Isnin, 26 Mac 2012

KEJAYAAN PARTI2...KEBURUKKAN SATU2 PARTI TAK BOLEH DISELINDUNG...RAKYAT DAH TAHU YANG HAPRAK@TAK BERGUNA...KAKI SONGLAP..BAGI KEKAYAAN NEGARA SESAMA SENDIRI...KAKI PENIPU...KAKI PEREMPUAN..KAKI MAKSIAT...JANGAN NAK AUTA LAH...ALLAH LAGI TAHU LAH...SAMPAI MASA ORANG2 INI DIHUKUM ALLAH JUA...

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

Hazayani Zakaria, 26 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

Beli undi dan iklan lucah Utusan

Ahmad Lutfi Othman, 26 Mac 2012
Pengerusi BN, Najib Razak, umpama Santa Claus sekarang, cukup pemurah meskipun kantung negara menipis. Untuk memastikan dia tidak diingati sebagai perdana menteri terakhir daripada Umno, semua sektor masyarakat mahu "dirasuahnya".

(Menarik bidasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu: "Rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan RM500 sekali bagi sahaja. Pada masa  sama, Tajudin Ramli boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta -- hutangnya kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd --  diberikan percuma kepadanya.")

Sabtu lalu, semasa berkempen di Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan (negeri yang dilihat bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU13), Najib menegaskan, beliau akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Tambahnya, antuan itu adalah antara idea baru difikirkan kerajaan, tetapi tidak mahu mengumumkannya sekarang.

Najib juga rela merendah diri, memohon maaf, di atas kesalahan lampau BN walaupun tidak dijelaskan pula apa sebenarnya kesilapan itu. Ya, demi meraih kemenangan dalam PRU13 -- ibu segala pilihan raya, yang paling sengit bakal disaksikan -- beliau akan menuruti segala cadangan strategis kempen Umno.

Lim Kit Siang memperincikan 12 kesalahan Najib selama 35 bulan menjadi PM, antaranya, merampas kuasa kerajaan Perak; politik hipokrasi mengizinkan ekstrimis perkauman; bertambahnya politik keganasan terhadap aktiviti Pakatan Rakyat; gejala rasuah dan kronisme terburuk; kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sharbani di bawah seliaan SPRM dan kes-kes serupa di bawah jagaan polis; muncul kembali politik Mahathirisme; dan banyak lagi aksi yang melunturkan keyakinan awam terhadap institusi utama negara.

Apakah Najib sedia memohon maaf di atas siri kesalahannya itu? Pastinya tidak, 'kan?

Dan jangan lupa, untuk mengekalkan Putrajaya, Najib juga sudah berikrar akan mempertahankan simbol kuasa itu, sehingga ke titisan darah terakhir, "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa".

Dalam ucapan di Parlimen, 22 Mac lalu, Kit Siang mengingatkan: "Oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara ini, PRU13 akan menjadi yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik."

Soalan saya, apakah anda sendiri, terutama aktivis dan penyokong Pakatan,  sudah bersedia berdepan dengannya gelanggang paling getir ini dan mungkin menagih korban.

Kalaupun tempoh penguasaan BN mungkin dilanjutkan sepengal lagi, kerisauan Najib tidak mudah padam. Seperti kata Daim Zainuddin, jika prestasi BN tidak bertambah baik berbanding 2008, Najib mesti berundur, menjejaki langkah Abdullah Ahmad Badawi.

Najib terpaksa menelan peluru yang dihalakan kepada Pak Lah selepas BN terlepas lima negeri dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Justeru, Najib kini begitu sibuk menjelajah seluruh pelosok negara, berkempen (juga secara tersirat, mengugut) membeli sokongan rakyat ... sudah pasti  atas kapasitinya sebagai perdana menteri, dengan memperkakas segala kemudahan-sumber kerajaan dan  menghanguskan dana awam.

Terbaru, 21 Mac lalu, di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam -- menurut akhbar, di hadapan lebih 10,000 mahasiswa -- diiringi Menteri Pengajian Tinggi dan yang peliknya turut menyibuk, Noh Omar, Timbalan Pengerusi Umno Selangor ... Najib secara terbuka berkempen untuk BN, sekali gus memburuk-burukkan Pakatan.

"Anda semua boleh memberikan kami kepercayaan untuk memimpin negara ...," tegasnya sambil menegaskan, terdapat "golongan yang sanggup menjual apa saja termasuk bulan dan bintang serta cakerawala". Ungkapan sama dihamburkan dalam setiap ceramah politiknya mengasak Pakatan.

Bagi saya, silakan saja  Najib dan konco-konconya ke kampus, hatta untuk berkempen politik sekalipun, tetapi benarkan juga pelajar mendengar sudut pandangan berbeda daripada saingan BN.

Biarkan mereka berdebat, berdialog dan berpartisipasi membangunkan negara. Bukankah  negara ini mengamalkan demokrasi yang memberi ruang untuk berbeda pendapat?


Jaminan Najib di majlis itu memang mengujakan: "Kita tidak tutup minda, mereka boleh dengar, yang penting sekali siswa boleh buat penilaian ... sebab itu, kerajaan bukan hendak kongkong."

Soalnya, cuba anda tanya aktivis pelajar dan selami kegiatan di menara gading. Kongkongan ketat masih memagari. Mereka tetap dilayan bagai budak sekolah. Sebahagian tokoh "pembangkang" terus berada dalam senarai hitam yang dilarang masuk kampus sedangkan menteri-menteri BN bebas berkempen semahunya.

(Ddewan-dewan sekolah juga menjadi gelanggang utama gelembong dan labun pemimpin Umno terutama di negeri-negeri Pakatan).

Bahkan, terkini, tarikh pilihan raya kampus dianjak sesuka hati, sejauh bulan September akan datang, juga di atas pertimbangan politik PRU13, dibimbangi memberi kesan buruk kepada regim Najib, meskipun tempoh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah lama berakhir, seawal Februari lalu lagi.


Juak-juak Umno yang "bengap" -- yang menjajah Urusetia Hal Ehwal Pelajar (HEP) -- cukup bimbang jika pilihan raya kampus diadakan dalam tempoh terdekat. Mereka bimbang jika kumpulan Pro-Mahasiswa menang, ia akan menyumbang momentum cukup bertenaga sehingga mampu mempengaruhi rakyat untuk menolak BN dalam PRU13 nanti.


Ekoran itu, amarah pelajar tidak dapat ditahan lagi sehingga lapan kumpulan siswa, pada 23 Mac lalu,  mahu menyerahkan batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi di pejabatnya di Putrajaya, sebagai simbolik tanda "kematian demokrasi kampus".

Difahamkan satu lagi demonstrasi bakal dianjurkan jika pihak universiti gagal memberi alasan munasabah di atas kelewatan itu memandangkan KPT mendakwa mereka menyerahkan isu tarikh pilihan raya  kepada kampus masing-masing.

Najib tentunya menyedari faktor kritikal generasi muda ini, terutama yang baru kali pertama akan mengundi. Beliau pasti tidak mudah mengalah dengan hanya menyandarkan kekuatan BN kepada pengundi di saluran satu dan dua. Orang muda juga mahu dirasuahkannya!

Harus diingat, dalam beberapa pilihan raya kecil selepas 2008, ramai juga pengundi muda dilihat menolak Pakatan dan "tertarik" dengan pendekatan kempen BN. Ada aktivis PAS di kawasan pinggir bandar atau pedalaman, yang saya temui, mengakui kesukaran mendekati generasi muda ini, termasuk di negeri yang dikuasai Pakatan.

Oleh itu, Pakatan tidak boleh berasa selesa dengan kecenderungan mengundi anak muda. Selain turun menghayati kompleksiti kehidupan dan merasai degup jantung mereka, sekali gus menawarkan formula penyelesaian, tidak kurang pentingnya tokoh-tokoh muda dan "berjiwa muda" mesti diletakkan sebagai calon PRU13.

Dalam pada itu, portal berita Malaysian Insider mendakwa BN menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan rakyat dalam PRU13, iaitu Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula gaji kakitangan awam, pertukaran saham MAS-AirAsia, Lynas dan  penyenaraian saham Felda.

Saya turut difahamkan bahawa isu Felda perlu ditangani dan dihadam sebaiknya, terutama oleh PAS, bagi menjayakan misinya mendapatkan lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU13.

"Dalam apa keadaan sekalipun, mudah atau payah, pengundi Melayu adalah cabaran utama PAS. Dan masyarakat Felda merupakan penentu dalam banyak kawasan yang ditandingi PAS," kata seorang pemerhati politik.

Dalam perkembangan lain, saya cukup tersentuh dengan iklan warna semuka penuh gel mandian Follow Me, yang disiarkan Utusan Malaysia, Jumaat lalu, dalam sisipan Mega, halaman 25.

Ia umpama poster filem lucah!

Lebih teruk muka surat iklan bogel itu bersebelahan dengan kolum "Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul" oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ulamak muda yang sering mengisi ruang udara radio Ikim.

"Takkan Utusan dah nazak, takda duit, sebab terpaksa bayar saman malu pemimpin Pakatan?" tanya seorang rakan selepas saya maklumkan iklan itu. "Apa pun, aku dah lama tak baca Utusan," tambahnya.

Daripada hampir 40 SMS yang saya hantar kepada rakan-rakan, memalumkan kejengkelan saya terhadap iklan lucah itu, rupanya hampir semua mereka sudah tidak membaca Utusan lagi.

Mungkin ada teman-teman yang melihat isu iklan bogel dalam Utusan Malaysia itu "perkara kecil" yang tidak sepatutnya saya singgung di sini, namun saya tetap berdegil untuk mengatakan, hal-hal mungkar ini usah "dibiasakan atau dilazimkan" biarpun dilihat remeh.

Mazlan Nordin juga guru saya

Subky Latif, 26 Mac 2012
SAYA hanya mengetahui Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia sehari selepas dia dikebumikan.
Dia Ketua Pengarang saya yang kedua  semasa  saya berkhidmat di Utusan Melayu. Yang pertama Tan Sri Melan Abdullah.

Sebagai orang yang pernah berkhidmat bersamanya. Tidak lama saya berkhidmat bersamanya, tetapi ia cukup bagi menjadikannya seorang ketua, kawan dan juga guru. Hubungan kami bermula sebagai kawan semasa  dia dikira orang nombor  dua di Berita Harian selepas A. Samad Ismail. Kemudian jadi ketua dan ketika itu juga berguru dengannya.

Dia menjadi ketua saya ketika dia sudah jadi wartawan macam dia dan saya sudah jadi wartawan macam saya.

Dia sebagai ketua yang banyak membaca. Mungkin lebih banyak membaca dari menulis. Saya pula amat kurang membaca tetapi lebih banyak menulis.

Ketika dia mula menjadi ketua saya, dia membawa sebeban buku ke biliknya yang dipinjam dari Perpustakaan Awam yang dia menjadi ahli. Tiap-tiap minggu dia meminjam tidak kurang dari lima buku sekali. Lepas dipulangkan,  dia pinjam pula yang lain.

Antara buku yang dipinjamnya dipinjamkan pula kepada saya. Buku yang diberinya itu digaris bawahnya beberapa tempat. Saya tahu dia yang menggarisnya. Belum sempat buku yang diberinya itu habis dibaca, dia memberi bukan lain pula.

Diambilnya semua buku dari saya untuk dipulangkan dan dia pinjam buku baru, antaranya yang selepas dibacanya diberi kepada saya. Semua buku itu saya tengok  sana  sikit dan sini sikit. Tiada satu buku pun habis saya baca.

Semua buku yang diberinya itu bagi membantu saya menyediakan rencana pengarang yang baik bagi akhbar. Dibebaskannya saya dimembuat kerja lain, tumpu saja sebagai penulis rencana pengarang – editorial.

Sebelum itu antara tugas saya menyediakan Pojok: Bajang bagi Utusan Melayu dan Awang Selamat bagi  Utusan Malaysia. Sayalah yang  memberi nama Awang Selamat dan menjadi penulis tetap sejak mula kecuali saya cuti.

Bila dia jadi ketua, dia pula mengisi setiap pojok Bajang dan Awang Selamat. Ramai yang sedar gaya penulisannya berubah. Ada yang bertanya, mengapa berbeza? Saya kata, ia Awang Selamat baru.

Sekali pun kami kerja setempat, dia dengan kerjanya dan saya dengan kerja saya. Tidak banyak kerja itu yang kami buat sekali.

Cuma kami pernah sekali membuat kerja yang sama semasa kami mengikut Perdana Menteri Tun Razak ke Beijing bagi meteraikan hubungan diplomatik Malaysia-China.

Semua berita yang saya buat, saya buat sekali saja. Saya hanya semak ejaan salah dan kata-kata tertinggal. Dia akan betul atau buat semula sebelum dihantar ke Kuala Lumpur. Berita saya itu akan dibetulkannya beberapa kali. Tiap-tiap berita yang dia tulis juga dibetulkan semua lebih dari sekali. Malah sesudah dihantar ke Kuala Lumpur pun, dia telefon pula  supaya ubah itu dan ini.

Pendek kata, setiap beritanya akan ditulisnya lebih dari sekali kerana dia mahu mahu semua berita itu adalah yang terbaik.

Masa itu komputer belum ada. Kami menggunakan mesin taip. Banyak kertas yang terpakai dibuang kerana semua berita itu ditulisnya semula.

Itulah sedikit pengalaman saya berguru dengannya dan dia mahu semua berita adalah seringkas yang boleh. Rencananya sendiri pun semuanya pendek. Jarang saya jumpa dia membuat artikel panjang.

Dia bukan orang kaki sembang. Jika kita membincang masalah kerja dengannya, kita bercakap maksud saja dan akan beri keputusan ringkas juga. Tidak ruang bercakap panjang dengannya kerana masa bekerjanya dipenuhi dengan melihat semua yang hendak disiarkan dan membaca.

Kalau apa yang dibacanya itu dijadikan bahan dan sumber penulisan tentu banyak yang dapat ditulisnya.

Dia sebenarnya adalah seorang wartawan yang bekerja  dan penuh masanya di kilang akhbar yang dia bekerja sesuai dengan bidang yang dia diamanahkan.

70,000 banjiri Terima Kasih Rakyat Selangor

Harakahdaily, 26 Mac 2012
KUALA SELANGOR, 26 Mac: Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.

Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.

Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.

Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.

Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.

Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.

Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.

"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.

"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang memberitahu akan membawa 'mood perang' sepanjang ceramahnya akan datang sebagai berdepan pilihan raya.

Memegang mikrofon weireless tanpa rosterum ala kempen parti AK di Turki, beliau menggunakan ruang pentas sepenuhnya untuk menarik perhatian para hadirin.

"Kita kena berada di nada ini. Ini mood kita berdepan Umno BN pada pilihan raya ini," katanya menjustifikasikan gaya ucapannya malam tadi.

Sepeti biasa juga, tidak sah kalau ceramah Anwar tidak diselitkan dengan nyanyian spontan beliau.

Malah malam tadi beliau turut menyeru seluruh rakyat mempopularkan rangkap lagu 80-an Indonesia iaitu Madu & Racun.

"Madu ditangan kananmu (Pakatan), Racun ditangan kiri mu (BN).

"Aku dah tahu yang mana akan menjadi pilihan ku," katanya bernyanyi sambil diikuti para hadirin.

Selain itu beliau turut menyentuh beberapa janji Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih Putrajaya termasuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain PTPTN, beliau turut mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik.

Terdahulu, karnival dua hari anjuran Kerajaan negeri itu adalah sempena meraikan Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor.

Antara lain, program tersebut turut menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.

MP BN dicabar sokong usul dagangan M'sia-Israel

Hazayani Zakaria, 26 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung isu hubungan dagang Malaysia membantu Israel.

Usul itu akan dibentangkan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, esok.

"Saya akan membentangkan usul di bawah perkara 18 (1) kerana isu ini perlu dibincangkan segera," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar semua ahli Parlimen BN khususnya Umno menyokong usul tersebut.

"Jika tidak, sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam Parlimen Malaysia cuba bersikap munafik dalam isu menentang Israel ini dan hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik domestik semata-mata," kata Pengerusinya, Badrulhisham Shahrin pada sidang media yang sama.

Bulan lepas, SAMM mendedahkan Malaysia telah berurusan dagang melibatkan komoditi utama negara iaitu penghantaran produk sawit ke Israel bagi membantu ekonomi mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus memberi penjelasan berhubung pengiktirafan halal yang diberikan mengikut keutamaan Israel.

"Pengiktirafan halal mengikut keutamaan Israel seharusnya diberi penjelasan oleh pihak JPM bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Ini bukan lagi soal hubungan dagang tapi mempunyai hubungan politik.

"Saya yakin syarikat yang mempunyai hubungan  secara langsung dengan Felda juga mempunyai penghantaran ke Israel walaupun dinafikan menteri bahawa penghantaran itu ke Palestin tapi kalau syarikat ini ada hubungan dengan felda dan hantar produk ke luar, tak mustahil syarikat Felda hantar ke Israel," katanya.

Tiada ulasan: