang membantutkan gerakerja persiapan PRU13 perlu dibuang segera.
Lebih penting daripada itu, keyakinan tinggi rakyat terhadap Parti Islam tidak boleh dijejaskan. Selama ini banyak pihak beranggapan PAS mempunyai mekanisme tersendiri -- tentunya Islamik dan beradab -- bagi menyelesaikan sebarang kemelut dalaman yang berbangkit.
Dan kelebihan itulah, bagi mereka, yang membedakan PAS dengan parti-parti politik yang lain.
Keletihan sepatutnya memudahkan saya melelapkan mata, tetapi fikiran tetap terfokus ke Alor Setar. Sehingga jam 3 pagi, Azamin masih melaporkan tiada perkembangan yang boleh dilaporkan.
Esoknya, pagi Ahad, banyak SMS diterima bertanyakan soalan sama. Saya segera menghubungi rakan-rakan, di antaranya, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid, yang juga bekas wartawan Harakah.
Jawapan mereka hampir senada, "tak tahu ... cuba tanya AJK PAS Pusat." Helmi membalas, beliau dimaklumkan tiada sidang akhbar pagi itu. Mungkin ia adakan diadakan di Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.
(Lebih kurang jam 10 pagi, khabar duka menyapa; satu-satunya mak saudara saya yang masih ada telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah)
Rakan-rakan lama di Kedah, yang sebahagiannya tidaklah begitu mengikuti perkembangan politik, turut menghubungi saya. Selain menjawab ringkas, saya lebih suka menduga tanggapan mereka sendiri.
Mereka tidak terkejut jika PAS juga dilanda masalah dalaman. "Suami isteri pun bergaduh, saudara mara ada yang tidak bertegur sapa, apatah lagi PAS yang begitu ramai ahlinya, ditambah lagi kini berkuasa di Kedah," kata seorang teman, peniaga berjaya.
"Cuma yang kami harapkan, janganlah londeh segala aib di depan orang ramai. Kalau nak bergaduh pun, ikutlah adab-adab, 'kan? Rakyat sedang perhati bagaimana PAS menyelesaikan konflik sesama sendiri. Jangan bagi mereka hilang keyakinan. Kalau kalah selepas berkuasa, payah nak menang balik," tambahnya.
Ini bertepatan sekali dengan kenyataan Ustaz Abd Hadi pada 6 Mac lalu, selepas merakamkan terima kasih kepada semua pihak terbabit yang memberikan kerjasama dan menghormati keputusan pimpinan PAS Pusat : "Perlu dingat bahawa konflik dalam sesebuah organisasi adalah perkara lumrah dan ianya perlu dihadapi dengan penuh keimanan, tenang, sabar dan berlapang dada. Ujian sebegini bukan sahaja senantiasa akan dihadapi dalam perjuangan, tetapi juga akan terus menerus dihadapi dalam semua suasana bahkan lebih mencabar lagi dalam mengisi kemenangan."
Media juga melaporkan kesediaan Ustaz Azizan untuk akur dengan keputusan pimpinan PAS Pusat: "Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan PAS Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan ... Selepas ini, saya serah kepada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku."
Sikap terbuka Ustaz Azizan itu wajar disanjung. Tidak mudah buat seorang menteri besar berdepan satu "tribunal", yang akhirnya dimanipulasi media Umno sebagai telah mengurangkan kuasa eksekutifnya. Difahamkan, semasa mesyuarat malam itu, Ustaz Azizan kelihatan tenang walaupun diasak pelbagai persoalan.
Begitu juga dengan pendirian Ir Phahrolrazi dan Dr Ismail, yang dikira dapat membantu memudahkan parti mencari jalan keluar menamatkan kemelut daripada terus berpanjangan.
Bagi saya, tiada pemenang apatah lagi pihak yang kalah dalam isu ini. Masih terlalu banyak agenda penting -- bukan setakat memastikan kemenangan PAS dan Pakatan dalam PRU13 -- khususnya demi kepentingan rakyat yang perlu diberi tumpuan.
Justeru, jauhilah daripada membuat ulasan atau singgungan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan yang lain, khususnya ketika sebarang kenyataan mudah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menangani soal tersebut.
(Satu penyakit juga kalau dalam saat-saat krisis, ada pemimpin yang pantang disuakan soalan wartawan, pantas saja memberi respons meskipun natijahnya kepada jemaah buruk dan negatif. Begitu juga dengan sikap gatal tangan aktivis parti, khususnya yang mempunyai jawatan strategik, yang mencatatkan apa saja yang terlintas dalam pemikitran, termasuk hal-hal sensitif, misalnya dalam Facebook).
Secara peribadi, saya cuba mengelak daripada memandang remeh apa yang berlaku atau sekadar menuding jadi kepada musuh atau media yang dikontrol Umno. Memanglah BN dan medianya akan mengeksploitasi sejauh mungkin, terutama negara di ambang PRU13, dan ia satu kesempatan terbaik untuk menawan kembali Kedah.
Cuma saya kasihan dengan rakan-rakan media, khususnya di Utusan Malaysia dan TV3, yang begitu bebal (dan dungu) dalam laporan mereka, sehingga mahu mengaitkan semua perkembangan dalam PAS dengan faktor Anwar Ibrahim, dan terbaru ditambah elemen "parasit-parasit".
Imiginasi luar mereka asyik tertumpu kepada "krisis" kelompok "Erdogan" yang mahu menjatuhkan ulamak, sedangkan di Kedah, Dewan Ulama PAS Negeri, terutama ketuanya, dilihat bersama Phahrolrazi, termasuk dalam beberapa sidang akhbar.
Nasihat saya, menulislah berdasarkan kebenaran ... jangan rendahkah martabat sendiri hanya kerana mahu memuaskan nafsu bos politik anda!
Apa pun, buat penggerak parti, setiap masalah perlu dihadap secara serius, cermat dan bijaksana serta tidak memisahkannya dengan tradisi muafakat dan syura. Dalam keseluruhan babak yang dianggap genting ini (ada rakan menyifatkannya sebagai banyak membazirkan masa, tumpuan dan tenaga petugas parti), tentu ada yang "tercedera"; sama-samalah kita merawatnya dan bukannya menambahkan lagi luka.
Saksi utama belum lihat blog Faisal Rohban
Aslani M & Muhd Yusri Amin, | 08 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 8 Mac:
Pakar teknologi maklumat (IT), saksi utama pihak defendan kes saman
anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa memberitahu mahkamah
beliau belum melihat lagi blog milik Mohd Faisal Rohban Ahmad.
(Husam di mahkamah bersama peguamnya)
Mohd Fadhil Asadi Mohd Yaakub, 40 dari Cheras berkata, beliau tidak masuk lagi dalam blog berkenaan, biar pun dipanggil sebagai saksi kes terbabit.
Menurut beliau peranannya dalam kes berkenaan hanya sekadar memastikan dokumen yang dijadikan bukti sebagai tulen atau sebaliknya.
Kata beliau seseorang yang mahu menjadi blogger boleh mengguna nama samaran dan tidak perlu mendedahkan identiti sebenar.
Bagaimanapun beliau bersetuju dengan pandangan peguam plaintif seseorang yang hanya ada pengetahuan asas mengenai komputer boleh memiliki blog.
Beliau juga bersetuju posting yang sudah dipadamkan dalam blog boleh diakses semula apabila dilihat kepada back-up menggunakan software tertentu.
Sebelum itu peguam plaintif, Zainal Abidin Mustaffa melahirkan rasa hairan bagaimana saksi berkenaan tidak memasuki blog tersebut bagi mendapat gambaran sebenar siapa penulisnya.
Tahun lepas Husam menyaman pemilik blog ruangbicarafaisal.blogspot.com ekoran menyiarkan berita berunsur fitnah terhadapnya.
Pada 3 Oktober 2009 blogger terbabit menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Dalam pernyataan tuntutannya Husam menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.
Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama dan membayar ganti rugi RM500,000.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif turut diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria @ Ismail.
Manakala peguam Adly Abdul Manas mewakili Mohd Faisal.
Semalam saksi utama defendan, Mohd Faisal Rohban menafikan beliau menulis dan memiliki blog ruangbicarafaisal.bloggspot.com.
Perbicaraan semalam berlangsung sehingga ke petang. Ketika sesi soal balas peguam Zainal Abidin mahu kepastian defendan sebenarnya seorang ahli Umno.
“Defenden pernah menghadiri beberapa program Umno berdasarkan gambar-gambar yang dikemukakan di mana ada dirakam bersama menteri termasuk Datuk Mukhriz Mahathir di satu majlis,” katanya.
Hakim kemudian menetapkan penghujahan akhir kes tersebut pada 22 Mei hadapan.
KUALA LUMPUR, 8 Mac:
PAS yakin Pakatan Rakyat akan menjadi sebuah kerajaan pusat yang baik,
adil dan telus jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan
datang.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, lima negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 berjaya menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbiran yang baik.
Katanya, Pakatan Rakyat mempunyai rekod yang baik di negeri-negeri yang diperintahnya sudah tentu pentadbiran negara akan lebih baik jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Kita yakin kalau kita menang di pusat, negeri yang kita tadbir lebih berupaya sebab tidak akan berlaku lagi sekatan kepada negeri-negeri sebagaimana kerajaan Umno BN buat pada hari ini," katanya.
Hatta menegaskan PAS tidak sekali-kali menganaktirikan negeri misalnya dalam pembahagian royalti minyak akan diagihkan sebagaimana yang dituntut oleh perjanjian walaupun mungkin masih ada lagi negeri yang diperintah oleh BN.
Mengulas tsunami 8 Mac 2008 empat tahun yang lalu, Hatta berharap pilihan raya akan datang nanti akan memberi kejayaan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.
Justeru katanya, PAS telah menggerakkan jentera pilihan raya dari awal memandangkan jangkaan pilihan raya pada bulan Mac.
"Untuk negeri kita sudah gerakkan aktiviti mendekati rakyat juga dijalankan, ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah berjalan lancar,"katanya.
Apa yang membimbangkan beliau, daftar pemilih yang meragukan masih terus memerlukan penelitian selanjutnya.
Pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, dilihat Dr Hatta sebagai petunjuk yang kuat bahawa pilihan raya semakin hampir.
Pembatalan SBPA diganti Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54 tidak mengikut cadangan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs).
Bagaimanapun, Ceupacs sebelum ini mencadangkan kenaikan minimum untuk kumpulan itu adalah sebanyak RM700 sedangkan kenaikan baru 13 peratus itu tidak sampai pun RM300.

PAS yakin Malaysia bawah Pakatan lebih baik
Salmiyah Harun, | 08 Mac 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan