Rabu, 21 Mac 2012

DAH KECOH..BERHENTILAH..MEMANG BAHAYA.....

Transformasi Najib hanya 'transformasi lipstik'

Harakahdaily, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS menganggap segala pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 3 April 2009 yang didakwa 'transformasi' hanya ibarat lipstik dan halwa telinga, yang isinya kosong.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata transformasi yang dilaungkan Najib sebenarnya bukan perkara dasar, namun ia hanya bersifat curahan dan umpanan duit semata-mata kepada rakyat untuk menyokong BN.

"Transformasi yang diharapkan seperti memerangi rasuah, menghapuskan amalan pencabulan demokrasi, menghormati hak rakyat memilih kerajaan yang mereka suka tidak berlaku.

"Gangguan ceramah oleh penyokong Umno terus berlaku, hak kebebasan bersuara tidak berlaku. Jadi apa yang ditransformasikan oleh Najib?," soalnya.

Lebih memalukan lagi katanya, ketika Najib bercakap soal transformasi timbul soal perbelanjaan pertunangan anaknya dengan kos RM409,767 dengan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang RM18, 792 yang bernilai RM522 seorang.

"Najib riuh rata kampung dengan pemberian RM500 seorang, untuk 3.74 juta rakyat, sedangkan jamuan VIP satu malam RM522. Begitu juga Najib sambut hari jadi beliau dengan kos RM79,053," katanya lagi.

Selain perbelanjaan mewah itu kata Idris, pengumuman pembatalan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) juga menunjukkan kegagalan transformasi Najib.

Apatah lagi, SBPA itu terpaksa dibatalkan dalam keadaan dibantah banyak pihak ekoran pengumuman untuk skim itu dibuat dengan perbicangan tidak masak.

"Itupun kerana takut kakitangan awam tolak BN di dalam pilihanraya nanti. Berapa banyak wang negara habis kerana membiayai kajian skim ini," soal Idris lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan, selepas ini akan menyusul pula 'musibah' yang akan menimpa kepada Felda, ekoran penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) yang juga turut ditentang veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan pegawai kanan Felda.

Dalam isu tersebut ujarnya, Najib lebih mengutamakan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbanding nasib peneroka secara keseluruhan.

Dalam isu peruntukan kepada negeri-negeri pula, beliau mempersoal keikhlasan Najib terhadap Selangor apabila peruntukkan sebanyak RM2.9 bilion, diberi bukan melalui kerajaan negeri.

Sikap meninakkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi itu kata Idris menyerlahkan sikap Najib yang mencabul semangat federalisme.

"Najib yang masih tidak memberi royalti gas kepada Kelantan sebanyak RM186 juta setahun. Beliau tidak bertenaga di dalam menghadapi kes NFC sebanyak RM250 juta. Kerana Datuk Sharizat Jalil pun mempunyai rahsia pemimpin Umno yang lain.

"Transformasi Najib tidak mengubah masalah rasuah. Tahun 2010 CPI Malaysia  4.4,  nombor 56 di belakang  Afrika Selatan yang mendapat markah 4.5," katanya sambil memetik kenyataan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan bahawa amalan menganugerahkan projek mega serta kontrak tanpa tender terbuka atau bidaan kompetitif yang masih berterusan.

Mengapa kerajaan takut hapus kereta lama?

Salmiyah Harun, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan didakwa takut untuk menyatakan kebenaran mengenai usaha mereka menghapuskan kereta lama dengan memperkenalkan kereta baru keluaran Proton.

Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh) berkata, kerajaan sebenarnya mahu menghadkan umur kereta bagaimanapun kerajaan enggan berterus terang dengan rakyat.

Katanya, kereta baru keluaran Proton dikeluarkan tetapi harganya terlalu mahal setaraf dengan kereta-kereta import.

"Kerajaan nampak terpaksa bersaing dengan kereta import kerana mendapat permintaan tinggi, dengan mengeluarkan kereta nasional yang harga mahal," katanya.

Ekoran tindakan kerajaan itu, katanya kereta lama di pasaran akan murah dan sudah tentu rakyat membelinya.

"Bukankah dengan cara ini, secara tidak langsung kereta lama di pasaran tidak ada, dan inilah taktik kerajaan untuk menghapuskan kereta lama," katanya dalam soalan tambahan.

Langkah kerajaan itu, katanya telah mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat yang rata-rata menghadapi kekangan kewangan waktu ini.

"Rakyat di pedalaman tidak mampu membeli kereta baru, mereka hanya mampu membeli kereta lama yang berharga dalam anggaran dua hingga tiga ribu. Dalam masa yang sama kereta berkenaan pula tidak ada perlindungan insuran.

"Di mana usaha kerajaan yang melauangkan slogan 'rakyat didahulukan," katanya.

Dalam soalan asal, Muhamad meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri yang menjawab soalan itu memberitahu dewan, kerajaan belum bercadang untuk menetapkan had usia kenderaan bermotor yang dibenar berada di jalan raya kerana mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

Mengapa kerajaan takut hapus kereta lama?

Salmiyah Harun, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan didakwa takut untuk menyatakan kebenaran mengenai usaha mereka menghapuskan kereta lama dengan memperkenalkan kereta baru keluaran Proton.

Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh) berkata, kerajaan sebenarnya mahu menghadkan umur kereta bagaimanapun kerajaan enggan berterus terang dengan rakyat.

Katanya, kereta baru keluaran Proton dikeluarkan tetapi harganya terlalu mahal setaraf dengan kereta-kereta import.

"Kerajaan nampak terpaksa bersaing dengan kereta import kerana mendapat permintaan tinggi, dengan mengeluarkan kereta nasional yang harga mahal," katanya.

Ekoran tindakan kerajaan itu, katanya kereta lama di pasaran akan murah dan sudah tentu rakyat membelinya.

"Bukankah dengan cara ini, secara tidak langsung kereta lama di pasaran tidak ada, dan inilah taktik kerajaan untuk menghapuskan kereta lama," katanya dalam soalan tambahan.

Langkah kerajaan itu, katanya telah mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat yang rata-rata menghadapi kekangan kewangan waktu ini.

"Rakyat di pedalaman tidak mampu membeli kereta baru, mereka hanya mampu membeli kereta lama yang berharga dalam anggaran dua hingga tiga ribu. Dalam masa yang sama kereta berkenaan pula tidak ada perlindungan insuran.

"Di mana usaha kerajaan yang melauangkan slogan 'rakyat didahulukan," katanya.

Dalam soalan asal, Muhamad meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri yang menjawab soalan itu memberitahu dewan, kerajaan belum bercadang untuk menetapkan had usia kenderaan bermotor yang dibenar berada di jalan raya kerana mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

P'raya telus: PSC Pakatan kesal dolak dalik SPR

Salmiyah Harun, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Sistem Pilihan raya Pakatan Rakyat kesal dengan sikap berdolak dalik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memberi komitmen melaksanakan pilihan raya yang telus.

Melihat daripada maklum balas SPR dalam siri pertemuan sebelum ini, Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkataSPR seperti tidak berminat untuk melaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya negara.

Katanya, SPR masih berdegil dan enggan membersihkan daftar pemilih yang masih kotor selepas PRU-12 lalu.

"Sehingga kini kami berpendirian cadangan itu tidak dapat dilaksanakan SPR sepenuhnya. Daftar pemilih ini dibuat bagitu terancang," katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat akan mendapatkan pengesahan sekali lagi SPR dalam mesyuarat PSC yang akan berlangsung petang ini sama ada bersedia atau tidak.

Malah katanya, dalam kes 40,000 daftar pemilih yang meragukan sebelum ini SPR telah berjanji untuk mengeluarkan nama tersebut malangnya hingga kini masih gagal dilakukan.

"SPR buat keterangan palsu, tuntut supaya komitmen SPR dalam pertemuan terakhir petang ini sebelum SPR membuat keputusan muktamad," katanya.

Tambahnya, alasan SPR bahawa daftar pemilih yang diwartakan tidak boleh dirombak adalah alasan yang tidak konsistan.

"40,000! mereka bersedia untuk bersihkan, peruntukan mana yang dipakai?

"Di rumah mak saya di Klang Gate ada 10 nama, tetapi SPR boleh bersihkan," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, satu pertemuan mengejutkan apabila Mimos mendedahkan hampir 80,000 pengundi tidak ada alamat di seluruh negara.

"Misalnya di Johor Bharu, lokaliti Desa Melayu Majidi tanpa ada alamat khusus mempunyai 127 pengundi. Di Selangor Parlimen Kota Raja, lokaliti di Batu 7 Jalan Kebun mempunyai 639 pengundi," katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat menuntut agar SPR perlu bertindak sekiranya tidak, PSC yang ditubuhkan tidak memberikan apa-apa makna kerana objektif penambahbaikan tidak tercapai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, jumlah pengundian awal telah bertambah 100,000 di mana menjadikan seramai 240,000 termasuk anggota keselamatan.

Penambahan itu, katanya adalah pengundi baru termasuk kakitangan SPR yang mengendalikan pilihan raya di seluruh negara.

"Jika 100 ribu kakitangan SPR tidak melakukan pengundian awal kemungkinan mereka akan mengundi pada hari pengundian, di sini berlaku ketidakadilan," katanya.

Justeru katanya, jawatankuasa penambahbaikan tidak memberi apa-apa makna jika sikap SPR tidak menyatakan spesifik kenapa mereka tidak boleh membersihkan daftar pemilih dan keraguan pengundian awal.

Mereka bertiga berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pembangkang, Parlimen sebelum sesi mesyuarat PSC berlangsung petang ini.

Kadir pun keluar Umno, ahli biasa bila lagi

Harakahdaily, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti yang dianggotainya lebih 56 tahun semalam sekali lagi mengesahkan bahawa Umno kini sedang menanti ajal.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno semakin mereput dan luput serta menanti masa untuk mati. Jika insan seperti Tan Sri Kadir yang telah menjadi ahli Umno sejak merdeka serta pernah menjadi pemimpin tinggi pun sanggup keluar Umno, tiada sebab lagi untuk ahli-ahli Umno yang lain untuk terus bersama dengan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno telah jauh menyimpang dari landasan sebenar serta semangat penubuhannya dari awal. Umno sekarang bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa dan rakyat di negara ini, tetapi untuk kepentingan segelintir pemimpin mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Abdul Kadir memiliki prinsip yang amat jelas serta kredibiliti yang tinggi kerana sanggup mempertahankan dakwaannya bahawa sememangnya Umno membeli undi masa pilihanraya umum dahulu sehingga akhirnya beliau memilih keluar dari Umno.

"Dakwaan Tan Sri Kadir juga membuktikan bahawa Umno adalah parti yang korup. Pemimpin mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan survival mereka.

"Mereka tidak kisah jika negara menjadi muflis, rakyat papa kedana, negara menangggung hutang yang berbilion ringgit hanya kerana mereka mahu menang dalam PRU ke 13," jelasnya lagi.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemin Umno yang mempunyai integriti yang tinggi dan cekal untuk bersama Pakatan Rakyat dam membina sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

Anwar saman Utusan, tuntut gantirugi RM100 juta

Harakahdaily, 20 Mac 2012



(Laporan muka depan Utusan hari ini)

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ekoran laporan bahawa beliau adalah biseksual, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam notis itu, Anwar menuntut  Utusan Melayu(Malaysia) Bhd yang memiliki Utusan Malaysia dan pengarangnya menarik balik berita itu, memohon maaf dan membayar RM100 juta sebagai ganti rugi.

Notis tuntutan yang sama juga dihantar kepada Datuk S. Nallakarupan yang laporkan sebagai sumber berita Utusan itu.

Perkara ini dimaklumkan oleh N Surendran, Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan dalam laporannya di muka depan hari ini mendakwa, Anwar sebagai biseksual dan tidak boleh menjadi ketua pembangkang.

Bagi Surendran, dakwaan ini palsu sama sekali, mempunyai tujuan politik dan satu laporan yang bersifat politik longkang.

"Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab sepenuhnya atas dakwan jahat oleh akhbar Umno ini," kata Surendran.

Najib sepatutnya menerima tawaran untuk berdebat dengan Anwar tentang polisi dan ekonomi negara tetapi Najib memilih laporan yang paling hina melalui Utusan, kata beliau yang juga seorang peguam.

Dewan kecoh: Pakatan persoal PSC Lynas

Anis Nazri , 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Usul berkaitan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kes Lynas menghangatkan Dewan Rakyat, pagi ini.

Ia bermula apabila berlaku percanggahan pendapat di antara ahli parlimen kerajaan dan Pakatan Rakyat yang masing-masing mempertahankan hujah mereka.

Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) ketika mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC ini memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal Pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek Lynas.

"Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC ini untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut. Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?" soal beliau.

Perbahasan terus hangat apabila ahli parlimen BN dan Bebas cuba mengaitkan ketiadaan pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr. Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya berdiam diri sehingga beberapa tempoh sebelum meminta wakil rakyat duduk di tempat masing-masing.

"Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan.  Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," tegas Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas.

Dalam pada itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mendakwa penubuhan PSC ini hanya untuk memberikan gambaran indah-indah, sedangkan Lynas ini penuh dengan masalah.

Selain itu beliau meminta segala yang berkaitan projek itu di Gebeng, Kuantan dihentikan sehingga satu keputusan mengenai penubuhan PSC ini diputuskan.

Manakala, Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai.

"Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya. Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau.

Sambil menegaskan projek berkenaan dibimbangi mendatangkan kesan dari sudut kesihatan, Dzulkefly berkata sedangkan oksigen sendiri jika berlebihan akan memberi kesan langsung kepada kerosakan retina yang boleh mencacatkan penglihatan, inikan pula bahan radioaktif yang menjadi soal pokok isu ini.

Sementara itu, di luar dewan ketika ditemui pemberita, Dzulkefly dan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) 'disapa' James Dawos Mamit (BN-Mambong) yang mengajak mereka berbincang secara bersemuka tentang isu tersebut dengan nada emosi.

Biarpun beberapa kali ditenangkan Fuziah dan Dzulkefly, tindakan James yang menuding jari ke arah Dzulkefly menyebabkan pakar toksikologi itu menghentikan kenyataan kepada pemberita dan meminta James bertenang.

Sambil mengiringi James ke kereta, Dzulkefly terus bersoaljawab dengan James sambil diperhatikan petugas media dan parlimen.

Ketika ditanya perasaannya apabila dilakukan sedemikian, Dzulkefly berkata beliau tidak mengambil serius tentang perkara tersebut kerana beranggapan semua orang beremosi apabila berbicara tentang isu Lynas tersebut.

Keputusan mengenai penubuhan jawatankuasa terpilih itu akan disambung pada 2.30 petang ini dengan menteri menjawab segala perkara yang dibangkitkan.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengemukakan usul berkenaan penubuhan PSC, di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Turut menyertai perbahasan tersebut ialah Hamim Samuri (BN-Ledang), Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), Datuk Haron Idris (BN-Tangga Batu), Charles Santiago (DAP-Klang), Datuk Ismail Muttalib (BN-Maran), dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Selepas 20 tahun masih mengeluarkan radiasi

Nazri Abdullah, 20 Mac 2012
IPOH, 20 Mac: Walaupun sudah 20 tahun ditutup, tapak kilang memproses nadir bumi di Bukit Merah masih mengeluarkan sinaran radioaktif merbahaya dan melebihi paras selamat yang sepatutnya.


(Ini dia bacaannya...selepas 20 tahun masih bahaya)

Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) ketika berkunjung ke tapak kilang yang ditutup sejak 1992 itu baru-baru ini mendapati, tahap radioaktif di kawasan tapak itu melebihi tahap selamat yang ditetapkan iaitu 1 Bq/g setahun.

Ketika menguji sampel tanah yang diambil di hadapan pintu pagar kilang itu, pasukan pengkaji SMSL meperoleh beberapa bacaan dan paling tinggi 0.191 microsievert sejam atau pada kadar 1.7 Bq/g setahun iaitu lebih 0.7 Bq/g berbanding tahap selamat.

"Bayangkan tapak ini sudah 20 tahun ditinggalkan, malah didakwa tanahnya sudah dikorek 8 meter dan dibuang ketempat lain, tapi sinaran radioaktifnya masih merbahaya kepada mereka yang tinggal di sekitar sini.

"Bayangkan potensi ancaman di Gebeng, Kuantan jika di sana keluasan tapaknya adalah 10 kali ganda dari Bukit Merah ini," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teat.

Sabtu lalu, kumpulan 50 aktivis anti-Lynas dari Kuantan mengadakan lawatan sehari ke tapak kilang dan tapak pembuangan sisa kilang nadir bumi di Bukit Merah di sini.

Selain melawat tapak mereka turut bertemu penduduk di situ bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung isu itu yang pernah menghantui penduduk sekitar di situ.




(Anggota rombongan bergambar dengan sempel tanah yang diambil di Bukit Merah)

Kilang ini telah ditutup 20 tahun lalu hasil bantahan penduduk dan keputusan mahkamah. Namun kes itu tersangkut di Mahkamah Persetuan sehingga sekarang.

Difahamkan selepas kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang mula beroperasi ianya akan menjana sisa dalam kuantiti yang banyak ke perkarangan kilang dalam pelbagai bentuk.

Ianya termasuk Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), Water Leach Purification Solid (WLP) dan lain-lain.

Kebanyakan daripada bahan-bahan beradioaktif (Torium (Th-232) dan Uranium (U-238)) akan disalurkan ke saluran sisa tunggal yang dipanggil WLP dengan jumlah kadar radioaktiviti 62.3 Bq/g.

Selain itu, 64.000 tan sisa WLP akan dijana setiap tahun, bersamaan dengan saiz 63 kolam renang Olimpik dan sisa-sisa berkenaan mengandungi 106 tan Torium dan 5.6 tan Uranium.

"Kalau orang kata kilang LAMP di Gebeng ini selamat, saya cabar mereka itu datang di kawasan kilang (nadir bumi) di Bukit Merah ini dan tinggal di sini beberapa tahun," tegas Bun Teat.
Video: Selepas 20 tahun masih mengeluarkan radiasi
Berita berkaitan:

Tanah sisa nadir bumi untuk PM, menteri

Tiada ulasan: