PKR tuntut panel khas Parlimen kaji SSM
26 Mac 2012
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa itu perlu ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuk pembangkang dapat memberi cadangan membina dalam perkhidmatan awam.
“Kerajaan secara tiba-tiba telah membatalkan SBPA dan kembali kepada SSM.
“Sehubungan itu, kita tidak mahu kerajaan sekali bersikap unilateral seperti yang berlaku dalam isu skim SBPA dahulu yang telah gagal akibat tentangan kuat daripada pelbagai pihak,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, keadaan itu terbukti apabila Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memberitahu yang mereka tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menganggotai suruhanjaya untuk mengkaji penyelarasan gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim SBPA.
“Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan Cuepacs untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan dalam isu ini.
“Oleh itu, kita tidak mahu perkara sama berulang, kerajaan seharusnya mendengar suara-suara daripada pihak berkenaan dan kita berharap Jawatankuasa Tetap Parlimen itu nanti juga mempunyai suara dalam penambahbaikan sistem perkhidmatan awam negara ini,” katanya.
Semalam, Cuepacs mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Omar berkata, kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu.
“Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.
“Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini,” katanya
Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan
26 Mac 2012
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.
“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.
Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.
Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.
“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.
“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya.
Umgok Penipu Sampai Kiamat · Top Commenter · Atas pokok
Hassan Ali dah pandai buat fitnah belajar daripad puak2 umno...
Azman Abu Bakar · Top Commenter
biasanya 100k tu depa kali 5... tu pasal depa kata banyak kalau tak macam mana nak beli bunggalow
Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
Inilah akibatnya apabila tiada keikhlasan dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Firman Allah bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
Jamal Dean · Top Commenter · University Malaya
Hasan Ali..kalau kau dah tak suka pada PR Selangor..kau tuduh..fitnah dan 1001 macam lagi PHD kau..masa kau jadi EXCO dulu..pijak semut pun tak mampusss..konon PKAR MOTIVASI ..org lain ada Master Motivasi & Kaunseling..tapi tak pernah egooo..pun..kita sama sama tunggu masa PU ke 13 nanti..atas tiket apa kau nak bertandingg..banyak mana peminat2 kau...
Mohd Danial · Top Commenter · IAIN Ar-Raniry
SELAYAKNYA KITA MENGGELARKAN HASSAN ALI SEKARANG INI DENGAN HASSAN "MUNAFIK". DULU BETUL2 AKU HORMAT KE DIA NIH, TAPI SEKARANG TIDAK....
Pa' Che Taufique · Works at Selangor Islamic Religion Department (SIRED)
pejabat siapakah ini??!! Nurul Ikma احمد ازرى
Akuautarakutipu Akutipu · Universiti of Block E
Sakit, acan alee..dulu aku pangkah dia..Dun gombak setia....Rosak kau san.....!!!
Abu Hanifah · Gemencheh
dulu saya sangat hormat HASSAN ALI tiap ceramah nya amat saya tertarik utk mendegar.... tapi sekarang apa dah jadi .....Reply · Like · Follow Post · 11 hours ago
Dedah video murtad Isnin ini
26 Mac 2012
Menurutnya, beliau berharap parasit-parasit itu dapat turut serta bersama media untuk menyaksikan petikan video tersebut.Katanya, buat masa ini beliau tidak mahu mendedahkannya dan menunggu Isnin depan.“Kenapa tentang murtad parasit-parasit ini tidak ada seorang pun bercakap? Tak membela seorang pun? Saya harap parasit-parasit ini dapat datang hari Isnin minggu depan untuk tengok tentang pengakuan beberapa orang yang dimurtadkan itu,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita berhubung desakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mahu Hasan menjelaskan dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya Jalur Tiga (Jati) ditaja oleh dua syarikat besar, Hasan berkata, beliau tidak perlu menjawab tuduhan dibuat berasaskan ‘cakap-cakap kedai kopi’ itu.
Beliau turut memperlekehkan cabaran itu dan menegaskan itu bukan tahapnya untuk melayani desakan sedemikian.“Dia pun kata ini ‘cakap-cakap kedai kopi’ maka kalau Hasan Ali jawab maka Hasan Ali pun macam ketua warung kedai kopi. Hasan Ali punya tahap bukan macam itu. Minta maaflah. Minta ketua warung kedai kopi itu jawab bagi pihak sayalah,” katanya.
Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
Kita orang Islam asyik salah-menyalah antara satu sama lain. Lihatlah pendidikan kita; pendidikan dunialah yang diutamakan. Pendidikan agama ala kadar sahaja. Berapa ramai anak-anak Islam yang mengabaikan tanggungjawab. Berapa ramai yang tidak tahu membaca al-Quran. Berapa ramai yang tidak solat lima waktu. Berapa ramai yang berpakaian tidak menutup aurat. Inilah puncanya mereka mudah melupai Allah dan murtad. Islam sahaja agama yang diredhoi Allah tetapi kita tidak pun menyeru rakyat Malaysia untuk beriman kepada Allah. Institusi zakat pun sekadar memungut zakat tetapi ramai orang miskin meminta-minta termasuklah mualaf-mualaf. Sampaikan penduduk sendiri meminta derma daripada orang ramai melalui surau-surau untuk membantu orang-orang miskin. Maaf, sekadar pandangan...
Tajima Tajuddin · Works at VADS
Dalam sibuk memperkatakan isu murtad, jgn letakkan tanggungjawab ke atas bahu org lain saja, semua orang perlu main peranan,Jgn nak tunggu DHA, ustaz2 @ cikgu kat sekolah. Didik diri, keluarga, anak & isteri tentang akidah, tauhid agar keluarga, isteri, anak kenal siapa Allah, sifat2 Allah. Biar keluarga kenal Allah yg kita sembah, jgn hnya kenal pd nama seperti orang2 kafir mengenal Allah. Klau xde ilmu, Rajin2lah ke kuliah di masjid, buku2 sekarang pun banyak & murah. Wajib bagi seorang bapa mengajar anak isteri perkara2 berkaitan agama. Jgn asyik sibuk nak mencela @ mencaci maki, mengaibkan org lain orang lain seolah2 diri sendiri tu dh bagus sgt @ dh confirm masuk syurga sedangkan bnyk kekurangan dlm diri x disedari.
Noor Azizan · Top Commenter · UiTM Shah Alam
Teruskan perjuangan menegakkan IMR dato'. Pedulikan mereka yg taksub dan memperkecilkan usaha yg dilakukan Dato'. Mereka berhak mencemuh kerna suatu hari nanti mereka juga akan menerima pembalasan akibat cemuhan itu. Apalagi mereka yang suka menggelarkan orang lain munafiq, tuduhan itu akan kembali kepada tuannya. Begitulah kalau hanya bertopengkan agama sedangkan dihati mereka sudah mati dan busuk berulat. Sebab itu mereka sokong pemimpin yg tang2 menyokong Israel laknatullah, LBGT dan membawa aliran islam liberal di negara ini.
Lah KL · Kuala Lumpur, Malaysia
sebelum anda menuduh, mengata atau dgn lain2 ayat, cuba renungkan sejenak semasa/sebelum anda berada di tahap ini, renungkan juga kehidupan dunia tidak blih dibawa ke alam kematian, cuma janji2 anda dengan allah taala, janji anda dgn manusia yg akan menentukan kematian cara org yg berugama atau tidak. Politik tidak membawa kebahagian dlm kehidupan dunia dan akhirat cuma manusia2 d sekeliling anda yg selallu di tolong mengikut landasan al quran sentiasa mendoakan semoga allah taala menerima kehidupan dan kematian dengan cara yg d tuntut.
Ryzal Ryn · Top Commenter · Works at Brother Z Multimedia
Hidup DHA...memperjuang agama dan bangsa....tak mudah goyang...pendirianya..tak macam pemimpin Pas...mudah goyah...dgn habuan dunia...dan pangkat yag ditawarkan pak nuar...kekek
Mohd Faizal Abon · Top Commenter · Cosmopoint Klang
Dato, cuma satu yg saya harapkn iaitu menonton yideo yg akan Dato tayangkn pd semua org. biar semua org nampak siapa yg membela nasib org melayu dan agama islam, jgn kecewakan semua org yg menyokong Dato. insyaallah Tuhan melindungi UmatNya.
Zack Azroi · Top Commenter · Pekan
macam2 la Dato punya cerita ye...tapi apapun cerita Dato, kenapa semuanya tentang keburukan PAS??kalau PAS benar2 buruk, kenapa Dato pula yg ditendang keluar dari PAS dan bukan Dato sendiri yg tinggalkan PAS??cerita kedai kopi ataupun tidak, kebenarannya ceramah yg dibuat Dato 1 Malaysia punya pusing, setiap ceramah pasti guna banyak duit dan dari mana pula sumber duit Dato peroleh untuk jalankn ceramah tu???banyak duit Dato ye..^___^
Bro Pian · Top Commenter
motif tayang video?kes murtad ni klu nk tayang seribu filem pun boleh.kes ni berleluasa 20 thn dulu lg..bukan ini yg kite nk tgk..kite nk tgk apakah langkah penyelesaian atau tindakkan yg diambil terhadap kes ni..
Azlan Azril · Top Commenter · اللهم توفني ساجدا بين يديك
Dah meluat,nak muntah.pasal maksiat kat tv tu x pernah heboh pun.Dah kena pecat nak balas demdam lah tu.
Zack Zbi · Top Commenter · Sekolah pondok
DHA tak payah jadi wakil rakyat lah sesuai jadi pelakon saja putar alam hehehehehe
Abdullah Hamid · Driver mini at Reliance Sightseeing
pada semua menteri2 Yb2 cuba luang kan masa sedikit setiap hari selepas anda berkerja, ambil cermin tgk muka sendiri, fikirkan semasa anda belum ade jawatan dlm kerajaan cuma org biasa2 mcm kami, semangat tinggi utk membela org miskin, cacat, tua dlm hati anda, tapi bila da ...... yg penting diperjuangkan 1) wang 2) nasib sedara mara yg paling rapat moga dpt projek 3) kwn2 yg rasa2 telah tolong anda dpt sesuatu sebelm ini. Tapi anda mungkin terlupa bahawa aper yg anda lakukan sama seperti mereka lakukan, jd ta payah nak tuduh2 manusia tu salah kita yg betul, di yg mustahak janji anda 1) dengan allah taala 2) dengan manusia yg memerlukan pertolongan dlm meneruskan kehidupan 3) kemewahan kebahagian dan lain2 kongsi bersama dan yg mustahak jgn lupa diri bila duduk ditempat yg..... allah taala tak lupa janji anda, manusia sentiasa ingat akan percakapan anda, renung2kan selamat menunggu akan kenikmatan dunia yg akan di ambil semula olih allah taala.
Mohamed Shariff Abdul Hamid · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
Syabas DHA.Biar rakyat tahu PAS sebenarnya hanya mendabik dada memperjuangkan Islam tapi sebenarnya tidak lebih sebagai alat perkakas DAP dan PKR. Kerana ingin merasa Putrajaya sanggup melondehkan seluar untuk diramas-ramas oleh DAP.Begitulah rendahnya iman pemimpin PAS.
Memori Lensa · Cameraman at Memori lensa
tgk video nak buat ape.. kes murtad ni semua tahu, dari zaman berzaman... usulkan pada kerajaan sekarang agar tukar perlembagaan lord reid tuh.. ganti dengan Al-quran. laksanakan ape yang ALLAH suruh.. tinggal kan ape yg DIA larang.. laksanakan cara hidup ISLAM semaksimum mungkin.. abis cerita.
Md Niram Ismail · Top Commenter
DHA nak tunjuk bukti melalui video. Mereka mana percaya video. Kan video tak mata,tak ada telinga,mcm besi je. Melainkan video puak mereka sendiri.
Abdul Kamal · Top Commenter · Contract Worker at Self Employed and Loving It!
Hebat sungguh DHA ni ye boleh dikatakan setiap hari ada je cerita berkaitan dgn dia ni... Popularnya dia ni mengalahkan artis pulak. Tak gitu?
Princess Turtle
TU LER DARI MOTIVASI PERGI KE POLITIK... ceramah dato` ber tu nak motivasi ke @ nak ckap bab politik..
Ben Erone · Top Commenter
Sinar ni dh xde gmbar lain ke nak letak..asyik gmbar sama je..dh boring la :)
Faiznur Anuar · Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
bagus didedahkan dgn tujuan untuk kebaikkan org islam..
Msi Md Sabri · Subscribe · Top Commenter · Security Personnel (SP) at Security Lot 10
kenapa orang islam jadi murtad adakah tertarik dgn tarikan dunia yg membuatkan mereka jadi malas untuk bersolat , puasa , berkahwin dan mengistihar keluar islam untuk jadi aties..atau tertarik dgn hasutan mubali kristian dgn tawaran wang yg bagus untuk mereka .. apapun yg keluar islam itu adalah manusia yg bodoh krn islam itu sudah terbaik buat manusia .....Reply · Like · Follow Post · 3 hours ago
Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah
27 Mac 2012
Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.
"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.
"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.
"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.
Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.
"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.
Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.
"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.
"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.
Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".
Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.
Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.
"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.
"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.
- Mhd Amir · Top Commenter
Azmin sama anwar --sama2 geng auta kare.........10 ckp.....12 xleh caya............
Mohd Nasaruddin Mohd Nasir · Top Commenter · 31 years old
betul apa azmin cakap... kalau org yg ada PHD yg megah dgn islam melayu raja dia tak akan tabur fitnah dan tak akan buka aib keluarag org....azmin hanya perlu hasan ali jelaskan peruntukan ubah suai pejabat kenapa dia tak jawab sebaliknya dia cakap benda lain....kalau betul dia perjuangkan islam bukan itu jawapan dan cara dia balas tomahan azmin
Shamsul Abdul Malek · Top Commenter
masa hasan ali bersama PR, semua nyerr baik2 belaka.. bila dah bercerai??? Lu fikir lah sendiri...
Tapar Abd Rajak · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
Apa susah sangat jawap sajalah...........jgn dok asyik nak putar belit.....atau yg paling glamour sekarang nie ialah saman...saman..saman tapi tak pernah habis..kesian ka
‘Kos pejabat Xavier, Halimah lebih besar’
26 Mac 2012
Hasan menjelaskan perkara itu yang merupakan salah satu daripada tiga dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendedahkan Hasan terlibat menyalahgunakan dana dan kedudukan ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor Jumaat lalu.
Hasan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan itu amat sederhana daripada segi kualiti bahan dan mutu kerja dilaksanakan.
Beliau menegaskan kerja-kerja pengubahsuaian itu bukan hanya melibatkan ruang pejabatnya tetapi juga termasuk bagi 19 orang termasuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel).
“Saya ingin jemput Yang Berhormat Bukit Antarabangsa membuat sedikit penyiasatan untuk membuat perbandingan antara pengubahsuaian pejabat saya dengan kerja-kerja pengubahsuaian mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri termasuk anak syarikat dan badan berkanun dalam tempoh yang sama.
“Mengikut maklumat saya perolehi, kerja-kerja pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Xaxier dan Halimah,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini.
Menurutnya, beliau boleh memaafkan kealpaan Azmin kerana menimbulkan semula isu tersebut tetapi sukar baginya untuk memaafkan Azmin kerana didakwa mempunyai niat buruk tersembunyi menimbulkannya semula.
Katanya, tindakan Azmin mempersoalkan kredibilitinya di sidang Dun itu dilihat sebagai secara langsung mempertikaikan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
“Mungkin beliau sendiri meragui kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menerajui pentabdiran maka sebab itulah beliau (Azmin) memilih untuk menyerang kedudukan saya sebagai bekas Exco dalam ucapannya itu,” katanya.
Dalam pada itu, Hasan turut menjelaskan kos pelancaran pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) berjumlah RM546,920 mendapat kelulusan mensyuarat Exco.
Menurutnya, pihak lembaga Padat memutuskan untuk menggunakan peruntukan bajet tahunan yang asalnya diperuntukkan kepada Muzium Negeri.
“Sebab itulah jumlah peruntukan dicantumkan kelihatan agak besar tetapi setiap perbelanjaan mendapatkan kelulusan pihak Exco dan Kerajaan Negeri,” katanya.
Hasan berkata, bagi menjawab dakwaan ketiga Azmin, pejabat Exco tidak menggunakan kuasa mutlak untuk pemilihan 85 subkontraktor tersebut sebaliknya sentiasa berunding dengan kontraktor utama sebelum senarai tersebut dihantar ke pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor.
“Hanya pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor berhak meluluskan senarai tersebut dan kemudiannya dipanjangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri untuk memuktamadkan perlantikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan