ADAKAH KITA TIDAK TERFIKIR DOA ORANG DIZALIMI....ADAKAH IA TAK DAPAT DIKAITKAN DENGAN BANJIR KILAT...BELIAU DIHUKUM PENJARA KERANA KEBERANIANNYA UNTUK MENEGAKAN KEBENARAN...KEADILAN AKAN DICAPAI DIAKHIRAT...SEMUA YANG TERLIBAT AKAN DIHADAP DIMAKHMAH ALLAH...KITA LIHAT SAPE YANG KENA.....
Imam baling selipar dihukum penjara setahun
Mahkamah
Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas
seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah
berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel
hakim.Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.
Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.
"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.
Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.
Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara.
Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.
Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.
Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.
Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya.
Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.
"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.
"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.
Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.
"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.
"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.
Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.
Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."
Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.
Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah.
Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.
Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."
Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru."
Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.
Imam: Baling kasut tanda 'kehakiman rosak'
Bekas
imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi
Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai
satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.
"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.
Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.
Berbeza dengan sudut lain di masjid berkenaan, sebahagian daripada dinding sudut berkenaan diwarnakan dengan warna hijau.
Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.
Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.
Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.
"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.
"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.
'Saya hanya seorang imam'
Ketika ditemui, Hoslan menimbulkan semula dakwaan tersebut, yang turut dikemukakannya ke mahkamah Rabu lalu.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib.
"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.
Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006.
Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.
Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008.
Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan.
Tidak berpakaian rasmi
"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.
Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.
Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.
Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.
Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.
Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.
Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.
Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.
Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.
Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan.
"Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi.
MP mahu hakim serius dalam tegakkan keadilan
Ahli
parlimen Teluk Intan M Manogaran mahu hakim supaya berhenti serius
ketika menjalankan tugas dan mengambil kira tanggungjawab utama mereka
adalah untuk menegakkan kedailan.Katanya, sebagai seorang peguam, beliau memerhatikan bagaimana sesetengah litigan semakin kecewa dengan cara mahkamah menegakkan keadailan.
Sehubungan itu, ahli parlimen Pakatan rakyat itu berkata beliau akan menimbulkan perkara itu apabila sesi Parlimen bersidang semula bulan depan.
"Saya boleh faham kekecewaan yang dialami litigan sehingga membaling kasutnya ke arah hakim di Mahkamah Persekutuan semalam, kerana membenarkan bantahan awal pihak pendakwa.
"Apa salahnya, jika hakim membenarkan atau melanjutkan lebih banyak masa, lebih-lebih lagi beliau tidak diwakili," kata Manogaran.
Menurut beliau, mahkamah mesti menegakkan keadilan untuk rakyat dan itulah yang diharapkan oleh orang ramai sambil menambah setiap hakim diamanahkan membuat keputusan mempertahankan keadilan tanpa rasa takut atau memihak.
"Mahkamah tidak boleh berfungsi sebagai sebuah badan korporat yang secara tergesa-gesa cuba menegakkan keadilan. Mesti serius atau jika tidak ia dilihat sebagai menghina sistem keadilan negara," katanya.
Manogaran juga memberi amaran bahawa jika badan kehakiman tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil, maka rakyat akan kehilangan kepercayaan mereka kepada institusi berkenaan.
Tambahnya, badan kehakiman harus bebas, terutamanya daripada kerajaan yang memerintah, dalam menegakkan keadilan
Semalam, imam, Hoslan Hussain mencampak kasutnya kerana kecewa apabila panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal berhubung afidavitnya yang difailkan, berada di luar tempoh masa yang ditetapkan. Justeru, rayuannya terhadap perintah pengusiran dari kuarters kediamannya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditolak.
Hoslan dalam cerita yang sama memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membuat banyak aduan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di masjid Ar Rahimah di Kampung Pandan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga mengakibatkan beliau diusir.
Hujan berlarutan, banjir kilat jejaskan warga KL
Hujan
lebat dan banjir kilat yang berlaku sejak semalam menjejaskan urusan
harian warga Lembah Klang hari ini berikutan kesesakan lalu lintas luar
biasa yang berlaku di laluan utama menuju ke bandar raya.Tinjauan Bernama pagi ini mendapati keadaan lalu lintas sesak teruk di laluan masuk ke ibu negara terutama di Lebuhraya Maju Expressway, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Seremban ke Kuala Lumpur.
Jurucakap Plus berkata, trafik dilaporkan mengalami kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar pagi ini disebabkan penutupan terowong SMART dan kesesakan itu berlaku sejak pukul 6.30 pagi lagi.
Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Hulu Langat Rafie Sapar berkata seramai 413 mangsa yang dipindahkan ke Surau Kampung Belacan berikutan air naik malam tadi masih berada di sana.
"Sehingga hari ini mereka masih lagi berada di kawasan surau menunggu air surut," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Rafie berkata, sebanyak 150 buah rumah ditenggelami air di Kampung Belacan dengan kedalaman dua meter.
Katanya, pihak bomba menyediakan dua buah bot dalam keadaan berjaga-jaga di kampung berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata, banjir juga berlaku di Batu 12 Hulu Langat dengan 661 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Balai Raya Sungai Serai. Sesi persekolahan di sekolah itu ditutup sementara.
"Seramai 82 anggota bomba masih bertugas dan tujuh buah bot ditempatkan di situ untuk membantu mangsa banjir dan sehingga kini air masih berada sedalam satu setengah meter," katanya.
Seorang penduduk mangsa banjir Farid Rosle, 22, berkata hujan lebat sejak jam 7 malam semalam menyebabkan air naik mendadak tanpa diduga penduduk sehingga lebih dari satu meter pada 10 malam tadi.
"Saya dan keluarga saya kini terpaksa berteduh di rumah saudara saya di Kajang selepas air naik. Pagi ini, air masih lagi di paras yang sama," katanya.
- Bernama
Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Lembah Klang
Hujan
lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang semalam
menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok
tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.
Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.
"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya.
Jurucakap itu berkata tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang dalam kejadian 9 malam itu.
Tinjauan juga mendapati berlaku gelinciran tanah di kawasan tinggi namun pergerakan tanah tidak menjejaskan kawasan apartmen berkenaan.
Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.
Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.
Di Ampang, hampir 400 penduduk dari dua kampung dipindahkan malam semalam apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.
Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.
Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.
- Bernama
Banjir kilat hari kedua berturut-turut di KL
Hujan
lebat petang tadi menyebabkan beberapa batang jalan di bandaraya sekali
lagi mengalami banjir kilat sehingga berlaku kesesakan, namun ia tidak
seburuk semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya difahamkan berlaku banjir kilat di Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan tempat letak kereta di Bukit Bintang namun keadaan adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.
Beliau berkata pada lewat petang pihaknya menerima laporan berhubung Jalan Brunei, di Pudu dinaiki air.
"Kita terima panggilan kira-kira pukul 6.15 petang ini dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke situ.
"Namun keadaan terkawal dan anggota bomba beredar 45 minit kemudian" katanya ketika dihubungi.
- Bernama
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya difahamkan berlaku banjir kilat di Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan tempat letak kereta di Bukit Bintang namun keadaan adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.
Beliau berkata pada lewat petang pihaknya menerima laporan berhubung Jalan Brunei, di Pudu dinaiki air.
"Kita terima panggilan kira-kira pukul 6.15 petang ini dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke situ.
"Namun keadaan terkawal dan anggota bomba beredar 45 minit kemudian" katanya ketika dihubungi.
- Bernama
Banjir terburuk sejak 30 tahun
AMPANG JAYA – Penduduk di Kampung Bukit Sungai Puteh dan Kampung Lembah Jaya Utara di sini menyifatkan banjir yang melanda kawasan tersebut malam kelmarin sebagai yang terburuk sejak 30 tahun lalu.
Penduduk mendakwa, banjir yang turut membawa lumpur itu berlaku ekoran empangan takungan air di Hutan Rekreasi Rimba Ampang tidak mampu menampung lebihan air hujan yang melanda hampir tujuh jam malam kelmarin.
Dalam kejadian bermula kira-kira 7.30 malam itu, hampir 230 buah rumah terjejas menyebabkan sebanyak 425 mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Surau Ehsaniah yang terletak berdekatan kampung berkenaan.
Menurut seorang mangsa, Julia Mohd. Yusoff, 31, semasa kejadian dia bersama 10 ahli keluarganya sedang menikmati makan malam.
“Air naik dengan begitu mendadak, tidak sampai lima minit sudah mencecah paras leher.
“Keadaan itu menyebabkan kami hanya sempat menyelamatkan diri sahaja,” katanya yang memberitahu mengalami kerugian lebih RM25,000 akibat banjir tersebut.
Seorang lagi mangsa, Nur Ainn Burhan Aris, 23, berkata, tembok rumahnya roboh berikutan kediamannya yang terletak bersebelahan dengan sungai.
Thursday, March 8, 2012
SIAPA HOSLAN HUSSAIN YANG SEBENAR!!!!
Ramai
di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan
oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan
membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang
mengendalikan kesnya.
Siapa
dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak
terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang
menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan
yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid
Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini
dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.
Hoslan
Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan.
Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik
berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain
berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan
di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan
sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika
sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang
ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula
jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil
juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu
biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan
menjadi Imam untuk Solat Jumaat.
Sementara
bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat
Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti
pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat
beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang
bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk
menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah
penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana
sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah
di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari
kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.
Pada
satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid
sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka
disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka
bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar
dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan
masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa
bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi
mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan
sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak
mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan
sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam
yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)
Sebagimana
lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli
Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain
dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka
berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod
tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.Perkara ini akhirnya sampai
ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya
kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran
masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang
Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa
hal.Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya
dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar
pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid
Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin,
membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai
Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk
Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka
Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam
Rawattib.
Masalah
disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak
JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan
tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul
Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan
perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.
Ketua
Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya),
seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi
sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid
diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan
uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid
yang lain.Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan
sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan
selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan
juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian
rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan
penampilannya.
Sewaktu
Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at,
terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat
dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang
apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu
membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid
mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan
menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami
ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran
bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap
dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau
hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.
Masjid
Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk
menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008,
seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya
akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.Hal ini
tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas
mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum
itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan
memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan
Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk
diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.
Hoslan
yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid
tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut
tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak
masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam
masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam
Zakaria@Zubir.Imam Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke
kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid
Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln
kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan
menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah
masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam.
Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan
fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.
Penamatan
jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak
menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang.Kali ini Hoslan tidak
memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang,
bersampin dan memakai songkok.Beberapa jemaah yang melihat Hoslan,
ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan.Maka sekali lagi
pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah
diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali. Dengan itu Hoslan
juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk
digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di
kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah
walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri
PPRT di Jalan Chocrane. Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid
terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan
bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid,
sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung
wayar. Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil
tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah.
Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib
sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan
Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju
Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak
polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.Hoslan yang cuba
merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan,
membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.Sebagaimana sikapnya yang
keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga
sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim.
Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum
sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan
mahkamah pula.Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan
terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya
yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.
Buat
pengetahuan umum. bapanya Hj Hussain jiga ditamatkan perkhidmatannya
sebagai Imam Kariah kerana faktor usia.Ini memandangkan pihak JAWI
mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya.Namun begitu pihak
JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya
terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai
kediaman yang tetap. Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka
mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku.Hoslan
dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh
pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik
seperti yang dijaja-jaja olehnya.
11 comments:
- "Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji."Reply
Tersentuh saya pada pada petikan diatas.
Teruja dan akhirnya berjaya menunaikan haji setelah melihat rakan-rakan dalam parti. - Kenapa pihak masjid tidak menafikan apa yang telah didakwa oleh imam hoslan.. sebaliknya memaparkan kisah lampau imam tersebut..Reply
- nama jer "pihak masjid" tp buka aib org plak.. perkataan "PARTI PEMBANGKANG" dlm karangan nih pon dh nmpk sngt kepolitikkannya.. nmpk sngt la msjid ni pon ada masalah politik dalaman.. punoohhhhh2Reply
- Memang pelik.. kenapa "pihak masjid" yg merupakan institusi yg ujud kerana menjaga dan meguruskan "Rumah Allah" mengeluarkan kenyataan yg sangat mengaibkan dan mencemarkan "Islam" itu sendiri. Jika "pihak masjid" pun begini keadaannya, Islam akan dilihat "keji & kotor". Islam itu suci dan indah, namun manusia yg mengaku Islam itu yg menjadikan Islam itu kelihatan hodoh...Reply
- dunia sekuler , yg kecik jadi besar, yg besar jadi kecik . jangan lupoReply
ALLAH MAHA KUASA . manusia xde kuasa . pathetic =....= - AJK Masjid juga ada maruah untuk dijaga, bukan terus difitnah. Harus menceritakan perkara sebenar untuk kebenaran agak tidak terpedaya dengan berita palsu demi menjaga kemaslahatan ummah.Reply
p/s: Berjubah, berserban tidak semestinya beriman :) - semua yg tak baik.nampak pd imam hoslan,yg ajk kebas duit tu baik keReply
- iyelah...apesal pihak masjid tak jawab kes penyelewengan. Apehal nak besarkan kes peribadi? Dia jahat ke, riak ke itu masalah dia dgn org kat masjid tu. Tapi dokumen2 penyelewangan yg hoslan tu tunjuk yg membabitkan duit org ramai jawablah. Apa menyeleweng tu dosa kecik ke dan hal disiplin dosa besar?Reply
( https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150736136872189&set=a.345091282188.188366.345034017188&type=1&ref=nf )
Apa-apa pun, penjelasan yang cukup baik. :)