'Biarlah BN makan telur' di Pulau Pinang
Dari
satu majlis gaya Hollywood untuk VVIP bagi pelancaran kempen baru yang
menampilkan maskot burung kenyalang 'Ubah', DAP Pulau Pinang kini serius
mengumpul dana untuk jentera pilihan raya umumnya.Belon berwarna-warni dan bendera merah kecil yang mengandungi mesej Ubah untuk perubahan, menyerikan majlis makan malam untuk mengumpul dana tersebut malam tadi, yang turut mempersembahkan lagu-lagu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.
Mesej utama dalam ucapan yang disampaikan di majlis itu ialah untuk menghalang BN daripada merampas semula Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat boleh mengekalkan negeri itu jika 40 peratus masyarakat Melayu dan 90 peratus orang Cina menyokong gabungan itu yang memenangi negeri itu pada Mac 2008.
"Jika kita boleh, biarkan BN makan telur (baca: sifar kerusi) kali ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu menangkis ganggunan sewaktu perhimpunan menyokong Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang bulan lepas.
Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu pula berkata beliau lebih suka mempunyai saudara seperti Guan Eng, daripada ahli Umno yang 'korup'.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menganggap Nurul Izzah Anwar (kanan) sebagai ahli parlimen yang bijak dan mungkin menjadi calon perdana menteri pada masa akan datang.
Selain ikrar pilihan raya, termasuk pemansuhan bayaran tol lebuh raya dan sumbangan kepada warga emas RM1,000 setiap tahun, pemimpin parti tersebut turut menyentuh peletakan jawatan menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung skandal National Feedlot Corporation.
Kemuncak majlis tersebut adalah apabila Guan Eng bersama semua hadirin bangun sebagai tanda sokongan kepada pembinaan terowong dasar luat Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6,5 kilometer untuk menangani kesesakan lalulintas.
NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah mengkritik kerajaan negeri kerana tidak mengadakan perbincangan awam sebelum melaksanakan projek meja tersebut.
Pengerusi DAP negeri itu, Chow Kon Yeow pula bangga dengan kemampuan parti itu mengumpul sumbangan sebanyak RM500,000 - satu koleksi terbesar dalam sejarahnya.
MB Pahang mahu ambil tindakan undang-undang
Menteri
Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob yang memanggil pemberita "bodoh" bukan
sahaja enggan meminta maaf tetapi mahu mengambil tindakan undang-undang
terhadap sebuah akhbar harian berbahasa Cina kerana didakwa menyiarkan
laporan palsu terhadapnya.Katanya, beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Sin Chew Daily kerana mendakwanya menyarankan untuk membuang sisa nadir bumi di Sungai Lembing, tetapi menurutnya, beliau tidak pernah berkata demikian.
Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Sin Chew Daily hari ini, Adnan menjelaskan bahawa kenyataan mengenai Sungai Lembing itu dibuat oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai contoh tapak sisa buangan, sewaktu dalam mesyuarat tertutup dengan beliau.
Beliau mendakwa bahawa wartawan harian berbahasa Cina itu tidak hadir di mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, tambah Adnan, akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain yang turut menyiarkan laporan yang sama, tidak akan disaman kerana katanya, rekod menunjukkan Sin Chew Daily terutamanya "tidak mesra" dan gagal melaporkan kebenaran.
Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengumpul maklumat dan mengeluarkan surat peguam kepada Sin Chew Daily
TERAS: Majlis bertunang mewah undang kemarahan rakyat
Pertubuhan
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini memberi ingatan berhubung
sentimen rakyat pada waktu ini yang dilihat semakin resah dan marah
dengan gaya hidup mewah yang ditunjukkan keluarga perdana menteri.
Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perkara itu dilihat apabila rakyat pada waktu ini masih bergelut untuk menampung kos sara hidup namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berbelanja "super mewah" untuk majlis pertunangan anaknya dengan kos mencecah RM409,767.
"Inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mewujudkan sebuah institusi bernama Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan," soal Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan berkenaan, seperti yang disahkan oleh Hotel Shangri-La Kuala Lumpur – penyedia katering untuk jamuan bankuet yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.
"Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis peribadi mereka," katanya lagi.
Tambahnya, perdana menteri tidak boleh sekadar memberi alasan untuk menonjolkan kemewahan keluarganya dengan mengatakan bahawa "ini wang peribadinya."
"TERAS ingin mengingatkan, inilah punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.
"Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncak, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin (negara berkenaan) tumbang," katanya.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan.
Bil berkenaan sebaliknya telah dibayar oleh Najib dan keluarga perdana menteri itu, menurut PMO dalam satu kenyataan.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.
Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perkara itu dilihat apabila rakyat pada waktu ini masih bergelut untuk menampung kos sara hidup namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berbelanja "super mewah" untuk majlis pertunangan anaknya dengan kos mencecah RM409,767.
"Inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mewujudkan sebuah institusi bernama Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan," soal Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan berkenaan, seperti yang disahkan oleh Hotel Shangri-La Kuala Lumpur – penyedia katering untuk jamuan bankuet yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.
"Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis peribadi mereka," katanya lagi.
Tambahnya, perdana menteri tidak boleh sekadar memberi alasan untuk menonjolkan kemewahan keluarganya dengan mengatakan bahawa "ini wang peribadinya."
"TERAS ingin mengingatkan, inilah punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.
"Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncak, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin (negara berkenaan) tumbang," katanya.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan.
Bil berkenaan sebaliknya telah dibayar oleh Najib dan keluarga perdana menteri itu, menurut PMO dalam satu kenyataan.
Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara
Bekas
Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan
masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam
mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.
Anwar gesa Najib perjelas kos konsultan SBPA
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjelasan berkenaan
tindakan kerajaan membelanjakan kos terlalu tinggi semata-mata
mendapatkan khidmat konsultan berhubung pelaksanaan Skim Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini dbatalkan pelaksanaannya.“Tidak perlu dibebankan peruntukkan kewangan besar untuk mendapat khidmat konsultan kemudiaan dengan kos yang begitu tinggi, kemudian kembali untuk menangguhkannya,” katanya dipetik portal Keadilandaily di Parlimen pagi tadi.
Pada ucapan yang sama, Anwar turut mempertikaikan pendirian tidak tetap kerajaan mengenai pelaksanaan SBPA.
Menurutnya, keputusan melaksanakan SBPA dibuat secara tergopoh gapah sehingga menimbulkan keresahan di kalangan penjawat awam.
“Mengapa kerajaan dari awal tidak memanggil Ceupacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan SBPA. Usul awal yang dikemukakan dahulu jelas menunjukkan cadangan ini tidak memahami hasrat pegawai awam di peringkat menengah dan rendah,” katanya.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan SBPA dimanasuhkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Sebelum ini, SBPA menerima tentangan hebat, khususnya dari Cuepacs yang tidak bersetuju dengan penyelarasan gaji di bawah skim berkenaan dan mahu mahu gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
Bagaimanapun, Bernama melaporkan Najib berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka SBPA.
Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.
"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.
Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lalu.
Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."
Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.
Perang mulut dihentikan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masuk campur dan menegaskan mana-mana menteri boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan.
Jumaat lalu, sumber JPA memberitahu Bernama jabatan itu dijadual bermesyuarat minggu ini untuk mencari mekanisme yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu penjawat awam dan pesara yang sudah memperoleh bayaran gaji dan pencen mengikut SBPA.
Pada 8 Mac, Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus berkuatkuasa 1 Jan tahun ini.
Pakatan mahu RM1.92 bilion wang BR1M diaudit
Ahli
parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut supaya audit dijalankan ke
atas jumlah RM1.92 bilion yang didakwa diagihkan melalui skim Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata audit berkenaan perlu dijalankan memandangkan jumlah yang diperuntuk dalam bajet untuk skim berkenaan hanyalah RM1.8 bilion.
Sedangkan kerajaan tidak mengemukakan apa-apa bajet tambahan untuk membolehkan jumlah tambahan itu diagihkan, kata ahli parlimen PKR itu lagi.
"Jika parlimen sidang ini berakhir dan tidak ada permohonan untuk tambahan bajet, maka jumlah RM130 juta tambahan ini tidak terkandung dalam kelulusan parlimen.
"Bagaimana kerajaan nak justifikasi, dia ambil daripada sumber mana dan apakah kaedahnya," soalnya.
Bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, beliau berkata Pakatan Rakyat tidak membantah usaha membantu rakyat.
"Tapi kerajaan tidak boleh menggunakan sewenang-wenangnya khazanah negara tanpa mengira sumber yang betul.
"Kita tidak mahu golongan berpendapatan rendah diberi bantuan dengan menggunakan kaedah salah," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini bahawa jumlah RM1.92 bilion diambil daripada sumber perbendaharaan yang telah diluluskan oleh parlimen.
Sejumlah 3.8 juta isi rumah yang merupakan 59 peratus daripada jumlah isi rumah telah menerima bantuan itu, kata Najib lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan