Rabu, 28 Mac 2012

BILA JADI ORANG LEMAH...DURIAN DENGAN TIMUN...TUNGGU DURIAN ABIS ISI DAN BUSUK JE...MAKA TAK BOLEH GOLEK LAGI

PAS tanya PM statistik terkini permohonan murtad

Harakahdaily, 28 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) minta Perdana Menteri menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.
Demikian pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar itu bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan anggota Dewan Rakyat daripada PAS, hari ini.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana JAKIM memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip keadilan Islam, jika ya apakah hasilnya.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kesan kepada kemasukan pelancong dari luar dan dalam negeri hasil kerjasama Syarikat Penerbangan MAS dan AirAsia.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini pembinaan Hospital Shah Alam.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kedudukan terkini projek NFC dan apakah penyelesaian terhadap skandal dalam NFC sehingga kini.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan program Koridor Utara dan manfaatnya kepada rakyat di kawasan terbabit.

Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklumat di sebalik program 'divestment' atau penjualan pelaburan untuk pemilikan individu Melayu-Bumiputera, yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas syarikat-syarikat PNB dan Khazanah Nasional yang tidak 'core' dan cara untuk merealisasikannya serta contoh-contoh kejayaan yang telah pernah disaksikan.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Dasar Belia FELDA dapat diperkenalkan sebagai suatu proses transformasi daripada peneroka kepada generasi kedua FELDA memandangkan begitu ramai peneroka yang telah meninggal dunia.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.

Hasan akidah terkena lagi?

http://msomelayu.blogspot.com, 28 Mac 2012
Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?

Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.

Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.


Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.

Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.


Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).


Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Dalam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).

Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.

Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.

Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.


Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.

Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat. [wm.kl.7:34 pm 27/03/12]
PKR bantah bidaan baru tender NFC
PKR hari ini membantah keras tindakan kerajaan mahu menjemput bidaan baru yang memilih kontraktor bagi mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bertujuan untuk menutup isu itu secepat mungkin tanpa mengambil kira langkah sebelum ini, termasuk pembekuan aset dan perlantikan audit bebas.

"PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban perdana menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan perdana menteri," kata Rafizi.

Katanya, persoalan pokok sebenarnya berhubung keterlibatan Datuk Seri Najib Razak yang menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada National Feedlot Corporation (NFC) walaupun maklum ia tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga menterinya.
RM120j kos potong tol Lebuhraya Cheras-Kajang
Pengurangan separuh bayaran tol untuk Lebuhraya Cheras-Kajang membabitkan bayaran pampasan RM120.55 juta oleh kerajaan dan lanjutan 15 tahun tempoh perjanjian konsesi.

NONEIni didedahkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor
(kanan) di Parlimen semalam ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Menteri itu juga berkata syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd telah bersetuju untuk tidak menaikkan bayaran tol bagi tempoh tiga tahun yang akan datang. Berikutan itu, Grand Saga akan dibenarkan mengutip tol sehingga tahun 2045.

Sebagai tambahan kepada pemotongan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pemansuhan kutipan tol di dua pondok tol di sepanjang lebuh raya itu pada 1 Mac lalu.

teo nie ching and nurul lodge report mcmc over anwar obscene mms 260312 04Ketika ditemui kemudiannya, Teo berkata lanjutan tempoh perjanjian konsesi itu tidak boleh dijustifikasikan kerana Grand Saga telah memperolehi keuntungan lumayan daripada kutipan tol sejak 1999.

Katanya, sementara lebuh raya dibina pada kos RM282 juta - dan kos penyelenggaraan sehingga 2010 adalah RM147.31 juta - ia adalah satu jumlah yang remeh berbanding dengan lebih RM870 juta kutipan tol dan pampasan kerajaan setakat ini.
Orang Asli mengadu kubur jadi lapang sasar
Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai Lapang Sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan.

Dalan sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam, seorang penduduk terlibat Ariff Embing mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh.

"Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk.

"Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh," katanya pada pendengaran awam inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli di ibu pejabat Suhakam, di Kuala Lumpur semalam.

Panel inkuiri tersebut diketuai oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dan dianggotai oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, Jannie Lasimbang serta dibantu oleh pakar perunding bebas Dr Colin Nicholas dan Datuk Denison Jayasooria.

Kes itu merupakan salah satu yang didengar semalam dan dikategorikan sebagai pencerobohan oleh pihak kerajaan, swasta dan individu.

Kementerian: Kami tak dimaklumkan
Selain itu, Ariff turut memberitahu, sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memberi jaminan secara lisan bahawa mereka bebas untuk melakukan upacara keagamaan di tanah perkuburan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, apabila mereka ingin memasuki kawasan tersebut, mereka dilarang oleh pihak tentera.

"Kami pernah buat permohonan dengan pihak tentera untuk masuk. (Kami) dibenarkan. Tetapi sekali sahaja. Setiap kali nak masuk, kita perlu mohon kebenaran. Saya harap pihak JAKOA boleh mengemukakan permohonan," katanya.

Sementara itu, pada inkuiri sama, wakil kementerian pertahanan Mejar Baharom Ismail berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kewujudan tanah perkuburan Orang Asli di lapangan sasar itu.

Katanya lagi, beliau hanya mengetahui adanya tanah perkuburan Orang Asli di kawasan itu selepas dimaklumkan oleh Suhakam.

"Kami tidak dimaklumkan ada kawasan perkuburan sehinggalah Suhakam panggil. Dan kami telah pergi kawasan tersebut dan kebanyakan yang kami jumpa ialah 'jirat' Cina.

"Saya ada pergi memantau ke kawasan atas (bukit) lapangan sasaran tetapi tidak ada apa-apa. Mungkin (ia) berada di kanan atau kiri kawasan itu. Saya tak pasti," katanya.

Inkuiri julung-julung kali
Selain itu, ketika ditanya adakah pihak kementerian meminta bantuan JAKOA untuk memantau kawasan itu, beliau berkata ''tidak ada''.

Bagaimanapun, Baharom berkata, pihaknya terbuka untuk menerima permohonan daripada Orang Asli bagi memberi kebenaran memasuki kawasan lapangan sasar untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan perkuburan itu.

Inkuiri nasional Suhakam merupakan julung kali diadakan berikutan banyak aduan dan memorandum yang diterima sejak beberapa tahun lepas atas dakwaan pelanggaran hak ke atas tanah adat.

Sebelum inkuiri diadakan, Suhakam terlebih dahulu telah mengadakan sesi konsultasi awam di beberapa lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.

Inkuiri ini berlangsung semalam sehingga Jumaat ini.

Tiada ulasan: