Israel: Rujuk Anifah ke JK Hak Parlimen
Hazayani Zakaria, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac:
Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Dewan Rakyat menggunakan peraturan
Mesyuarat 36 (12) untuk merujuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ke
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan terhadap Anifah kerana beliau bertindak memutar belit kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan Israel dan mengelirukan dewan.
"Beliau tidak membaca keterangan penuh dan pilih ayat tertentu untuk memenuhi selera Umno BN.
"Sedangkan Anwar beri kenyataan panjang lebar dalam dewan untuk jelaskan maksud dalam temuramah dalam Wall Street Journal. Kenapa menteri luar pilih untuk memutar belit kenyataan itu?" kata timbalan presiden PKR itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh hampir 30 minit apabila Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit membantah jawapan Anifah yang disifatkannya cuba mengelirukan Dewan Rakyat.
Beliau mendakwa Anifah hanya memetik sebahagian kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan akhbar WSJ.
Bagaimanapun Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis tidak menghiraukan bantahan Izzah dan terus menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) berhubung sumbangan yang telah diusahakan Malaysia terhadap Palestin.
Izzah kemudiannya mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (12) untuk merujuk Anifah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan yang mengelirukan di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Timbalan Speaker, Dr Wan Junaidi berkata beliau akan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan selepas mengkaji Peraturan Mesyuarat tersebut.
Tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan, Izzah sekali lagi bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 26 (1) (b) yang menuntut Speaker membuat keputusan sewaktu kejadian berlaku.
Namun Dr Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya untuk membuat pertimbangan mengenai isu yang dibangkitkan selepas kajian terpeinci dibuat.
Ekoran keputusan itu, beberapa wakil rakyat Pakatan termasuk Datuk Saifuddin Nasution (PKR- Machang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) bangkit membantah kenyataan Anifah.
Azmin mendakwa Anifah cuba menyembunyikan fakta keseluruhan kenyataan Anwar yang disiarkan WSJ pada Januari lalu.
"Kalau nak sentuh isu ini, menteri jangan sembunyikan fakta. Kenapa tidak nyatakan keseluruhan petikan kenyataan Ketua Pembangkang?
"Malah menteri dengan sengaja dakwa Ketua Pembangkang merestui perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin...ini tafsiran yang salah dan nyata bertentangan dengan apa yang dimaksudkan Ketua Pembangkang.
"Sebaliknya surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Israel menunjukkan kerajaan Umno dan BN menjalinkan hubungan dengan Israel," katanya.
Bagaimanapun Anifah menegaskan bahawa Malaysia konsisten dan sentiasa memainkan peranan yang aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan dalam konflik Israel-Palestin.
"Tak seperti Ketua Pembangkang, kerajaan BN bercakap menyenai isu keselamatan Palestin dahulu...itu lebih penting.
"Tapi Ketua Pembangkang ambil pendekataan berbeza iaitu mahu menjaga keselamatan Israel walaupun meletak syarat tertentu," katanya.
KUALA LUMPUR, 14 Mac:
Barisan Nasional (BN) hilang kelayakan untuk menjadi kerajaan adalah
isu utama yang akan ditekankan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
dalam ucapan-ucapannya pada sesi Parlimen kali ini.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjadi satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang dipimpinnya sudah tidak ada kelayakan lagi untuk menjadi kerajaan.
"Yang tersiratnya ialah mahkamah memperakui bahawa kerajaan BN hakikatnya begitu bodoh sehingga boleh ditipu oleh Ling yang merupakan salah seorang anggota kanannya sendiri waktu itu.
"Memang pada masa itu kerajaan diketuai oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang kini dianggap godfather Perkasa, Umno dan BN, tetapi Najib dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) juga berada dalam kabinet waktu itu.
"Ia dengan sendirinya memberikan implikasi bahawa semuanya bodoh sehingga mahkamah memperakui Ling menipu mereka dan memerintahkan bekas Presiden MCA itu membela diri," kata Mahfuz.
Beliau bimbang, ketika bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem menyatakan hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, negara akan hancur jika terus diperintah oleh gerombolan yang secara tidak langsung diisytihar bodoh oleh mahkamah.
"Kes Ling bukan satu-satunya kes yang menunjukkan dengan jelas bahawa BN adalah gerombolan bodoh.
"Kes National Feedlot Corporation (NFCorp) juga memperlihatkan kebodohan BN kerana perjanjian yang begitu menyebelahi NFCorp malah tidak ada pemantauan terhadap penggunaan wang RM250 juta itu sehingga boleh suka-suka berbelanja beli kondominium dan sebagainya," katanya.
Di samping semua itu, kata Mahfuz, satu lagi kegagalan terbesar gerombolan BN yang secara tidak langsung diperakui bodoh oleh mahkamah ialah rosak binasanya hubungan antara kaum di negara ini.
"Walaupun kita amat bersyukur kepada Allah kerana tidak ada perkara yang buruk berlaku, tetapi sikap kerajaan yang diterajui Umno dilihat jelas melebar dan memburukkan lagi jurang perkauman di negara ini.
"Jurang tersebut boleh menjadi bencana besar jika BN terus menjadi kerajaan," kata beliau.
Beliau berharap rakyat menggunakan peluang dalam pilihan raya ke-13 akan datang untuk mengembalikan pemerintahan negara ke landasan yang siuman dan waras.

Parlimen: Mahfuz tekankan BN tak layak jadi kerajaan
Abdul Aziz Mustafa, | 14 Mac 2012 |

PAS bimbang kes culik, bunuh makin kerap
Harakahdaily, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS
WP) merasa simpati dan sedih dengan tragedi yang menimpa Nurul Nadirah
Abdullah, 5, yang ditemui mati dalam keadaan yang amat menyayat hati
kelmarin.
Ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku ke atas alahyarhamuha adik Nurul Nadirah menjadi petunjuk bahawa ada segelintir masyarakat di negara ini yang sanggup mengenepikan naluri kemanusiaan dan kewarasan akal manusia demi memuaskan nafsu syaitan yang bermaharajalela.
“Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan dendam kesumat mereka tercapai meskipun terpaksa mengorbankan insan lain yang tidak berdosa,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya PAS WP merasa bimbang kerana kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak bukan berlaku sekali, malah kerap berlaku.
Sebelum ini, ujarnya negara heboh dengan peristiwa yang menggemparkan iaitu penculikan dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin beberapa tahun lepas serta Dirang ketika ini.
“Di sebalik kes ini, ada banyak lagi kes penculikan kanak-kanak yang masih belum ditemui seperti Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada tahun 2008 dan lain-lain lagi.
“Tragedi ini dibimbangi akan mencetuskan suasana panik masyarakat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Menurutnya, ibu bapa akan merasa cemas melepaskan anak-anak pergi dan pulang ke sekolah atau ke mana juga.
“Sukar bagi ibu bapa untuk meninggalkan anak-anak untuk keluar bekerja dalam keadaan begini dan keadaan ini boleh mewujudkan persekitaran masyarakat yang tidak berkembang dengan sihat kerana faktor kebimbangan ini,” ujarnya.
Justeru itu, tambah beliau PAS WP berharap pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencari jalan bagi mengelakkan kejadian penculikan kanak-kanak berlaku.
Katanya, kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan dengan rondaan secara kerap oleh pihak polis terutama di kawasan berpotensi berlaku jenayah.
Ujarnya lagi, PAS WP juga berharap, kamera litar tertutup perlu dibanyakkan di kawasan awam supaya pemantauan dapat dibuat.
Kerajaan juga, ujarnya lagi diharapkan dapat meyakinkan ibu bapa dengan jaminan kejadian seumpama itu tidak berulang.
Sehubungan itu, kata beliau PAS WP ingin menasihatkan ibu bapa dan penjaga di Kuala Lumpur supaya bersikap lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin dan terjaga sepanjang masa.
Tambahnya, anak-anak tidak harus dibiarkan berseorangan di luar rumah melainkan perlu sentiasa diperhati dan dipantau sepanjang masa.
“Biarlah masa ibu bapa agak terbatas dengan masa pemantauan yang lebih terhadap anak-anak, asalkan anak-anak ini mampu membesar dengan sihat dan hidup bahagia di depan mata ibu bapa mereka sendiri,” katanya.

FGVH: PAS desak referendum peneroka Felda
Nazri dan Hazayani, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac:
PAS mencabar kerajaan mengadakan referendum di antara Felda dan
peneroka bagi mendapatkan gambaran sebenar sama ada peneroka bersetuju
atau tidak dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke
Bursa Malaysia.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan belum memberikan jaminan yang meyakinkan bahawa aset peneroka tidak akan terjejas selepas penyenaraian FGVH.
"Jawapan timbalan menteri tadi tidak meyakinkan. Jelas menunjukkan tidak ada satu konsultasi dengan pemegang saham secara formal.
"Timbalan Menteri kata ada majlis penerangan dan pertemuan. Itu bukan satu konsultasi. Sepatutnya konsultasi dengan pemegang saham.
"Kenapa Felda tidak mengadakan satu referendum dengan peneroka sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sewaktu sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.
Ahmad dalam jawapannya menjelaskan, penyenaraian FGVH memberi keuntungan kepada peneroka.
Ianya termasuk kesemua peneroka akan mendapat durian runtuh, dividen, dan boleh membeli saham FGVH selepas penyenaraian.
Malah, kata Ahmad penyenaraian juga tidak akan menyentuh tanah peneroka, dan saham koperasi mereka juga tidak akan diambil.
Salahuddin bagaimanapun memberi contoh nasib yang menimpa peneroka di Felda Labu Johnson dan Cahaya Baru yang dijanjikan durian runtuh tetapi akhirnya aset mereka tergadai.
"Kerajaan masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah di Felda Sendayan, Labu Johnson dan Cahaya Baru dan beberapa Felda di Hulu Selangor.
"Mereka pernah dijanjikan peneroka akan menjadi jutawan. Tapi sampai hari ini majoriti peneroka tersebut tanah mereka telah tergadai dan hasrat menjadi jutawan tidak tercapai," katanya.
Dalam soalan tambahan juga, Salahuddin turut mempertikai tindakan kerajaan melantik pemimpin yang bermasalah iaitu Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
"Felda serius ke. Kalau serius kenapa lantik orang bermasalah menjadi pengerusi Felda," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Menjawab soalan itu, Ahmad berkata pemilihan Isa adalah berdasarkan pengalamannya pernah menjadi menteri besar selama lebih 20 tahun di Negeri Sembilan yang merupakan negeri ketiga terbesar mempunyai tanah rancangan Felda.
Sementara itu, bercakap pada sidang media sama, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mempersoal rasional timbalan pengarah besar Felda ditukar ke perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.
"Kenapa Abidin Abdul Rahman timbalan pengarah besar Felda yang juga setiausaha koperasi Felda dipetisejukkan di perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.
"Beliau bertaraf Jusa hanya diberi tanggungjawab untuk membuat cutting paper. Tindakan ini sangat menghina pegawai kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Turut bersama pada sidang media ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Falsafah transformasi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dizahirkan dalam konteks
mengaut segala kekayaan negara untuk kepentingan keluarga dan kroninya.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al Jundi berkata, Najib adalah seorang Perdana Menteri yang sangat gagal apatah lagi jika dinilai dalam beberapa perkembangan berhubung janji-janji perubahanya.
Jelas Athirah, ini termasuklah janji transformasi dalam konteks ekonomi, sosial, dan politik malangnya janji itu sehingga kini masih belum jelas.
Beliau berkata demikian bagi mengulas skandal terkini yang mengejutkan rakyat, di mana perbelanjaan pertunangan anak perempuan Najib didakwa dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"DMPP mengambil serius akan hal ini dan ini bukan kali pertama membabitkan urusan Najib terhadap keperluan anak perempuannya.
"Sebelum ini berkaitan hal kunjungan mereka ke Kazakhstan dan kali ini rakyat dikejutkan dengan wujudnya beberapa bil yang bekaitan pertunangan yang mana bayarannya difahamkan disempurnakan oleh JPM.
Bagaimanapun, pihak Shangri-La Hotel menjelaskan bayaran bagi majlis tersebut dibayar sendiri oleh Najib, bukannya JPM.
Sehubungan itu, Athirah meminta Najib mengemukakan bukti pembayaran bagi mengesahkan kenyataan Shangri-La.
"Di mana bukti yang menyatakan Najib membuat pembayaran itu, dia perlu buktikan bagi menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang boleh menjejaskan imej beliau," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, Najib wajar kemukakan bukti lain andainya maklumat-maklumat yang terdedah kepada rakyat kini tidak benar.
Andainya semua bukti itu benar, Athirah menyeru rakyat mesti bangkit menghukum Najib dan BN dalam PRU13 akan datang memandangkan dasakan mereka meletakkann jawatan hanya akan menjadi satu usaha yang sia-sia.
Hakikatnya, bagi Athirah penyelewengan, pemborosan dan rasuahlah yang menatijahkan Malaysia bangkrup bukannya faktor subsidi kepada rakyat.
"Rakyat dan negara ini sebenarnya berada di dalam situasi yang sangat malang kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu ketara dan berjaya dengan imej pemborosan bukan sahaja berkaitan dengan cara mengurus tadbir negara bahkan juga dalam dia menguruskan keluarga," katanya.
Terdahulu, Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa beliau mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri.
Beliau membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri-La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.
Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan atas nama Pejabat Perdana Menteri.

Kos bertunang anak bukti transformasi Najib gagal
Salmiyah Harun, | 14 Mac 2012 |

Shahrizat dicabar pulang ke Pulau Pinang
Mohd Sabri Said, | 14 Mac 2012 |
PULAU PINANG, 14 Mac: Datuk
Seri Sharizat Abdul Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya
serentak bukan hanya dalam kerajaan sahaja sekaligus bertanding di
mana-mana parlimen di Pulau Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih
diterima atau tidak.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat.
"Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media.
Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi parti dan kerajaan.
Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan.
KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah.

Shahrizat tu expired, bukan berundur
Harakahdaily, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Ketika
ramai pemimpin Umno masih tergamam dengan tamparan yang diberikan oleh
Tan Sri Rafidah Aziz semalam terhadap pengunduran Datuk Seri Shahrizat
Jalil daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak, hari ini Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) meletakkan aksi politik Shahrizat dalam konteks yang lebih tepat.
“Shahrizat ini bukan letak jawatan. April ini, beliau habis tempoh, luput atau kata Inggerisnya expired jadi senator, sebab itu tak boleh jadi menteri,” kata Mohamad Sabu ketika dihubungi Harakahdaily.
Sehari sebelum suaminya yang juga Pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh didakwa pecah amanah dalam skandal menyelewengan pinjaman RM250 juta, Shahrizat telah mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas 8 April ini apabila senator beliau habis tempoh.
Namun, beliau terus akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.
Sejurus selepas pengumuman Shahrizat, ramai pemimpin Umno termasuk Najib dan timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyanjung tinggi ‘pengorbanan’ Shahrizat, yang disifatkan mereka mempunyai keberanian yang luar biasa dalam mengambil keputusan sedemikian demi parti dan kerajaan.
Namun, aksi politik Shahrizat diselar terus oleh bekas bossnya Rafidah Aziz di Malay Mail yang menegaskan sekeras-kerasnya bahawa pengganti beliau tidak melakukan sebarang pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik.
Sementara itu, Mohamad Sabu berharap dengan Shahrizat tidak lagi menteri lagi di April, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berasa lebih bebas untuk menyiasat skandal NFC lagi.
“Lagi banyak yang perlu disiasat termasuklah mereka yang meluluskan dana kepada projek ini. Harap nanti, Najib tak halanglah sebab Shahrizat dah tiada,” kata beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan