Ahad, 11 Mac 2012

APA MACAM...BOLEH BUAT...BERTERUS TERANGLAH...TAK MAMPU BUAT KAN...BERUNTUNG IBU INI...MAKA MUDAH2AN JADI IKTIBAR SERTA PERANGSANG UNTUK BERBUAT DEMIKIAN...INSYAALLAH..BAGAIMANA USTAZ2@USTAZAH2 SERTA ULAMAK2 TERSOHOR DILUAR MAMPU BUAT...INSYAALLAH BOLEH KOD....

Injuksi halang Felda Plantation pajak tanah

Harakahdaily, 11 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan injuksi bagi menghalang Felda Plantation memajak 360,000 hektar tanah milik peneroka kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.



Presidennya, Mazlan Aliman berkata injunksi tersebut akan difailkan secepat mungkin selepas pihak peguam selesai menyiapkan dokumen.


Menurut Mazlan lagi, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.


Akta GSA 1960 memperuntukkan tanah diberikan kepada orang persorangan atau felda dan bukan kepada syarikat termasuk Felda plantation.


"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat.


"Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya



Saman 3 MB


Sementara itu Mazlan berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman tiga bekas menteri besar iaitu bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.


Ini kerana menurut Mazlan, ketiga-tiga mereka  gagal menunaikan janji mereka memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda yang menyerahkan tanah untuk tujuan pembangunan.


Peneroka terlibat adalah peneroka dari Felda Cahaya Baru, Johor, Sungai Buaya (Selangor), Labu Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).


Hingga kini dakwa Mazlan, peneroka di keempat kawasan yang terlibat hilang punca pencarian dan ada dikalangan mereka kini 'merempat'.

Mungkin masyarakat tak tahu apa jadi kepada peneroka ini. Mereka ini hampir 100 peratus Melayu.


"Jadi kami telah bersetuju lantik panel guaman untuk kemukakan saman menuntut gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya.


Mazlan berkata, apa yang dipersoalkan bagaimana kerajaan negeri termasuk menteri besar dan exco meluluskan projek pembangunan kepada kontraktor.


Sedangkan, katanya tanah tersebut adalah aset peneroka dan manyalahi akta GSA sekiranya dimajukan.


"Apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Himpunan generasi kedua Felda April depan

Muhammad Faizal, 11 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan satu himpunan besar-besaran generasi kedua Felda akan diadakan pada April nanti.

Himpunan ini adalah sebagai pendirian mereka dalam menyokong penuh kepada kebangkitan generasi kedua Felda.

Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily, tindakan itu adalah dalam memperjuangkan hak mereka yang bakal terancam ekoran daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

"Kita menyokong penuh kebangkitan generasi kedua Felda dan sudah pasti penyenaraian ini memberi kesan secara langsung terhadap masa depan peneroka Felda.

"Malah tanah milik mereka sudah tentu akan turut terjejas apatah lagi kepada generasi kedua sudah pasti lebih teruk akan mereka alami," jelasnya.

Menurutnya lagi, generasi kedua memerlukan jaminan terhadap masa depan mereka berhubung hak mereka terhadap Felda, tindakan penyenaraian ini sudah semestinya akan menyebab masa depan generasi tersebut tidak terjamin.

"Kita menuntut semua rakyat sama-sama hadir pada perhimpunan besar-besaran itu nanti bagi menyatakan bantahan penyenaraian serta sokongan terhadap mereka.

"DPPM merasakan langkah penyenaraian Felda ini adalah langkah mengugat dan mengancam masa depan generasi kedua Felda," sambungnya lagi.

Nasruddin menyatakan DPPM akan bersama-sama dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman dalam menjayakan himpunan tersebut.

"Kita akan membuat bantahan besar-besaran kepada pihak Felda, yang mana sejak muktahir ini kita nampak mereka beria-ia ingin menyenaraikan Felda ke bursa saham," kata Nasruddin.

DPPM memberitahu ini adalah langkah yang serius kerana keyakinan hilang apabila Felda dipegang oleh Tan Sri Isa Samad yang jelas mempunyai rekod buruk sebelum ini termasuk dalam soal rasuah.

"Kita tidak mahu Felda menjadi tempat mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mengumpul harta kekayaan, bantahan terhadap penyenaraian ini akan diteruskan," katanya lagi.

‘Virus’ NFC goyah kubu Umno di selatan

Aslani M, 11 Mac 2012
KOTA BHARU, 11 Mac: Bermula di Gemas virus yang membarah dalam projek Nasional Fidlot Centre (NFC) dijangka berjangkit ke negeri-negeri lain, sebelum ini dianggap kubu tradisi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop berkata, aura Gemas yang mulai dikenali ramai ekoran pendedahan penyelewengan projek NFC membabitkan keluarga seorang menteri, antara punca kubu Umno di selatan semakin goyah.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat menguasai 15 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan.

“Kesan tsunami 2008 sudah berlaku namun belum cukup kuat untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.

“Namun isu NFC di Gemas akan memarakkan lagi tsunami yang dijangka berjangkit ke Melaka, Johor dan Pahang,” katanya pada forum PRU-13, anjuran Gabungan NGO Kelantan di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Turut bertindak sebagai panelis Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Manakala Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bertindak sebagai moderator.

Hadir sama Naib Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Wan Abdul Halim Wan Ismail dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus.

Isu NFC yang didedahkan Rafizi sejak tahun lepas ternyata membuatkan Umno makin lemas sehingga menyebabkan Perdana Menteri dijangka mengumum kedudukan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam masa terdekat ini.

Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata, Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya memerlukan lima lagi Dun bagi memperkuatkan kedudukan mencabar Umno dan BN.

Beliau juga mendakwa banyak isu yang menarik perhatian rakyat berlaku di Negeri Sembilan termasuk Menteri Besar, Tan Sri Muhamad Hassan dikatakan membawa keluar wang berjumlah RM10 juta.

Menurutnya isu terbabit mengundang kepada tindakan Bank Negara menarik lesen sebuah pengurup wang yang disyaki bersubahat dengan pemimpin terbabit.

Mohamad pula berkata, tidak dapat dinafikan kemungkinan Bersih 3.0 diadakan sekiranya daftar pemilih tidak benar-benar dibersihkan.

Katanya, pertambahan luar biasa bilangan pengundi baru di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor begitu membimbangkan.

Misalnya parlimen Subang berlaku pertambahan sehingga 35 peratus, sedangkan Petaling Jaya Selatan yang terletak bersebelahan hanya meningkat 7 peratus.

Kata beliau berdasar kepada kajian didapati sembilan kawasan di Selangor berlaku pertambahan pengundi baru melebihi 20 peratus.

Rafizi pula mendedahkan rakyat Malaysia akan berdepan dengan kehilangan wang simpanan mereka di Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd sekiranya kerajaan tidak mampu membayar balik hutang yang dipinjam.

“Wang simpanan kita untuk hari tua akan hilang begitu sahaja sekiranya kerajaan tidak mampu membayar balik.

“Oleh itu bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat pada masa akan datang, PRU-13 menjadi langkah terbaik bagi menukar kerajaan yang ada sekarang,” ujarnya.

Anak & ibu, gambar yang menyentuh perasaan

http://duniacacamarba.blogspot.com, 11 Mac 2012
Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.
Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.

Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.

Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)

Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.


"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. - DCM

Himpunan 10,000 wanita tuntut kerajaan bersih

Harakahdaily, 11 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat akan bersama-sama badan NGO akan menganjurkan 'Himpunan 10,000 Wanita' bagi menuntut beberapa perkara daripada kerajaan.


Bertemakan 'menuntut kerajaan yang bersih', himpunan yang dijadual pada 18 Mac ini itu akan diadakan di Padang Astaka 1 Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor bermula jam 2 hingga 5 petang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.


"Wanita melihat hari ini, antara krisis utama negara adalah kerajaan tidak bersih dan tidak adil.


"Sebagai simbol menuntut kerajaan yang bersih, kita akan pakai sarung tangan putih pada hari himpunan tersebut," katanya.


Menurutnya lagi, himpunan inisiatif NGO Gabungan Suara Wanita Untuk Perubahan itu akan menuntut enam perkara seperti berikut:


- Kerajaan yang bebas dari rasuah dan penyelewengan.


- Akta gaji minima, bukan dasar gaji minima.


- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.


- Hapuskan keganasan terhadap wanita.


- Membatalkan Akta Perhimpunan Aman.


- Pilihan raya bebas dan adil.


"Yang mana kita tahu tiga kali ganda wang hasil pendapatan negara telah tiris akibat rasuah dan penyelewangan," tambah Aiman.


Menurutnya lagi, perhimpunan wanita yang julung kali diadakan itu dibuat sempena sambutan hari wanita antarabangsa tahun ini.


Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh wanita perihatin agar hadir bersama-sama pada hari perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan: