Ahad, 11 Mac 2012

BILA DAH CARA BEGITU SUSAHLAH...MUNGKIN ADA RASA TONGKAT DUNIA...ADA RASA SENTIASA BETUL DAN TAK PERNAH BUAT SALAH...TUNGGU SAHAJA HUKUMAN ALLAH SAMPAI....

Anti-PPSMI mahu demo lagi, di parlimen Muhyiddin
Satu lagi perhimpunan menentang dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada April depan di Pagoh -- kawasan Parlimen yang dimenangi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbeza dengan perhimpunan besar tiga tahun dulu yang menuntut pemansuhannya, perhimpunan kali ini mahu dasar itu dimansuhkan serta merta dan bukannya secara pendaratan lembut (soft landing), lapor Harakahdaily.

anti ppsmi rally 070209 tear-gas"Walaupun kerajaan mengumumkan dasar PPSMI ini akan dimansuhkan, kebelakangan ini kita mendapati seolah-olah ada gerakan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghidupkan semula dasar ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin.

Berucap dalam perhimpunan ulang tahun ketiga bantahan mereka di Gombak semalam, Shahrir berkata, bantahan terhadap dasar itu perlu dihidupkan kerana kerajaan didakwa tidak bersungguh-sungguh memansuhkannya segera.

Bagaimanapun tidak pasti bagaimanapun bantahan kali ini akan berlangsung dan berapa jumpa peserta yang disasarkan penganjur.

Pada 7 Mac 2009, ribuan membanjiri Kuala Kumpur dengan berpakaian putih dalam perhimpunan yang dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) allahyarhan Datuk Hassan Ahmad.
Selepas 4 tahun, tsunami boleh landa Pakatan
Empat tahun sudah berlalu apabila buat pertama kalinya tsunami politik melanda negara. Pada 8 Mac 2008, rakyat semenanjung Malaysia membuat kejutan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya tergamam tidak menyangka seteruk itu keputusan PRU. Kalau tak kerana terlalu mendengarkan menantunya dan budak tingkat empat merengek, sudah tentu Pak Lah masih PM Malaysia.

Majoriti dua pertiga BN di parlimen dirampas oleh gabungan PKR, PAS dan DAP - kini bergelar Pakatan Rakyat.

azlanNegeri terkaya di Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan PR. Perak, Kedah dan Pulau Pinang bertukar kepimpinan negeri.

Kelantan kekal di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin ghairah dengan kempen "pade doh" yang kononnya mampu merampas Kelantan.

Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini Khairy Jamaluddin terus dibenci oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tsunami politik menyebabkan jangka hayat Abdullah Badawi lebih pendek daripada sepatutnya. Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Umno dan BN. Tsunami tidak mungkin akan dilupakan. Jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, hari ini BN sudah tentu tidak lagi berkuasa.

Selepas 8 Mac
Tsunami dan "aftershock" demi "aftershock" yang berlaku selepas PRU ke-12 menyebabkan BN tidak senang duduk. Tamparan hebat diberikan apabila PR menang dalam banyak pilihan raya kecil (PRK).

Sebelum 8 Mac 2008, boleh dikatakan BN menang hampir kesemua PRK. Ini adalah kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesuatu kawasan PRK dan ini memberikan kelebihan kepada BN.

NONEApatah lagi media arus perdana memihak kepada BN. BN kini sedar, rakyat mahukan perubahan. Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa, gagasan 1Malaysia dicanangkan.

Program transformasi ekonomi, politik dan sosial diperkenalkan. Ini adalah kerana Najib sedar, rakyat Malaysia sudah menjadi semakin bijak serta mahukan perubahan.

Selepas Tsunami, kerajaan tidak lagi boleh berbuat sesuka hati. Lihatlah bagaimana skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan oleh kerana terdapat bantahan ramai.

Dalam erti kata lain, suara rakyat menjadi semakin kuat apabila parti yang memerintah itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Apabila negara mempunyai pembangkang yang kuat, kebajikan rakyat semakin terjamin.

Dahulu di zaman BN menguasai majoriti dua pertiga di parlimen, kerajaan yang memerintah boleh berbuat sesuka hati sepertimana Pak Lah menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen dalam satu-satu masa.

Janji tidak ditunaikan

Tsunami politik tidaklah bermakna rakyat membiarkan Pakatan berbuat sesuka hati. Selain dari dipantau oleh Umno-BN, Pakatan juga dipantau oleh pengundi-pengundi mereka.

Jika ada wakil rakyat tidak berkhidmat dengan baik, jangan haraplah akan terus mendapat sokongan orang ramai. Jika Pakatan berkeras untuk meletakkan calon seperti ini, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kalah dalam pilihan raya.

Rakyat Malaysia bernasib baik oleh kerana tsunami 8 Mac memberikan mereka peluang untuk melihat bagaimana Pakatan mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

NONEKita dapat menyaksikan bagaimana menteri besar bagi negeri Kedah bermati-matian mempertahankan kolej di bawah kekuasaannya menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima orang mahasiswa.

Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan bagaimana janji-janji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak ditunaikan. Orang-orang yang kononnya mahukan pilihan raya dilaksanakan kini lebih berusaha keras untuk mencari alasan agar tidak perlu melaksanakannya.

Maklumlah, sistem yang sedia ada lebih "enak" dan memberikan hasil yang lumayan.

Tidak dinafikan juga ada dasar-dasar yang baik dilaksanakan. Akan tetapi pemantauan yang kuat terhadap negeri-negeri Pakatan perlu diperhebatkan oleh rakyat agar perubahan yang dijanjikan dapat berlaku.

Jangan dilihat gelojoh

Tidak lama lagi, gendang pilihan raya akan dibunyikan. BN mahu terus berkuasa dan Pakatan mahu merampas kuasa. BN kita sudah boleh baca wataknya oleh kerana telah terlalu lama memerintah.

Akan tetapi cabaran kini terletak kepada bahu Pakatan kerana mereka mahu menjadi alternatif kepada BN. Dalam PRU ke-13 ini, jika benar-benar ingin menguasai Malaysia, Pakatan harus menunjukkan imej sebuah gabungan parti politik yang benar-benar mampu untuk memimpin Malaysia.

Lim Guan Eng in Kuantan at Himpun Hijau 2.0Amalan bertanding di kerusi DUN dan Parlimen sekali gus bagi seorang calon sudah sampai masanya dimansuhkan. Amalan ini sesuai bagi parti politik baru atau calon yang tidak mempunyai keyakinan untuk menang di sesuatu kerusi.

Ini adalah taktik "play safe" untuk memastikan seseorang pemimpin itu menang sekurang-kurangnya di salah satu kerusi yang dipertandingkan.

Pada 8 Mac 2008, rakyat masih boleh faham jika Lim Guan eng bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen sekaligus. Ini kerana, Lim Guan Eng sendiri tidak begitu yakin untuk menang.

Jika dalam PRU ke-13 ini Pakatan masih lagi meneruskan amalan ini, calon yang bertanding kedua-dua kawasan DUN dan Parlimen ini akan dilihat gelojoh.

Orang-orang lain yang berpotensi juga tidak akan mendapat peluang untuk ditonjolkan sebagai pemimpin. Tsunami seharusnya memberikan pengajaran kepada semua pihak baik BN mahu pun PR.

Jika khianat rakyat, Tsunami yang melanda BN tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Polis buru 3 suspek penjenayah lari sekatan
Polis masih memburu tiga lelaki disyaki terlibat kes dadah yang melepaskan diri daripada sekatan polis di Jalan Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas, tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata mereka dipercayai masih berada di negeri ini dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan kesemua suspek.

Dalam kejadian Khamis lepas, dua daripada rakan suspek yang berumur 21 dan 36 tahun ditahan apabila kereta dinaiki mereka terbabas selepas dikejar polis pada kira-kira 9 pagi.

Sebelum ditahan, kenderaan itu melanggar kaki seorang anggota polis yang cuba menahannya, sebelum pemandu memecut kenderaan dalam usaha meloloskan diri, katanya kepada Bernama.

Haliludin berkata penumpang sebelah pemandu dikatakan cuba mengacukan pistol ke arah anggota polis yang menahan mereka sebelum kereta itu dipecut dan terbabas ketika dikejar polis.

Dalam kejadian itu, polis menemui sepucuk pistol, dua bilah parang, satu kelongsong peluru serta satu bungkusan plastik lut sinar mengandungi dadah dalam kenderaan itu.

Katanya polis juga sedang menyiasat sama ada kumpulan lelaki itu ada kaitan dengan beberapa kes tembak dan membakar kereta di Pasir Mas dan Kok Lanas sebelum ini.

- Bernama

2 terbunuh, 10 cedera kemalangan di PLUS
Dua terbunuh, manakala sepuluh cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan di Km 181. 5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Parit Buntar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, dua penumpang dalam kenderaan yang sama, yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Sepuluh lagi penumpung kedua-dua buah kenderaan termasuk seorang pemandu salah sebuah kenderaan itu cedera dan dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.10 pagi apabila kereta jenis Toyota Estima yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.

Katanya identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat.

- Bernama
ANAK akan saman tiga bekas MB
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.
MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh' lapor isu Lynas
Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

adnan the manBeliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.

Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

"Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh."
Anwar: Pakatan tak berniat kejar majoriti dua pertiga
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk mengejar majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

Menurutnya, asalkan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dalam pilihan raya umum akan datang, ia akan memulakan tugas memulihkan institusi-institusi negara yang sedang tenat.

anwar youth dialogue 100312 anwar"Siapa kata kita mahu majoriti dua pertiga? Pakatan hanya mahu menang. Jika kita boleh capai ini ... perkara yang paling penting adalah
untuk memperbaiki institusi kami, termasuk badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam," katanya semasa berdialog dengan belia di Kuala Lumpur.

'Pendidikan percuma untuk semua'

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan ini akan memansuhkan keperluan untuk PTPTN  (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Ditanya mengapa beliau tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semasa menjadi menteri pelajaran, Anwar mengakui bahawa ia adalah sukar untuk melawan bos, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Anwar berkata beliau telah mencadangkan draf Akta Pendidikan yang merangkumi universiti yang boleh menjadikan AUKU tidak relevan, tetapi menegaskan ia tidak bergerak di bawah menteri pendidikan berikutnya.

Sementara itu, salah seorang peserta dialog tersebut secara terus terang tetapi berseloroh bertanya siapakah yang akan menggantikan Anwar sekiranya beliau meninggal dunia.

Secara berseloroh juga, Anwar menjawab: 'Saya belum pun mula, awak sudah mahu ganti".

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa isu itu bergantung kepada proses demokrasi, di mana dalam konteks PKR, penggantinya akan terdiri daripada pemimpin parti itu sekarang.
PRU13: Terengganu mahu elak calon 'payung terjun'
RAHAYU MUSTAFA
11 Mac 2012
Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk cuba mengelak daripada mengemukakan calon yang disifatkan sebagai ‘payung terjun’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) agar pisang tidak berbuah dua kali.
Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau memandang serius soal tersebut kerana hasil penelitian yang dilakukan, BN gagal menang di empat kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini adalah disebabkan calon payung terjun.

“Saya sudah tunjuk kepada Perdana Menteri sebab kita kalah pada PRU12 kerana calon luar yang tidak terlibat dalam pergerakan parti di peringkat bahagian. Seminggu sebelum pilihan raya baru cuba untuk memperkenalkan diri mereka, ia sukar.

“Oleh itu, kita akan cuba elakkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan Perjumpaan Bersama Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus di Pejabat Umno Kuala Nerus, di sini semalam.

Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, sehingga kini beliau masih belum menyenaraikan nama calon yang akan bertanding pada PRU-13 kerana tidak diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sedang meneropong individu berkelayakan dan dianggap ‘winnable candidate’ bagi mewakili BN bertanding di kerusi milik parti itu selepas parlimen dibubarkan kelak.

“Apa pun, keputusan sebenar di peringkat kepimpinan. Perkara penting dia akan tengok calon boleh menang (winnable candidate),” katanya.

Kuala Nerus merupakan bahagian keenam yang dilawati beliau selepas Kemaman, Besut, Dungun, Marang dan Hulu Terengganu manakala Setiu dan Kuala Terengganu pula akan dikunjungi dalam masa terdekat.

Mengulas pertemuan dengan enam bahagian tersebut, Ahmad menegaskan tidak ada istilah selesa baginya untuk menggambarkan kedudukan Umno sekarang tetapi mengakui ia bertambah baik berbanding sebelum ini.

Malah, beliau optimis untuk merampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkang khususnya di Kuala Terengganu apatah lagi kerajaan telah menunaikan semua manifesto dijanjikan pada PRU12.

“Bukan setakat tunaikan semua, malah kita buat lebih daripada itu. Program e-Book, kelas maya itu tidak ada dalam manifesto tapi kita buat,” katanya.Hadir sama Ketua Penerangan Umno negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Umno Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
MB Perak: Populariti Najib tanda positif bagi BN
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
IPOH - Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat memberi petunjuk positif sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, memandangkan Najib adalah ketua kerajaan dan pengerusi BN, imej yang dibawa oleh Perdana Menteri menggambarkan imej BN.

"Dengan adanya bancian sikap itu ia dengan sendirinya memberi indikasi yang baik kepada BN keseluruhannya," katanya.

Merdeka Center berkata rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011.  

Pusat tinjauan pendapat itu berkata ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah. 

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus. - Bernama

Tiada ulasan: