Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang
Sambil
menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen
rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak
dibayar oleh rakyat.- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
- Kedua, Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan olehnya (Rafizi) adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
- Ketiga, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri
mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
- Keempat, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
- Kelima, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
- Keenam, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia;
- Ketujuh, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
- Kelapan, Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
"Sekiranya perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas Rafizi dalam satu kenyataan.
Jika tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
Menurut Rafizi, beliau menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh PMO menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui PMO.
"Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
"Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu," tambahnya.
Anggap saya artis, kata Nik Aziz
10 Mac 2012
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.
“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.
“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.
Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.
“Saya sangat dukacita apabila ‘kurniaan’ artis ini disalahgunakan sehingga dikait dengan banyak perkara maksiat. Hal ini disebabkan dunia diperintah dan dikuasai barat yang menjadikan pengertian artis ini lebih sempit dari sebenarnya.
“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.
Sidang media itu diadakan sempena penganjuran sambutan Hai siri keempat oleh Kerajaan Negeri dengan menampilkan beberapa artis terkenal tempatan dan antarabangsa termasuk heroin filem Indonesia, Oki Setiana Dewi.
Oki berada di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) di sini untuk program Bicara Selebriti bersama beberapa artis lain, antaranya Pendakwah, Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dan Selebriti TV Al-Hijrah, Amin Idris semalam.
حسن الإشراف · Top Commenter
Untuk
makluman belaka, artis bukan sahaja terhad pada nyanyian dan lakonan
serta pelukis. Asal perkataan artis adalah dari ART, iaitu seni. Tok
Guru mempunyai Ijazah Bahasa Arab, mahir dalam ilmu balaghah, nahu saraf
dan seumpamanya untuk menjadikan seseorang itu mahir dalam seni (ART)
bahasa. Tok Guru adalah orang yang mahir dalam seni bahasa, oleh itu
patutlah dia digelar artis bahasa.
Dalam masa yang sama, dia juga mempunyai Ijazah Sarjana (master) Undang-Undang Islam atau digelar syariah islam. Beliau menggunakan seni bahasa untuk menyampaikan syariah.
Dalam masa yang sama, dia juga mempunyai Ijazah Sarjana (master) Undang-Undang Islam atau digelar syariah islam. Beliau menggunakan seni bahasa untuk menyampaikan syariah.
حسن الإشراف · Top Commenter
Tok Guru juga menggunakan seni bahasa untuk menulis ratusan buku-buku yang laris terjual dimana-mana sahaja kedai buku...
Reply · 7 · Like · 10 hours ago
'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan
Isteri
kepada Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara setahun di atas
kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan seliparnya ke arah panel
hakim, menyifatkan suaminya bukan seorang yang ganas seperti yang
didakwa.
Noorliza Mat Isa, 43, berkata, Hoslan yang merupakan seorang imam juga tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya.
Malah, Noorliza menambah, suaminya itu juga bukan seorang panas baran.
"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah.
"Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman dilaporkan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.
Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.
Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," kata Zulkefli.
Dalam pada itu, menceritakan detik-detik ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap Hoslan, Noorliza berkata, dirinya sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar.
"Tetapi apa pun, saya mengharapkan agar hukumannya diringankan atau singkatkan tempoh hukuman itu.
"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.
"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru PASTI.
Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang anak, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.
Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.
Hoslan dan Noorliza merupakan ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.
Menurut Noorliza, anaknya yang sulung kini belajar di Kuantan dan yang kedua di Klang. Manakala anak yang ketiga pula di Kelantan. Selebihnya mereka bersekolah di sebuah sekolah rendah agama swasta berhampiran dan di PASTI tempat beliau bekerja.
Selain itu, Noorliza turut menambah, beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami walaupun masih kecil.
Katanya, dari awal lagi beliau telah menceritakan dan memberitahu
kepada semua anaknya bahawa bapa mereka tidak bersalah dan apa yang dilakukannya merupakan satu perjuangan.
"Saya kumpulkan anak-anak, saya ceritakan pada mereka yang ayah tak salah. Itu semua perjuangan. Alhamdulillah mereka faham. Cuma yang bongsu kadang-kadang tanya bila ayah nak balik.
"Nak kata sedih, memang saya sedih. Tapi anak-anaklah penguat saya," katanya.
Sementara itu, semalam, Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan.
Dan hari ini, Muslimat PAS berkata akan menyumbang RM800 sebulan selama setahun kepada Noorliza untuk membantunya membesarkan anak-anaknya.
Sehubungan itu, Noorliza berkata, beliau amat berterima kasih
kepada pihak yang ingin membantu dan menganggapnya sebagai pendorong bagi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan hidup berdikari sementara suaminya di dalam penjara.
"Bagi yang nak membantu saya sangat mengalu-alukan kerana memang tak cukup untuk saya menyara anak-anak saya dengan duit gaji yang ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.
Bagi yang ingin menderma terus kepada Noorliza, boleh menderma ke akaun CIMB- 12530022498528 atas nama Noorliza Mat Isa.
Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".
Karpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan
rayuan kerana hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri.
"Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999.
"Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah
ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut.
Pada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya.
Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut.
Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.
Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib sepatutnya dapat membezakan bila beliau turun sebagai seorang ketua negara dan sebagai ahli politik.
"Dia seorang perdana menteri, dia juga presiden Umno. Rakyat tak dapat bezakan dia pergi ke setiap negeri-negeri itu sebagai apa?" soalnya dalam satu sidang media hari ini.
"Sebagai perdana menteri, dia turun menggunakan perbelanjaan rakyat tetapi membuat kerja-kerja untuk parti," katanya yang mendakwa ianya satu penyelewengan dan menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan berkempen untuk Umno.
Selain itu, Mariah turut membidas tindakan Najib yang menurutnya dengan mudah membuat keputusan untuk membatalkan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan menyifatkannya sebagai satu pembaziran.
Jelasnya, tindakan itu juga menunjukkan Najib tidak serius untuk mentadbir negara.
"Keputusan SBPA dimansuhkan begitu sahaja sedangkan sudah berapa banyak dana kerajaan digunakan untuk membuat perbincangan, mesyuarat dan perbentangan. Ini pembaziran," tambahnya
Sementara itu, dalam sidang media sama, Mariah juga berkata, Muslimat PAS mensasarkan 50 peratus calon dewan itu daripada golongan muda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Mariah, beliau yakin bahawa sokongan daripada golongan muda adalah penting bagi menentukan kemenangan PAS.
"Tumpuan Muslimat ialah di kawasan yang ramai pengundi wanita kerana undi wanita adalah penting untuk tentu kemenangan selain daripada undi golongan muda.
"Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan wanita DAP dan PKR bagi memastikan kemenangan pilihan raya akan datang," katanya
Menurut Mariah, pihaknya telah mengemukakan lebih 30 senarai nama calon kepada pimpinan tertinggi parti bagi memilih calon yang mampu memberi kemenangan kepada PAS.
Beliau berkata, pada masa sama, Muslimat tidak sesekali mengenepikan calon-calon lama yang berpotensi di samping memberi nama baru.
"(Calon) Yang lama kita masih akan kekalkan yang mana ada tempat-tempat tertentu pada pilihan raya dulu mereka bagus. Tetapi nama-nama baru dari golongan muda pun ada. Ia merangkumi semua kawasan. Luar bandar, dalam bandar. Semua ada.
"Muslimat telah 80 peratus bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diumumkan pada bila-bila masa. Kami yakin, jika Muslimat di beri peluang, kita boleh dapat sokongan rakyat," katanya.
8 Mac 2012
MELAKA - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu
ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya
serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya
umum diadakan nanti.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.
"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.
Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.
Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama
9 Mac 2012
KOTA BHARU - Di sebalik desas desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
akan diadakan dalam masa terdekat, Kerajaan Kelantan menegaskan tetap
akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama Dewan Rakyat.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya berasing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain memerlukan tenaga kerja yang ramai.
“Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, atas sifat peribadi, saya mahu pilihan raya (peringkat Dun) diadakan serentak dengan (pilihan raya) Parlimen, kerana banyak perkara yang tidak elok boleh berlaku jika diadakan secara berasingan.
”Kalau (PR) nak buat mesyuarat, dia punya fasal, bagi saya Kelantan, saya (akan pohon) membubarkan Dun bersekali dengan Pusat,” katanya ketika ditemui di selepas kuliah Jumaat, di Dataran Ilmu, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menjelaskan pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri itu hanya akan membubarkan Dun selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen, jika ia dibubarkan sebelum bulan Jun.
Dalam pada itu, Nik Aziz ketika ditemui di kediaman rasminya di JKR 10 berkata, beliau tidak mengulas lagi mengenai kecaman yang dibuat oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali termasuk mendakwa terdapat parasit dalam kepimpinan Pas Kelantan.
“Biar dia nak kecam Pas, dia bukan lagi ahli Pas, saya tidak mahu nafi ada parasit, sebab kalau saya nafi benda itu mungkin wujud, Pas dianggotai ahli yang berpelajaran, tidak ada parasit,” katanya.
Noorliza Mat Isa, 43, berkata, Hoslan yang merupakan seorang imam juga tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya.
Malah, Noorliza menambah, suaminya itu juga bukan seorang panas baran.
"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah.
"Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman dilaporkan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.
Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.
Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," kata Zulkefli.
Dalam pada itu, menceritakan detik-detik ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap Hoslan, Noorliza berkata, dirinya sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar.
"Tetapi apa pun, saya mengharapkan agar hukumannya diringankan atau singkatkan tempoh hukuman itu.
"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.
"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru PASTI.
Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang anak, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.
Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.
Hoslan dan Noorliza merupakan ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.
Menurut Noorliza, anaknya yang sulung kini belajar di Kuantan dan yang kedua di Klang. Manakala anak yang ketiga pula di Kelantan. Selebihnya mereka bersekolah di sebuah sekolah rendah agama swasta berhampiran dan di PASTI tempat beliau bekerja.
Selain itu, Noorliza turut menambah, beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami walaupun masih kecil.
Katanya, dari awal lagi beliau telah menceritakan dan memberitahu
kepada semua anaknya bahawa bapa mereka tidak bersalah dan apa yang dilakukannya merupakan satu perjuangan.
"Saya kumpulkan anak-anak, saya ceritakan pada mereka yang ayah tak salah. Itu semua perjuangan. Alhamdulillah mereka faham. Cuma yang bongsu kadang-kadang tanya bila ayah nak balik.
"Nak kata sedih, memang saya sedih. Tapi anak-anaklah penguat saya," katanya.
Sementara itu, semalam, Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan.
Dan hari ini, Muslimat PAS berkata akan menyumbang RM800 sebulan selama setahun kepada Noorliza untuk membantunya membesarkan anak-anaknya.
Sehubungan itu, Noorliza berkata, beliau amat berterima kasih
kepada pihak yang ingin membantu dan menganggapnya sebagai pendorong bagi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan hidup berdikari sementara suaminya di dalam penjara.
"Bagi yang nak membantu saya sangat mengalu-alukan kerana memang tak cukup untuk saya menyara anak-anak saya dengan duit gaji yang ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.
Bagi yang ingin menderma terus kepada Noorliza, boleh menderma ke akaun CIMB- 12530022498528 atas nama Noorliza Mat Isa.
Karpal akan mohon semakan hukuman imam
Peguam
veteran, Karpal Singh akan memfailkan permohonan bagi Mahkamah
Persekutuan menyemak semula keputusannya menjatuhkan hukuman setahun
penjara ke atas imam Hoslan Hussain ekoran insiden melempar selipar.Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".
Karpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan
rayuan kerana hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri.
"Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999.
"Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah
ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut.
Pada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya.
Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut.
Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.
Muslimat PAS pertikai dana PM lawat seluruh negara
Dewan
Muslimat PAS hari ini mempertikaikan wang dana yang digunakan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan lawatannya ke
seluruh negara.Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib sepatutnya dapat membezakan bila beliau turun sebagai seorang ketua negara dan sebagai ahli politik.
"Dia seorang perdana menteri, dia juga presiden Umno. Rakyat tak dapat bezakan dia pergi ke setiap negeri-negeri itu sebagai apa?" soalnya dalam satu sidang media hari ini.
"Sebagai perdana menteri, dia turun menggunakan perbelanjaan rakyat tetapi membuat kerja-kerja untuk parti," katanya yang mendakwa ianya satu penyelewengan dan menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan berkempen untuk Umno.
Selain itu, Mariah turut membidas tindakan Najib yang menurutnya dengan mudah membuat keputusan untuk membatalkan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan menyifatkannya sebagai satu pembaziran.
Jelasnya, tindakan itu juga menunjukkan Najib tidak serius untuk mentadbir negara.
"Keputusan SBPA dimansuhkan begitu sahaja sedangkan sudah berapa banyak dana kerajaan digunakan untuk membuat perbincangan, mesyuarat dan perbentangan. Ini pembaziran," tambahnya
Sementara itu, dalam sidang media sama, Mariah juga berkata, Muslimat PAS mensasarkan 50 peratus calon dewan itu daripada golongan muda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Mariah, beliau yakin bahawa sokongan daripada golongan muda adalah penting bagi menentukan kemenangan PAS.
"Tumpuan Muslimat ialah di kawasan yang ramai pengundi wanita kerana undi wanita adalah penting untuk tentu kemenangan selain daripada undi golongan muda.
"Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan wanita DAP dan PKR bagi memastikan kemenangan pilihan raya akan datang," katanya
Menurut Mariah, pihaknya telah mengemukakan lebih 30 senarai nama calon kepada pimpinan tertinggi parti bagi memilih calon yang mampu memberi kemenangan kepada PAS.
Beliau berkata, pada masa sama, Muslimat tidak sesekali mengenepikan calon-calon lama yang berpotensi di samping memberi nama baru.
"(Calon) Yang lama kita masih akan kekalkan yang mana ada tempat-tempat tertentu pada pilihan raya dulu mereka bagus. Tetapi nama-nama baru dari golongan muda pun ada. Ia merangkumi semua kawasan. Luar bandar, dalam bandar. Semua ada.
"Muslimat telah 80 peratus bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diumumkan pada bila-bila masa. Kami yakin, jika Muslimat di beri peluang, kita boleh dapat sokongan rakyat," katanya.
Najib umum RM150j naik taraf lebuh raya Pasir Gudang
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM150
juta bagi menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang di Johor Bahru.
Najib yang mengumumkan perkara itu di majlis perjumpaan bersama penduduk setempat di Taman Setia Indah, di sini, berkata projek berkenaan akan menjadikan lebuh raya empat lorong itu ketika ini kepada enam lorong.
"Projek naik taraf empat lorong kepada enam lorong itu dimulakan menerusi fasa satu yang melibatkan laluan dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong sejauh lapan kilometer," katanya semasa berucap di majlis itu.
Hadir sama di majlis itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ADUN Puteri Wangsa Datuk Abdul Halim Sulaiman dan ADUN Tebrau Datuk Maulizan Bujang.
Perdana menteri berkata projek naik taraf lebuh raya yang sesak itu membuktikan kerajaan sentiasa mendengar apa yang dihasratkan oleh penduduk dan masyarakat sekitar.
Terdahulu, sejurus tiba di kawasan perumahan itu, perdana menteri memulakan program tinjauan mesranya dengan berbasikal bersama belia pelbagai kaum di kawasan rekreasi perumahan tersebut.
Selepas itu, dengan berjalan kaki, beliau kemudian dibawa melawat kawasan perniagaan, medan selera dan pasar awam Taman Setia Indah untuk beramah mesra dengan orang ramai sebelum berucap di majlis perjumpaan dengan penduduk setempat.
Di majlis itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM2.735 juta bagi menyiapkan 316 unit projek perumahan rakyat Taman Setia Indah yang terbengkalai sejak tahun 2008.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan masjid Taman Puteri Wangsa dan RM2 juta bagi pembinaan bangunan tambahan empat tingkat untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew, Taman Mount Austin.
Beliau turut menyampaikan Notis 5A, surat hak milik tanah, kepada 297 orang penduduk Kampung Baru Ban Foo, Kampung Sungai Penderam dan Kampung Pasir Putihyang kesemuanya di bawah Parlimen Tebrau.
- Bernama

Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac
8 Mac 2012
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.
"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.
Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.
Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama
Kelantan tetap bubar Dun bersama Pusat
9 Mac 2012
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya berasing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain memerlukan tenaga kerja yang ramai.
“Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, atas sifat peribadi, saya mahu pilihan raya (peringkat Dun) diadakan serentak dengan (pilihan raya) Parlimen, kerana banyak perkara yang tidak elok boleh berlaku jika diadakan secara berasingan.
”Kalau (PR) nak buat mesyuarat, dia punya fasal, bagi saya Kelantan, saya (akan pohon) membubarkan Dun bersekali dengan Pusat,” katanya ketika ditemui di selepas kuliah Jumaat, di Dataran Ilmu, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menjelaskan pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri itu hanya akan membubarkan Dun selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen, jika ia dibubarkan sebelum bulan Jun.
Dalam pada itu, Nik Aziz ketika ditemui di kediaman rasminya di JKR 10 berkata, beliau tidak mengulas lagi mengenai kecaman yang dibuat oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali termasuk mendakwa terdapat parasit dalam kepimpinan Pas Kelantan.
“Biar dia nak kecam Pas, dia bukan lagi ahli Pas, saya tidak mahu nafi ada parasit, sebab kalau saya nafi benda itu mungkin wujud, Pas dianggotai ahli yang berpelajaran, tidak ada parasit,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan