Radiasi di Bukit Merah: DAP bentang usul tergempar
Satu
usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan
dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia
Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang.Memetik bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang bercanggahan.
Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.
Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya.
Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi.
Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan.
Hasan Ali tikam lidah dengan ADUN PAS
Ahli
PAS yang dipecat Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini
memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri
Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan
titah diraja.Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.
Apabila Abdul Rani cuba mencelah dengan soalan yang berkaitan dengan kes murtad, Hasan cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab.
Sebaliknya beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.
"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"
"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan.
"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh ADUN BN.
Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.
"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.
Hasan membalasi: "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.”
Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
Hutang
negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia
hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh
perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin."Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.
Isu seks Islam terus dikupas di TV Internet
Isu kontroversi 'seks Islam' yang pada mulanya dibangkitkan Kelab Taat Suami terus dikupas di saluran televisyen dalam talian TVRSA milik Al-Arqam, yang terus mempromosi agenda tersebut.
Menggunakan slogan 'saluran roh suci dan seks suci Islam', saluran yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu antaranya cuba memaparkan infomasi mengenai "kehebatan dan keindahan seks Islam".
Dalam kandungan video yang disiarkan, TVRSA antaranya menggelarkannya Nabi Muhammad yang memiliki 11 orang isteri sebagai "bapa seks suci" yang memperjuangkan seks Islam sebagai cara hidup berkeluarga.
"Seks Islam yang indah itu ditaja oleh 3 tokoh seks suci - Abuya Asaari At Tamimi - mewakili Muhammad dan Imam Mahdi yang ghaib itu," dialog dalam video dokumentari berjudul "Teater seks suci Islam - kembalikan seks Islam kepada dunia" itu dipetik.
"(Seramai) 200 lebih cucu daripada 38 orang anak bersama 4 orang isteri, hebat sungguh sumbangannya pada seks Islam. Keluarga moden, bukti realiti, seks yang diperjuangkan Islam, hebat hasilnya. Sedangkan seks Barat itu kurus kering jadinya (jika) dibanding dengan seks Islam."
Bagaimanapun, TVRSA bukan semata-mata membincangkan isu itu sahaja kerana turut memuatkan video kategori lain, termasuk berita, dialog, dokumentari, drama dan pendidikan.
Saluran itu menjadi perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantaunya.
Beliau berkata, TVRSA perlu diberi perhatian serius kerana bimbang ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan berkembang semula.
Tinjauan Malaysia mendapati saluran itu masih aktif dengan video terbaru mereka dimuat turun semalam.

Dua MP Pakatan dihadap ke JK hak jika tak tarik balik kenyataan
Akibat
tersalah baca, seorang anggota Parlimen pembangkang hari ini telah
membuatkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman hilang sabar apabila tersilap
menyebut nama sebuah agensi kerajaan yang didakwa mempunyai kaitan
dengan syarikat yang mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel, lapor Bernama.
Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja telah tersalah menyebut Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sebagai mempunyai kaitan dengan dua buah syarikat yang dikatakan mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel, sedangkan dakwaan itu mahu ditujukan kepada Felda.
Dakwaan itu menyebabkan Tajuddin (BN-Pasir Salak) yang merupakan Pengerusi Felcra 'melenting' dan mencabar ER membuat kenyataan itu di luar dewan serta mendesak beliau menarik balik kenyataannya itu yang disifatkan sebagai "fitnah tidak berasas".
"Dakwaan yang mengatakan Felcra ada saham dalam kilang yang mengeksport minyak sawit ke Israel itu tidak betul sama sekali...saya mahu dakwaan itu ditarik balik. Kecuali anda tarik balik, saya akan berdiri di sini sehingga pagi esok," tegas Tajuddin.
Er dalam ucapannya sebelum itu menyebut 'Felcra' merupakan antara pemegang saham terbesar dalam dua buah syarikat yang dikatakan mempunyai kilang di Johor dan mengeksport komoditi negara itu ke negara rejim zionis berkenaan.
"Dua dokumen 'booking confirmation' melibatkan dua syarikat berpangkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40km dari Tel Aviv," dakwa Er.
Kesilapan Er diulangi Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika mencelah perbahasan Er:"Adakah Yang Berhormat hendak kata sebenarnya 'Felcra' ada share dalam kilang yang hasilkan minyak sawit yang kemudiannya dihantar ke Israel? Jadi secara tidak langsung 'Felcra' ada share membantu Israel yang menekan Palestin..."
Isu itu menyebabkan persidangan dewan terus tegang apabila beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) mula bangun mempertikaikan kenyataan wakil pembangkang itu manakala Tajuddin berterusan berdiri untuk menggesa kenyataan itu ditarik balik.
Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pula membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk kedua-dua wakil pembangkang itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata, beliau tidak berhasrat untuk membuat keputusan sebegitu tetapi menasihatkan anggota Parlimen supaya berwaspada mengenai intipati ucapan dan mengelak daripada mengandungi perkara-perkara yang tidak betul atau mempunyai konotasi agenda politik.
Kemarahan Tajuddin berterusan sehingga sesi petang apabila beliau terus berdegil mahu Er menarik balik kenyataannya walaupun sebelum itu wakil DAP itu telah membuat pembetulan dan mengakui kenyataan itu dituju kepada 'Felda' dan bukannya 'Felcra'.
Merujuk isu itu, Pandikar Amin kemudiannya memutuskan untuk memberi ruang kepada Er dan Mahfuz untuk menarik balik kenyataan mereka dan kepada menteri bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan.
Sekiranya kedua-dua wakil pembangkang itu masih berkeras dengan kenyataan itu, mereka boleh dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekiranya penjelasan menteri membuktikan dakwaan yang dikemukakan itu salah.
- Bernama
Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina (kiri)
mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.
Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).
Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.
Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada
kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.
"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran (kiri), yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi oleh Malaysiakini.
Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.
Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam, dakwa Fahmi.
Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.
Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.
Kedua-dua mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.
Nurul: Penipuan tersembunyi?
PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira-kira 15 petugas terlibat dalam proses itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.
Peguam Puspawati Rosman (kanan) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.
Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja-kerja parti politik itu dengan penyokong Umno.
"Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana-mana parti tanpa gangguan.
"Kenapa tiba-tiba intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.

'96% penduduk bantah projek penapisan'
Jawatankuasa
Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen
BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan
Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina kilang
petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis
gas di pekan itu.Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina (kiri)
mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.
Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).
Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.
Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada
kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.
"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran (kiri), yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi oleh Malaysiakini.
Siasatan PAC terhadap NFC tertumpu pada pinjaman
Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan pendengaran siasatan
berhubung National Feedlot Corporation (NFC) dengan hanya menyentuh
perkara berkaitan dengan pinjaman kepada syarikat itu.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata perkara yang berkaitan dengan pendakwaan di mahkamah tidak akan disentuh.
"Kita siasat mengenai pinjaman saja...sebab kita bercakap pasal dana kerajaan (umpamanya) bagaimana ia diberi dan kerana wang itu diluluskan oleh Parlimen. Maka PAC bertanggungjawab melihat di mana berlakunya kesilapan," katanya kepada pemberita di Parlimen bagi menjelaskan status siasatan jawatankuasa itu terhadap NFC apabila pihak pengurusan syarikat itu mengambil pendirian untuk tidak memberi keterangan dengan alasan kes itu sudah dibawa ke mahkamah.
Azmi berkata bahawa dalam menjalankan siasatannya, PAC mengambil kira pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar isu berkaitan kes mahkamah tidak disentuh.
Pada 12 Mac lalu, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.
Azmi berkata PAC akan meneliti dokumen yang akan diterima daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk sesi pendengaran siasatan seterusnya.
Isu NFC mendapat perhatian setelah Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober lalu menyatakan projek itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Terdapat dakwaan berlaku penyalahgunaan pinjaman RM250 juta yang disalurkan untuk projek itu.
- Bernama
Ahmad Bakhtiar Kassim mengadu sakit dada dan sesak nafas ketika bermain badminton di Persatuan Buddha Pulau Pinang di Jalan Anson kira-kira jam 6 petang.
Ahmad Bakhtiar, 54, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Jenazah Allahyarham akan dihantar ke kampungnya Alor Setar, Kedah, untuk dikebumikan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaacob (kanan) berkata, Ahmad Bakhtiar adalah seorang pegawai yang baik yang aktif dalam sukan. Allahyarham ditukar ke Pulau Pinang tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, Ayub berkata beliau mengenali Ahmad Bakhtiar sejak lebih 20 tahun lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Bakhtiar, yang disifatkannya sebagai seorang "pegawai polis sebenar" yang membantu meredakan ketegangan antara kumpulan pro dan anti-Lynas semasa perhimpunan di Hijau di Esplanade bulan lepas.
Katanya, Ahmad Bakhtiar adalah seorang polis pegawai yang berdedikasi dan dihormati.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan di Pulau Pinang, beliau mendapat Ahmad Bakhtir sentiasa menjalankan tugasnya dengan tegas dan bertanggungjawab tanpa rasa takut atau memihak.
"Negara telah benar-benar kehilangan seorang pegawai polis yang terbaik dan paling berani. Saya akan sentiasa ingat dan menghargai perkhidmatan beliau. "
Penyalaras Suaram (cawangan Pulau Pinang), Lee Hui Fei (kiri) berkata Ahmad dikenali sebagai seorang pegawai polis yang "bertanggungjawab dan berdedikasi".
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata perkara yang berkaitan dengan pendakwaan di mahkamah tidak akan disentuh.
"Kita siasat mengenai pinjaman saja...sebab kita bercakap pasal dana kerajaan (umpamanya) bagaimana ia diberi dan kerana wang itu diluluskan oleh Parlimen. Maka PAC bertanggungjawab melihat di mana berlakunya kesilapan," katanya kepada pemberita di Parlimen bagi menjelaskan status siasatan jawatankuasa itu terhadap NFC apabila pihak pengurusan syarikat itu mengambil pendirian untuk tidak memberi keterangan dengan alasan kes itu sudah dibawa ke mahkamah.
Azmi berkata bahawa dalam menjalankan siasatannya, PAC mengambil kira pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar isu berkaitan kes mahkamah tidak disentuh.
Pada 12 Mac lalu, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.
Azmi berkata PAC akan meneliti dokumen yang akan diterima daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk sesi pendengaran siasatan seterusnya.
Isu NFC mendapat perhatian setelah Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober lalu menyatakan projek itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Terdapat dakwaan berlaku penyalahgunaan pinjaman RM250 juta yang disalurkan untuk projek itu.
- Bernama
P Pinang terkejut kematian pegawai polis berdedikasi
Timbalan
Ketua Polis George Town, Ahmad Bakhtiar Kassim - yang meninggal dunia
Isnin lalu akibat serangan jantung - mendapat pujian pelbagai pihak,
termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menjalankan tugasnya dengan
tegas dan bertanggungjawab tanpa rasa takut atau memihak.Ahmad Bakhtiar Kassim mengadu sakit dada dan sesak nafas ketika bermain badminton di Persatuan Buddha Pulau Pinang di Jalan Anson kira-kira jam 6 petang.
Ahmad Bakhtiar, 54, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Jenazah Allahyarham akan dihantar ke kampungnya Alor Setar, Kedah, untuk dikebumikan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaacob (kanan) berkata, Ahmad Bakhtiar adalah seorang pegawai yang baik yang aktif dalam sukan. Allahyarham ditukar ke Pulau Pinang tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, Ayub berkata beliau mengenali Ahmad Bakhtiar sejak lebih 20 tahun lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Bakhtiar, yang disifatkannya sebagai seorang "pegawai polis sebenar" yang membantu meredakan ketegangan antara kumpulan pro dan anti-Lynas semasa perhimpunan di Hijau di Esplanade bulan lepas.
Katanya, Ahmad Bakhtiar adalah seorang polis pegawai yang berdedikasi dan dihormati.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan di Pulau Pinang, beliau mendapat Ahmad Bakhtir sentiasa menjalankan tugasnya dengan tegas dan bertanggungjawab tanpa rasa takut atau memihak.
"Negara telah benar-benar kehilangan seorang pegawai polis yang terbaik dan paling berani. Saya akan sentiasa ingat dan menghargai perkhidmatan beliau. "
Penyalaras Suaram (cawangan Pulau Pinang), Lee Hui Fei (kiri) berkata Ahmad dikenali sebagai seorang pegawai polis yang "bertanggungjawab dan berdedikasi".
Petugas Nurul ditahan, dakwa diganggu Umno
Dua
sukarelawan PKR Lembah Pantai - yang kerusinya diwakili naib
presidennya Nurul Izzah Anwar - ditahan polis ekoran dakwaan menyamar
sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan
pilihan raya di kawasan itu.Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.
Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam, dakwa Fahmi.
Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.
Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.
Kedua-dua mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.
Nurul: Penipuan tersembunyi?
PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira-kira 15 petugas terlibat dalam proses itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.
Peguam Puspawati Rosman (kanan) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.
Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja-kerja parti politik itu dengan penyokong Umno.
"Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana-mana parti tanpa gangguan.
"Kenapa tiba-tiba intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.
Safie: Pakatan tidak wajar lagi diberi peluang
Pakatan
Rakyat tidak wajar diberikan lagi peluang untuk memerintah setelah
gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka di Kedah, Pulau
Pinang, Kelantan dan Selangor.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata selain gagal menunaikan janji untuk rakyat, pemimpin Pakatan lebih ghairah untuk berebut jawatan sesama mereka.
"Sekarang kalau ceramah mereka minta diberikan peluang untuk memerintah, peluang sudah diberikan tetapi apa yang mereka buat, berebut jawatan sampai mahu lantik exco pun bergaduh," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran khas kepada bekas anggota Kemas Selangor dan Wilayah Persekutuan di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata rakyat telah melihat sendiri bagaimana Pakatan gagal mentadbir negeri-negeri yang diperintah sehingga menimbulkan pertelingkahan sesama mereka.
Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Pakatan lebih senang mencari salah kerajaan Persekutuan dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
"Bila kita bagi bantuan (mereka kata) semua haram. (Mereka) janji macam-macam, satu pun tak tunai.
"Barisan Nasional tidak pernah memilih kaum, bangsa atau agama malahan fahaman politik sekiranya mahu berikan bantuan, semua rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan