Khamis, 8 Mac 2012

DIHARAP RAKYAT BIJAK MENILAI...PARTI MANA YANG HARUS MEMERINTAH...MANA PARTI BENAR2 MENUNAI JANJI..PARTI MANA BERSIFAT ADIL DAN TELUS..PARTI MANA UTAMAKAN KRONI..MEMBIARKAN RASUAH BERMAHARAJALELA....YANG MANA KERJANYA MENGUMPUL KEKAYAAN BUKAN SEBENAR MEMBELA RAKYAT...FIKIRLAH...BUATLAH SOLAT ISTHIRAH BAGI YANG ISLAM....

Menteri Sarawak didakwa terima sogokan RM70 juta
Ketika isu Menteri Muda Pertanian Sarawak yang mengarahkan bantuan kebajikan dan subsidi kepada seorang pekebun pro-pembangkang yang cacat dihentikan masih belum reda, lamanweb Sarawak Report membuat satu lagi pendedahan ke atas Datuk Mong Dagang yang juga tidak kurang panasnya.

NONELamanweb itu mendakwa bahawa Mong dan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri James Masing terbabit dalam kes sogokan RM70 juta daripada skim pembangunan tanah di kawasan pilihan raya Mong.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh Mong (kiri) pada 18 Jun 1997, selaku ADUN Bukit Begunan kepada Kho Chee Pheng dari sebuah syarikat di Kuching, Megaruma Sdn Bhd, meminta habuan bagi ‘bantuannya’.

Dalam surat itu, yang pertama kali didedahkan sekitar tahun 2010 oleh seorang penulis blog, Mong didakwa memberi kuasa kepada Kho untuk "mencadangkan, mengatur dan menjemput mana-mana pelabur berpotensi untuk menubuh dan membangunkan secara usahasama dengan pemilik tanah ladang kelapa sawit di Banjaran Kelingkang (Bukit Begunan), Sri Aman, Sarawak.”

"Saya dengan ini bersetuju bahawa pelabur perlu membayar sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap ekar dan selepas ditolak bayaran kepada LCDA bakinya akan dibahagikan dengan 50 peratus kepada yang pemilik tandatangan di bawah ini manakala 50 peratus lagi kepada Kho Chee Pheng," petik surat itu.

Land Custody and Development Authority (LCDA) adalah sebuah badan berkanun milik kerajaan negeri yang ditubuhkan bagi memudahkan pembangunan tanah di Sarawak,  terutamanya tanah masyarakat peribumi.

Surat itu menamakan tiga syarikat, di mana satu daripadanya akan digunakan bagi usaha sama itu, serta tiga nama yang perlu didaftarkan dengan syarikat yang dipilih sebagai syarikat usahasama itu.

Ketiga-tiga syarikat itu adalah Noble Reserves Sdn Bhd, Noble Resources Sdn Bhd dan Noble Rewards Sdn Bhd manakala tiga nama berkenaan adalah Bawang Ak Dem, Leyta Kupa dan Henry Yan Masing.

james masing and parti rakyat sarawak prs logo launch 160107James Masing (dua dari kanan) adalah juga Menteri Kanan Sarawak bagi portfolio Pembangunan Tanah.

Sarawak Report juga mendakwa bahawa Bawang adalah isteri Mong, Leyta pula adalah isteri  setiausaha sulitnya Wilson Ugak James, manakala Henry James adalah adiknya.

Laman web itu juga menerbitkan satu dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membuktikan bahawa tiga penama itu adalah pemegang saham utama Noble Reserves Sdn Bhd, satu daripada syarikat yang disebut dalam surat berkenaan.
'Tapak perlupusan Bkt Merah boleh dijadikan taman'
Tapak di mana sisa kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak disimpan ketika ini adalah selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi.

NONEMenurut Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, ini boleh dilakukan selepas kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu dikedap sepenuhnya yang dijadualkan tahun depan.

"(Pihak berkuasa) boleh menjadikan tapak itu sebuah taman, hutan simpan atau tempat rekreasi. Tidak ada masalah. Tiada sebarang larangan," katanya kepada pemberita pada taklimat AELB.
Menurut Raja Abdul Aziz, tapak pelupusan 16 hektar itu terdiri daripada dua sel.

Sel pertama digunakan untuk menanam komponen asal dan struktur ARE itu adalah dua meter di bawah tanah dan dikedap dengan konkrit.

NONESel kedua pula akan digunakan untuk menyimpan sisa sebenar yang diproses dari ARE  yang sebelum ini disimpan di dalam tangki minyak kalis kimia di tapak yang sama.

Sisa akan stabil dalam matriks konkrit untuk menjadikan strukturnya seperti batu.
'NFC salah guna pinjaman beli apartmen di Kazakhstan'
Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini.

NONEIni, kerana menurut Pua dalam satu kenyataan akhbarnya, pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC bertujuan meningkatkan penternakan lembu bagi memenuhi permintaan daging domestik dan bukannya untuk pelaburan luar negara.

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFC pastinya tidak bermaksud untuk menternak lembu atau cuba mendapatkan daging dari Kazakhstan, apatah lagi membeli sebuah apartmen di sana," katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, beliau difahamkan bahawa urusniaga itu adalah pembelian tunai semata-mata.

Pua, yang memiliki sesalinan perjanjian pinjaman itu dari sumbernya, juga mempersoalkan jika NFC mendapat kelulusan dari kementerian kewangan untuk pembelian berkenaan.

Katanya, NFC mesti tampil mendedahkan tujuan pembelian apartmen itu dan menjelaskan sama ada harta itu didaftarkan di bawah nama NFC atau nama pengarah individu tertentu.

Pada Jun 2011, akhbar The Star melaporkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pihak berkuasa daerah Jambul di Kazakhstan dan NFC berhubung penternakan lembu di sana.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga melaporkan lembu-lembu di Jambul itu akan dibawa ke Malaysia untuk kegunaan tempatan serta dieksport ke negara-negara jiran.
LGE: Saya tak akan pegang jawatan KM terlalu lama
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau tidak akan memecahkan rekod pendulunya, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang memimpin negeri ini sebagai ketua menteri selama 18 tahun.

NONEDalam temubual eksklusif dengan akhbar harian China Press , Lim (kanan) mengaku beliau telah mencapai puncak kerjaya politiknya selepas menyandang jawatan tertinggi di negeri itu selama empat tahun, tetapi beliau tidak akan memegang jawatan itu selama Koh.

"Saya serahkan kepada rakyat Pulau Pinang," katanya.

Mengenai sama ada DAP akan mencontohi manifesto pilihan raya PKR sewaktu pilihan raya Sarawak tahun lepas untuk menghadkan tempoh ketua menteri kepada tiga penggal, setiausaha agung DAP itu menjawab: "Kami tidak pernah berbincang mengenainya."

Lim menolak dakwaan bahawa dia adalah seorang pemimpin autokratik yang telah mengatasi anggota exco kerajaan negeri yang lain, dengan berhujah bahawa ia adalah satu persepsi yang dicipta oleh Umno.

Mengenai pandangan rakan-rakannya bahawa beliau harus melepaskan lebih banyak kuasa pentadbiran untuk menggambarkan imej kabinet negeri sebagai satu pasukan, Lim berkata, ia adalah satu gambaran yang dicipta oleh media, yang sering memberi tumpuan terhadapnya.

"Seorang ketua menteri mesti memperlihatkan keprihatinan kepada semua dan melawat pelbagai tempat. Saya perlu menghadiri pelbagai acara, termasuk yang berkaitan dengan pertanian, malah sukan. Ini adalah skop tugas saya.

"Parti lawan menyerang saya dan bukan anggota exco yang lain, jadi saya perlu untuk terus mempertahankan diri saya dan ini mewujudkan persepsi tersebut," Lim dipetik oleh harian tersebut.

Zambry nafi Husni intai jawatan MB


zambry abdul kadir interview 200409 04Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri  Zambry Abdul Kadir (kiri) menyangkal khabar angin bahawa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan menggantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum akan datang.

Dalam temubual eksklusif dengan akhbar bahasa Cina, Oriental Daily Zambry berkata, beliau tidak akan ikut rentak pihak yang sengaja memutarbelitkan fakta.

Jelas sekali, katanya, pembangkang telah kehabisan isu dan oleh itu menyebarkan khabar angin bahawa terdapat panik di dalam BN, tetapi Zambry menegaskan bahawa pihaknya tidak ambil kisah semua itu.

Ahmad Husni juga adalah ahli parlimen Tambun, Perak.

Ditanya sama ada beliau yakin untuk meneruskan penggal kedua, Zambry enggan mengulas kecuali berkata ia adalah di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

ADUN Pangkor itu juga menafikan khabar angin bahawa beliau mempunyai masalah bekerja dengan ahli exco  kanan, Datuk Hamidah Osman, yang nampaknya memihak kepada puak Umno yang lain.

Beliau mengulangi bahawa ia adalah isu yang dicipta oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat.
KM: Tak ramai lelaki di Melaka kahwin ibu tunggal
Tidak ramai lelaki di negeri Melaka  yang berminat berkahwin dengan ibu tunggal walaupun kerajaan negeri itu menyediakan sumbangan RM1,000 kepada mereka yang berbuat demikian.

ali rustamKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, semenjak insentif itu diperkenalkan pada 2010, hanya enam lelaki yang mendirikan rumahtangga dengan ibu tunggal, sekaligus melayakkan mereka menerima wang berkenaan.

Selain itu, insentif RM500 kepada remaja melebihi 16 tahun yang ingin berkahwin juga menerima nasib serupa apabila hanya dua penerima direkodkan.

Menurutnya, insentif berkenaan diperkenalkan sebagai langkah menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibu tunggal, selain mengelak remaja daripada terlanjur dan akhirnya terbabit dalam kes membuang bayi.

 "Walaupun sambutan untuk kedua insentif ini tidak begitu menggalakkan, kerajaan negeri masih akan meneruskannya," katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini.
BR1M: 'Saya tolong awak, awak tolong saya'
Walaupun berulang kali, pemimpin BN menafikan bahawa pemberian wang tunai RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berbentuk rasuah menjelang pilihan raya umum, tetapi hakikatnya jelas menunjukkan sebaliknya.

NONEBR1M adalah ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang pada pementangan  Bajet 2012 berkata pembayaran sekali sahaja itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi inflasi.

Di bawah skim BR1M, kerajaan membelanjakan RM2.6 bilion bagi memberi RM500 kepada semua warganegara Malaysia yang pendapatan isi rumah mereka RM3,000 sebulan atau kurang.

Daripada menggunakan jentera perkhidmatan awam atau pegawai kerajaan bagi mengagihkan wang itu, adalah jelas bahawa BN cuba menampilkan diri mereka dengan seluruh proses itu.

NONEDi seluruh negara, pusat permohonan BR1M dihiasi dengan logo-logo BN dan gambar ahli politik mereka. Begitu juga dengan kain rentang BR1m yang tidak terlepas dengan hiasan logo BN.

Gambar-gambar dan bidasan sudahpun tersebar di alam maya, khususnya melalui Facebook.

Sesetengah warga maya juga mendakwa bahawa surat yang dihantar oleh Kementerian Kewangan kepada pemohon BR1M disertakan dengan slip yang memaklumkan kepada mereka untuk mendapatkan baucar tunai dari pusat perkhidmatan wakil rakyat BN.
Pembangkang anggap batal SBPA mainan politik
Walaupun menyambut baik pembatalan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), pembangkang beranggapan tindakan itu secara tidak langsung membuktikan kepimpinan perdana menteri menjadikan dasar negara sebagai mainan politik.

Timbalan Ketua Penerangan PKR (AMK) Najwan Halimi (bawah) mendakwa, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hari ini bertujuan menjadikannya modal bagi meraih sokongan demi pilihan raya umum yang akan datang.

timbalan ketua penerangan amk najwan halimi"Justeru, dalam pada kita meraikan keputusan kerajaan pada hari ini, AMK tegas berpandangan bahawa polemik SBPA ini secara tidak langsung menzahirkan kelemahan kepimpinan perdana menteri dalam mengurus serta melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan kepentingan perkhidmatan awam negara," katanya.

Najwan juga berkata, pembatalan dasar selepas diumumkan penguatkuasaan pelaksanaannya juga tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.

"Mengapa SBPA sebelum ini diumumkan pelaksanaannya meski pun masih belum ada konsensus menyeluruh daripada golongan penjawat awam?" soalnya.

Najib pagi tadi mengumumkan SBPA dibatalkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Dalam perjumpaan khas dengan ribuan penjawat awam di Putrajaya, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

Laksana kembali lepas p'raya?

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor pula menyifatkan pembatalan itu sebagai kejayaan rakyat memperjuangkan hak sehingga kerajaan terpaksa mengalah.

riduan mohd nor"Pemuda PAS melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya perdana menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13," katanya.

Riduan (kanan) juga mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana sekali lagi jika BN mendapat mandat lagi selepas pilihan raya umum yang akan datang.

"Pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada perdana menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka," katanya lagi.
Hujan berlarutan, banjir kilat jejaskan warga KL
Hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku sejak semalam menjejaskan urusan harian warga Lembah Klang hari ini berikutan kesesakan lalu lintas luar biasa yang berlaku di laluan utama menuju ke bandar raya.

NONETinjauan Bernama pagi ini mendapati keadaan lalu lintas sesak teruk di laluan masuk ke ibu negara terutama di Lebuhraya Maju Expressway, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Seremban ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Plus berkata, trafik dilaporkan mengalami kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar pagi ini disebabkan penutupan terowong SMART dan kesesakan itu berlaku sejak pukul 6.30 pagi lagi.

Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Hulu Langat Rafie Sapar berkata seramai 413 mangsa yang dipindahkan ke Surau Kampung Belacan berikutan air naik malam tadi masih berada di sana.

"Sehingga hari ini mereka masih lagi berada di kawasan surau menunggu air surut," katanya ketika dihubungi pagi ini.

NONERafie berkata, sebanyak 150 buah rumah ditenggelami air di Kampung Belacan dengan kedalaman dua meter.

Katanya, pihak bomba menyediakan dua buah bot dalam keadaan berjaga-jaga di kampung berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata, banjir juga berlaku di Batu 12 Hulu Langat dengan 661 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Balai Raya Sungai Serai. Sesi persekolahan di sekolah itu ditutup sementara.

"Seramai 82 anggota bomba masih bertugas dan tujuh buah bot ditempatkan di situ untuk membantu mangsa banjir dan sehingga kini air masih berada sedalam satu setengah meter," katanya.

NONESeorang penduduk mangsa banjir Farid Rosle, 22, berkata hujan lebat sejak jam 7 malam semalam menyebabkan air naik mendadak tanpa diduga penduduk sehingga lebih dari satu meter pada 10 malam tadi.

"Saya dan keluarga saya kini terpaksa berteduh di rumah saudara saya di Kajang selepas air naik. Pagi ini, air masih lagi di paras yang sama," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: