Sabtu, 17 Mac 2012

SETUJU..TEPAT..WAJIB KEMBALI KEPADA HUKUM ALLAH..ULAMAK2 YANG ROSAK SERTA BISU JANGAN BERDOLAK-DALIK...INGATLAH MATI...INGATLAH NERAKA...JANGAN NAK MEMBODEK MANUSIA DAN TAKUT KEPADA MANUSIA...

Pemuda PAS ke Syiria pantau pelajar Malaysia

Harakahdaily, 16 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar wakil ke Syria bagi meninjau keadaan pelajar Malaysia ekoran krisis yang berlaku di negara berkenaan.

Wakil Lajnah Antarabangsa dewan itu akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi II, Ustaz Fakurazi Mokhtar dan akan berangkat ke Damsyik pada malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Naib Ketua DPMM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga pengerusi lajnah antarabangsa dalam satu kenyataan hari ini.

Disamping itu beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia di Syria agar tidak melibatkan diri dalam sebarang program dan aktiviti dalaman dan tempatan rakyat Syria yang boleh mengakibatkan mereka diambil tindakan oleh pihak tertentu di sana.

"Para pelajar terutamanya perlulah sentiasa mengikut arahan dari kedutaan Malaysia walaupun dilaporkan Kedutaan Malaysia tidak mahu bertanggungjawap terhadap rakyat Malaysia yang masih berada di pusat-pusat pengajian awam di seluruh Syria.

"Wakil -wakil pelajar malaysia dari persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia diseluruh Syria diminta sentiasa berhubung dan berkomunikasi secara setempat dengan ahli-ahlinya," katanya.

Konflik di Syria semakin hari semakin mendesak apabila jumlah kematian dianggarkan mencecah ribuan rakyat yang tidak berdosa ekoran kebangkitan rakyatnya yang inginkan lebih ruang demokrasi di sana disamping menuntut Presiden Bashyar Assad berundur.

"Kita juga berharap, kerajaan Syria dapat memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria terjamin walaupun kemelut politik dalaman disana semakin runcing kerana adalah tanggungjawap kerajaan Syria untuk memastikan keselamatan rakyat asing tidak diapa-apakan serta dilibatkan," katanya.

NGO Beras Kampit turut tanding PRU?

Mohd Sayuti Omar, 16 Mac 2012
Ada seorang kawan yang bergerak cergas dalam Ngo beras kampit memberi tahu presidennya sedang mengenal pasti beberapa buah kerusi Dun di Selangor yang akan diganggu oleh Ngo itu dengan cara ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesemua kerusi itu dimenangi Pas.

Kata kawan itu Ngo itu akan memastikan sekurang-kurang lima kerusi yang mereka ganggui untuk memastikan kerusi itu tewas bagi membolehkan UBN menang dan seterusnya membentuk kerajaan di Selangor.

Di antara kerusi yang disebut kepada saya yang menjadi perhatian Ngo beras kampit itu ialah Gombak Setia yang kini disandang presidenya yang menang atas tikit Pas, Hulu Klang, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Sejangkang dan Chempaka. Dari tujuh kerusi itu dua kerusi mungkin tidak akan diganggu. Kerusi itu, Sijangkang yang dimenangi Ahmad Yunus dan Chempaka dimenangi Iskandar.

Bentuk gangguan menurut kawan itu Ngo beras kampit akan menurunkan orangnya untuk bertanding atas tikit bebas. Mereka menghitung calon mereka akan dapat menarik 500 hingga 1,000 undi.

Kalau ini menjadi kenyataan kerusi-kerusi Pas yang dimenangi dengan majoriti 1,048 hingga 5,513 undi itu mungkin akan jatuh kepada UBN sekiranya formula itu menjadi kenyataan.

Kata kawan itu kalau Ngo beras kampit itu berjaya membantu UBN menumbangkan Pas beberapa orang pemimpin utama mereka akan diberi ganjaran termasuk dilantik menjadi pengerusi atau pengarah dalam syarikat GLC. Salah seorang dari mereka katanya akan dilantik menjadi senator kononnya untuk dilantik menjadi menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam. [wm.kl.7:43 pm 15/03/12]

------------------------------------------------------- http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/senggang-masa.html

Selangor lulus RM300,000 bantu mangsa banjir

Harakahdaily, 16 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Adalah tidak benar sama sekali kononnya Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu mangsa banjir di Lembah Jaya Utara dan Dusun Tua.


Pengerusi Jawatankuada Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Samad (gambar) berkata, setiap keluarga akan mendapat RM300 daripada kerajaan negeri dan Zakat Selangor akan menambah RM300.

Selain itu, jelasnya mesyuarat Exco Selangor pada 13 Mac telah meluluskan RM300,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.


“Kerajaan negeri juga akan membantu pemilik-pemilik rumah yang rosak sama sekali sementara 2 keluarga telah berpindah ke Council Home MPAJ manakala 3 lagi sedang diproses,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Beliau yang juga Adun Chempaka memebritahu Pejabat Daerah Hulu Langat juga menyediakan makanan setiap hari untuk mangsa-mangsa tersebut di pusat perlindungan.


Iskandar juga memberitahu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Eropah bukan untuk bercuti tetapi untuk memahami cara pengurusan industri air di UK.

(Gambar: Khalid melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Hulu Langat, 8 Mac lalu.)

"Ini penting kerana Kerajaan Selangor sedang berusaha untuk mengambil alih industri air di negeri ini,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, MB juga akan membuat pembentangan di seminar dan mengadakan dialog di Perancis dan UK.

“Ini juga penting untuk mengangkat nama Selangor di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Kes Dirang: Kembalilah kepada hukum Allah

Jofri Jaraiee, 16 Mac 2012
Kes pembunuhan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Pembunuhan kanak kanak dianggap satu jenayah yang hina dan kejam dalam kebanyakan dunia. Mereka ini mudah terdedah dalam kes yang melibatkan penculikan dan pembunuhan.

Perlindungan kanak-kanak daripada penderaan dan kematian, mungkin sering melibatkan dan mengganggu struktur keluarga kanak-kanak terbabit. Ada yang sanggup membunuh mangsa dengan kejam tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Pihak pemerintah seharusnya bertindak dengan lebih tegas lagi ke atas penjenayah yang kejam ini dengan melaksanakan hukuman yang benar-benar menakutkan para penjenayah atau mereka yang mempunyai keinginan untuk melakukan jenayah berat keatas kanak-kanak.

Kerajaan wajar menyemak semula undang-undang sivil yang ada sekarang, kerana ianya dilihat kurang berkesan membenteras jenayah kejam yang dilakukan keatas mangsa yang terlalu lemah dan tidak berdaya untuk melawan nafsu serakah pembunuh yang kejam tersebut. Kalau sekadar dipenjara seumur hidup, belum tentu ini akan memberi kesan dan pengajaran kepada orang ramai yang melakukan jenayah ke atas kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya ini.

Berbagai usaha dan cara sudah dilakukan oleh pihak pemerintah untuk mencegah atau menghukum pembunuh zalim ini, namun perkara ini tetap juga berlaku, seolah-olah penjenayah sekarang berani mencabar perundangan yang sedia ada. Berbagai pandangan orang ramai untuk menghukum pesalah atau pembunuh kejam ini sudah dikemukakan, tetapi sehingga kini tiada suatu pun yang dapat diterima sebagai jalan penyelesaian.

Maka inilah masanya bagi pihak pemerintah kembali semula kepada perundangan syariah atau hukuman yang diturunkan Allah kepada setiap manusia agar perkara ini dapat dibendung atau menyekat kegiatan pembunuhan kejam ini dari berleluasan. Selain daripada itu didikan agama sejak dari kecil juga perlu dipertingkatkan..

Jangan tunggu sampai anak-anak kita jadi mangsa barulah kita mahu kembali kepada perundangan Islam. Semoga Allah melindungi kita semua dari perkara yang dasyat dan tidak diingini ini berlaku keatas keluarga kita.

Hanya dengan melaksanakan hukum Allah saja, manusia akan gerun dan takut untuk melakukan sesuatu perbuatan kejam walaupun memang benar ada yang akan terus melakukan dosa tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak berani melakukan dosa besar tersebut secara bebas dan terang-terangan.

Kepada yang bukan Islam mereka tidak perlu takut dengan perundangan syariah kerana semua ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan kita semua.

Apabila manusia mendengar hukum Allah saja, mereka sudah merasa takut dan secara tidak langsung dapat mencegah perbuatan kejam seperti pembunuhan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa ini terus berlaku seperti apa yang berlaku sekarang dan ini termasuk juga mereka yang
membunuh bayi juga patut menerima hukuman yang sama seperti pembunuh kejam.

Hukum Hudud atau hukuman syariah adalah terbaik untuk menyelesaikan masalah jenayah berat seperti rogol, bunuh dan sesuai untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kembalilah kepada syariah Islam demi kesejahteraan ummah.

Hanya Hukum Allah yang sesuai dan terbaik untuk semua. Allah yang mencipta segala mahluk di muka bumi ini, maka Allah yang maha mengetahui yang terbaik untuk menyelesaikan segala masalah manusia sejagat. * Penulis adalah Yang Dipertua PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Pindah Khalid, apa lagi dalih SPR

Harakahdaily, 16 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Jingga 13 menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) yang beroperasi sekarang sudah lagi tidak relevan dan wajar dirombak sama sekali.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa (gambar) berkata, integriti dan kreadibiti SPR sudah semakin rosak dan punah dengan palitan pelbagai penyelewengan, tidak adil, telus dan profesional.


“Pelbagai laporan beserta bukti telah begitu banyak dilaporkan, tetapi malangnya SPR terus bersikap dwi-standard dan terus 'menegakkan benang yang basah' untuk menafikan segala permasalahan dan aduan yang dibuat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Beliau berkata, SPR terus dilihat gagal mengendalikan pilihanraya yang benar-benar bersih.

Tambahnya, sikap tunduk kepada parti pemerintah dapat dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, tuntutan Bersih dianggap tidak penting dan gagal disempurnakan oleh SPR dengan pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal.

Menurutnya lagi, parti pembangkang akan terus menjadi mangsa kepada SPR melalui undang-undang dan peraturan yang sentiasa berubah-ubah, tidak konsisten dan berat sebelah.


“Adakah SPR adalah benteng terakhir Umno BN, bersekongkol dalam memastikan Umno BN terus menang dan menguasai Putrajaya?

Katanya, pelbagai cara digunakan bagi memastikan kemenangan Umno BN di mana senarai pemilih yang terus diragukan, tidak dibersihkan walaupun pelbagai bukti dan usaha dibuat.


Justeru, ujarnya kebangkitan rakyat menolak Umno BN sahaja lagi yang tinggal dalam memastikan segala tipu helah SPR gagal.

Tetapi, ujarnya kelicikan SPR dengan pelbagai taktik dan strategi mampu menolak suara rakyat dengan memberikan kemenangan kepada Umno BN.


Beliau menambah, isu yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipindahkan dari Selangor ke Lembah Pantai adalah bukti yang menunjukkan SPR adalah gagal dalam bertindak telus, adil dan profesional.

“Apa lagi dalih dan alasan yang akan disampaikan oleh SPR?” soalnya.

Katanya, kes pertukaran tempat mengundi bukan perkara baru dan sudah melibatkan ribuan pemilih ditukarkan tanpa kebenaran mereka yang dibuat sewenang-wenangnya oleh SPR tanpa rasa bersalah termasuk pengundi yang mempunyai 2 atau 3 tempat mengundi di samping warga asing menjadi pengundi dan macam-macam kes lagi.

“Jingga 13 yakin bahawa SPR wajar diletakkan di bawah parlimen dan bertanggungjawab kepada parlimen, bukannya di bawah telunjuk Perdana Menteri supaya tidak ada sesiapa pun yang mampu mempengaruhi SPR,” ujarnya.

Menurutnya, integriti dan kreadibiliti SPR perlu dibersih dan direformasikan agar diyakini oleh rakyat dengan pilihan raya yang bersih, sistem dan pengurusan yang efektif, telus, adil dan profesional adalah menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Didik anak agar waspada insan tidak dikenali

Harakahdaily, 16 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Lajnah Pendidikan PAS Pusat Pusat merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga allahyarhamuha Nurul Nadirah Abdullah,5, terutama ibunya, Norelyn Alan di atas pemergian allahyarhamuha yang dibunuh dengan kejam dan dijumpai rentung dalam sebuah lubang berdekatan Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Johor Bahru, baru- baru ini.


Anak kecil yang tidak berdosa intu didapati hilang sejak 1 Mac ketika keluar dari kediamannya di Flat Seri Delima untuk membeli maggi dan telur.

“Selaku AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat ,saya ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas pembunuhan anak kecil yang tidak berdosa ini,” kata Normala Sudirman kepada Harakahdaily.

(Gambar atas: Normala bersama Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor dan Persatuan Anak Melayu Sabah menziarahi keluarga mangsa, kelmarin.)

Justeru, katanya pihak Lajnah Pendidikan mengharapkan agar keluarga mangsa terutama ibu mangsa akan  terus tabah dalam menempuh dugaan hidup atas kehilangan insan yang disayangi itu.

“Kami juga berharap agar pembunuh yang tidak berperikemanusiaan ini dikenakan hukuman yang berat untuk  memberi pengajaran kepada masyarakat pada masa akan datang,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Tambahnya, Dewan Muslimat PAS Pusat juga ingin menasihati agar ibu bapa memantau keselamatan anak-anak dan berwaspada selalu kerana cabaran 'mendidik' anak-anak pada masa sekarang begitu besar lantaran ada kalangan pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan kanak-kanak yang tidak berdosa sebagai mangsa dendam atau nafsu jahat mereka.

(Cikgu Mala memberi suntikan semangat kepada Roselyn Alan.)


Menurutnya, cabaran menjadi ibu bapa semakin hebat dalam 'mendidik' anak-anak agar terhindar daripada perbuatan pihak yang kejam dan tidak bertanggungjawab serta melanggar norma kemanusiaan dalam masyarakat.

Beliau berkata, sikap 'berwaspada' perlu ditanamkan kepada anak-anak agar sentiasa berhati- hati terhadap insan yang tidak dikenali.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga Allahyarhamuha Adik Nurul Nadirah Abdullah tabah dan redha terhadap qada' dan qadar yang diterima terutama kepada Puan Norelyn Alan, ibu mangsa,” ujarnya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Negeri Johor.

Tiada ulasan: