Hasan Ali nafi, cabar Azmin jawab lima soalan
26 Mac 2012
Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.
Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.
Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.
“Saya telah menjawab segala tohmahan Yang Berhormat, sekarang giliran Yang Berhormat Bukit Antarabangsa pula untuk menjawab bagi pihak rakyat negeri ini yang ingin tahu setelah bertahun-tahun tidak mendapat respon mengenainya,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.
Malah, Hasan berkata, Azmin juga perlu menyahut cabaran para blogger yang memintanya untuk menjalankan ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.
Menurutnya, beliau mahu Azmin menafikan tuduhan dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR merangkap ketua pembangkang.
Hasan menegaskan, beliau menimbulkan persoalan tersebut kerana padanya Azmin tidak mempunyai 'locus-standi' untuk berbicara mengenai soal intergriti, ketelusan dan soal kredibiliti.
“Banyak pihak yakin selagi dia (Azmin) tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihat Yang Berhormat menutup mulut sahaja dan lebih sesuai untuk mencermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain,” katanya.
Hasan berkata, beliau merasakan tuduhan jahat dilakukan Azmin terhadapnya selama ini mungkin disebabkan kerisauan dialami Pakatan Rakyat (PR) terhadap kejayaan siri jelajah politiknya sejak dipecat dari Pas dan digugurkan sebagai Exco.
“Saya merasakan mereka (PR) termasuk Azmin melihat saya sebagai ancaman kepada mereka.
“Inilah saya rasa sebab barangkali mereka mencari jalan dalam minggu-minggu terakhir ini untuk ‘menebas’ saya bermati-matian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya.
Yunus Abdullah · Top Commenter
Dr hassan ali perkara macam ni mampos puak2 ni tak layan, la ni anuar nak saman dato' nalakarapan....cantek sgt le tu semua keje kotor aljuburi bocor termasuk kes isteri azmin....syukur pada tuhan, segala2nya akan di dedahkan....kalau dia saman ummi hafilda lagi bagus....mungkin juga gobala krisnan atau dato' eskay...baru ngam.......
Mohd Naiem · Works at Digital network solution
muka HA nie makin lama makin hilang seri aku tgak....nak jadi geng umno dah sbb tue duk sebut pasai seks ja....
Mohd Naiem · Works at Digital network solution
Hasrul Adha Bin Hussain klau ha nie sya pham sbb bini duk jauh....hahahha
Shamsul Abdul Malek · Top Commenter
pendedahan yg mengejut kan... selongkar kesemua nyerr.. tak kira siapa..
Yang Reti Base · Top Commenter
Semuanya cerita lama yang tidak ada sangkut pautnya dengan Hassan. Habis, mengapa kamu sanggup bersekongkol dengan Azmin semasa kamu dalam kerajaan Selangor selama tiga thaun lebih? Kerana kamu ada kepenrtingan!!??? Kamu jenis tidak jujur, jenis tidak layak dipercayai. Moleklah sekarang ini kamu bersamalah dengan Ummi Hafilda, memang dia sesuai sangat dengan kamu!!!!
Azmi King · Smk St. PauL '08
npe teruk n kotor otak hasan ali ni ah..nak DNA sal anak dia..nak busuk kan nama keluarga.sal politik jgn masuk kan sal keluarga org..ni semua soalan yg sangat bodoh.tanya ape dia bt semasa jadi YB..ni tanya masa zaman 90an dulu..memang dah tahu hasan ali takut nak jawap soalan dr azmin dan takut kalah dlm pilihan raya akan dtg ni
Jamaliah Ariff · Top Commenter
Sah Hassan Ali dah UMNO...... menggunakan skrip yang ditulis oleh UMNO. Hassan Ali, tunjuklah cerdik sikit sebagai pakar motivasi, buat car yang lain sikit dari UMNO..... orang JAWA kata Hassan Ali cakap synonym dengan UMNO...
Matt Rahman · Subscribe · Top Commenter · Teacher's College
pru makin dekat orang2 politik jadi cacing kepanasan, macam2 ada...penyokong2 keluar berbagai komen, pertahan ada, maki hamun ada...buat dosa kering pun ada.
Md Sani Md Arif · Top Commenter · Pontian, Johor, Malaysia
Jawab Azmin, jangan tak jawab. kita org nak tau juga apa yg dibangkitkan oleh DHA. Klu tak jawab .... nanti kita org anggap memamg betul apa yg katakan tu mcm kata Tuan Ibrahim, berhak untuk menyaman sesiapa sahaja jika beliau merasakan perkara itu tidak benar dan tindakan itu mampu membersihkan maruahnya terhadap tuduhan yang dilempar.
Jamal Ahmad · Top Commenter · Peniaga at Kerja sendiri
Ada berani ka Azmin jawab semua persoalan-persoalan tersebut ,kompom tak akan berani punya ,kalau tak nak jawab saman saja lah kalau ianya fitnah ,habis cerita .
Chin Kui Jin · Top Commenter · Smk abdul rahim kudat
azmin cakap tentang salah guna kuasa, yang hang cakap pasal peribadi apa hal... sah la yang awak ni gilaa..... sasau
Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
Chin Kui Jin. salah guna kuasa yang itu pasal sahamlah.....bukan peribadi. Satu lagi saya dan rakan yg berprinsip seperti saya, hendakkan pemimpin yg baik, berakhlak, even negara luar, pemimpin yg ada masalah peribadi akan turun sendiri tanpa dipaksa, agak berbeza dgn negara kita.
Mohd Nasaruddin Mohd Nasir · Top Commenter · 31 years old
inikah jawapan dari seorang yang ada PHD yg dibangkanya
Zainulabidin Omar · Top Commenter · Cyberjaya
orang politik ini macam orang business jugak ... ada competitor .... dalam satu-satu situasi .... kenalah nampak macam competitor ... dalam satu-satu situasi ... kena ada kata sepakat .... kita sebagai pengundi ... yang hanya berguna 5 tahun sekali ataupun kalau ada pilihanraya kecil je ... tak payah bising-bisinglah .... kalau nak bising sangat ... jadilah ahli yang berdaftar ... barulah boleh cakap semua perkara ...
Md Saffuan Mat Nor
http://n25rim.blogspot.com/2008/ 03/profil-adun-rim.html
adun ni hassan x nak tarbiah kew??kikiki
Mohd Pauzi Abdul Hamid · Top Commenter
Pariah2 PR semakin hari, semakin desperate.. Last2 jdi yakjuk makjuk jalanan....
Pujangga Abadi · UNIVERSITY PONDOK
Biasalah..bekas wakil rakyat PAS kan memang mcm tu..Semasa didalam PAS dulu pun DHA suka merapu..sekarang pun masih merapu dan merapu, Kalau Mat Sabu kena pecat dari PAS...aku rasa lagi dasyat merapunya.... Apa pun tak boleh....
Bini PM tak pakai tudung di tuduh mcm2... Pemaisuri Agung tak pakai tudung... tak cakap apa2 pun????? cakaplah....
Azman Abu Bakar · Top Commenter
Mung cakap macam bukan pejuang islam... ko dah tukar profesion jadi papagomo junior ;/
Muhamad Zahid · Works at Advertising compny
HA ni masa kat dlm pas lg aku dh tgok muka dia pun dh semak...
Zack Zbi · Top Commenter · Sekolah pondok
Adakah DHA lihat sendiri kes ini jgn fitnah nanti berat hukum nya ....dulu tuduh Anwar main belakang dlm masa yg sama tuduh main isteri org pula mana satu yg betul ni.....
Udin Santoren · Victoria University, Melbourne Australia
Anwar laknatullah tue pernah mengaku kat depan rumah mak bapak dia pada 02/09/2008 yg dia ada menyimpan 13 KOTAK RAHSIA yg konon-kononnya mengandungi RAHSIA PENYELEWENGAN UMNO & BN di era TUN MAHATHIR dulu.. but till ke hari ini yg dah berbelas-belas tahun, apa habuk pon tarak kasik bongkar.. so, nampak sangat Anwar lahanat nie mmg kaki kencing & kaki jubur kuat.. 02/09/2008 tue, aku antara yg terawal berada di depan rumah mak bapak dia kat Cheruk Tokun tue... rumah bertentangan dgn kubur, simpang nk masuk ke rumah tue bertentangan dgn Petronas Cheruk Tokun Penang tue arrr... cilaka.. lagi mao kencing ka? lahanat betui..
Udin Santoren · Victoria University, Melbourne Australia
Mana janji Anwar lahanat nie nk makmurkan orang-orang Melayu di Penang..? selama Rejim DAPig memerintah dgn penuh racis, 1 apa lahanat pun tarak kasik sumbangan utk membela nasib orang Melayu kat sana.. apa lancau pun tarak weiii.. yg nampak makin terhimpit ada laaa.. rumah makin mahal... macam bangsat keturunan Anwar nie.. dah la kaki liwat jubur.. sial..
Raja Mohamad Hanis · Subscribe · Universiti Malaysia Pahang
bleh caye ke guna ujian DNA,bnda tu insyaAllah sahih dan bleh dipercayai.. tapi bleh jamin ke proses dan prosedurnya telus dan tiada sbrang penipuan..klu DNA bleh pkai da lama da Al-quran surh guna bukti DNA untuk bukti zina..tpi knpa Al-quran mintak 4 saksi,xleh ke guna DNA je..kn lgi snang kn...
Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
Payah budak ni, DNA dapat mengukuhkan lagi dakwaan. Takkan lah kita tak nak maju, forensik juga perlu maju seiring dgn kemajuan dan teknologi. Kalau macam tu kes bunuh, rompakan, rogol dan cabul sampai bilapun tak akan dapat diselesaikan walaupun bukti janin dalam kandungan atau helaian rambut serta kulit tertuduh. bukti cctv juga tak terpakai. Malah keadaan akan lebih teruk, mangsa akan menerima hukuman kerana menuduh. Islam adalah mudah bukannya menyusahkan.
Lah KL · Kuala Lumpur, Malaysia
manusia mane kat dunia ni x suka hidup senang lenang, semua suka termasuk yg miskin merempat d tepi jalan, tapi dalam masa yg sama mereka semua x suka hidup senang lenang di akhirat, jd buat lah aper utk keduniaan anda.
Md Niram Ismail · Top Commenter
Kesah buruknya dah sampai jadi buku,azmin boleh sanggup buat tak tau. Kalau cara hidup dia mcm wali yg tak peduli keduniaan lain juga. Ini azmin sape tak kenal dia. something very wrong. Dasyat.
Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
Orang Islam saling jatuh-menjatuh di dalam media...Mereka enggan mematuhi larangan Allah bermaksud, "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-l...See More
Azemi Shaari · Top Commenter · Pensyarah Kanan at Universiti Utara Malaysia
mulia ke mendedahkan aib muslim. Hukum Allah diabaikan kerana politik kuasa. Ada baiknya pemimpin kononnya pemimpin berckp ttg penyatuan ummah yang berpecah kerana mungkin dajjal dah wujud, tapi metanya dajjal ini bertopengkan agama dan politik menghalalkan cara. Inilah manusia yang baca AlQuran hanya pandai berlagu pandai petik sana sini tapi bahasa Al Quran jahil untuk difahami.
Norazman Nordin · Top Commenter · ITM Shah Alam.
Sama2 dok Gombak pun payah sgt ker nak dok semeja.. Pegi la lepak kedai mamak kat Taman Seri Gombak tu, discuss sama2... Ni dok gaduh2 kat public.. Yang tak syok nyer, sama2 Islam.. Sama2 Melayu.. Sorang tuduh sorang macam2... Sedar2 ler saudara2 ku ber2... Semua statement tuan2 berdua akan dia tanya semula kelak.. ;-)
Umgok Penipu Sampai Kiamat · Top Commenter · Atas pokok
Hassan Ali ambil masa nak meyerang balas Azmin adakah ini kerana hassan ali perlu kutip isu ini dari pihak umno sebelum menyerang balas....? kerana kalau kita lihat isu2 ini pernah di mainkan umno sebelum ini....Nampaknya sekarang hassan Ali sudah jadi Jurucakap UMNO....
Ahmad Fithri Al-Bassam · Top Commenter
sy tak sangka hasan ali menjadi sebegini sekarang... dah start meleparkan perosoalan fitnah.. apa dah jadi ni dato?? dulu bukan main ckp soal islam.. sekarang memfitnah.. ckp memperjuangkan IMR, islam ajar ke kita memfitnah dato'???
Zack Azroi · Top Commenter · Pekan
Dah terlebih pelik HA ni sampai mak orang pun di nak sibuk jaga...kenapa xdesak Najib jawab isu cincin Rosmah, perbelanjaan mewah Rosmah yg dah lama ditanya oleh rakyat??memang betul la HA ni gila kuasa...katanya perjuang agama bangsa dan raja tapi hari2 asyik bercakap pasal politik dan keburukan PAS serta PR je...dunia HA ooiii...mati ko nanti jawab la pengkhianatan ko pd rakyat kawasan ko tu dalam kubur...
Azhar Ibrahim · Top Commenter · Seremban
Dakwaaan saham tu pd awal 90 an.Dia anak emas Mahathir waktu tu.Lagi pun dia masih bergelumang dgn UMNO.Hujung 90 an dia dah memisahkan dirinya dgn UMNO.Tak timbul salah guna kuasa dgn PR/PKR.Dulu kawan kawannya lain dan skrg sahabatnya berbeza.Jika kita x sapu org lain pula yg sapu.Melepas hanya rakyat jelata.Yg penting rekodnya dlm PKR.Dlm UMNO dulu2 ikut perangai UMNO lah.Dah x blh diubah.Mcm ikan busuk dr kepala sampai ekor.Amat pelik jika x buat perangai tu jika dlm UMNO.Ingat tak ada saham yg berlegar dikalangan anak menantu dan kroni sendiri waktu tu.Kak Rafidah agaknya layak menjelaskan kedudukkan ini.Jika ada penyelewengan minta sgt buatlah lapuran polis.Merugikan detik ni menumpukan di mahkamah dgn menyaman.Lebih baik waktu tumpukan kerja/pemikiran memenangi PRU 13.Menang nanti kita blh rungkaikan segala2nya.
Abdul Hanif · Smlb
Udah2 la HA bwk2 istifar sama dah tljak jauh dah ni...... Lg bnyk ko ckp lg bnyak nampak udohnya ko 2......
Dar Mia · Subscribe · Top Commenter
Jangan layan parasit ini. Mana hilangnya IMR yang dilaung-laungkannya dulu? Kini dah ganti cerita lain. Kuda tunggangan kini dah lari keluar dari trek. Tambah menyerlahkan siapa penunggangnya. Biarkan dia lari kencang-kencang, akhirnya dia penat tak larat lagi dan jatuh tersungkur. Tunggu saja PRU13 tak lama lagi.
Mohd Faizal Abon · Top Commenter · Cosmopoint Klang
emmmm makin banyak la terbongkar semua perkara, jgn la sampai ke bahagian yg boleh mengaibkn ... semua nyer org melayu kita, makin dekat dgn pilihan raya makin macam2 pendedahan .. bangsa lain bertepuk tangan melihat bangsa melayu bergaduh sesama sendiri . Allahuakbar.
Cikgu Pian · Top Commenter · Works at Government of Malaysia
Tuduh2 tak guna...baik saman saja..mahkamah boleh tentukan...
Bro Pian · Top Commenter
pelik dha pun dah terikut sama rentak org lain..kes dia thun 94 dan masalah family dia yg blum tahu betul atau tidak tu apa nk disoalkan lg.klu nk dikorek setiap org ada kisah peribadi tersendiri apatah lg dahulu dlm umno..klu org dah brubah apa lg nk diaibkan org..yg patut ditimbulkan selepas dia berada dlm pentadbiran skrg.be profesional dato.Reply · Like · Follow Post · 5 hours ago
Anwar mahu PR lancar 'perang' lawan BN
26 Mac 2012
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PR melawan dan menakluki Putrajaya demi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek,” katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.
Dalam program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin yang melanjutkan pengajian di universiti, jika PR berjaya menawan Putrajaya kelak.
“Kita batalkan semua PTPTN anak miskin tanpa mengira kaum apabila kita tadbir. Kerajaan mesti tanggung semuanya, kalau tidak cukup wang, kena jimat elektrik dan semua.
“Anak orang kaya boleh masuk, anak menteri senang dibiayai, tetapi anak orang kampong, pesawah pula berhutang masuk universiti. Belum kerja sudah berhutang. Tidak guna saya jadi Perdana Menteri kalalu hanya bebankan rakyat miskin, malu muka saya sebagai pemimpin negara ini,” katanya.
Beliau turut berjanji untuk mengurangkan harga minyak dan tarif elektrik yang disifatkan terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.
“Kalau hari ini pilihan raya, keputusan diketahui malam. Dalam tempoh 24 jam kita akan umumkan harga minyak seluruh negara turun.
“Kadar elektrik terlalu tinggi dan tidak adil kepada rakyat Saya sudah baca perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) yang berat sebelah dan protauke. Jika berjaya tawan Putrajaya, saya akan panggil dan minta mereka kemukakan cadangan bagaimana hendak turunkan kadar elektrik supaya saya boleh umum kepada negara kadar elektrik negara turun,” katanya.
Pada majlis itu, Anwar turut menyatakan sebab PR perlu menawan Putrajaya antaranya mendakwa kekayaan negara ini ‘dirompak’ dan mereka harus memperbaiki pengurusan serta pentadbiran dengan lebih baik seperti yang dilakukan di negeri bawah pimpinannya, Selangor.
“Sepanjang empat tahun PR di Selangor, banyak yang program dijana untuk rakyat antaranya pemberian air percuma dan usaha Kerajaan Negeri mendapatkan semula hutang lama. Itu yang dapat balik RM300 juta dan ia dibelanjakan untuk rakyat, bukan masuk poket Exco,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang menuduhnya mahu menjalin kerjasama dengan Israel.
“Siapa yang tulis surat dan jumpa pemimpin Israel? Sepanjang saya jadi menteri dan pemangku Perdana Menteri, tidak pernah sekalipun saya jumpa atau tulis surat kepada pemimpin Israel. Kenapa pula saya yang salah?
“Saya sebut bahawa saya iktiraf dan jaga keselamatan Israel, dengan syarat mereka kena dengan aspirasi perjuangan Palestin. Mereka kena undur, hentikan keganasan, terima Baitulmaqdis dan kesucian Masjidil Aqsa, tetapi mereka tidak ikut, jadi saya tidak iktiraf,” katanya.
Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya dikawal apabila salah seorang daripada kumpulan tersebut diberkas penyokong PR. Keadaan kembali aman dengan kawalan pihak polis dan pasukan keselamatan.
Program itu dicemari insiden kekecohan apabila kira-kira 20 orang luar yang membaling botol dan baru ke dalam kawasan stadium dan ia turut dibalas oleh penyokong PR.
MB Kedah: PKR, DAP perlu bertolak ansur
26 Mac 2012
Beliau berkata, kedua-dua parti perlu mencari jalan penyelesaian terbaik berdasarkan situasi menang-menang untuk menghadapi PRU13.
“Agihan kerusi antara Pas dan PKR sudah selesai dan kita masih mengekalkan formula berdasarkan apa yang dipersetujui pada PRU 2008.
“Namun antara PKR dan DAP masih ada sedikit lagi yang sedang dibincangkan…rundingan masih dijalankan dan kita sebagai abang tua, berharap mereka boleh mencapai kata sepakat berdasarkan situasi menang-menang,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Pelubang sempena Hari Air Sedunia 2012, semalam.
Difahamkan sehingga kini rundingan mengenai agihan kerusi antara kedua parti itu masih belum dapat diselesaikan berikutan pertembungan antara PKR dengan DAP berkenaan kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Seraiselain kerusi Dun melibatkan kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas serta Derga.
Azizan berkata, perkara itu tidak terlalu penting kerana mereka tidak boleh bergaduh sesama sendiri sebaliknya memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi PRU serta bertolak ansur dalam sesuatu perkara.
Pada PRU12, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun, Pas bertanding di 24 kerusi manakala PKR (10 kerusi) dan DAP (dua).
Daripada jumlah itu, Pas menang 16 kerusi, PKR lima kerusi dan DAP menang satu kerusi.
Bagaimanapuan, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Agihan kerusi antara PKR dan DAP kembali hangat bulan lalu apabila Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik meminta penjelasan daripada Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Ahmad berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana menganggap agihan kerusi PKR dan DAP sudah selesai.
'Saya bukan calon Menteri Besar'
26 Mac 2012
Menurutnya, beliau akan memberi laluan kepada muka-muka baru untuk menerajui kepimpinan negeri selain mendedahkan Pas sudah mengenalpasti beberapa calon berpotensi memegang jawatan itu.
“Apapun keputusan akhir terletak kepada pucuk pimpinan parti dan kita akan mengikut arahan,” katanya selepas merasmikan Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di sini, semalam.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan mungkin tidak akan bertanding pada PRU13 berdasarkan kepada khidmatnya yang sudah terlalu lama menyandang jawatan Yang Berhormat.
Katanya, beliau tidak berhasrat bertanding pada PRU13 bagi memberi laluan kepada tenaga muda. Jikapun diperlukan beliau hanya akan bertanding satu kerusi.
Namun pada 2 Februari lalu, pucuk pimpinan Pas membuat ketetapan menolak hasrat Hadi tersebut kerana menyifatkan perkhidmatannya masih diperlukan.
Hadi pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 selepas Pas merampas negeri itu dari Barisan Nasional (BN). Beliau sekarang adalah Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Redang.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan Saiful Bahri Mamat sebagai calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka, untuk PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Tunjuk bukti Pakatan auta, Pas cabar PM
26 Mac 2012
Menurutnya, selama ini PR bercakap berdasarkan fakta dan tidak tampil mempertikaikan sesuatu isu tanpa bukti yang kukuh.“Tanya beliau, bolehkah spesifikkan apa yang PR auta selama ini? Dakwaan Najib yang kata PR cakap duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram tidak betul. Mana ada kita halang rakyat ambil duit itu dan rakyat berhak menerimanya.“Apa yang kita tekankan dan halang ialah duit rasuah yang masuk dalam poket pemimpin-pemimpin kerajaaan. Itu yang kita titikberatkan selama ini,” katanya kepada Sinar Harian.Mustafa berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Najib yang disiarkan Sinar Harian semalam bahawa rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan auta pembangkang yang bercakap mengenai sesuatu isu tanpa berlandaskan fakta kukuh.Mustafa berkata, kerajaan kini sentiasa mencari peluang untuk memberikan gula-gula kepada rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).“Bantuan demi bantuan yang mereka hulurkan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13 kerana banyak perkara yang PR kemukakan termasuk dalam Buku Jingga dan Janji 100 hari PR mencabar mereka.“Rakyat boleh terima dan rakyat kini semakin matang dalam menilai pemimpin. Banyak bantuan yang kerajaan hulur tetapi tidak semestinya rakyat yang ambil bantuan itu sokong mereka. Kita yakin, rakyat sekarang semakin matang,” katanya.Beliau turut menegaskan dengan yakin bahawa momentum sedia ada memihak kepada pembangkang.
“Kita yakin terhadap kematangan rakyat, malah, kesilapan mengenai isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berlaku kerana kerajaan terlalu terburu-buru sehingga terpaksa menambah peruntukan sehingga RM6 bilion daripada jumlah asal RM3 bilion bagi baik pulih Sistem Saraan Malaysia (SSM).“Apapun, mereka terpaksa laksanakan juga kerana takut dan mahu gula-gulakan rakyat,” katanya.
Abdul Wahid berkata, persiapan menentukan siapa calon perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut.
“Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi. Calon mestilah diterima Melayu, Cina ataupun India,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan