Rabu, 21 Mac 2012

MENARIK HITUNG KEBAIKAN...HITUNG JUGA BERAPA BANYAK KITA BELASAH WANG RAKYAT...TIPU RAKYAT...BERAPA BANYAK MUNGKIR JANJI...BERAPA BANYAK SKANDAL YANG ADA...SKANDAL TERSEMBUNYI ALLAH SAJA TAHU...BIAR ALLAH YANG BONGKAR..YANG NAMPAK TAK DE SKANDAL...ALLAH SAJA TAHU BAPE BANYAK SKANDAL YANG MEREKA ADA.....

Wakil BN persoal bilangan jalan dibina pentadbiran kerajaan Selangor

20 Mac 2012
SHAH ALAM -- Wakil Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal dakwaan "kehebatan" pentadbiran pakatan PKR-DAP-Pas di Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini dengan berhubung bilangan jalan yang telah dibina sejak empat tahun memerintah.

Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) membangkitkan perkara itu selepas Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) meminta BN menerima kenyataan bahawa ia tidak pandai mengurus tadbir negeri dan mendakwa hanya pandai menghabiskan duit rakyat.

Ketika membahaskan titah ucapan diraja semasa perasmian sidang dewan, Shuhaimi turut menyarankan agar wakil-wakil BN belajar mengenai prinsip kewangan dan perakaunan daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlibat dalam industri pasir.

"Di mana hebatnya kalau hanya memberikan subsidi 20 meter padu pertama air percuma, mengorek pasir dan soalannya berapa batang jalan telah dibina," tanya Abdul Shukur.

Shuhaimi tidak menjawab soalan Abdul Shukur sebaliknya menuduh Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) menjual tanah kerajaan.

Tindakan Shuhaimi itu mendorong Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) meminta Shuhaimi memberi penjelasan berhubung dakwaan penjualan tanah tersebut.

Bagaimanapun, Shuhaimi berkata itu adalah haknya untuk menjawab atau tidak dan ia menimbulkan kemarahan Mohd Isa yang bangun dan meminta Shuhaimi menarik balik tuduhan tersebut jika beliau tidak mahu menjawab.

Mohd Isa berulang kali cuba meminta Shuhaimi menarik balik dakwaan terhadap Mohamad Satim namun pembesar suara di mejanya telah dipadamkan.

Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) kemudian bangun dan berkata di bawah Perkara 66 (1) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan, anggota-anggota dewan perlu mengemukakan fakta jika mereka menimbulkan tuduhan atau isu kerana jika tidak disokong oleh bukti ia bersifat "sangkaan jahat".

Timbalan Speaker Haniza Talha kemudian meminta anggota Dewan supaya mengikut peraturan apabila berbahas. -- Bernama
MTRK desak Exco Kelantan letak jawatan
AHMAD ISMADI ISMAIL
20 Mac 2012
Che Azmi (tengah) menunjukkan salinan bukti yang diserahkan kepada SPRM
PUTRAJAYA - Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Md Anizam Abd Rahman agar meletak jawatan atas alasan telah gagal untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu.

Presiden MTRK, Che Azmi Mohd Ali berkata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat harus memecat Md Anizam ekoran kelemahan Exco itu dalam menguruskan peruntukan disediakan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri berjumlah RM600 juta.

“Md Anizam perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan itu.
"Kerajaan Pusat telah membantu kerajaan negeri sehingga kini kira-kira 40 peratus rakyat Kelantan masih belum menikmati kemudahan air bersih, malah masih menggunakan sumber air sungai, perigi dan telaga tiub,” katanya.
Beliau berkata, MTRK juga menggesa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan wujud penyelewengan dalam Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membabitkan peruntukan bagi mengatasi masalah air di Kelantan.
“SPRM harus menyiasat secara menyeluruh ke atas agensi berkenaan (AKSB) ekoran banyak projek yang dirancang membabitkan perbelanjaan yang besar dan banyak daripadanya gagal,” katanya pada sidang media selepas membuat aduan di SPRM di sini.
Katanya, aduan itu dibuat berdasarkan laporan yang mendedahkan beberapa penyelewengan agensi berkenaan melalui dokumen bertajuk ‘Fakta Kelemahan Pengurusan AKSB Sekarang (2008 hingga 2011)’.
“Saya menerima laporan itu daripada seseorang yang tidak dikenali. Saya terkejut apabila membaca laporan itu kerana berkemungkinan berlaku penyelewengan dalam syarikat AKSB,” katanya.
Beliau turut menyatakan dalam laporan itu menunjukkan Projek Air Tidak Berhasil (NRW) yang membabitkan kos RM130 juta bermula Julai 2008 hingga Ogos 2011 gagal menterjemahkan sebarang impak positif
Pas: Kalah PRU 2004 punca pindah pengundi secara senyap
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Ariffin-Deraman
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin De­raman menganggap perpindahan pengundi tanpa kebenaran turut berlaku di negeri ini sebagaimana dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berhubung perkara sama yang dikesan di Selangor ketika ini.

Walaupun tidak diketahui sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut, Ariffin menganggap ‘permainan’ tersebut wujud sehingga membawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebaliknya menuding kepada Umno dan BN yang dianggap mencetuskan ‘gerakan’ demi kepentingan parti.

“Di Terengganu, kita menganggap kekalahan pada 2004 adalah disebabkan berlakunya perpindahan pengundi secara senyap.

“Kita tidak tuduh SPR, tetapi mungkin ada gerakan oleh Umno dan SPR itu sudah menjadi tanggungjawab dia,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad dan sejumlah 31,294 pengundi yang dipindah tanpa ke­benaran.

Khalid kini merupakan pengundi di kawasan Lem­bah Pantai dan bukannya di Parlimen Petaling Jaya Selatan sebagaimana pada PRU 2008.

Ariffin menganggap angka didedahkan itu ter­lalu besar dan menegaskan status perpindahan tersebut perlu diketahui pengundi.

Mengulas lanjut, Pas di negeri ini berusaha bersungguh-sungguh memastikan perpindahan pengundi yang meragukan tidak lagi berlaku di Terengganu.

Katanya, pihaknya akan meneliti kesemua nama untuk memastikan nama-nama pengundi yang dipamerkan SPR tidak diragui dan akan mengambil tindakan membuat­ bantahan sekiranya tidak berpuas hati.

“Sekarang pun ada berlaku dan kita ada buat bantahan tidak sebagaimana Umno yang tidak berbuat demikian. Namun, sejak akhir-akhir ini tidak banyak bantahan dibuat­ Pas dan keputusan ada kalanya memihak kepada kita,” katanya.
Sikap "Berentap di dalam, berpeluk di luar" Anggota parlimen ditegur

19 Mac 2012
KUALA LUMPUR -- Aksi segelintir Anggota Parlimen yang sering membuat 'drama' pergaduhan di dalam persidangan tetapi kemudiannya berbaik dan berpelukan di luar dewan persidangan ditegur dua orang Timbalan Yang
Dipertua Dewan Rakyat.

Semasa sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja hari ini, enam anggota Parlimen ditegur kerana bertikam lidah dan menyebabkan perjalanan mesyuarat terganggu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat teguran itu dalam usahanya menghentikan pertikaman lidah antara beberapa Anggota Parlimen dan menasihatkan mereka segera berbaik dan tidak menunggu sehingga keluar dewan.

"Jangan pula di dalam dewan bergaduh, di luar dewan berpeluk pula," kata Wan Junaidi.  

Pada perbahasan sesi pagi, Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berbalah mengenai isu kontrak pungutan sampah oleh Majlis
Bandaraya Shah Alam.

Suasana bertukar kecoh apabila Ahmad mencabar Bung Mokhtar untuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaporkan ketidaktelusan kontrak yang dibangkitkan Anggota Parlimen Kinabatangan itu.

Saifuddin juga meminta perkara sama apabila Bung Mokhtar terus-terusan mempertahankan pendiriannya dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan.

Seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee turut membuat teguran serupa apabila Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) meminta agar diberikan tambahan masa untuk berbahas.

Giliran Mohamad berbahas bertukar kecoh apabila Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Langat) dan Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) bangun mencelah apabila Anggota Parlimen Sri Gading itu mempersoalkan kenyataan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak kerjasama dengan rejim Zionis tetapi bersedia bekerjasama dengan Yahudi.

Kiandee ketika menjawab permintaan Mohamad berkata: "Kadang-kadang bergaduh dalam dewan ini, nanti di luar dewan dia peluk cium pula... yang susahnya Speaker."

Isu anggota Parlimen "berentap di dalam, berpeluk di luar Dewan Rakyat" menjadi tumpuan umum apabila "drama tomyam" berlaku Khamis lepas di antara Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), yang kemudiannya berakhir dengan kedua-dua mereka berbaik apabila keluar dari dewan persidangan.

Gambar Salahuddin mencium Tajuddin turut disiarkan beberapa akhbar pada keesokannya. -- Bernama
Najib: 'Saya bukan ahli politik janji kosong'

18 Mac 2012
Najib: 'Saya bukan ahli politik janji kosong'
PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.

"Apabila saya memegang jawatan hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda di sini.

Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.

Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

"Saya bukan ahli politik jenis itu," kata Najib sambil menegaskan bahawa beliau komited dan tidak akan bertolak ansur demi masa depan Malaysia.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan akan melakukan usaha yang lebih lagi untuk faedah rakyat jika mereka diberikan mandat untuk lima tahun lagi.

Najib meminta semua rakyat untuk bersama-sama dengan beliau bagi membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Beliau memberitahu orang ramai yang hadir di majlis itu bahawa sejak tahun 2009, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan menaik taraf hampir 400 sekolah sedemikian di seluruh negara.

Najib, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1MDB kemudian menyampaikan geran akademik 1MDB kepada 75 pelajar SMC yang melanjutkan pengajian mereka di universiti-universiti tempatan.

Pelajar berkenaan, masing-masing menerima RM15,000, telah menuntut sekurang-kurangnya setahun di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau swasta dan mendapat minimum CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) 3.00 daripada 4.00.

1MDB dan SMC bekerjasama bagi membantu pelajar yang memerlukan berdasarkan merit dan keperluan. Kerjasama itu bermula pada 2010 dengan 50 pelajar, diikuti 50 pelajar lagi pada 2011. - Bernama
Muhyiddin: Anwar takut RPK bocor rahsia

18 Mac 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dari senarai peserta forum itu.

Muhyiddin berkata keengganan ketua pembangkang untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.

"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Parlimen yang akan memutuskan terma rujukan bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas, bukannya kerajaan.

Beliau berkata penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu berkaitan Lynas oleh Anggota Parlimen, wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang akan dilantik kelak.

"Jadi soal tidak ada kuasa tak timbul, ianya bukan keputusan kerajaan sahaja tapi itu adalah keputusan Parlimen. PSC akan bersidang untuk berbincang soal Lynas dan yang itu adalah skop kuasa Parlimen bukan kerajaan," katanya.

Kabinet pada Jumaat dilaporkan memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.

Mengulas isu Bersih 3.0, Muhyiddin berkata ia hanyalah gimik politik dari pihak pembangkang.

"Kita tak tahu apa sebab dia nak buat perhimpunan, semua pun gimik politik saja, pasal dia rasa momentum Pakatan (pembangkang) agak menurun, jadi nak bina balik ialah dengan mengadakan begini," katanya.

Berkenaan isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Muhyiddin berharap agar ia tidak dipolitikkan kerana usaha sentiasa dijalankan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu.

Malah, katanya, beliau telah mengarahkan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terlibat termasuk Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia) serta Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia).

Beliau berkata hasil mengenai perbincangan itu dijangka disampaikan kepadanya dalam masa terdekat.

"Dengan keputusan itu nanti kita ada cara bagaimana nak kita tentukan masalah kekurangan ini dapat kita atasi, jadi ia bukan suatu perkara yang kita lakukan dengan tidak mengambil perhatian tentang keperluan sebenar, kerana guru di sekolah Cina ini perlukan latihan untuk menguasai bukan sahaja subjek atau opsyen mereka tetapi juga bahasa Mandarin.

"Jadi sebab itu di sesetengah tempat disebabkan kekurangan guru kita hantarlah mana-mana guru yang sesuai untuk isi kekosongan buat sementara," katanya. - Bernama
Najib yakin rampas negeri dikuasai Pakatan

18 Mac 2012
PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.
"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinotor BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Najib berkata beliau serta barisan kepimpinan BN berkerja keras siang dan malam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekali gus memastikan kemenangan BN.
Prestasi Felda Global: Pas beri Ahmad Maslan 3 hari
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
19 Mac 2012
salahudin-ayub
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memberi tempoh tiga hari kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk memberi penjelasan terperinci berhubung prestasi pelaburan Felda Global Venture Holdings (FGVH) dalam dan luar negara.

Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas berkata, Ahmad tidak memberi jawapan yang khusus berhubung soalan dikemukakan di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Saya meminta beliau memperincikan  prestasi semasa pelaburan FGVH di dalam dan luar negara dan kajian mendalam baik buruknya penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

"Bagaimanapun, beliau (Ahmad) cuba mengaburi rakyat dengan memberi angka-angka keuntungan sedangkan kita tahu pelaburan FGVH di luar negara adalah pelaburan yang rugi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Salahuddin, beliau akan memberi satu notis kepada Ahmad untuk memberikan jawapan bertulis dan hadir di Parlimen untuk memberikan penjelasan yang lebih khusus.

"Saya beri tempoh tiga hari kepada Ahmad Maslan untuk butirkan prestasi pelaburan FGVH di luar negara.

"Beliau cuma nyatakan pada 2009 hingga 2010, keuntungan FGVH berjumlah RM203 juta di dalam negara dan RM366 juta di luar negara. Rakyat mahu tahu syarikat mana yang terlibat dalam pelaburan itu dan tahap prestasi semasa," katanya.

Salahuddin berkata, Pas menunggu jawapan daripada Ahmad dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan mendedahkan maklumat yang sebenar.

"Kita meragui jawapan beliau kerana kita mempunyai maklumat mengenai angka-angka yang sebenar, jika beliau tidak menjelaskan secara terperinci... ada dokumen yang akan kita dedahkan nanti," katanya.

Sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat 2010.
"BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti," katanya.

Beliau seterusnya mengumumkan pemberian bantuan RM100,000 untuk Surau Al-Sakinah di Taman Perdana Putra, dan RM200,000 untuk SMK Perdana Putra. - Bernama

BAGAIMANA INDIVIDU2 PULAK...DAN JANGAN PILIH BULU...ALLAH TAHU...AKHIRAT KITA TERUK.....
SPRM mula senarai hitam syarikat rasuah

20 Mac 2012
Datuk Seri Abu Kassim Mohamed
KUALA LUMPUR - Lebih banyak syarikat tempatan dan multinational akan disenarai hitam kerana melakukan rasuah dalam usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serius untuk menangani gejala berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, sehingga sekarang, dua syarikat termasuk sebuah syarikat tempatan dan multinational telah disenarai hitam daripada menerima kontrak selama setahun di negara ini.

"Syarikat multinational itu telah disenarai hitam kerana memberi suapan dan syarikat tempatan itu, untuk rasuah, dan lebih banyak lagi akan datang...jika kita benarkan syarikat terlibat dalam penyelewengan itu, kita tidak akan berjaya
bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah negara bebas rasuah," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Bank Islam di sini hari ini.

Justeru beliau berkata, tindakan itu (menyenarai hitam) akan memberi mereka pengajaran dan kesukaran berurusan dengan perniagaan tanpa rasuah di Malaysia.

Abu Kassim juga berkata banyak syarikat gagal melihat kepentingan dasar bertulis tentang usaha memerangi rasuah, di mana masalah itu boleh menyebabkan kepada pengurusan perniagaan yang tidak betul.

Dalam usaha membanteras rasuah, Bank Islam hari ini juga memperkenalkan Integriti Hotline untuk mengendalikan panggilan yang berkaitan dengan sogokan dan rasuah dalam pertubuhan itu.

Pengarah Urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat berkata pelanggan boleh menghubungi 1800-22-0091 untuk membuat laporan terhadap aktiviti itu.

"Kami percaya ini akan membuka jalan di kalangan bank-bank untuk memerangi rasuah, kerana telah terpasak dalam ajaran Islam supaya sentiasa berlaku adil dan saksama dalam urusan perniagaan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: