Shahrizat boleh dedah 'bukan dia saja bermasalah'
Harakahdaily, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
PAS menggesa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang
mahu berundur dari jawatan menteri April ini, tampil membuat pendedahan
siapa lagi yang bermasalah dalam parti itu.
Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekarang ini adalah masa dan peluang terbaik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berbuat demikian.
"Kita minta Shahrizat tampil ke hadapan, dedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang dia pernah kata 'bukan dia seorang sahaja bermasalah' sebelum ini.
"Inilah masa terbaik untuk dia dedahkan siapa mereka yang lain demi menyelamatkan negara," katanya kepada Harakahdaily.
Shahrizat yang turut terpalit dengan skandal RM250 juta Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC) sebelum ini pernah berkata “beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah” ketika beliau diasak dengan desakan meletakkan jawatan.
Bagaimanapun kelmarin, Shahrizat mengumumkan mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, itupun selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini.
Ekoran itu, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru Shahrizat yang didakwa dijadikan 'mangsa' oleh Umno dalam skandal NFC, agar tampil mendedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang turut bermasalah.
Adalah tidak adil jika segala masalah dalam Umno itu hanya dibebankan seluruhnya kepada Shahrizat sedangkan ramai lagi yang sepatutnya menanggung akibatnya, kata Mahfuz.

Bazar Espalanade di Pelabuhan Klang
Harakahdaily, | 13 Mac 2012 |
KLANG, 13 Mac:
Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan Bazar Espalanade di
Tanjung Harapan Pelabuhan Klang sebagai pembuka perancangan pembangunan
pada masa hadapan untuk kawasan tersebut.
Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri (gambar) berkata, kewujudan bazar itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan lokasi di situ sebagai salah satu tarikan istimewa pelancongan khususnya di negeri itu.
Menurutnya, selain membeli belah, pengunjung juga boleh beriadah dan menikmati pemandangan indah di situ di mana ia dikenali sebagai lokasi pelancongan tepi pantai yang sentiasa mendapat perhatian penduduk setempat.
"Sebanyak 60 gerai disediakan untuk kunjungan orang ramai di mana mereka berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik dengan harga berpatutan dan istimewa bagi seisi keluarga.
"Selain daripada itu, bazar ini juga salah satu usaha MPK untuk membangunkan kawasan yang berpotensi besar seperti Tanjung Harapan untuk dijadikan lokasi pilihan tidak kira pelancong dari dalam atau luar negeri,”katanya.
Ehsan berkata, bazar itu akan bermula 16 Mac 2012 dan diadakan pada setiap hujung minggu hari Jumaat, Sabtu serta Ahad dan bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 24 Mac 2012, jam 1.00 petang.
Menurutnya, orang ramai dijemput untuk menghadiri program berkenaan kerana pelbagai acara disediakan di samping aneka barangan yang dapat dibawa pulang bersama dengan harga berpatutan ditawarkan kepada pengunjung.
Sampah
Sementara itu, orang ramai diminta untuk menyalurkan terus sebarang maklumat berkaitan isu sampah berikutan sebahagian kontraktor baru yang dilantik sedang memulakan tugasan penyesuaian kerja-kerja mereka di sini.
Ehsan Mukri berkata, pihaknya sedia maklum dengan beberapa kelemahan dan kerumitan yang timbul kerana mereka masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan kekerapan kutipan yang dirancang untuk sesuatu kawasan.
Menurutnya, proses pengambilalihan kontraktor baru itu adalah antara penambahbaikan majlis kerja-kerja kutipan sampah terutama di lokasi yang sering menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
”Majlis mengakui terdapat beberapa kelewatan berlaku disebabkan proses penukaran kontraktor menyebabkan berlaku beberapa kes `backlog’ akibat pertukaran berkenaan disamping faktor cuaca yang tidak menentu kini.
”Perkara seperti ini akan melengahkan kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan dan majlis sedang berusaha untuk memastikan isu berkaitan sampah dapat ditangani secara teliti”katanya.
Ehsan berkata,selain perkara itu,majlis juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam proses peralihan dan penukaran itu di mana aduan-aduan tidak tepat dan palsu diterima serta bantahan lantikan kontraktor baru.
Menurutnya, MPK tegas dalam perkara itu dan memastikan syarat kepada kontraktor baru yang dilantik perlu mempunyai `compactor’ bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan sempurna.
”Orang awam boleh terus menghubungi Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK di talian aduan sampah di Klang Utara, 016-2720406 (Kamachy) dan di Klang Selatan 016-2506796(Razif).
Manakala bagi pembersihan pula, orang awam boleh menghubungi 019-2245381 (Klang Utara) dan 016-3824471 (Klang Selatan) atau pejabat 03-33726781 untuk aduan berkaitan isu sampah,” katanya.
Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.
Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.
"Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.
"Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," kata Zuraida pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, Mohamad Salleh, 64, didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Beliau dituduh menggunakan RM9,758,140 dana NFC untuk membeli dua unit Kondominium One Menerung, Bangsar bagi syarikat dimiliki keluarganya, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) pada 1 dan 4 Dis, 2009.
Beliau juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada NMLC, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.
“Perkara yang kita bangkitkan amat berbeza dan tiada kaitan dengan peletakan jawatan Menteri Wanita.
“Apa yang dipertikaikan ialah cara projek tersebut diluluskan kerana banyak persoalan yang wujud dan amat meragukan,” kata Zuraida.
Noh Omar selaku menteri bertanggungjawab sebelum ini mengaku bahawa pinjaman kepada syarikat NFC tidak dibincangkan pada kabinet sebaliknya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi sahaja.
Soalan-soalan berkenaan ditolak atas hujah bahawa ia mungkin memberi implikasi kepada kes-kes lain yang masih dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan beberapa kes tertunggak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Soalan yang ditolak itu adalah daripada ahli parlimen DAP Lim Guan Eng (Bagan), Lim Lip Eng (Segambut), Jeff Ooi (Jelutong) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara). Ia bersalingkaitan dengan arahan kerajaan kepada GLC bagi menamatkan perbalahan yang telah lama berlarutan.
"Soalan-soalan ini adalah penting ... kita ingin tahu rasional dan manfaat kepada rakyat berhubung penyelesaian di luar mahkamah jutaan ringgit yang Tajudin telah diarahkan untuk membayar oleh Mahkamah Tinggi," kata Lim pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat tolak usul bincang skandal NFC
Speaker
Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi
membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan
ia kini menjadi kes mahkamah.Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.
Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.
"Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.
"Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," kata Zuraida pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, Mohamad Salleh, 64, didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Beliau dituduh menggunakan RM9,758,140 dana NFC untuk membeli dua unit Kondominium One Menerung, Bangsar bagi syarikat dimiliki keluarganya, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) pada 1 dan 4 Dis, 2009.
Beliau juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada NMLC, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.
“Perkara yang kita bangkitkan amat berbeza dan tiada kaitan dengan peletakan jawatan Menteri Wanita.
“Apa yang dipertikaikan ialah cara projek tersebut diluluskan kerana banyak persoalan yang wujud dan amat meragukan,” kata Zuraida.
Noh Omar selaku menteri bertanggungjawab sebelum ini mengaku bahawa pinjaman kepada syarikat NFC tidak dibincangkan pada kabinet sebaliknya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi sahaja.
Parlimen cuba elak soalan penyelesaian Tajudin Ramli
Dewan
Rakyat hari ini menolak empat soalan yang berhubung dengan penyelesaian
luar mahkamah yang dicapai antara bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia
Tan Sri Tajudin Ramli dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dengan
alasan bahawa soalan berkenaan adalah sub-judis.Soalan-soalan berkenaan ditolak atas hujah bahawa ia mungkin memberi implikasi kepada kes-kes lain yang masih dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan beberapa kes tertunggak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Soalan yang ditolak itu adalah daripada ahli parlimen DAP Lim Guan Eng (Bagan), Lim Lip Eng (Segambut), Jeff Ooi (Jelutong) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara). Ia bersalingkaitan dengan arahan kerajaan kepada GLC bagi menamatkan perbalahan yang telah lama berlarutan.
"Soalan-soalan ini adalah penting ... kita ingin tahu rasional dan manfaat kepada rakyat berhubung penyelesaian di luar mahkamah jutaan ringgit yang Tajudin telah diarahkan untuk membayar oleh Mahkamah Tinggi," kata Lim pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini.
Noh cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah
Ahli
Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National
Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya
didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa
apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar
mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.
Sebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.
Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.
Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.
"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.
"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.
Semalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.
NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.
Medan terbaik
Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.
Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.
Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.
"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.
Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).
Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.
Menjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.
Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.
"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.
Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan