16 petua awet muda sangat mudah
http://sedakasejahtera.blogspot.com, | 10 Mac 2012 |
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
(Imam Hoslan ketika bercakap dengan Harakahdaily sebelum ini)
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang menuntut Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria campurtangan dalam hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein yang melempar selipar ke arah hakim Mahkamah Rayuan.
Lim (bawah) berkata, tindakan itu wajar kerana insiden itu berlaku pada 22 Februari, lebih dua minggu sebelum beliau tiba-tiba dipanggil dan dihukum pada 8 Mac.
"Adakah Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria akan campur tangan terhadap hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan yang keras dan berlebihan terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut, meringankan hukuman demi belas ehsan?" tanya Lim sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim.
Pegawai alam sekitar yang mempunyai tujuh anak itu turut mendapat julukan 'imam BERSIH" kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.
Ekoran hukuman ini, Pemuda dan Muslimat PAS berazam untuk membantu keluarga Hoslam yang ditinggalkan.
Hoslan mempunyai seorang isteri dan tujuh anak yang sedang membesar.

Kit Siang minta Ketua Hakim campur tangan kes Hoslan
Harakahdaily, | 10 Mac 2012 |

1Care: Fahami kebimbangan rakyat
Harakahdaily, | 10 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Mac:
PKR mengalu-alukan kenyataan terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai bahawa kerajaan masih lagi jauh daripada memuktamadkan model
bagi sistem 1Care.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, Liow mesti memahami kebimbangan rakyat memandangkan kepentingan sektor kesihatan dan rekod buruk Barisan Nasional di dalam memperkenalkan reformasi secara telus dan berwibawa.
“Kami berharap Liow dapat menjelaskan proses perundingan berada pada tahap mana,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerajaan mestilah mendengar input rakyat, bukan menjadikan proses perundingan itu sebagai satu gimik semata-mata sebagaimana Model Ekonomi Baru yang diwar-warkan Perdana Menteri.
Tambahnya, apa yang membimbangkan PKR ialah sama ada jaminan Liow itu bermakna apabila melihat isu terbaru kes Lynas.
Ini, katanya kerana selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow kemudian mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia.
Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu, ujarnya lagi PM mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh daripada penempatan tetapi turut menarik balik tawaran menghantarnya pulang ke Australia.
“Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, kami mengambil maklum bahawa perbelanjaan kerajaan pada kadar 2.2 peratus sebagai peratusan kepada KDNK Malaysia pada 2008 masih lagi rendah berbanding kadar cadangan World Health Organisation (WHO) sebanyak 5 hingga 6 peratu,” ujarnya.
WHO juga, katanya menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.
Justeru, beliau menambah peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk sektor kesihatan beserta sebuah sistem yang lebih telus dan cekap akan memberi kesan positif yang besar terhadap sektor kesihatan negara tanpa perlunya 1Care.
“Kami turut menghargai persoalan yang dibangkitkan Institute of Democratic and Economic Affairs (IDEAS) tentang cadangan Pakatan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang dibentangkan di dalam Buku Jingga,” jelasnya.
Menurutnya, PKR menyokong penubuhan suruhanjaya bebas bagi memastikan kesihatan, sebagai satu hak rakyat yang asas dipelihara secukupnya.
“Sebagaimana disebut di dalam kenyataan awal saya juga, falsafah kami bahawa kesihatan merupakan hak asasi bukan bermakna kami menentang sektor swasta, yang telah memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada kesihatan negara hari ini.
“Namun kami mahukan jurang yang wujud hari ini dikurangkan agar kemudahan kesihatan bermutu dapat dirasai semua rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR, 10 Mac: PAS kawasan Tawau melahirkan
rasa hairan kenapa pejabat Pejabat Pelajaran Daerah itu boleh menjadi
alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi
kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para
guru mereka.
Sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
PAS Kawasan Tawau dalam kenyataan mereka berkata, sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.
Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau.
Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki, katanya.
Menurut beliau, terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau.
Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN.
"Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Semalam, laman web Merdeka Review melaporkan, menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.
Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.
Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.
Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang".
Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".
Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".
Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau.
Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan. Surat telah dibatalkan".
Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012.
Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.
--------------------------------------------------------------------
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, Liow mesti memahami kebimbangan rakyat memandangkan kepentingan sektor kesihatan dan rekod buruk Barisan Nasional di dalam memperkenalkan reformasi secara telus dan berwibawa.
“Kami berharap Liow dapat menjelaskan proses perundingan berada pada tahap mana,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerajaan mestilah mendengar input rakyat, bukan menjadikan proses perundingan itu sebagai satu gimik semata-mata sebagaimana Model Ekonomi Baru yang diwar-warkan Perdana Menteri.
Tambahnya, apa yang membimbangkan PKR ialah sama ada jaminan Liow itu bermakna apabila melihat isu terbaru kes Lynas.
Ini, katanya kerana selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow kemudian mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia.
Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu, ujarnya lagi PM mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh daripada penempatan tetapi turut menarik balik tawaran menghantarnya pulang ke Australia.
“Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, kami mengambil maklum bahawa perbelanjaan kerajaan pada kadar 2.2 peratus sebagai peratusan kepada KDNK Malaysia pada 2008 masih lagi rendah berbanding kadar cadangan World Health Organisation (WHO) sebanyak 5 hingga 6 peratu,” ujarnya.
WHO juga, katanya menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.
Justeru, beliau menambah peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk sektor kesihatan beserta sebuah sistem yang lebih telus dan cekap akan memberi kesan positif yang besar terhadap sektor kesihatan negara tanpa perlunya 1Care.
“Kami turut menghargai persoalan yang dibangkitkan Institute of Democratic and Economic Affairs (IDEAS) tentang cadangan Pakatan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang dibentangkan di dalam Buku Jingga,” jelasnya.
Menurutnya, PKR menyokong penubuhan suruhanjaya bebas bagi memastikan kesihatan, sebagai satu hak rakyat yang asas dipelihara secukupnya.
“Sebagaimana disebut di dalam kenyataan awal saya juga, falsafah kami bahawa kesihatan merupakan hak asasi bukan bermakna kami menentang sektor swasta, yang telah memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada kesihatan negara hari ini.
“Namun kami mahukan jurang yang wujud hari ini dikurangkan agar kemudahan kesihatan bermutu dapat dirasai semua rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.
PAS Tawau kesal surat arahan PPD
Harakahdaily, | 10 Mac 2012 |
Sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
PAS Kawasan Tawau dalam kenyataan mereka berkata, sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.
Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau.
Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki, katanya.
Menurut beliau, terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau.
Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN.
"Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Semalam, laman web Merdeka Review melaporkan, menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.
Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.
Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.
Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang".
Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".
Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".
Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau.
Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan. Surat telah dibatalkan".
Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012.
Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.
--------------------------------------------------------------------
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Malang Sabah: Negeri kaya, rakyat paling miskin
Azrul Azwar, | 10 Mac 2012 |
Bahagian 1
Mungkin ramai penganalisis ekonomi antarabangsa dan tanahair, penggubal dasar ekonomi di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri, para pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial malah rakyat Malaysia secara umumnya bingung dan termangu-mangu dengan dakwaan PM Najib bahawasanya Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri tersebut yang berada di peringkat pertengahan antara negeri termiskin dan terkaya di Malaysia (sila rujuk Gambarajah 1).
GAMBARAJAH 1: STATISTIK SOSIO-EKONOMI TERPILIH (2009)
Sources: Economic Planning Unit, Department of Statistics
* merujuk kepada data bagi 2010
** data bagi Selangor meliputi Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Melaka dan Labuan tiada klasifikasi kawasan luar bandar kerana fasiliti dan infrastruktur awam disediakan oleh majlis perbandaran/bandaraya
Tidaklah menghairankan kenapa kekeliruan sebegini timbul kerana PM Najib telah menggunakan suatu “indicator” atau penunjuk yang tidak sesuai dan jauh menyimpang dari ukuran universal yang digunapakai seluruh dunia untuk menggambarkan tahap kemiskinan sesebuah lokaliti sama ada kampung, bandar, daerah, wilayah, negeri atau negara. Lazimnya, pendapatan per kapita yang ditakrifkan sebagai kesemua sumber pendapatan pelbagai kategori seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Pendapatan Kasar Negara dibahagikan dengan bilangan penduduk keseluruhan dalam sesebuah lokaliti pada sesuatu tahun, digunakan sebagai ukuran kemakmuran/kekayaaan penduduk sesebuah lokaliti terutamanya negara, khususnya untuk membuat perbandingan antarabangsa antara negara dan sering diungkapkan dalam dalam sebarang matawang antarabangsa terutamanya dolar Amerika Syarikat dan Euro. Oleh kerana pendapatan per kapita hanyalah sekadar suatu nilai purata, kelemahan paling utama bagi penunjuk ini ialah ianya tidak mencerminkan bagaimana pendapatan atau kekayaan diagihkan yakni jika terdapat herotan dalam pengagihan pendapatan sesebuah negara sebagai contoh, segelintir yang amat kaya boleh menyebabkan pendapatan per kapita melonjak tinggi walaupun pendapatan yang diterima sebahagian besar penduduk sebenarnya jauh lebih rendah.
Mungkin akibat kekurangan rehat atau tidur dek kerana jadual harian yang sangat ketat dan membebankan maka PM Najib terlepas pandang atau teralpa tentang apakah definisisebenar kemiskinan, maka wajiblah kita sebagai segolongan daripada rakyat yang tahu serba-sedikit mengenai ilmu ekonomimembantu beliau menghentikan kecelaruan umum ini dengan membuat analisakemiskinanan negara dan perbandingan antara negeri-negeri di Malaysia berdasarkan apa yang sepatutnya digunakan sebagai penunjuk kemiskinan universal, sebagai contoh menurut definisi World Bank atau Bank Dunia dan United Nations atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau pun takrifan nasional spesifik sesebuah negara terbitan daripada definisi-definisi ini.
Definisi Bank Dunia: Poverty is pronounced deprivation in well-being, and comprises many dimensions. It includes low incomes and the inability to acquire the basic goods and services necessary for survival with dignity. Poverty also encompasses low levels of health and education, poor access to clean water and sanitation, inadequate physical security, lack of voice, and insufficient capacity and opportunity to better one’s life.
Definisi PBB: Fundamentally, poverty is a denial of choices and opportunities, a violation of human dignity. It means lack of basic capacity to participate effectively in society. It means not having enough to feed and clothe a family, not having a school or clinic to go to, not having the land on which to grow one’s food or a job to earn one’s living, not having access to credit. It means insecurity, powerlessness and exclusion of individuals, households and communities. It means susceptibility to violence, and it often implies living in marginal or fragile environments, without access to clean water or sanitation.
Lazimnya, terdapat dua kategori kemiskinan iaitu “hardcore/extreme/absolute poverty” atau kemiskinan tegar/keterlaluan dan “overall/moderate/relative poverty” atau kemiskinan relatif/keseluruhanyang mana kedua-dua golongan berada di peringkat paling bawah sesebuah masyarakat yang terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran hidup dan isu kekurangan atau kehilangan material atau pun pelucutan hak-hak untuk menikmati sesuatu.
Kemiskinan tegar boleh ditakrifkan sebagai suatu taraf hidup atau paras pendapatan yang diperlukan sekadar cukup untuk memenuhi piawaian minima atau keperluan cukup hidup minimayang mana jika kurang daripada itu, sesebuah isirumah tidak boleh wujud atau hidup. Oleh kerana kelangsungan hidup sepatutnya memerlukan bilangan sumber yang sama di mana sahaja di muka bumi ini, maka kayu ukur kemiskinan tegar sepatutnya seragam melangkaui masa, budaya, lokaliti dan paras teknologi, satu kelebihan yang membolehkan perbandingan global yang setara dengan mudah. Ukuran kemiskinan tegar hanya menitikberatkan keupayaan penggunaan seseorang dan tidak bergantung pada perubahan pengagihan pendapatan yakni jika pendapatan benar sesebuah ekonomi meningkat walaupun tiada perubahan pada pengagihan pendapatan, kemiskinan tegar akan berkurangan.
Kemiskinan relatifatau keseluruhan pula boleh ditakrifkan sebagai suatu peringkat taraf hidup atau paras pendapatan yang diperlukan, sekadar cukup untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, tempat berlindung dan penjagaan kesihatan asas tetapi jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan oleh majoriti sesebuah masyarakat tanpa mengambil kira harta kekayaan keseluruhan atau cara hidup.
Definisi kemiskinan relatif banyak dipengaruhi oleh konteks sosial kerana kemiskinan relatif adalah salah satu metriks ekonomi berkaitan“income inequality” yakni ketidaksamaan ekonomi atau pendapatan yang antara lainnya merangkumi pekali Gini dan indeks Theil. Sebagai contoh, walaupun pendapatan benar dalam sesebuah ekonomi meningkat tetapi tiada perubahan pada pengagihan pendapatan, maka kadar kemiskinan relatif juga tidak berubah. Jika pengagihan pendapatan berubah menjadi lebih saksama manakala pendapatan benar juga meningkat, maka kemiskinan relatif sepatutnya berkurangan.Maka tidaklah mustahil jika kemiskinan tegar dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali tetapi pada masa yang sama, kemiskinan relatif meningkat.
Biasanya, kayu pengukur bagi kemiskinan relatif digunapakai sebagai kadar kemiskinan rasmi sesebuah lokaliti seperti bandar, negeri atau negara. Maka jelaslah di sini bahawa kadar kemiskinan relatif atau keseluruhan merupakan penunjuk kemiskinan utama dan bukannya pendapatan atau KDNK per kapita.
Untuk mengukur kemiskinan secara lebih terperinci yakni menentukan secara kuantitatif sama ada sesebuah isirumah itu tergolong dalam miskin tegar atau miskin relatif atau pun bebas langsung dari belenggu kemiskinan,maka lahirlah konsep kayu ukur“poverty line income (PLI)/poverty threshold” atau pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai paras pendapatan minimum yang cukup untuk memenuhi keperluan cukup hidup minima (kemiskinan tegar) atau untuk menampung kos sara hidup bagi memenuhi keperluan asas lain (kemiskinan relatif) sesebuah isirumah. Maka, secara intuitif, PGK bagi kemiskinan relatif adalah lebih tinggi daripada PGK bagi kemiskinan tegar.
Definisi PGK yang secara umumnya berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain, ditetapkan berdasarkan anggaran hasil kajiselidik isirumah nasional. Biasanya, PGK di negara maju adalah lebih tinggi daripada negara membangun.Kaedah penetapan PGK sangat mempengaruhi profil kemiskinan, seterusnya akan menjadi asas bagi dasar-dasar sosio-ekonomi sesebuah negara seperti inisiatif membasmi kemiskinan, program kebajikan dan bantuan masyarakat serta sistem jaring keselamatan sosial.
Bank Dunia menakrifkan kemiskinan tegar sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1.25 (Purchasing Power Parity atau PPP pada 2005) sehari manakala kemiskinan relatif ditakrifkan sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$2.00 (PPP pada 2005) sehari.
Negara-negara OECD dan Kesatuan Eropah menggunakan “jarak ekonomi” yakni paras pendapatan setara dengan 60% daripada pendapatan isirumah median sebagai PGK untuk mengukur kemiskinan relatif. Oleh itu, sebagai contoh, penduduk sesebuah negara OECD yang berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan isirumah median nasional adalah tergolong sebagai miskin relatif. Dalam ertikata lain, paras kemiskinan sesebuah negara OECD diukur dengan membahagikan bilangan isirumah berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan isirumah median kepada bilangan isirumah keseluruhan negara tersebut.

Jangan takut untuk berubah – Oki Sentiana
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 10 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 10 Mac: Hampir
3,000 masyarakat Kelantan termasuk pelancong menghadiri program ‘Bicara
Selebriti’ anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre, malam
tadi.
Kehadiran mereka bukan sahaja untuk mendengar kupasan dari ahli panel berhubung ‘hidayah’ di kalangan artis, bagaimanapun untuk melihat ‘Ustazah Ana’ watak Oki Sentiana Dewi dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.
Tiga anggota panel telah diundang pada program kali ke-4 itu iaitu peserta Akademi Al-Quran pertama, Sharifah Khasif Fadzilah, Selebriti Dakwah, Hafiz Firdaus Abdullah dan Oki Sentiana Dewi.
Kehadiran peminat Oki khususnya di kalangan wanita membuatkan keadaan agak kurang terkawal dipenghujung majlis apabila mereka ingin melihat Oki lebih dekat.
Bagaimanapun kepantasan anggota Unit Amal dapat mengawal keadaan sehingga Oki berjaya dibawa keluar dari tempat program selepas majlis penyampaian hadiah.
Oki dalam ucapannya mengingatkan anak remaja agar jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan kerana Allah sentiasa akan memberi kenikmatan yang amat berharga.
“Pengalaman diri saya yang sebelum ini tidak bertudung, akhirnya Allah permudahkan kerana ianya janji Allah untuk kita,” ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja rezekinya semakin bertambah, namun ibunya yang sakit sebelum itu, akhirnya diberi kesembuhan oleh Allah walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan.
Sementara itu, Kapten Hafiz pula berkata untuk menjadi seorang pendakwah bukan perlu lepasan Al-Azhar atau seumpamanya kerana tidak semua orang akan sampai ke peringkat itu.
Bagaimanapun, tambahnya menegur kesilapan orang lain dengan cara yang lunak juga adalah berdakwah.
“Sebagai umat Islam kita kena berada dalam kerangka dakwah, walaupun peranannya kecil, namun peranan itu wajib diteruskan,” ujarnya.
Majlis penuh ceria dengan kejayaan pengacara TV Hijrah, Amin Idris selaku moderator yang berjaya menghidupkan suasana.
Di akhir program, Oki berkesempatan membaca puisinya yang berjodol ‘Negeri Kelantan Seindah Namamu’ yang mempersembahkan keindahan dan ketenangan sepanjang dua hari beliau berada di negeri ini.
Hadir sama pada program itu ialah pengarah program, Ustaz Baihaqi Atiqullah dan Anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan