Sinar salah lapor kenyataan Nasrudin
Harakahdaily, | 26 Mac 2012 |
"Yang saya maksudkan adalah Yahudi di Israel yang terlibat menyokong rampasan kuasa dan pembunuhan di Palestin, tanpa mengira apa fahaman mereka, haram berurus niaga dengan mereka ini," jelas Nasrudin kepada Harakahdaily.
Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depan kenyataan Nasrudin yang telah dibuat beliau 19 Mac lalu dan disiarkan dalam Harakahdaily.
Namun, yang dilaporkan Sinar tidak lengkap seolah-olah beliau menyatakan berniaga dengan Yahudi tetap haram walaupun apa fahaman sekalipun.
Dalam tulisan asalnya Nasrudin menulis:
"Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.
"Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis," tulis Nasrudin sebelum ini.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, tidak salah berhubung dengan Yahudi kerana ia hanya satu bangsa.
Yang salah adalah Yahudi berfahaman zionis sebagaimana yang ada di Israel sekarang ini.
Kenyataan beliau disokong oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis.
"Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi," tulis Nik Aziz.
"Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.
"Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
"Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel," jelas MB Kelantan itu.
SPM: Pelajar Darul Fuqaha hafaz 30 juzuk dapat 7A
Harakahdaily, | 26 Mac 2012 |
BANGI, 26 Mac: Anak miskin yang hafaz 30 juzuk al-Quran di Darul Fuqaha, Mohd Nizar Ishak berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM 2011 yang diumumkan baru-baru ini.
Mohd Nizar yang merupakan anak sulung daripada 10 orang beradik datang dari sebuah keluarga miskin di Kampung Sungai Simpul, Ijok, Batu Kurau, Perak. Seramai 6 orang di kalangan pelajar Darul Fuqaha mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu.
Mohd Nizar merupakan anak didik sepenuhnya Darul Fuqaha yang mendaftar pada awal 2004 untuk kemasukan tahun 4 di peringkat sekolah rendah. Pada tahun 2009 ketika di tingkatan 3 beliau telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Qur’an dan seterusnya menjadi pembimbing kepada rakan-rakannya yang lain untuk menghafaz al-Qur’an, lapor Malaysiatransform.
Sekarang, di samping mengikuti pengajian Tafaqquh untuk memantapkan ilmu dan kefahaman agama khususnya bahasa Arab di Darul Fuqaha, beliau juga menjadi guru di Darul Fuqaha bagi memanfaatkan ilmunya untuk anak-anak Darul Fuqaha.
Menurut Dr. Khairuddin at-Takiri, pengasas Darul Fuqaha, pelajar cemerlang Mohd Nizar akan diuruskan untuk menyambung pengajian di Universiti of Jordan dengan pembiayaan Darul Fuqaha, manakala baki pelajarnya akan ke universiti-universiti di Yaman.
Para penyumbang yang berminat membantu membiayai pengajian Mohd Nizar dan rakan-rakannya untuk pengajian di luar negara dialu-alukan, dan boleh berhubung dengan Ustaz Azlan, Penolong Kanan Darul Fuqaha di talian 019-2677703
Darul Fuqaha merupakan pusat pengajian integrasi menggabungkan pengajian tahfiz, agama dan akademik KBSM yang diasaskan oleh Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri pada tahun 2004 berpusat di Sunagi Merab, Bangi, Selangor.
Dinar, Dirham Kelantan makin popular
Mohd Asrol Affandi, | 26 Mac 2012 |
Beliau juga turut menyokong penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang syariah.
Ekspo Perdagangan dan Produk Halal anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah bertaraf antarabangsa dan disertai oleh ratusan syarikat dari Malaysia dan seluruh dunia.
Di antara tetamu kehormat yang mengunjungi ruang pameran Dinar Dirham Kelantan adalah Datuk Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau memberikan sokongan yang padu terhadap usaha murni KGT untuk mengembalikan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di dalam sistem ekonomi di Malaysia.
Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar pula berkata bahawa KGT sedang berusaha dengan giat untuk mempromosikan penggunaan mata wang syariah melalui kerjasama dua hala di kalangan para usahawan dan peniaga di seluruh Malaysia di dalam urusniaga mereka melalui kerajaan negeri terutamanya di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia boleh menjemput wakil KGT untuk memberi penerangan mengenai dinar dan dirham.
Beliau menyarankan agar para peniaga Islam menerima dan menggunapakai matawang syariah di dalam urusniaga harian mereka agar perniagaan mereka lebih diberkati.
“Dinar dirham juga boleh digunapakai sebagai alternatif wang biasa untuk simpanan menunaikan haji, umrah,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, KGT kini telah membuka pendaftaran baru untuk wakalah-wakalah di seluruh Malaysia dan negara Asean serta giat menjalankan kempen muamalat dengan mempromosikan penggunaan mata wang syariah.
Maklumat lanjut mengenai Dinar dan Dirham Kelantan boleh dilayari di laman web www.dinarkel.com
KGT masih lagi mengedar Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010.
Reka bentuk baru belum dapat diedar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jualan dan edaran untuk Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010 masih berjalan seperti biasa melalui wakalah-wakalah KGT dan agen-agen mereka.
Luar nampak dacing, dalam perut tetap PAS
Salmiyah Harun, | 25 Mac 2012 |
KAJANG, 25 Mac:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak
Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan
raya umum nanti.
"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.
Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini.
Malah katanya, harapan untuk menang agak susah jika anak-anak Terengganu yang berada di luar tidak pulang mengundi di kampung masing-masing.
"Kita merayu bersungguh-sungguh kerana kita bertekad untuk menang di Terengganu kali ini. Kita mahu perintah Terengganu untuk kali ketiga jika kita menang kali ini," katanya.
Malah Abdul Hadi yakin dan percaya dengan kemampuan PAS yang ada di negeri itu sama ada Pakatan Rakyat berjaya atau tidak ke Putrajaya, Terengganu, Kelantan, dan Kedah wajib menjadi model pelaksanaan dasar-dasar Islam.
Abdul Hadi turut mengakui sikap rakyat negeri Terengganu sukar untuk ditafsir dan keadaan ini jauh berbeza dengan rakyat negeri Kelantan yang 'independent'.
"Kita ni, kalau dacing tu sampai ke dalam perut pun dacing. Kena ambil iktibar dari sikap rakyat Kelantan, di luar nampak dacing dalam perut tetap PAS," katanya sambil diikuti gelak tawa para hadirin.
Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan PAS akan terus mempertahankan tiga negeri dibawah pentadbirannya dalam PRU akan datang.
"PAS akan jadi seperti ekor cicak yang terputus, jika Terengganu tidak menang dalam masa yang sama Kelantan terlucut. Kita akan terus mempertahankan negeri yang kita perintah," kata beliau.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dalam ucaptamanya di samping membentangkan Pra Pelancaran Manifesto 'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang turut menggariskan 10 manifesto awal negeri itu.
Tawaran itu, antara lain menggariskan program skim belia atau beliawanis niga melalui penyediaan prasaran dan modal untuk mewujdukan Program Satu Belia Satu Kerja (seorang belia se kerja).
Katanya, dengan memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi, kerajaan PAS menyediakan satu tawaran program negeri Terengganu berkebajikan yang ampuh dan berdaya saing serta bersifat 'sustainable' untuk membawa rakyat negeri itu keluar dari kemelut ekonomi di bawah Umno BN.
"PRU nanti adalah masa yang paling sesuai dan tepat untuk rakyat Terengganu berubah. Kerana Umno BN Terengganu kekal mundur dan tercorot, ini adalah kegagalan Umno BN," katanya.
KAJANG, 25 Mac: Kebergantungan rakyat Terengganu
kepada kerajaan untuk mendapat imbuhan sangat tinggi, antara faktor
menyebabkan lanskap politik negeri itu berubah setiap kali pilihan raya
umum.
Demikian tegas, Prof Datuk Muhammad Abu Bakar dan menegaskan faktor itulah yang harus diubah oleh PAS jika mahu terus kekal memerintah negeri itu.
"Sampai bila orang Terengganu tergantung pada imbuhan atau habuan kerajaan misalnya wang ehsan, wang RM300 untuk anak sekolah, wang RM500 untuk pelajar masuk universiti. Inilah yang sukar untuk diubah," katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, berkata, jika sikap ini berjaya diubah kepada individu yang berdikari mereka lebih berani dan akan bebas berfikir tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan.
Misalnya, kata beliau situasi ini sudah tidak berlaku di Johor di mana kerajaan tidak perlu lagi bergantung kepada anak-anak Bugis atau Jawa malah anak jati negeri itu sendiri semakin kurang bergantung kepada kerajaan.
Muhammad Abu Bakar turut menyokong pendekatan 'keras' yang digunakan sesetengah individu diterjemahkan kepada rakyat negeri itu untuk menyedarkan bahawa mereka perlu mengubah lanskap politik negerinya.
"Saya kira apa yang diketengahkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam siri ceramahnya, misalnya beliau ada sebut 'bodoh macam lembu'.
"Sudah sampai masanya kena 'ketuk sekeras-kerasnya', pendekatan seperti ini perlu, dan saya menyokong. Ketukan itu bukan untuk siapa hanya untuk Islam," katanya dalam dalam majlis Anak Terengganu di Perantauan.
Dalam beberapa kajiannya, Muhammad Abu Bakar berkata, keadaan geografi negeri Terengganu di mana pembahagian daerah yang berjauhan sukar untuk menyatukan fikrah antara satu sama lain.
Jelasnya, keadaan Terengganu yang jauh perlu ada penyeragaman untuk melewati batas-batas supaya idea manifesto diterima semua pihak di daerah itu.
"Setiap daerah perlu ada pusat-pusat Islam, kalau ini berlaku keadaan sebelum ini barangkali tidak berulang. Menang sahaja tanpa kekalkan kemenangan adalah satu malapetaka," katanya.

Sampai bila rakyat T'ganu bergantung pada kerajaan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan