Sabtu, 10 Mac 2012

AGAK SUKAR SAMPAI BEGINI...AGAK2LAH KIASANNYA..KECUALI GAJI MANIMA 20 RIBU...NAK KIRA JUGA YANG LAIN...SERIBU KERETA DUA TIGA RATUS..SEWA RUMAH..DUIT MINYAK..TOL...DLL..BIAR LOGIK...AKHIR ZAMAN SENI DISANJUNG...CUBA ULAMAK SENTIASA DIPAPAR DIDADA AKHBAR...MAKA RAMAI NAK JADI ULAMAK...MANUSIA SUKA TERKENAL DIDUNIA...TAK MAU TERKENAL DIKALANGAN MAKHLUK2 DILANGIT....

Secawan kopi RM50, sepotong karipap RM10

Majdan Dagang, 09 Mac 2012
Tidak mustahil suatu masa nanti harga secawan kopi RM50, sepotong karipap RM10 dan sepinggan nasi lemak RM250! Mungkinkah ini berlaku? Ya, tidak mustahil perkara ini boleh terjadi jika setiap tahun harga barangan terus naik akibat kenaikan cukai dan pada masa yang sama rakyat menuntut kenaikan gaji minimum.


Bagi pihak kerajaan, bagi menampung kos gaji kakitangan awam, mereka terpaksa menaikkan pelbagai jenis cukai dan mungkin mengenakan pula pelbagai cukai baru. Tidak mustahil pula segala subsidi dikurangkan atau dihapuskan. Rakyat pula sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta menuntut gaji minimun agar dapat disesuaikan dengan kenaikan kos sara hidup.

Hakikatnya, pertembungan itu banyak merugikan rakyat dan seolah-olah tiada kaedah yang mampu menyelesaikannya. Sebenarnya rakyat yang cerdik boleh menyelesaikan kemelut ini.

Sebagai contoh, rakyat yang bijak akan memilih pemimpin yang amanah untuk menjaga harta rakyat seperti yang berlaku di Kelantan. Oleh sebab, kerajaan negeri yang amanah, maka pelbagai jenis cukai dapat dikurangkan ataupun dihapuskan terus. Di Kelantan, sebaik sahaja PAS memerintah cukai teksi (beca) dihapuskan, di samping beberapa jenis cukai lain. Dalam keadaan kerajaan Kelantan yang disekat peruntukan oleh kerajaan pusat, dan bidang kuasa yang terhad, mereka masih mampu mengawal keadaan dan tidak mengenakan pelbagai tekanan kepada rakyatnya.

Di Selangor pula, sebaik sahaja kerajaan negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat, harga air dapat dikurangkan. Pada masa yang sama kerajaan negeri masih mempunyai lebihan pendapatan.

Melalui dua contoh mudah di atas, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam mengawal kenaikan barangan dan kos sara hidup. Apalah guna gaji seorang kerani RM5,000 sebulan jika secawan berharga RM50 dan sebuah kereta sedan Proton Saga berharga RM1 juta.

Adalah lebih baik jika harga sebuah Proton Saga baru cuma RM15 ribu dan tempoh bayaran balik tidak lebih 5 tahun dengan bayaran bulanan sekitar RM200-RM300. Kerani yang bergaji kurang daripada RM1,000 pun mampu membalinya.

Kenaikan kos sara hidup dan harga barangan keperluan asas banyak bergantung kepada dasar dan polisi kerajaan. Setiap satu kenaikan akan memberi kesan kepada rantaian antara suatu sama lain.

Sebagai contoh, kenaikan harga tol walaupun dalam dalam nisbah yang tidak besar tetapi tetap mempunyai kesan rantaiannya. Setiap kenderaan perdagangan yang melalui tol akan meletakkan kos tersebut kepada harga barangan yang dibawanya. Jadi, harga barangan tersebut akan dinaikkan dan penggunalah yang akan menanggung kos itu.

Begitu juga dengan kenaikan harga petrol. Setiap sen kenaikan akan membabitkan semua sektor. Hal ini kerana, semua kenderaan yang membawa pelbagai barangan keperluan harian menggunakan petrol. Lori tepung, lori gula, lori simen, teksi, bas sekolah dan bermacam lagi akan turut menaikan kos agar tidak kerugian.

Jika kos kenaikan sesuatu barangan itu berkaitan dengan import dan perdagangan luar negara, rakyat faham bahawa kerajaan tidak berupaya mengawalnya. Namun, pihak mestilah memikirkan langkah lain yang boleh digunakan agar harganya tidak naik. Janganlah mengambil jalan mudah  dan menggunakan alasan “harga ini lebih murah berbanding harga serantau”.

Jika sudah tiada pilihan lain, kerajaan boleh menaikkan harga tetapi ada beberapa syarat yang wajar difikirkan. Antaranya, segala elaun dan lain-lain peruntukan wang yang diperoleh para menteri dipotong dahulu, kemudian ahli-ahli yang berhormat dan kemudian diikuti oleh mana-mana kumpulan yang sesuai.

Seperti yang pernah disiarkan dalam media tidak berapa lama dahulu bahawa elaun keraian perdana menteri sahaja mencecah RM50 ribu sebulan. Jika wang sejumlah itu dapat dikembalikan ke dalam perbendaharaan kerajaan, anda boleh bayangkan banyak masalah rakyat dapat diselesaikan. Jika dikumpulkan semua jumlah elaun menteri, timbalan menteri dan lain-lain, tentunya lagi banyak faedah untuk rakyat.

Jika semua kos yang tidak penting itu dapat dikawal, maka tidak ada sebab kerajaan menaikkan pelbagai jenis harga barangan kawalan, cukai dan sebagainya. Apabila kos hidup tidak terlalu tinggi dan jika naik pun dalam kadar yang perlahan, tidak perlulah memeningkan kepala memikirkan masalah gaji minimun.

Untuk memikir dan menyelesaikan masalah ini tidak memerlukan ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi pun. Yang penting jujur dan ikhlas dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin. Jawatan bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab. Jika tidak mampu, rakyat berhak memberikan kuasa memimpin kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ulama juga insan seni - Nik Aziz

Salmah Mat Husain, 09 Mac 2012
KOTA BHARU, 9 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta masyarakat memahami pengertian insan seni sebenar kerana ulama juga tergolong dalam golongan artis.


Menurutnya, sekiranya artis dimaksudkan dengan insan seni malah golongan ulama juga mempunyai keseniannya yang tersendiri.

Katanya, kerana keseniannya itu golongan ulama berjaya meyakinkan golongan bukan Islam atau yang jauh dari Islam untuk mendekati dan menerimanya hasil kelunakan seni bahasa yang disampaikan ulama.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungi selebriti Oki Sentiana Dewi, heroin filem Ketika Cinta Bertasbih dari Indonesia dan selebriti dakwah Kapten Hafiz, di JKR 10, petang tadi.

Kedua-dua selebriti berkenaan akan menjayakan program ‘Bicara Selebriti’ ke-4, anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Cantre mala mini.

Menurut Tuan Guru, sebelum ini masyarakat hanya mengenali pelawak, pelukis, pelakon, penyanyi sebagai artis, namun golongan ulama sebenarnya adalah artis.

“Cara Rasulullah berdakwah juga mengikut seni sehingga manusia terpikat dengan ajaran Islam, al-Quran juga mempunyai seninya yang tersendiri sehingga bila mendengarnya manusia akan terpegun,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur pada golongan artis termasuk Oki Sentiana Dewi yang sudi datang ke Kelantan bersama ibunya.

Katanya, dengan kehadiran artis ke negeri ini akan melenyapkan tohmahan buruk masyarakat Kelantan menolak golongan terbabit.

Pakatan Rakyat kuat, rakyat dapat nikmat

Harakahdaily, 09 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Selama ini, katanya pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga yang mana banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat.

Di samping itu, tambahnya berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati rakyat  supaya menyokong BN dalam keadaannya tenat.

Menurutnya, antara faedah yang rakyat perolehi, terbaru kerajaan  memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang selain memansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.

Di samping itu, katanya GST, saman ekor, cukai 6%  pra bayar telefon, 1Care Malaysia telah ditangguhkan.

Begitu juga, ujarnya kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol juga tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU13 nanti.


“Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3,000. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion,” ujarnya.

Menurutnya lagi, begitu juga RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200 untuk pelajar universiti.

“Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.

Majlis pertunangan anak Najib dibiaya kerajaan?

Muhammad Faizal, 09 Mac 2012
PETALING JAYA, 9 Mac: PKR hari ini mendakwa kerajaan telah menaja majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berjumlah RM409,767.00.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli berkata, dokumen rasmi dari sebuah hotel di Kuala Lumpur yang diperolehinya itu membuktikan bahawa segala bayaran bagi majlis tersebut dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri.

Rafizi berkata, ianya berupa bayaran majlis bankuet di Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

"Hari ini PKR mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Ini dokumen untuk bukti-bukti yang jelas, yang mana perbelanjaan sepenuhnya sebanyak RM409,767 ribu telah digunakan," jelasnya pada sidang media di pejabat PKR hari ini.

Perbelanjaan tersebut menurut Rafizi meliputi kos jamuan VIP seramai 36 orang sebanyak RM18,792, kos jamuan tetemu seramai 862 orang sebanyak RM309,975 dan juga kos pengendalian majlis RM81,000.

Menurut Rafizi lagi, PKR juga telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

"Dengan pendedahan ini PKR berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya.

"Kita mahu Najib menjawabnya pada sidang dewan rakyat minggu depan, dari mana peruntukan itu diambil," katanya lagi.

NFC: Rafizi kemuka saman balas kepada Shahrizat

Muhammad Faizal, 09 Mac 2012
PETALING JAYA, 9 Mac: Mohd Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin hari ini telah memfailkan pembelaan berhubung saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kertas pembelaan yang telah difailkan itu dikemukakan di Mahkamah Tinggi hari ini dan juga dihantar ke Peguam Shafee & Co yang mewakili Shahrizat.

Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli memberitahu pendiriannya bersama Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin konsisten sejak awal mengenai keperluan membicarakan kes itu.

"Kita konsisten dalam kes ini dan dari awal lagi ia perlu dibicarakan di mahkamah bagi merungkai sedalam-dalamnya penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

"Dalam pada itu kita khuatir bahawa plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat," jelasnya.

Tambahnya, penarikan balik saman ini mungkin untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diseret ke mahkamah.

Dalam pada itu, Rafizi turut menyatakan bahawa demi kepentingan nasional, beliau bersama-sama peguam mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Shahrizat.

"Kita telah mengemukakan saman balas kepada Ketua Wanita Umno itu atas kata-kata berbau fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau di Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.

"Saman balas ini akan memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum," sambungnya lagi.

Beliau berpendapat dalam keadaan sekarang, Shahrizat dan keseluruhan pimpinan Barisan Nasional tidak lagi boleh berdolak dalih dari berdepan dengan rakyat.

"Walaupun kita melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta pimpinan kanan Barisan Nasional tidak mengambil serius dalam masalah ini, saya pasti mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan-penyelewengan lain yang belum didedahkan dibawa ke pengetahuan umum," kata beliau lagi.

Tuntutan saman balas ini telah difailkan bersama-sama dengan pembelaan pada pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.




Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.



Tiada ulasan: