PAS perlu 1 lagi mesyuarat selesaikan isu Kedah
Mesyuarat
Khas Jawatankuasa PAS Pusat malam tadi memutuskan untuk mengadakan satu
pertemuan dengan kepimpinan PAS Kedah termasuk Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat lebih tiga jam, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata pertemuan tersebut untuk menyelesaikan isu perlantikan exco yang berlaku di negeri itu.
Katanya mesyuarat tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Alor Setar. Bagaimanapun tempat akan dimaklumkan kemudian.
"Kita akan adakan pertemuan mahabah di antara kedua-dua belah pihak, antara YB Ustaz Azizan dan pihak YB Datuk Phahrolrazi untuk menyelesaikan masalah ini.
"Pada malam ini, kita bersetuju, apa perkara yang akan dibincangkan, insya-Allah kita akan bincang pada Sabtu malam Ahad ini di Alor Setar," katanya.
Turut hadir dalam sidang media ringkas kira-kira 5 minit itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.
Presiden akan turun ke Kedah
Mohamad berkata pihaknya telah berbincang dan mengambil pandangan yang diutarakan dengan "penuh harmoni dan mesra" serta mengambil berat apa yang berlaku di negeri itu.
"PAS Pusat akan turun ke Kedah untuk berdialog dengan (Badan) Perhubungan PAS, ADUN-ADUN, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda.
"Kita akan semua pandangan dan Insya-Allah penyelesaian yang baik, sedang diatur oleh kami," kata Mohamad
Menurutnya, pihaknya yakin "penyelesaian" dapat dicapai secepat mungkin.
Katanya, semua jawatankuasa pusat PAS akan hadir dalam pertemuan Sabtu ini termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri-negeri.
ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh yang enggan mengangkat sumpah menyambung menjadi exco turut dijemput hadir dalam pertemuan tersebut.
"Tunggu (hasil) perbincangan kami (Sabtu nanti)," kata Mohamad yang didesak berhubung sama ada kedua-dua exco tersebut menerima jawatan itu ataupun tidak.
Salahudin berkata ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah juga hadir dalam mesyuarat khas malam tadi.
Lee (kiri), seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian.
Pada masa itu, seseorang berteriak kepada kumpulan itu 'Bos kata tidak boleh masuk' dan menurut Lee, beliau, seorang anggota kumpulannya menjawab bahawa mereka hanya ke situ untuk makan.
Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya.
Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.
"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.
Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.
Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?"
Seseorang menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"
Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya.
Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.
Berucap di majlis itu kemudiannya, perdana menteri mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.
Katanya, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.
Di majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.
Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.
"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.
"Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)'," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.
Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."
Chandra (foto) berkata, keadaan itu berlaku walaupun Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.
"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.
Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.
Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."
Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.
Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.
Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu
majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.
Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.
Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.
"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.
"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.
"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).
"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket
berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.
"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).
"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat lebih tiga jam, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata pertemuan tersebut untuk menyelesaikan isu perlantikan exco yang berlaku di negeri itu.
Katanya mesyuarat tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Alor Setar. Bagaimanapun tempat akan dimaklumkan kemudian.
"Kita akan adakan pertemuan mahabah di antara kedua-dua belah pihak, antara YB Ustaz Azizan dan pihak YB Datuk Phahrolrazi untuk menyelesaikan masalah ini.
"Pada malam ini, kita bersetuju, apa perkara yang akan dibincangkan, insya-Allah kita akan bincang pada Sabtu malam Ahad ini di Alor Setar," katanya.
Turut hadir dalam sidang media ringkas kira-kira 5 minit itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.
Presiden akan turun ke Kedah
Mohamad berkata pihaknya telah berbincang dan mengambil pandangan yang diutarakan dengan "penuh harmoni dan mesra" serta mengambil berat apa yang berlaku di negeri itu.
"PAS Pusat akan turun ke Kedah untuk berdialog dengan (Badan) Perhubungan PAS, ADUN-ADUN, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda.
"Kita akan semua pandangan dan Insya-Allah penyelesaian yang baik, sedang diatur oleh kami," kata Mohamad
Menurutnya, pihaknya yakin "penyelesaian" dapat dicapai secepat mungkin.
Katanya, semua jawatankuasa pusat PAS akan hadir dalam pertemuan Sabtu ini termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri-negeri.
ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh yang enggan mengangkat sumpah menyambung menjadi exco turut dijemput hadir dalam pertemuan tersebut.
"Tunggu (hasil) perbincangan kami (Sabtu nanti)," kata Mohamad yang didesak berhubung sama ada kedua-dua exco tersebut menerima jawatan itu ataupun tidak.
Salahudin berkata ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah juga hadir dalam mesyuarat khas malam tadi.
'Penyokong BN kasari kami di majlis Najib'
Ahli
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain
mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long,
Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini.Lee (kiri), seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian.
Pada masa itu, seseorang berteriak kepada kumpulan itu 'Bos kata tidak boleh masuk' dan menurut Lee, beliau, seorang anggota kumpulannya menjawab bahawa mereka hanya ke situ untuk makan.
Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya.
Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.
"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.
Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.
Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?"
Seseorang menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"
Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya.
Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.
Berucap di majlis itu kemudiannya, perdana menteri mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.
Katanya, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.
Di majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM4.5 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sekolah berkenaan.
Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan.
Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini
menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis"
kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam kontroversi isu keselamatan Israel."Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.
"Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)'," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.
Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."
AS lebih suka Anwar dari Najib, kata Chandra
Bekas
pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata Amerika Syarikat kini lebih
cenderung menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
berbanding perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.Chandra (foto) berkata, keadaan itu berlaku walaupun Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.
"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.
Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.
Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."
Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.
Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.
Bekas polis kanan dakwa AG perguna SPRM
Bekas
pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli
Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah
mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga
menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu
majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.
Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.
Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.
"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.
"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.
"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).
"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket
berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.
"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).
"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.
Demo PP: Pemimpin Umno nafi sertai 'samseng'
Pemimpin
Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri menafikan menyertai kumpulan
"samseng" untuk membuat kacau dalam perhimpunan anti loji pemprosesan
nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Pulau Pinang
baru-baru ini.
Beliau yang juga seorang penulis blog prolifik berkata, beliau berada di sana sekadar membuat liputan sama seperti petugas media lain.
"(Ia) tidak lebih daripada itu," katanya menjawab dakwaan Pemuda PKR (AMK) yang mendakwa mempunyai bukti mengaitkannya dengan kumpulan "samseng".
"Bagi saya, tujuan jahat mereka selitkan nama saya kerana mahu kaitkan insiden tersebut dengan parti Umno. Itu sahaja."
Menolak dakwaan pembangkang, Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA pada 29 Januari lalu juga menafikan penglibatan mereka dalam insiden yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera.
Menjawab soalan Malaysiakini melalui pesanan di Facebook, Dr Novandri berkata, dakwaan AMK sekadar persepsi kerana sayap kanan PKR itu dakwa tahu beliau tidak terlibat.
"Jika mereka yakin saya terlibat, mereka akan kata saya salah seorang daripada 'samseng' itu, Tetapi mereka tidak berani kata demikian kerana saya memang tidak terlibat," katanya lagi.
Pada hari kejadian, jelas Dr Novandri, beliau juga tidak tahu Himpunan Hijau 2.0 diadakan di situ dan beliau asalnya hadir untuk membuat liputan terhadap aktiviti Pemuda Umno yang kerap berkumpul di Speaker Corner dekat Padang Kota Lama.
"Banyak video yang dimuat di dalam Youtube yang menunjukkan saya sibuk ambil foto dan video dengan tab (komputer) saya," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan