Menteri gagal tolak saman tumbuk ahli perniagaan
Mahkamah
Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang
ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak
perempuan menteri itu.Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos.
Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.
Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.
Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.
MB Selangor bawa isu air ke forum antarabangsa
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membawa pertikaian
perkhidmatan air di negeri itu ke peringkat antarabangsa dengan
mendedahkan bagaimana penswastaan di Malaysia gagal kerana
disalahgunakan untuk memanfaatkan golongan rentier.Menurut kenyataan akhbar yang dari pejabatnya, Abdul Khalid pada Forum Air Sedunia kali keenam di Marseille, Perancis berkata, walaupun terdapat kes kejayaan penswastaan air di peringkat antarabangsa, namun ini tidak berlaku di Malaysia.
“Ini contoh klasik kegagalan percubaan menswastakan kemudahan awam yang diburukkan dengan dua faktor iaitu pertembungan antara politik dan perniagaan apabila keuntungan individu diutamakan di samping konflik kepentingan politik,” katanya.
Beliau menegaskan teori penswastaan tidak salah kerana antara lain bertujuan menggurangkan beban kerajaan dan meningkatkan kecekapan sekali gus menambahkan daya saing.
“Namun di Selangor, syarikat yang dipilih tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam industri perkhidmatan air. Tanpa suntikan kewangan, syarikat-syarikat ini mula berkompromi dengan kualiti air dan penyampaian perkhidmatan air, memaksa tarif air yang tinggi kepada pengguna.
“Separuh daripada 13 negeri berdepan defisit dalam operasi air yang dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Melantik pihak luar untuk menguruskan perkhidmatan industri air bukan saja mengurangkan kecekapan malah soal pembiayaan tidak ditangani sebaiknya,” katanya yang menambah, kelemahan syarat perjanjian konsesi juga antara punca kegagalan penswastaan air.
“Perjanjian ini sepatutnya memasukkan fasal secara spesifik dan terperinci mengenai denda kepada konsesi yang gagal mematuhi syarat.
“Dalam kes kita, penjanjian konsesi sangat lemah. Apabila syarikat konsesi berdepan masalah kewangan, Kerajaan Pusat akan menanggung hutang-hutang ini,” katanya.
Abdul Khalid juga dijadualkan untuk bercakap mengenai isu yang sama dalam satu lagi forum di London esok.
Bancian kecenderungan politik guru juga di KL
Surat
pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan
kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan
kepada sekolah di Kuala Lumpur.Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam, kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti yang dilakukan di Tawau.
Menurut seorang guru, yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu.
"Ya, kajian itu sama dengan apa yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai menyokong kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu.
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh pembangkang.
Namun tinjauan rambang di beberapa buah sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu.
Ketika dihubungi, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi semula minggu depan untuk jawapan rasmi.
"Pengarah di luar kawasan," katanya.
Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh kementerian.
"Tidak ada arahan. Kementerian tidak terlibat, saya sudah semak," katanya.
IGP: Kehadiran polis di tempat awam dipertingkat
Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan meningkatkan
kehadiran anggotanya di kawasan awam temasuk lokasi pengangkutan awam
sebagai usaha mencegah jenayah.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan orang awam dan pengguna perkhidmatan awam sentiasa berasa selamat sejajar dengan hasrat inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan bagi mengurangkan kadar jenayah.
"Memang saya dapat laporan melalui pelbagai cara dan pagi ini saya sendiri menaiki LRT (transit aliran ringan) dan bertanya apa perasaan mereka ketika menaiki LRT dan jawapan yang saya terima semua jawab selamat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Stesen LRT Jelatek di ibunegara, hari ini.
Ismail menaiki pengangkutan rel itu ke beberapa stesen LRT serta bertemu mesra dengan pengguna yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar ibunegara mulai jam 8 pagi sehingga 10 pagi ini.
Ismail berkata melalui tinjauan turun padang itu beliau dapat mendengar sendiri pendapat para pengguna perkhidmatan awam mengenai aspek keselamatan serta saranan mereka.
"Saya ingin berpesan kepada anggota saya supaya bersifat 'omnipresent' (terdapat di mana-mana) supaya polis sentiasa berada di tempat-tempat yang strategik, tempat orang ramai," katanya.
Ketua Polis Negara itu turut meminta Polis Kontinjen Kuala Lumpur menempatkan anggota polis di tempat-tempat yang sepatutnya untuk memastikan pengguna berasa selamat dan orang ramai memberikan pandangan mereka kepada pihak polis dalam usaha mencegah jenayah secara bersama.
"Saya harap orang ramai dapat memberi pandangan bagaimana polis dapat memperbaiki perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata pasukan polis turut mengalami perubahan dengan Program Tranformasi Kerajaan dan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.
Kesungguhan dan komitmen polis terbukti apabila pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan mencatat penurunan 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.
Sementara itu, dalam perjalanan itu, Ismail turut singgah di stesen KLCC dan stesen Masjid Jamek untuk menemui orang ramai di situ.
Antara pegawai yang mengikuti beliau ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar.
Semasa bertemu orang ramai, Ismail bertanya soalan seperti "Rasa selamat tak menggunakan LRT?" selain bertanya pendapat mereka mengenai aspek keselamatan semasa menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Beliau turut mengedar risalah pencegahan jenayah kepada pengguna yang ditemui, lengkap dengan nombor telefon ibu pejabat polis di sekitar Lembah Klang dan buku nota polis.
Apabila tiba di KL Sentral, Ismail memberitahu media bahawa polis akan menempatkan anggota di kawasan tumpuan orang ramai seperti stesen-stesen pengangkutan awam.
- Bernama
"Saya fikir Akta Murtad mesti lulus untuk menangani isu murtad," kata ahli parlimen itu hari ini.
Dakwanya, terdapat banyak kes umat Islam yang semakin mendekati agama lain dan beberapa mereka menjadi murtad, sesuatu yang dianggapnya sebagai perkembangan yang membimbangkan.
"Sekarang ini pun sudah ada orang Islam yang beralih ke gereja untuk mencari kedamaian," kata Ibrahim.
Walau bagaimanapun, menurutnya, kesalahan juga mesti ditanggung oleh umat Islam yang berkemampuan tetapi tidak memenuhi tanggungjawab mereka membantu saudara-saudara mereka yang kurang bernasib baik.
"Orang Islam yang miskin tidak dibantu, jadi orang Kristian menggunakan amal sebagai cara untuk mendekati umat Islam yang miskin," katanya.
Beliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.
"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.
Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.
Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.
Mana boleh diam!
Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.
Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.
Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.
"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.
Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:
"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Selar Menteri Besar
Mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Hasan berkata terdapat kira-kira 50 kes dalam perhatiannya sekarang.
Beliau juga menyelar menteri besar Selangor kerana menuduhnya menimbulkan kegelisahan dalam masyarakar dengan dakwaan itu.
"Sepatutnya sebagai MB dan sekarang memegang portfolio hal ehwal Islam, saya menganggap sekiranya terdapat riak-riak tentang kerja-kerja memurtadkan patut dipandang serius, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak-pihak lain," katanya.
Hasan juga mendakwa kenyataan menteri besar bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang mahu usaha berterusan bagi membanteras kerja-kerja memurtadkan seperi dalam kes Gereja Methodist di Petaling Jaya.
Berhubung isu pelantikan exco Kedah, Hasan berkata beliau yakin Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dapat menyelesaikannya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat cukup maklumat tentang perkara sebenar.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan orang awam dan pengguna perkhidmatan awam sentiasa berasa selamat sejajar dengan hasrat inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan bagi mengurangkan kadar jenayah.
"Memang saya dapat laporan melalui pelbagai cara dan pagi ini saya sendiri menaiki LRT (transit aliran ringan) dan bertanya apa perasaan mereka ketika menaiki LRT dan jawapan yang saya terima semua jawab selamat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Stesen LRT Jelatek di ibunegara, hari ini.
Ismail menaiki pengangkutan rel itu ke beberapa stesen LRT serta bertemu mesra dengan pengguna yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar ibunegara mulai jam 8 pagi sehingga 10 pagi ini.
Ismail berkata melalui tinjauan turun padang itu beliau dapat mendengar sendiri pendapat para pengguna perkhidmatan awam mengenai aspek keselamatan serta saranan mereka.
"Saya ingin berpesan kepada anggota saya supaya bersifat 'omnipresent' (terdapat di mana-mana) supaya polis sentiasa berada di tempat-tempat yang strategik, tempat orang ramai," katanya.
Ketua Polis Negara itu turut meminta Polis Kontinjen Kuala Lumpur menempatkan anggota polis di tempat-tempat yang sepatutnya untuk memastikan pengguna berasa selamat dan orang ramai memberikan pandangan mereka kepada pihak polis dalam usaha mencegah jenayah secara bersama.
"Saya harap orang ramai dapat memberi pandangan bagaimana polis dapat memperbaiki perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata pasukan polis turut mengalami perubahan dengan Program Tranformasi Kerajaan dan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.
Kesungguhan dan komitmen polis terbukti apabila pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan mencatat penurunan 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.
Sementara itu, dalam perjalanan itu, Ismail turut singgah di stesen KLCC dan stesen Masjid Jamek untuk menemui orang ramai di situ.
Antara pegawai yang mengikuti beliau ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar.
Semasa bertemu orang ramai, Ismail bertanya soalan seperti "Rasa selamat tak menggunakan LRT?" selain bertanya pendapat mereka mengenai aspek keselamatan semasa menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Beliau turut mengedar risalah pencegahan jenayah kepada pengguna yang ditemui, lengkap dengan nombor telefon ibu pejabat polis di sekitar Lembah Klang dan buku nota polis.
Apabila tiba di KL Sentral, Ismail memberitahu media bahawa polis akan menempatkan anggota di kawasan tumpuan orang ramai seperti stesen-stesen pengangkutan awam.
- Bernama
Ibrahim Ali mahu Akta Murtad diwujudkan segera
Datuk
Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menggesa kerajaan pusat supaya segera
mewujudkan Akta Murtad yang didakwanya bagi menangani jumlah murtad yang
semakin tinggi di kalangan umat Islam."Saya fikir Akta Murtad mesti lulus untuk menangani isu murtad," kata ahli parlimen itu hari ini.
Dakwanya, terdapat banyak kes umat Islam yang semakin mendekati agama lain dan beberapa mereka menjadi murtad, sesuatu yang dianggapnya sebagai perkembangan yang membimbangkan.
"Sekarang ini pun sudah ada orang Islam yang beralih ke gereja untuk mencari kedamaian," kata Ibrahim.
Walau bagaimanapun, menurutnya, kesalahan juga mesti ditanggung oleh umat Islam yang berkemampuan tetapi tidak memenuhi tanggungjawab mereka membantu saudara-saudara mereka yang kurang bernasib baik.
"Orang Islam yang miskin tidak dibantu, jadi orang Kristian menggunakan amal sebagai cara untuk mendekati umat Islam yang miskin," katanya.
Video murtad: Tunggu lagi dua minggu, kata Hasan
Jika
bulan lalu bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali
berkata video membuktikan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam di
negara ini akan didedahkan beberapa hari lagi, namun hari ini beliau
berkata video berkenaan dijangka dapat disiarkan dua minggu lagi.Beliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.
"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.
Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.
Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.
Mana boleh diam!
Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.
Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.
Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.
"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.
Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:
"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Selar Menteri Besar
Mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Hasan berkata terdapat kira-kira 50 kes dalam perhatiannya sekarang.
Beliau juga menyelar menteri besar Selangor kerana menuduhnya menimbulkan kegelisahan dalam masyarakar dengan dakwaan itu.
"Sepatutnya sebagai MB dan sekarang memegang portfolio hal ehwal Islam, saya menganggap sekiranya terdapat riak-riak tentang kerja-kerja memurtadkan patut dipandang serius, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak-pihak lain," katanya.
Hasan juga mendakwa kenyataan menteri besar bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang mahu usaha berterusan bagi membanteras kerja-kerja memurtadkan seperi dalam kes Gereja Methodist di Petaling Jaya.
Berhubung isu pelantikan exco Kedah, Hasan berkata beliau yakin Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dapat menyelesaikannya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat cukup maklumat tentang perkara sebenar.
Skandal NFC: Lebih ramai dijangka didakwa
Siasatan
ke atas skandal syarikat ternakan lembu National Feedlot Corporation
(NFC) dijangka akan membongkar lebih banyak penyelewengan dan
kepincangan syarikat itu yang membabitkan beberapa individu berprofail
tinggi.
Selain itu, akhbar New Straits Times melaporkan lebih ramai pegawai kanan dan ahli lembaga pengarah NFC akan didakwa di mahkamah berhubung salah guna dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat berkenaan.
Akhbar milik Umno itu memetik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hanya sebagai berkata “kes NFC jauh daripada selesai,” sekali gus membayangkan lebih ramai yang akan didakwa dalam tempoh terdekat.
Selain itu, New Straits Times yang memetik sumber berkata wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC juga mungkin didakwa di bawah Akta Syarikat 1965 kerana mengabaikan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Awal minggu ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan hampir RM50 juta ringgit manakala isterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Salleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan di bawah dua pertuduhan utama itu.
NFC menjadi bidasan pembangkang apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa kelemahan yang menyebabkan syarikat itu tidak mampu memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan oleh kerajaan.
Pada tahun 2007, kerajaan di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) meluluskan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah dua peratus kepada NFC untuk memajukan industri ternakan lembu daging tempatan.
Pakatan Rakyat kemudian mengemukakan dokumen-dokumen untuk menuduh Salleh dan anak-anak beliaunya menggunakan dana itu untuk pelaburan yang tidak ada kena mengena dengan terma pinjaman kerajaan.
Antara lain keluarga Shahrizat dituduh membeli beberapa unit kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di Singapura dan Kazakhstan, selain membeli tanah di Putrajaya.
Shahrizat yang juga adalah Ketua Wanita Umno menegaskan beliau tidak ada kena mengena dengan NFC namun akan berundur sebagai menteri apabila tempohnya sebagai Senator tamat awal bulan depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan