Wanita no 2 ikrar setia, enggan tarik gesaan awal
Naib
Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk
bekerjasama dengan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi enggan
menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.Katanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, kata Kamilia (kiri).
Akhbar The Star kelmarin melaporkan Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.
Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.
Pelajar gagal serah batu nesan kepada menteri
Kira-kira
80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan
Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menuntut supaya pilihan
raya kampus diadakan pada kadar segera.Kumpulan itu berkumpul pada kira-kira jam 2.45 petang dan cuba untuk menyerahkan memorandum serta batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Memorandum itu diterima oleh setiausaha politik Mohd Khaled, tetapi beliau menolak menerima batu nesan yang melambangkan "kematian demokrasi pelajar".
Memorandum yang dihantar mewakili lapan kumpulan mahasiswa, termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia and Pro-Mahasiswa.
Tempoh majlis perwakilan mahasiswa (MPP) Universiti Malaya berakhir pada Februari.
Bagaimanapun universiti tidak mengadakan pilihan raya kampus sebaliknya membentuk "majlis sementara" yang didakwa tidak menggambarkan komposisi sebelumnya.
Kumpulan yang dilihat antikerajaan itu mahu pilihan raya umum yang ditangguhkan kepada September diadakan pada 16 April supaya MPP mendapat mandat baru.
Imam baling kasut: Isteri, peguam fail semakan
Peguam
veteran Karpal Singh dan isteri seorang imam, Noorliza Mat Isa, 43,
hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di pejabat pendaftar
Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula tempoh tahanan satu tahun
penjara ke atas Hoslan Hussein.Mereka memohon agar tempoh pemenjaraan itu disemak dan dikurangkan atas alasan Mahkamah Persekutuan melampaui bidang kuasanya ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun.
Hujah mereka, hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina pegawai kehakiman adalah penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Hoslan pada 8 Mac dijatuhkan hukuman penjara satu tahun oleh mahkamah tertinggi di negara ini kerana didapati bersalah membaling seliparnya ke arah panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari.
Tindakan itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.
Hoslan yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.
Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri
Anak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa
menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di
Mount Kiara pada malam Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.
Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.
Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.
Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.
Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.
Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.
Mangsa ISA, termasuk Yazid Sufaat terus dipantau
Semua
tahanan akta ISA sama ada yang baru atau lama sentiasa terus dipantau
pihak polis, termasuk Yazid Sufaat yang sebelum ini dikaitkan dengan
kumpulan milita antarabangsa al-Qaeda.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak polis melakukannya secara keseluruhan dan mempunyai mekanisme menangani aktiviti keganasan sekiranya berlaku.
"Isnya-Allah saya hendak maklumkan keadaan agak terkawal dan saya memberi akuan di sini, jaminan bahawa memang kita tidak menghadapi kesukaran untuk menghadapi masalah ini dengan kepakaran yang ada (daripada) dalaman," katanya.
Dalam masa yang sama, kata Ismail, di menggunakan pasukan risikan yang cukup bagi tujuan itu, mereka juga sentiasa bekerjasama dengan polis antarabangsa bagi menangani gejala itu.
Yazid - yang pernah digelar "salah seorang pengganas paling berbahaya di Asia" -- dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini antaranya berpendapat, militan sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai.
Pakar biokimia itu juga mengakui bahawa pernah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda Osama bin Laden ketika berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001 dan menganggapnya sebagai penghormatan.
Sementara itu, berhubung mekanisme kawasan keselamatan selepas ISA dimansuhkan tidak lama lagi, Ismail berkata pihaknya masih menunggu penggubalan undang-undang baru bagi menggantikannya.
"Saya percaya... saya memang terlibat dengan perbincangan dengan AG (peguam negara) bagi menentukan kita ada mekanisme untuk menghadapi (masalah keselamatan dengan) undang-undang (baru) tersebut.
Selepas tujuh tahun ditahan, Yazid dan lebih sepuluh anggota kumpulan radikal dibebaskan daripada Kamunting pada penghujung tahun 2008 selepas didapati tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan.
Nama Yazid muncul sewaktu perbicaraan Zacarias Moussaoui, warga Perancis yang didapati bersalah berkonspirasi dalam pengeboman WTC pada 2001 atau lebih popular dengan insiden '11 September' atau '911'.
Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.
"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak polis melakukannya secara keseluruhan dan mempunyai mekanisme menangani aktiviti keganasan sekiranya berlaku.
"Isnya-Allah saya hendak maklumkan keadaan agak terkawal dan saya memberi akuan di sini, jaminan bahawa memang kita tidak menghadapi kesukaran untuk menghadapi masalah ini dengan kepakaran yang ada (daripada) dalaman," katanya.
Dalam masa yang sama, kata Ismail, di menggunakan pasukan risikan yang cukup bagi tujuan itu, mereka juga sentiasa bekerjasama dengan polis antarabangsa bagi menangani gejala itu.
Yazid - yang pernah digelar "salah seorang pengganas paling berbahaya di Asia" -- dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini antaranya berpendapat, militan sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai.
Pakar biokimia itu juga mengakui bahawa pernah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda Osama bin Laden ketika berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001 dan menganggapnya sebagai penghormatan.
Sementara itu, berhubung mekanisme kawasan keselamatan selepas ISA dimansuhkan tidak lama lagi, Ismail berkata pihaknya masih menunggu penggubalan undang-undang baru bagi menggantikannya.
"Saya percaya... saya memang terlibat dengan perbincangan dengan AG (peguam negara) bagi menentukan kita ada mekanisme untuk menghadapi (masalah keselamatan dengan) undang-undang (baru) tersebut.
Selepas tujuh tahun ditahan, Yazid dan lebih sepuluh anggota kumpulan radikal dibebaskan daripada Kamunting pada penghujung tahun 2008 selepas didapati tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan.
Nama Yazid muncul sewaktu perbicaraan Zacarias Moussaoui, warga Perancis yang didapati bersalah berkonspirasi dalam pengeboman WTC pada 2001 atau lebih popular dengan insiden '11 September' atau '911'.
Azmin: Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat
Bekas
exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu
ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata
ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan
undangan negeri Selangor hari ini.Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.
"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan