Pilihanraya berasingan selepas bincang dengan MB
Salmiyah Harun, | 13 Mac 2012 |
(Sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen)
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.
Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.
"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.
Rakyat asing mengundi
(Abdul Hadi berkata sesuatu kepada Anwar dalam sidang media mereka)
Sementara itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.
Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.
Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.
"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.
Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud.
Undur: Shahrizat lebih berani dari menteri lelaki
Hazayani Zakaria, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Wanita
Pakatan Rakyat menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar turut
meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengurangkan tekanan
yang dihadapinya.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, melihat kepada tekanan yang dihadapi Shahrizat dari ahli partinya sendiri, sudah tiba masanya Shahrizat melapaskan jawatannya.
"Sebagai kepimpinan wanita kami menasihatkan beliau, untuk meringankan bebanan dengan tekanan pembangkang dan daam parti sendiri, sebaiknya beliau juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.
"Dalam keadaan sekarang beliau cukup tertekan malah kita melihat pendedahan yang dibuat ahli parti dia sendiri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu tegasnya, tidak berbangkit soal Shahrizat berkorban dengan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebaliknya berkata, Sharizat cuma tidak menyambung kontraknya sebagai senator.
"Isu peletakan jawatan Shahrizat yang rata-rata dalam media mengatakan pengorbanan beliau yang begitu besar dengan mengorbankan jawatan.
"Yang sebenarnya beliau bukan berkorban apa-apa sebab beliau telah tamat tempoh sebagai ahli Dewan Negara. Tak timbul isu perngorbanan," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin memuji keberanian Shahrizat bertindak demikian berbanding menteri-menteri lelaki yang lain.
"Saya beri kredit di atas kebenanian beliau berbanding menteri lelaki yang lain yang telah diheret dengan skandal tapi tidak berani meletakkan jawatan. Adakah (Datuk Seri) Najib, (Tan Sri) Muhyidin (Yassin) dan (Datuk Seri) Noh (Omar) berani letak jawatan?" soalnya.
Terdahulu, usul yang dikemukakan beliau agar Dewan Rakyat membincangkan skandal NFC ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ia masih dibicarakan di mahkamah.
Zuraida bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak meminta dewan membincangkan kes suami Shahrizat yang sedang didakwa di mahkamah namun ingin tahu bagaimana dana itu boleh diberikan kepada seorang menteri.
"Saya sebut isu ini bukan mengenai pengerusi NFC tapi kebertanggungjawaban kementerian kewangan dan kementerian pertanian yang gagal memantau projek ini sehingga sampai keadaan yang sangat teruk hampir semua wang digunakan untuk kepentingan peribadi dan cara projek itu diluluskan dan cara pelaksanaannya," jelasnya.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pula berkata, apa yang terjadi ke atas Shahrizat itu jelas menunjukkan politik Umno terlalu kotor.
Sehubungan itu ujarnya, meninggalkan Umno adalah tindakan yang sesuai bagi Shahrizat.
"Kes ini menunjukkan parti Umno tidak memberi tempat sebaiknya untuk kepimpinan wanita.
"Kita sarankan Shahrizat atas sentimen kita yang tinggi kita sarankan Shahrizat mengambil tindakan bijak dengan tinggalkan Umno," katanya.

Apakah dosa Nurul Nadirah dibakar, dibunuh?
Suhaimi, |
Kita semua sangat-sangat terkejut bahkan ianya mengejutkan seluruh
negara apabila seorang anak kecil yang berumur 5 tahun allahyarhamah
adik Nurul Nadirah Abdullah diculik, mungkin dirogol dan dibunuh kejam
serta mayatnya dibakar. Telah diketahui umum bahawa itulah cara yang
digunakan oleh sang pembunuh yang berhati iblis untuk melupuskan bukti
jenayah yang telah dilakukan sebagaimana dalam kes yang melibatkan
jutawan kosmetik, Datuk Sosila Lawiya dan rakan-rakannya yang lain.
Kita pastinya akan tertanya-tanya mengapakah anak kecil yang tidak
berdosa ini dijadikan korban sedemikian rupa. Adakah semata-mata kerana
melepaskan nafsu serakah ataupun disebabkan pertikaian dan salah faham
yang pada kebiasaannya melibatkan orang-orang dewasa tetapi pada masa
yang sama telah mengheret dan mengorbankan jiwa yang tidak mengerti
apa-apa yang sepatutnya kita lindungi dan sayangi.
Kita pastinya merasa hiba dan pilu tatkala mendengar berita ini.
Biarpun kita tahu bahawa, rohnya pasti berada dalam Syurga Allah SWT
tetapi cara kematiannya teramat tragis dan memilukan untuk
diterima. Kita pastinya amat bersimpati dengan keadaan keluarga beliau
yang tentunya trauma dengan keadaan ini. Dan ini juga bukanlah kali
pertama ianya berlaku dan mungkin juga bukan kali terakhir akan
berlaku. Persoalan apakah tanggungjawab kita, tanggungjawab pihak
berkuasa dan tanggungjawab pemerintah untuk menghentikan perkara ini
daripada berlaku.
Kita semua pastinya tahu apakah punca menyebabkan manusia berubah
perwatakan menjadi kejam dan zalim. Bukankah hidup kita dipandu oleh
agama yang membentuk jiwa kita secara dalaman. Keimanan dalam diri kita
merupakan acuan kepada perwatakan kita. Apabila kita jauh dari
mengingati dan mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT, jiwa kita
akan dipandu oleh hawa nafsu yang sentiasa tidak pernah puas dan
sentiasa condong kearah kemungkaran.
Bukankah Allah SWT telah memberi tahu kepada kita jalan
penyelesaiannya iaitu Al-Quran dan Sunnah RasuNya. Bukankah Allah SWT
telah memberi jaminan kepada kita bahawa Hukum Allah SWT adalah bentuk
hukuman yang paling sempurna yang bersifat adil dan mencegah berbanding
hukuman buatan manusia. Kita semua telah mengakui bahawa sistem
ekonomi Islam adalah sistem ekonomi yang adil dan sempurna. Tetapi
mengapa tidak Undang-Undang Jenayah Islam? Kalau ya mengapa tidak
digunapakai bahkan ditolak. Sepatutnya, kita perlu menghimpunkan semua
cendakiawan Islam meliputi semua disiplin ilmu merangka dan mencari
jalan bagaimana untuk melaksanakan Undang-Undang Islam. Apakah saat
ini kita masih belum terfikir tentang kelebihan Undang-Undang Islam.
Sekiranya Undang-Undang Syariah telah dilaksanakan di negara ini,
mungkinkah kejadian yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah akan
berlaku? Mungkin ya mungkin tidak kerana hanya Allah SWT sahaja yang
mengetahuinya. Tetapi bukankah Allah SWT telah memberi jaminan kepada
kita semua, dengan melaksanakan Undang-Undang Syariah merupakan jalan
penyelesaian untuk kesemua masalah kebejatan sosial yang berlaku dalam
masyarakat kita pada hari ini.
Apakah pilihan kita? Apakah kita boleh beri jaminan bahawa dengan
bentuk undang-undang yang sedia ada, adakah ianya mampu mencegah
perkara ini daripada berulang? Ataupun Hukum Allah SWT yang sememangnya
dijamin oleh Allah SWT yang pastinya boleh mencegah kejadian ini
daripada berlaku. Adakah kita melakukan kesilapan
sekiranya melaksanakan Undang-Undang Syariah yang pastinya adil dan
bersifat mendidik serta mencegah dan pastinya kejadian seumpama ini
tidak akan berulang lagi. Atau kita masih lagi bergantung kepada
undang-undang sekarang ini yang mana kita sendiri tidak mampu memberi
jaminan adakah perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi?
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah SWT dan kepadaNya kita akan
kembali, jadi pastinya Dia tahu apakah bentuk hukum yang boleh mencegah
segala tindak tanduk kita dan ianya telah dinyatakan secara terperinci
di dalam A-Quran. Pilihan terletak ditangan kita dan pastinya ada
musibah yang boleh menimpa jika tidak mengamalkannya dan pastinya ada
pembalasan di atas keingkaran di kemudian hari.
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak yakin Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) akan dimansuhkan pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung
sekarang.
Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menyatakan undang-undang bagi mengganti ISA masih di peringkat draf di Jabatan Peguam Negara.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu lagi alasan untuk melengah-
lengahkan pemansuhan akta zalim itu.
"Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menggubal dua akta baru, maknanya sudah ada asas sebelum ini. Jadi, draf di pejabat Peguam Negara itu hanya alasan melengah-lengahkan pemansuhan ISA," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Kata Syed Ibrahim, dengan tidak memberikan jaminan tentang bila draf itu selesai, hasrat rakyat untuk melihat janji Najib ditunaikan segera Mac ini, mungkin tidak kesampaian.
Katanya, jika sidang parlimen kali ini kerajaan masih tidak dapat memansuhkan akta tersebut, kredibiliti Perdana Menteri sudah tentu tercalar di mata rakyat Malaysia kerana telah berjanji memansuhkannya.
"Najib bukan sahaja berjanji untuk memansuhkan ISA, tetapi juga berjanji melakukannya pada sidang parlimen, Mac ini. Jika ia tidak berlaku, rakyat Malaysia akan melihat bagaimana pemimpin mereka menabur janji," kata beliau sambil mengharapkan pemansuhan akta itu boleh dilakukan segera dalam bulan ini.
Mengulas lanjut berhubung draf tersebut, Syed Ibrahim berkata tiada keperluan untuk menggubal akta baru bagi menggantikan ISA kerana terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang sedia ada untuk mengekang apa yang dikatakan sebagai kesalahan pengganas.
Tambahnya, Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada tahun 2006.
"Menurut Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003, Bab baru VIIA yang bertajuk "Kesalahan yang Berkaitan Keganasan" telah dimasukkan dan ini berkuatkuasa sejak 6 Mac 2007. Begitu juga, menurut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006, Bab XIIA baru yang bertajuk "Kuasa menyiasat Sampingan Dalam Perhubungan Untuk Kesalahan Keganasan" telah dimasukkan dan berkuatkuasa sejak 6 Mac 2007," jelas beliau lagi.
Begitu juga, tambah beliau Malaysia turut meluluskan undang-undang yang berkaitan dengan pembiayaan anti-keganasan dalam bentuk Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).
Sehubungan itu, tegas Syed Ibrahim kerajaan tidak memerlukan dua akta baru bagi menggantikan ISA dan boleh memansuhkan akta tersebut dengan kadar segera sepertimana yang dijanjikan.
GMI tidak yakin Parlimen mansuh ISA
Anis Nazri, | 13 Mac 2012 |

Najib persenda Agong batal SBPA?
Hazayani Zakaria, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Ahli Parlimen PAS hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong di atas kesilapannya
berhubung pemansuhan Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Najib membatalkan SBPA setelah Agong memperkenankan persaraan Kumpulan Premier dilihat menghina baginda.
"Pada 27 Disember 2011 Agong telah perkenan akan persaraan golongan premier.
"Batal SBPA ini macam persenda Agong, bulan 12 (Disember) bawa memo untuk dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, bulan 3 (Mac) batal SBPA. Najib perlu mohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga menuntut penjelasan Najib berhubung berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.
"1 Januari Kumpulan Premier ini dilantik semula secara kontrak. Apa status mereka sekarang?Mereka sudah bersara tapi SBPA dibatalkan sedangkan mereka dilantik melalui SBPA dan diperakui JPA mereka telah menerima gaji pada Januari dan Februari.
"Saya juga minta Najib jelaskan berapa jumlah yang telah dibayar kepada mereka, tapi Najib tidka jawab soalan saya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Najib mengelakSementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar menyatakan kekesalan terhadap sikap yang ditunjukkan Najib sewaktu menjawab soalan di dalam dewan.
"Kita mengalu-alukan Perdana Menteri datang ke Parlimen dan menjawab soalan yang dibangkitkan.
"Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah, Perdana Menteri mengelak untuk jawab soalan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula menegaskan, rakyat berhak tahu bagaimana jumlah wang yang telah dibelanjakan itu.
Terdahulu, perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.
Anwar dalam soalan tambahannya berkata, kerajaan mencadangkan SBPA secara terburu-buru sehingga menimbulkan keresahan penjawat awam dankemudiaanya membatalkannya juga secara tergopoh gapah.
Kemudian Mahfuz bangkit dan menyoal mengenai status Kumpulan Premier selapas SBPA dibatalkan.
Najib bagaimanapun tidak menjawab soalan itu sebaliknya mendakwa Mahfuz hanya mahu membela Kumpulan Premier sedangkan kerajaan katanya membela nasib 1.3 juta kakitangan awam.
"Dia hanya mahu jadi juara di kalangan 36 orang ini (Kumpulan Premier) tapi kerajaan sudah menjadi juara kepada 1.3 juta penjwat awam," katanya.
Jawapan itu menimbulkan sedikit kekecohan di dalam dewan apabila beberapa wakil Pakatan bangun mendesak Najib memberikan jawapan yang sepatutnya.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya memberi amaran akan merehatkan mana-mana wakil yang terus membuat desakan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan