Selasa, 20 Mac 2012

SEBAGAIMANA KITA KETAHUI...BAHAWA ALLAH JANJI ORANG TAQWA MASUK SYURGA...TAK KIRA MELAYU ATAU RAJA MELAYU..KITA TAHU BAGAIMANA PERJUANGAN RASULLULLAH SAW BUKAN UNTUK SATU KAUM...BAGAIMANA ORANG MUSLIM YANG BUKAN MELAYU...JIKA KITA TAK BERCAKAP DAN BERHUJAH KITA TAK TAHU BODOHNYA...BILA BERHUJAH DAN BERCAKAP MAKA ORANG BOLEH CONFIRM KAN JAHIL@BODOH TENTANG AGAMA ISLAM...KALAU KATA LAWAKNYA...TENTU RASULLULLAH SAW TAK DE MENYIMPAN SEPASANG BAJU MELAYU DAN SONGKOK(HITAM)

Muncul sebagai Adun Bebas, Hasan mahu bawa agenda IMR
RISWANDI RAZAK
19 Mac 2012
Hasan Ali
SHAH ALAM - Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini tampil buat kali pertama pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai wakil Bebas.

Bekas Exco Kerajaan Negeri ini yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, beliau akan meneruskan agenda Islam, Melayu dan Raja (IMR) dalam perbahasan walaupun atas kapasiti sebagai Adun Bebas.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.

“Saya akan ketengahkan IMR walaupun ramai kata Hasan cauvinis tapi saya mahu ketengahkan Islam dalam konteks ‘multiracial’. Saya mahu beritahu kepada masyarakat bukan Islam tentang peranan institusi raja.

“Saya mahu sentuh tentang amalan agama, hak istimewa orang Melayu dan ia bukan hanya sentuh tentang tanah rizab Melayu tapi ia lebih global,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pembukaan sidang DUN.

Katanya, Dun perlu membahaskan perkara berkenaan kerana hak istimewa Melayu kini diancam "kepupusan".

"Saya tiada masalah kerana saya dipecat sebagai ahli Pas dengan bermaruah, saya bukan rasuah dan bukan liwat," katanya.

Pada sidang hari ini, Hasan dipindahkan tempat duduknya dari barisan Exco di depan ke kawasan Adun Bebas, berdekatan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula menegaskan sebagai wakil rakyat, Hasan bebas menyuarakan pandangan dalam dewan.

“Bila rakyat pilih, wakil itu boleh suarakan apa yang difikirkan perlu untuk rakyat. Jadi, kita tidak sekat," katanya pada sidang media.

Menurutnya, selepas PR mengambil alih Negeri Selangor pada 2008, mereka sudah memanjangkan sidang Dun bagi memberi peluang semua pihak terlibat dalam perbahasan.
Bukan lagi faktor utama kemenangan
Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012
nizar
IPOH - Sokongan rakyat dan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) di Perak bukanlah disebabkan faktor jenama ‘Nizar’ semata-mata.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, jika pada waktu Perak mengalami peralihan kuasa dahulu memang diakui bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin begitu popular dalam kalangan masyarakat.

Katanya, bagaimanapun sejak kebelakangan ini imej dan populariti pemimpin Pas negeri itu semakin menurun.

“Memang dahulu, imej Mohammad Nizar memainkan peranan yang besar terhadap sokongan rakyat kepada PR tetapi kini tidak lagi. Jika benar imejnya menjadi faktor kemenangan PR di Perak pada pilihan raya umum akan datang, ia bukanlah faktor utama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sivamurugan berkata, mungkin majoriti masyarakat Cina dan India menyokong Adun Pasir Panjang itu tetapi sokongan masyarakat Melayu belum pasti meningkat.

Menurut beliau, PR mempunyai pelbagai faktor lain untuk menang pada pilihan raya akan datang tanpa bergantung kepada peribadi Mohammad Nizar semata-mata.

“Ya, memang DAP akan terus memberi kepercayaan kepada Mohammad Nizar menerajui Perak pada masa akan datang tetapi keputusan itu hanya untuk menutup spekulasi calon DAP Melayu.

“PR pasti tidak mahu kehilangan sokongan yang banyak dalam pilihan raya umum akan datang dan DAP mengambill langkah untuk mengumumkan sokongan terhadap Mohammad Nizar,” jelasnya.
Ketua Pemuda Pas: ‘Muamalat dengan Yahudi harus’
Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM – Hukum berurus niaga atau muamalat dengan individu atau syarikat Yahudi dari negara Eropah adalah harus seperti mana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang juga pernah berniaga dengan bangsa itu.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, tindakan orang Yahudi mencari, membina kekayaan, membunuh sewenang-wenangnya, mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka ke atas umat Islam Palestin menjadikan hukum berurus niaga dengan mereka adalah haram walau apa fahaman yang mereka anuti termasuk Zionis.

“Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibuat oleh para alim ulama berasaskan kesan, perkembangan politik dan ekonomi umat Islam antarabangsa apabila setiap wang yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk akan menghasilkan sebutir peluru untuk membunuh umat Islam Palestin berjuang mempertahankan aqidah serta membebaskan tanah air mereka.

“Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Nasrudin berkata, dalam al-Quran turut disebutkan kedudukan Yahudi secara umumnya di mata umat Islam dan bagaimana dendam serta semangat permusuhan mereka terhadap Islam seperti yang difirmankan oleh Allah SWT.

“Jika melihat latar belakang dan sejarah orang Yahudi, mereka sering melakukan penipuan, pengkhianatan, memungkiri janji dan berdendam dan bermatlamat memusuhi serta memerangi umat Islam.

“Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan diterima dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini. Namun, umat Islam tidak perlu panik atau resah mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi kerana perbahasan mengenai hukum muamalah adalah berbeza dengan siasah,” katanya.

Menurut Nasrudin, kedua perkara berkenaan mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

Pada masa sama katanya, umat Islam wajar terus berfikir dan merancang meningkatkan sokongan moral, politik serta ekonomi kepada umat Islam di Palestin khasnya di Hamas.

Langkah ini bertujuan memastikan mereka terus membina masa depan lebih baik dalam mendepani kekejaman Yahudi Israel, daripada hanya terus berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.
Isu Yahudi-Zionis: Nik Aziz pertahan Hadi

19 Mac 2012
Nik Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin sambil menegaskan, pihaknya hanya menentang urusniaga dengan kerajaan Zionis, yang menurutnya menguasai tanah Palestin secara haram.
Kelmarin, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis.
Kenyataan itu mengundang kritikan pemimpin-pemimpin Umno yang menyifatkan Pas sebagai parti tidak konsisten.
"Adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan Zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.
"Berurusniaga dengan kerajaan Zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.
Beliau seterusnya berkata, "hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalin hubungan dagang dengan negara Israel."
Dengan merujuk kepada soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli di Dewan Rakyat Selasa lalu, Nik Abdul Aziz berkata, agar mengejutkan apabila jawapan diberikan oleh Menteri Kewangan menyebut larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.
Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel?
"Hairan saya, tidak malukah akhbar milik Umno memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia- Israel," katanya lagi.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.
"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.
"Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.
"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.
Najib yakin rampas negeri dikuasai Pakatan

18 Mac 2012
PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.
"Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinotor BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Najib berkata beliau serta barisan kepimpinan BN berkerja keras siang dan malam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekali gus memastikan kemenangan BN.
"BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti," katanya.

Beliau seterusnya mengumumkan pemberian bantuan RM100,000 untuk Surau Al-Sakinah di Taman Perdana Putra, dan RM200,000 untuk SMK Perdana Putra. - Bernama

Tiada ulasan: