Rabu, 21 Mac 2012

APA PUN BUKAN HAK PERIBADI..KEMENANGAN DISEBABKAN PARTI ATAU JEMAAH...TAAT DAN BEKERJASAMALAH DENGAN JEMAAH...JANGAN RASA DIRI ITU HEBAT SANGAT...SEMUANYA PINJAMAN DARI ALLAH...

Khalid: Saya masih boleh tanding di S'gor
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjemput Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof menghadiri mesyuarat exco bagi meminta penjelasan mengenai bagaimana kawasan seseorang pengundi diubah.

NONEBeliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan pengundi mengetahui dan bersetuju dengan perubahan yang dilakukan oleh SPR itu.

"Saya telah meminta setiausaha kerajaan negeri untuk menjemput pengarah SPR untuk menjelaskan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana mereka mengubahnya.

"Adakah mereka telah dimaklumkan dan bagaimana untuk tentukan jika mereka bersetuju atau tidak dengan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

NONESebelum ini, Malaysiakini melaporkan, kawasan mengundi Khalid telah ditukar tanpa pengetahuannya seperti yang terbukti menerusi carian di laman web SPR.

Semakan di laman web itu mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi universiti.

Selain itu, Khalid menegaskan beliau masih lagi boleh bertanding di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

NONEJelasnya, hal ini kerana, kad pengenalannya masih beralamat Kampung Pasir Tuntong, Kuala Selangor.

"Alamat saya masih lagi di Pasir Tuntong di mana tempat saya dilahirkan. Kedudukan saya di Ijok bukan satu isu kerana semasa saya bertanding di Ijok pun, saya menggunakan alamat yang sama.
 
 
 
Ahli PSC bidas SPR kerana gagal bersih daftar pemilih
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi  reformasi sistem pilihan raya di negara ini, membidas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana  "kedegilan" dan "kegagalan" badan itu untuk membersihkan daftar pemilih.

NONE"Kami berpendirian bahawa cadangan (jawatankuasa itu) tidak akan dilaksanakan oleh SPR," kata ahli parlimen Gombak Azmin Ali kepada pemberita di bangunan lobi Parlimen hari ini.

"Daftar pemilih, masih kotor dan tidak bersih," katanya.

Azmin bersama-sama dengan ahli parlime PAS bagi Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan ahli parlimen Rasah Anthony Loke mengadakan sidang akhbar tergempar untuk membidas SPR kerana gagal menangani masalah yang serius dengan daftar pemilih.
PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".
Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

NONENaib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Surendran juga berkata, laporan itu sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan.

"Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN," katanya.
Ubah wang haram: Bekas SU politik menteri didakwa
Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.

NONEHasbie, 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama.

Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama.

Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Pada 10 Feb tahun lalu, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin.

Peguam Y Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth.

- Bernama
 
MB: Tanah dirambil kerana cukai dibayar pihak lain
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri merampas 473 ekar tanah di Serendah yang sepatutnya digunakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) seperti didakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE"Tidak ada. Tidak ada. Kita tidak rampas tanah. Dakwaan itu saya rasa kalau dapat (tanah), senanglah. Tak ada rampasan. Tapi saya nak ingatkan pada semua sewa tanah mesti bayar.

"Kalau tanah tidak dibayar sampai 10 tahun, boleh jadi kita rampas tanah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang dewan undangan negeri petang tadi.
Katanya antara sebab tanah YBK diambil alih kerajaan negeri dan tidak dipulangkan semula kepada pertubuhan itu kerana cukai tanahnya dibayar oleh pihak lain.

Beliau berkata keputusan itu kekal walaupun YBK sebelum ini telah membayar tunggakan cukai sebanyak RM5.7 juta dengan bantuan Yayasan Melaka pada 2010.

"Sebab orang yang membayar bukan orang yang memiliki, jadi itu pun perlu kita semak. Nanti esok ada masalah besar daripada segi pemilik," katanya.

NONENajib pada 14 Mac lalu dilaporkan berkata, tanah YBK dirampas oleh kerajaan negeri walaupun cukai telah dibayar menyebabkan projek yang ingin dilaksanakan terjejas.
Kerajaan negeri mengambil keputusan mengambil 191 hektar tanah milik YBK Selangor di Serendah pada 2010 meskipun tunggakan cukai RM5.7 juta semuanya telah dilunaskan.
Selain mengambil 191 hektar tanah, seluas 324 hektar lagi tanah yayasan itu telah dikaveat menyebabkan YBK tidak boleh membangunkan apa-apa program di atas tanah berkenan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai unit audit forensik bagi menyiasat kes kehilangan RM500 juta wang Yayasan Selangor, Khalid berkata, kes itu masih dalam siasatan dan kemungkinan mengambil masa sehingga enam bulan bagi mendapat keputusan.

"Kerajaan Selangor akan cuba sedaya upaya. Tetapi kes ini mesti dibuat dengan teliti dan dengan fakta yang kukuh," katanya.
 
ADUN pertikai pembinaan menara di kawasan masjid
Tindakan kerajaan negeri Melaka meluluskan projek pembinaan menara telekomunikasi di beberapa kawasan masjid dan surau di negeri tersebut menimbulkan tanda tanya.

Ia berikutan pembinaan yang didakwa tidak kena pada tempatnya itu dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan jangka masa panjang penduduk berdekatan berikutan projek tersebut mendatangkan kesan radiasi.

NONEAntara yang bangkit mempersoalkan perkara itu, beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mendakwa pembinaannya tidak mengikut spesifikasi Suruhanjaya Telekomunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

ADUN Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong (atas, kiri) mendakwa, setakat ini terdapat kira-kira sembilan menara sudah dibina membabitkan kawasan surau dan masjid antaranya, Masjid Ubudiah, Ayer Keroh, Masjid Tun Khalil, Tangga Batu dan Surau Taman Peringgit Jaya.

Selain itu, katanya menara seumpama itu turut dibina di Surau Semabok Jaya, Semabok, Surau Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, Surau Taman Ara Ehsan, Batu Berendam, Surau Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Surau Taman Tun Raha, Bukit Katil dan Surau Taman Jati, Batu Berendam.
Meraih keuntungan

"Pembinaan yang dimulanya pada tahun lalu itu dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta dan mereka meraih keuntungan menerusi hasil sewaan kepada syarikat telekomunikasi sebagai pemancar antena.

"Projek itu sudah disahkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika sidang DUN tempoh hari di mana ketua menteri menjelaskan kos pembinaannya berjumlah RM300,000 yang ditanggung oleh kontraktor.

"Saya difahamkan penempatan menara di kawasan terbabit dengan cara sewa sebanyak RM750 sebulan yang akan dibayar kepada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan jumlah yang sama juga akan dibayar kepada pihak jawatankuasa masjid dan surau terbabit," katanya.

Beliau semalam ditemui ketika meninjau menara telekomunikasi yang dibina di Taman Jati, Batu Berendam bersama Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

NONEKhoo mendakwa, garis panduan pembinaan menara yang dikeluarkan oleh SKMM, meliputi menara yang dibina tidak melebihi 45 meter haruslah dalam jarak minimum 30 meter dari kawasan kediaman.

Jelasnya, menerusi tinjauan, menara yang dibina di Taman Jati mencapai ketinggian, kira-kira 70 meter manakala jaraknya pula tidak sampai 30 meter dari kediaman.

"Kita khuatir akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini terutama jemaah yang datang ke surau khasnya kanak-kanak. Kita nak kerajaan kaji semula tentang kelulusan projek ini dan perlu mengikut spesifikasi.

"Kalau kurang daripada 30 meter, saya rasa harus minta mereka hentikan projek ini. Kita tidak membantah mereka bina menara ini apatah lagi memberi pendapatan kepada Maim dan masjid tetapi isunya adalah soal kesihatan," katanya.
Jadi tak selamat

Sementara itu, Adly berkata, secara asasnya surau dan masjid adalah untuk orang ramai berhimpun jadi dengan terbinanya menara ini ia menjadikan kawasan itu tidak selamat.

"Sepatutnya, lagi lama duduk di surau lagi selamat dan tenang tetapi kini jadi tidak selamat. Kerajaan negeri harus merujuk balik garis panduan dan kepentingan rakyat, jadi inilah yang kita buat bantahan.

NONE"Kalau kita tengok selalunya menara telekomunikasi di atas bukit, jauh daripada orang ramai, bukannya seperti mana yang dibina di sini," katanya.

Adly (kanan) turut menjelaskan, pihak terbabit juga menjadikan menara tersebut sebagai tempat meletakkan alat pembesar suara untuk kegunaan sewaktu azan dilaungkan.

"Namun, itu tidak boleh dijadikan alasan kerana tujuan utama adalah untuk meraih keuntungan oleh pihak-pihak tertentu.

"Mustahil sebuah syarikat swasta hendak melabur sehingga RM300,000 untuk membina sebuah menara semata-mata untuk tujuan azan sekiranya tidak ada maksud tersembunyi iaitu bermotifkan keuntungan seperti yang dijelaskan.

"Saya difahamkan mereka merancang untuk membina sebanyak 40 buah menara seumpama itu di negeri ini," katanya.
Krisis Kedah: Pemuda PAS akui tolak Phahrolrazi
Pemuda PAS Kedah benar-benar mahukan dua pemimpin kanannya – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II negeri itu, kata seorang pemimpin kanannya.

Sumber yang enggan dikenali itu bagaimanapun berkata, tiada dalang yang bertindak sebagai perantara untuk tujuan itu, seperti yang didakwa Phahrolrazi.

NONE"Pemuda bukan bodoh. Tiada siapa yang suruh Pemuda. Ingat kita tak tahu ke apa yang mereka (Phahrolrazi (kiri) dan Ismail) buat. Dari awal lagi Pemuda cadang supaya timbalan pesuruhjaya I dan II digugurkan. Ini adalah pendirian Pemuda. Pemuda bukan sebodoh dan sehina itu nak disuruh-suruh.

"Tiba-tiba ada pula kenyataan yang kata ada dalang hasut. Hebat sangat ke dalang tu sampai nak hasut kita?" kata sumber dalaman itu lagi.

Berita Harian semalam melaporkan Phahrolrazi sebagai mendakwa, Pemuda PAS Kedah didalangi pihak ketiga untuk menggulingkannya dan Ismail melalui usul merombak badan perhubungan negeri yang dibawa oleh ketuanya Ahmad Yahya.

'Takkan semua dewan bodoh?'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, sumber yang sama berkata cadangan itu bukan semata-mata daripada dewan itu tetapi dibuat atas keinginan semua ahli daripada akar umbi.

"Kalau dewan Pemuda usul dan disokong pula oleh dewan Muslimat dan lain-lain, takkan orang lain pun turut bodoh?

NONE"Bila semua sokong maknanya orang nak dia (Phahrolrazi) berundur. Dia kena baca kehendak parti sebab orang semua tahu dia 'mencederakan' parti. Saya memang sangat marah dengan mereka," kata sumber itu lagi.

Tindakan Phahrolrazi dan Ismail sebelum ini yang pada mulanya enggan menerima pelantikan mereka sebagai exco kerajaan negeri telah “merencatkan” parti Islam itu.

Selain itu, sumber juga menjelaskan, apa yang dituntut mereka hanya rombakan yang didakwa selari dengan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum dan bukan memecat Phahrolrazi dan Ismail.

"Kita nak susun semula pentadbiran PAS Kedah. Nak susun siapa yang layak dan berkeupayaan untuk terajui parti bukan kita suruh pecat dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Pemuda PAS menghormati keputusan pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan menerima usul rombakan itu.

Tiada ulasan: