Khamis, 8 Mac 2012

KENA ADAKAN JUGA MAHKAMAH LEMBU..MAHKAMAH KATAK...MAHKAMAH ANJING...MAHKAMAH KADUK...MAHKAMAH ITIK SERTA AYAM...JANGAN MAHKAMAH KANGGARU AJE...IKUT KESESUAIANLAH...JANGAN MAHKAMAH HINZIR DAH....

PKR dakwa pengarah NFC beli lot kedai di Bangsar
PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation telah menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai berkenaan.

NONE"Dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan bagi mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah di atas nama peribadi mereka," dakwanya dalam satu sidang media hari ini.

Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli dengan nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi menganggarkan bahawa nilai pasaran hartanah berkenaan boleh mencecah sehingga RM12 juta.

NONE"Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersial di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap persegi dan kami anggar harga pasaran semasa unit ini boleh mencecah RM12 juta," dakwanya lagi.

Rafizi mendakwa pembelian tersebut dibuat dengan menggunakan pinjaman oleh Mohamad Salleh dan juga oleh individu yang setakat ini masih belum dapat dikenalpastinya.

Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.

Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.

Dokumen itu seterusnya menyatakan bahawa Mohamad Salleh hanya mempunyai RM421 di dalam akaunnya di bank tersebut pada satu masa, namun tetap diberikan pinjaman berjumlah RM4,391,240 untuk membeli hartanah.

Selain itu, dokumen itu juga menunjukkan bahawa Mohamad Salleh telah bertindak sebagai penjamin untuk satu lagi pinjaman berjumlah RM663,743.

Ia turut menunjukkan bahawa dua lagi syarikat yang turut dimiliki Mohamad Salleh – National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan Agroscience Industries masing-masing merekodkan baki sebanyak RM1,872,254 dan RM197,338 melalui akaun di bank sama.

Rafizi mendakwa, pembelian hartanah tersebut, yang setiap satunya bernilai antara RM1.1 juta hingga RM1.56 juta dibuat oleh ahli keluarga Mohamad Salleh.

Rafizi mendakwa perkara itu telah disahkan oleh satu sumber beliau, yang tidak didedahkan. [Baca berita penuh]
Sementara itu, NFC menafikan laporan media yang menyatakan bahawa pengarah NFC telah menggunakan pinjaman mudah kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar.

Dalam satu kenyataan malam ini, NFC berkata, hartanah ini tidak dibeli oleh syarikat itu.

Pembelian itu, katanya, adalah pelaburan individu pengarahnya.
VIDEO| 13.50 minit

Noh anggap Selcat sebagai 'mahkamah kanggaru'
Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata timbalan pengerusi badan perhubungan BNSelangor Datuk Seri Noh Omar.

NONEMenurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?" soalnya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab: "Hanya buang masa!"

"Mereka tidak pernah disepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran."

[Baca berita penuh]
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor, Wong Koon Mun berkata kerajaan negeri hanya bersandiwara dengan meminta Selcat untuk menyiasat skandal perlombongan pasir.
Katanya, Selcat sebenarnya, tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.
NONE"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.
"Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga ADUN Kuala Kubu Baru juga berkata, kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka menerima aduan.
"Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri.
"Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai,” katanya.
Skandal projek lembu: Shamsubahrin serah bukti
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.

Shamsubahrin, yang sebelum ini, didakwa menipu pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 12:15 tengahari dengan diiringi oleh empat peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

NONE"Ia adalah mengenai apa yang diperkatakan oleh Shamsubahrin sebelum ini dalam laporan awalnya bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung cubaan merasuah polis oleh tokoh utama dalam NFC," kata peguam, N Surendran.

"Pada masa itu, hanya yang ada kata-kata Shamsubahrin. Sekarang beliau telah tampil dengan bukti kukuh, konkrit ... dan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Jadi tidak ada sebarang alasan lagi mengapa pihak berkuasa tidak boleh bertindak dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera," katanya.

Surendran juga berkata SPRM sebelum ini menyimpan telefon berkenaan tetapi kemudian memulangkannya tanpa sebarang tindakan sehingga isu itu didedahkan.

Shamsubahrin, yang juga merupakan penasihat dan perunding korporat NFC, menambah bahawa bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

NONEDalam laporan awalnya, beliau menuduh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri shahrizat abdul Jalil mendesak beliau merasuah polis dalam usaha untuk menutup skandal syarikat projek ternakan lembu itu.

Walau bagaimanapun, Mohamad Salleh menafikan dakwaan berkenaan.
KDN tak puas hati penjelasan akhbar The Star
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu kalimah Allah pada sisipan 27 Februari 2012.

Oleh itu, ia menuntut akhbar tersebut mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada KDN bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang dan dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.

"Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan lebih preventive, corrective dan informative bagi mengelakkan paparan kandungan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini.
NONESebelum ini, harian berbahasa Inggeris itu memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.
Mahkamah panggil imam kes baling kasut
Seorang Imam, Hoslan Hussin hari ini dipanggil ke Mahkamah Persekutuan untuk menjelaskan tindakannya membaling kasut ke arah panel hakim berkenaan dalam satu insiden bulan lalu.

Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima surat berkenaan hari ini, yang meminta beliau hadir ke mahkamah berkenaan pada pagi esok.

Beliau diminta menjelaskan sebab yang boleh menghalang Mahkamah Persekutuan daripada mengambil tindakan ke atas kesalahan "menghina mahkamah" itu, kata Hoslan yang membacakan surat berkenaan.

NONESurat itu juga menyebut, "(Hoslan) telah bertindak menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah panel hakim ketika mahkamah sedang bersidang."

Hoslan berkata, surat berkenaan diserahkan kepadanya oleh anggota polis ketika beliau pulang ke rumahnya di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Kuala Lumpur tengahari ini.

Ketika ditanya, Hoslan berkata "insya-Allah" beliau akan hadir ke mahkamah berkenaan pagi esok.

Bagaimanapun, Hoslan berkata beliau tetap akan mendapatkan pandangan daripada peguamnya terlebih dahulu, petang ini.
Dalam kejadian pada 22 Februari lalu, Hoslan membaling kasutnya ke arah panel hakim berkenaan selepas mahkamah itu menolak rayuannya berhubung satu kes melibatkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Surat oleh timbalan pendaftar mahkamah Jumirah Marjuki itu juga menyatakan bahawa balingan tersebut mengenai seorang timbalan pendaftar ketika mahkamah itu bersidang.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini, Hoslan menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukannya sebagai tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Beliau turut menimbulkan semula dakwaan penyelewengan yang berlaku di Masjid ar-Rahimah, Kampung Pandan yang didakwa tidak mendapat perhatian.

NONEHoslan juga mendakwa, tindakannya yang sering menimbulkan dakwaan penyelewengan itulah yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya sebagai imam rawatib.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatan Hoslan di Masjid Ar-Rahimah pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu pada 22 Februari lalu.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," kata permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Akhbar web PAS Harakahdaily, dengan memetik pandangan seorang pembacanya, telah mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam".

Lidah rasmi parti Islam itu juga mempersoalkan kehadiran penyanyi 41 tahun itu mengadakan konsert di negara ini dan pihak berkuasa patut memantaunya.

Tiada ulasan: