Jumaat, 30 Mac 2012

BILA CUBA MENGAWAL KAKITANGAN KERAJAAN DAN RAKYAT...PAYAH... NI JENIS ORANG...BUKAN ROBOT...HATI BOLEH BERUBAH...HATI2 MANUSIA ALLAH MAMPU MENGUASAINYA DAN MENGUBAHKANNYA...INGAT KITA ADA KUASA AMAT BESAR IAITU ALLAH SWT...YANG TAK MAMPU KITA MELAWANNYA

'Inilah anak komunis!'
FOKUS ISA "Pagi buta, kira-kira 2 pagi. Saya sedang tidur sebelum kami terdengar bunyi kuat di pagar," kata wartawan kanan Nuraina Samad, sambil merenung jauh, seolah kembali kepada zaman anak kampus 20 tahun lalu.

Dengan tanda tanya, abang yang tuanya keluar dan mendapati anggota polis Cawangan Khas yang mahu masuk dan menggeledah bilik bapanya.

NONE"Saya masih ingat, seorang daripada mereka mengambil buku karangan (pemenang hadiah nobel sastera) Pearl S Buck. Saya masih ingat, ketika itu saya berfikir-fikir, 'kenapa dia ambil buku itu?'" kata editor pengurusan di New Straits Times yang pemalu dengan kamera itu.

Selama dua jam itu - masa terasa amat panjang - lelaki polis itu berkata, bapanya A Samad Ismail, bekas timbalan ketua pengarang New Straits Times ditahan bawah akta ISA.

Hanya dua bulan selepas itu barulah Nuraina mendapat peluang menemui bapanya lagi, tetapi hanya di kaca televisyen, di tingkat 13 fakulti komunikasi Institut Teknologi Mara (ITM), dalam bilik yang sepatutnya untuk kuliah malam.

ghazali shafie king ghaz"Inilah manusia bernama Samad! Saya sangat marah, kenapa mereka melayan Bapak begitu. Dan apabila Bapak bercakap... dia tak biasa bercakap begitu," kata Nuraina.

Ia antara dua pengakuan yang disiarkan di kaca televisyen yang didakwa dipaksa terhadapnya sepanjang lima tahun ditahan bawah ISA.

Tetapi, mengingat semula memori luka itu, Nuraina mula menulis pada 2007, termasuk situasi dalam bilik kuliah ITM di mana beliau melulu keluar kerana marah dengan menteri dalam negeri ketika itu Tan Sri Ghazalie Shafie (kiri).

Dalam coretan yang sama, masih segar dalam ingatan ketika beliau dipanggil anak komunis di kampus, gelaran yang amat menimbulkan kemarahannya.

"Mereka juga akan mengggelar Lalin dan Nina dengan begitu juga? Azah dan Kamal?" tulisnya lagi, merujuk kepada adik beradiknya yang lain.
Dr M: Sukar untuk ramal keputusan p'raya
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Katanya, pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

- Bernama
JPM: Jangan bimbang isu pengundi meragukan
Masyarakat tidak perlu bimbang dengan kemungkinan warga asing didaftarkan sebagai pengundi atau kes pengundi meragukan, kerana proses pendaftaran memerlukan MyKad ditunjukkan, Parlimen diberitahu.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, di hari pengundian pula, jika pengundi gagal memberikan kad pengenalan mereka tidak akan dibenarkan terlibat membuang undi.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan untuk Jabatan Perdana Menteri dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan rakyat Malaysia mengundi.

Terdapat 33 tahap semakan dalam sistem ALIS yang menghubungkan Jabatan Pendaftaran Negara dan sistem itu akan menolak pendaftaran daripada rakyat asing, kata Nazri menyentuh isu yang ditimbulkan anggota parlimen pembangkang.
Phahrolrazi belum terima surat lantikan semula exco
Walaupun upacara mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco Kedah dikatakan ditetapkan minggu depan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri masih kabur tentang perkara itu.

"Saya masih belum terima surat untuk angkat sumpah," katanya melalui jawapan ringkas melalui SMS kepada Malaysiakini.

NONEThe Star hari ini melaporkan menteri besar mengesahkan Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh akan mengangkat sumpah minggu depan, itu dijangka berlangsung pada 5 April.

Harian itu juga melaporkan terdapat kemungkinan portfolio kedua-dua pemimpin kanan PAS itu akan dikecilkan.

Semalam beliau enggan mengulas isu penyambungan semula tugasnya kerana belum mendapat surat rasmi daripada kerajaan.

Akhir bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor berkata kedua-dua exco tersebut - Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh - "masih berpeluang dilantik semula" selepas tamat tempoh khidmat pada tarikh itu.

Sebelum ini, kedua-dua tokoh tersebut enggan dilantik semula menyambung tugas kerana tidak berpuas hati berkaitan soal pentadbiran kerajaan negeri terutama Phahrolrazi yang mengakui mempunyai perbezaan 'kritikal' dengan Azizan.

Hal demikian menyebabkan pucuk pimpinan parti campurtangan menyelesaikan kemelut yang berlaku selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri selama lebih dari lima jam di Alor Setar, Kedah awal bulan ini.

Hasilnya PAS mengarahkan kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu menerima semula jawatan berkenaan dan mereka akur dengan arahan tersebut, sekaligus mengaktifkan semula jawatankuasa pemandu yang dilaksanakan sewaktu PAS menguasai Kelantan pada 1990.

Mengulas sama ada beliau selesa selepas kepimpinan Pemuda PAS negeri mendesaknya dan Ismail digugurkan dalam kepimpinan negeri susulan kontroversi itu, Phahrolrazi berkata desakan itu "sebahagian daripada asam garam berpolitik".

"Walaupun PAS sebuah parti Islam, keadaan ini tidak dapat dielakkan di mana ada pihak yang menyokong dan tidak menyokong kita.

"Ini sebahagian daripada asam garam berpolitik seperti pepatah Melayu "kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai"," tegasnya.

Sehubungan itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata tidak timbul soal selesa atau tidak berhubung perkara itu.

Sementara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata tuntutan daripada Pemuda negeri yang mahu mereka berundur sebagai "pandangan peribadi."

Bahkan, beliau menegaskan, PAS tidak menerima apa-apa pandangan rasmi daripada sayap parti itu berhubung perkata itu.
DAP gesa k'jaan dapatkan balik pinjaman pada NFC
Kerajaan persekutuan digesa mendapatkan balik pinjaman mudah kepada National Feedlot Corporation (NFC) memandangkan ia sedang mencari pelaksana baru bagi projek fidlot negara.

Ketua publisiti DAP Tony Pua berkata sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian, maka ia akan membawa mesej bahawa ia membiarkan kronisme dan naungan.

NFC diuruskan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang berdepan dengan bahang ekoran skandal berkaitan dengan syarikat berkenaan.

Dokumen telah muncul yang menunjukkan bahawa NFC telah menggunakan pinjaman mudah itu untuk membiayai pelaburan dalam hartanah serta bidang-bidang lain yang tidak berkaitan dengan ternakan lembu.

Bos NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Shahrizat telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat 1965 berhubung operasi NFC.

Pua berhujah sekiranya pinjaman mudah itu tidak diperolehi kembali, maka semua tindakan terhadap Salleh dan tindakan Shahrizat melepaskan jawatan kabinet, tidak memberi sebarang makna.
DAP: Jabatan Pelajaran kaji status pengundi guru
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah menghantar memo dalaman meminta laporan mengenai "status pendaftaran pengundi di kalangan guru", dakwa Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.

NONEBercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Teo
menunjukkan memo yang ditandatangani ketua bahagian pengurusan akademik jabatan tersebut, Hasnul Hadi Abdullah Sani dan dialamatkan kepada semua timbalan pegawai pendidikan daerah.

Borang yang memerlukan pegawai berkenaan menyenaraikan bilangan guru di setiap sekolah dan jumlah yang berdaftar sebagai pengundi serta kawasan pilihan raya parlimen dan negeri mereka, turut dikembarkan bersama memo yang bertarikh 22 Mac itu.

"Menurut seorang guru, ini adalah kali pertama kajiselidik seumpama itu dijalankan," kata Teo.

Selepas selesai menjalankan kajiselidik tersebut, katanya lagi, pegawai yang bertanggungjawab dikehendaki menghantar borang berkenaan kepada "Unit Vokasional dan Teknikal Jabatan Pelajaran".

"Ini membuat sesetengah guru rasa diganggu. Kami memandang berat yang kerajaan sedang cuba menyampaikan mesej kepada guru bahawa mereka sedang diperhatikan," tambah Teo.
Rasuah: M'sia antara terbaik dakwa ahli politik
Malaysia antara negara yang paling banyak mengambil tindakan terhadap ahli politik dalam isu rasuah berbanding Singapura dan Hong Kong, kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Sejarah menunjukkan kita antara yang terbaik mendakwa ahli politik dalam rasuah.

"Undang-undang tak ikut sesiapa, tak lihat siapa dia, hakim atau ahli politik. Rasuah jenayah individu dan bukan lihat pada politik dia," katanya pada wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau realiti" di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri yang berkhidmat 27 tahun bersama suruhanjaya itu berkata, sejak 1960-an sehingga kini, sudah ramai ahli politik yang telah diambil tindakan oleh SPRM.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media.

"Ibarat kita nak masuk hutan memburu burung, lembu, gajah, tetapi pada masa yang sama kita bawa gendang. Belum sempat berburu, semua binatang dah lari," katanya sambil disahut gelak ketawa oleh hadirin.

Sementara itu, ketika ditanya oleh hadirin mengenai penggunaan kenderaan milik kerajaan semasa pilihan raya diadakan, Mohd Shukri berkata sehingga kini tiada garis panduan khusus mengenai perkara itu.

"Bila parlimen bubar sepatutnya perlu ada satu kerajaan sementara ditubuhkan untuk mengambil alih negara. Mengenai penggunaan kenderaan itu, saya rasa bukan hanya digunakan pada satu parti sahaja kerana ia termasuk kenderaan kerajaan negeri.

"Sekarang garis panduan lengkap tiada tetapi kita boleh usulkan pada kerajaan supaya adakan panduan yang tegas berhubung penggunaan kenderaan kerajaan," katanya.
SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak didakwa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.

"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri juga berkata, kes rasuah berbeza dengan jenayah lain kerana ia melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'.

"Mereka tak kan bercakap. Siapa yang nak datang bercakap bila kita tanya? Kita tak ada kuasa untuk dakwa orang," katanya.

Rafizi rela kerja separuh masa dengan SPRM
Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar peguam negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi perdana menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar peguam negara. Peguam negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan menerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari peguam negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fedlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.


  • Zeref Phantomhive · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Petronas
    " kami siasat banyak, tapi tak didakwa" .. So salah siapa? Salah rakyat ke? Ke salah korang sebab kerja separuh profesional? Ada kes, bawa ke mahkamah tapi tak cukup bukti.. Salah kami ke? Dah tentu la korang yang salah, bawa kes ke mahkamah tapi tak sediakan bukti yang kukuh..
    Dah2, jangan nangis2 nak mengadu kata korang buat kerja sehabis baik kemudian nak tunding jari kat rakyat konon rakyat tak bekerjasama.. Kalau sprm kerja dengan profesional dan berintegriti, kami rakyat akan sokong anda 100%.. Lagipun bukan ape, rakyat takut pegi sprm tu. lantai licin, tingkap besar.. Terjatuh nanti, susahhh...

    • Ismail Rosiah · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      rosak binasa bangsa kalalu orang yang di beri amanah sentiasa mencari alasan...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Kebanyakan kes2 yg didakwa melibatkan kes2 ikan bilis. Kes ikan jerung x lekat pun. So, jgn salahkan persepsi masyarakat jika yg jelas berlaku adalah sebegitu...

    • Dinns Kamar · Pengulas Tertinggi · Pulau Pinang
      Wan Adib Wan Roslan jawapan yg telah dijangkakan.... biasa la...

  • Mohd Hafiz Azmie · Pengulas Tertinggi
    Tak cukup bukti ? Bukti yang cukup pun tak didakwa , apa cerita ?

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Tak cukup bukti atau sengaja tak nak cari bukti utk tutup kesalahan pemimpin UMNO(BN)...Sbb kebykan kes berprofile tinggi adalah kerja pemimpin dan puak2 UMNO(BN)..Jadi cara mudah utk tutup kes ialah tak cukup bukti...

    • Ismail Rosiah · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      lagi auta punya public ni...

    • Dinns Kamar · Pengulas Tertinggi · Pulau Pinang
      Pakai Otak kalau siasat betul22 nanti kena pencen awal maksudnya pencen seposen..wa tolong lu....lu tolong wa...

    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      VIDEO Rintihan Peneroka FELDA - "Kami Memang Bodoh Tapi Janganlah Kami Diperbodohkan. Tak Payah Ada Kerajaan Pun Takpe, Jangan sampai saya jadi komunis!!" http://bit.ly/HmXny8

    • Wanmdsarapi Wanzulkefli · Top Commenter · Analyst at Langkah wawasan sdn bhd
      Ismail Rosiah Alkisah sebegini public dah lali sbb tu pak Lah ubah pada suruhan jaya , Pun begitu masih ditahap lemah sbb dipengaruhi oleh yg sikit atas... jadinya layaklah dikatakan ayat AUTA tu..

    • Carlos Kiyanly · Top Commenter · Works at İlk İnşaat
      Raja Rimba, Bagus, kasian betul kat org2 felda cahaya baru, pasir gudang.

    • Zamri Said · Top Commenter
      Pakai Otak ,saya spendapat dgn anda....

    • Arizam Shaila · Top Commenter · Works at PDRM
      SPRM hantar kertas siasatan pada PEGUAM NEGARA,pulangkan balik pada SPRM sebab tak cukup bukti.pastu hantar balik pada PEGUAM NEGARA tapi masih tidak cukup bukti......maka SPRM buang kertas siasatan dalam tong sampah..........tutup kes

    • Abd Kadir Abd Rahman · Top Commenter · Sek Men Agama Tinggi Sultan Muhammad.Melaka
      Dinns Kamar pemimpin malaun

    • Ayezat Chenko · Top Commenter · Parts at Perodua
      Pakai Otak SPRM,SPR...Mcm anjing..kne ikat..kami rakyat malaysia x iktiraf lgsung peranan korang

    • Tongga Man · Top Commenter · ONTHEROAD PILOT at Limo Services, Inc.
      selagi peguam negara yg kontrol SPRM selagi tu banyak kes2 terpilih yg entah ke mana....kalau peguam negara yg rasuah sapa pila nak siasat dia....HANCUR KAN UMNO B/N KALAU NAK TENGOK PUAK2 NI DUDUK DALAM PENJARA PULA...

    • Pyan Alen · Top Commenter · Smk kg soeharto
      sekarang boleh la ko tipu,akhirat nanti ko tanggong la.

    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      PR perintah M'sia kita siasat...dakwa & penjarakan SYAITAN2 umngok/bn...SPRM...PEGUAM...PENGAMPU BODEK2...baru padan muka depa...

    • Nasir Mohd · Top Commenter
      yg datang dari peranchis tu dihantar balik, pe cerita?

  • Idaham Rasna · Top Commenter
    Jangan buat alasan...jika macam itu buat apa dengan pegawai2 yang terlatih hingga ke luar negara dengan menggunakan duit rakyat jika tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan, saolah2 menggalakkan lagi kes2 rasuah akan berlaku. Atau pun hanya melepaskan batuk ditangga bila ada kes2 yang melibatkan ikan besar. Lebih baik ditutp saja SPRM jika sudah tidak relevan lagi. Sapa setuju please " LIKE "

    • Tajul Patail · Top Commenter · Uitm
      mmg betoi bro, siaat banner 2 ribu ringgit sampai rampas komputer dan soal tanya sahingga pagi itupun kes fitnah..

    • Arizam Shaila · Top Commenter · Works at PDRM
      SPRM hantar kertas siasatan pada PEGUAM NEGARA,pulangkan balik pada SPRM sebab tak cukup bukti.pastu hantar balik pada PEGUAM NEGARA tapi masih tidak cukup bukti......maka SPRM buang kertas siasatan dalam tong sampah..........tutup kes

    • Noo Rey · Top Commenter
      Agaknya la Hantar Kertas A4 kosong kt AGSan. Tulis kes ni nak siasat ke Boss. AGSan hanta balik Jangan cari hal kang ko ngan aku tak pasal-pasal yg kena. Lebih baik Diam.

  • Branet Yup · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Habis tu yang cow gate dan cop gate bagaimana boss? Tak cukup bukti ke tak mau cari bukti? Kan bukti dah ada? Kenapa tak mau soal itu Rafizi? Kenapa Tok Ketua Menteri Sarawak sampaikan harta berbillion pun tak boleh ada bukti? Boss... cakap betul2, nanti di padang Mahsyar awak kena tanya, susah nak jawab. Masa tu Gani 4 Tahil dan Ketua Polis tak boleh tolong boss...

Tiada ulasan: