Khamis, 15 Mac 2012

BUKAN SEMUA ORANG BOLEH MEMIMPIN...JADI PEMIMPIN BAIK LAGI LA SUSAH...JADI PEMIMPIN TAQWA LAGILAH...TAPI DALAM ISLAM NI YANG DITUNTUT

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi
Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.
SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarMenurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar,
langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di

kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya.
'Cowgate' akan tentukan keputusan PRU, kata Daim
Pemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

daim zainuddin"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.

NONEMengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan
Pergelutan di SPRM ketika pekebun OKU buat laporan
Cubaan Frusis Lebi, seorang pekebun kurang upaya untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terganggu apabila berlaku pergelutan ketika pengawal keselamatan menghalang kumpulan itu daripada memasuki bangunan Sultan Iskandar di Kuching.

NONEDalam Twitter, ADUN Padungan Wong King Wei berkata kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di Kuching itu, atas alasan bahawa wakil-wakil yang mengiringi beliau memakai baju yang tertera logo DAP.

"Saya ditolak dan dihalang masuk oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar ... Pintu utama juga ditutup kepada ahli-ahli DAP dan orang ramai.

"Mengapa? Apabila saya bertanya kepada mereka, orang yang bertanggungjawab berkata ia adalah kerana logo berkenaan adalah dilarang, iaitu logo roket," katanya.

Turut mengiringi Frusis adalah ADUN Batu Kawah Christina Chew dan Ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald.

NONEKetika dihubungi, Leon (kanan) berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10:30 pagi apabila ahli kumpulan itu ‘dikasari’ selepas berkeras untuk memasuki bangunan itu bagi membuat laporan SPRM.

"Seorang pengawal keselamatan itu menolak bahu saya dan kami dihalau keluar dengan arahan supaya tunggu di luar," katanya.

Kumpulan itu, katanya, hanya dibenarkan masuk ke dalam bangunan itu dengan iringan pengawal keselamatan selepas lebih daripada 15 minit pertengkaran hangat.

"Kami mahu buat laporan tetapi apabila kita bertemu dengan pegawai itu, dia kata bahawa mereka sendiri sedang menyiasat perkara itu dan tidak ada keperluan untuk membuat laporan tambahan," kata Leon.

Laporan berkenaan adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengakui beliau mengarahkan bantuan subsidi pertanian Frusis dihentikan kerana menyokong pembangkang.

NONESementara itu, penolong setiausaha publisiti DAP, Teo Nie Ching (kiri) yang melancarkan tabung mengumpul dana menerusi internet selama tujuh hari bagi membantu pekebun kurang upaya itu pada 8 Mac lalu, ketika dihubungi, berkata lebih daripada RM10,000 berjaya dikumpulkan.

Menurut Teo, jumlah sebenar dari kempen yang berakhir semalam akan disiarkan dalam masa terdekat, tetapi menegaskan bahawa ia sangat berjaya walaupun hanya dilakukan menerusi internet.

"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya lebih mengambil berat terhadap golongan miskin dan yang memerlukan daripada pentadbiran BN.

"Ini juga membuktikan bahawa walaupun dilabelkan sebagai 'samseng', kebanyakan pengguna internet adalah berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu bagaimana untuk menggunakan platform ini untuk memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

NONEPenyata akaun untuk kempen derma itu akan disiarkan minggu depan, kata beliau.

Sambil menambah bahawa kejadian itu masih jauh daripda berakhir, Teo berkata Mong mesti meletakkan jawatan atas tindakannya dan segera mengembalikan subsidi pertanian kepada Frusis.kaum.
Daim: Najib perlu undur jika gagal dapat lebih kerusi
Umno akan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika beliau gagal memperbaiki pencapaian BN pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas menteri kewanganTun Daim Zainuddin.

daim zainuddin"Mendapatkan semula majoriti dua pertiga adalah wawasan yang baik tetapi (Najib) perlu lebih praktikal ... jika, malangnya, beliau kehilangan banyak kerusi, Umno akan menggulingkannya. Ini politik," kata veteran Umno itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Cina Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Katanya, jika ekonomi negara kukuh, dan Umno bersatu, maka Najib akan mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi ini tak bermakna Najib akan pasti menang. Seperti bermain tenis, awak masih perlu untuk bermain bersungguh-sungguh untuk menang. Walaupun awak mempunyai kelebihan, awak tidak boleh mampu membuat kesilapan. Setiap kesilapan akan menyebabkan awak kalah "

Sekiranya, Najib berundur sebagai presiden Umno, Daim berkata, pengganti beliau mungkin akan ditentukan oleh ahli Umno melalui pemilihan parti.

NONEWalaupun secara konvensional timbalan presiden akan menjadi presiden, namun kata beliau, mungkin terdapat pemimpin lain yang akan mencabar untuk untuk jawatan presiden kali ini, kerana semua orang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Tiada ulasan: